|
Post by john on Jan 7, 2004 13:35:38 GMT 8
ish sedih btolla aku baca... cam pokaiboi.... ;D
|
|
ana_huhu
Junior Student
~the one and only...~
Posts: 70
|
Post by ana_huhu on Jan 7, 2004 14:59:25 GMT 8
*Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
*Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan
*Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
*Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.
|
|
ana_huhu
Junior Student
~the one and only...~
Posts: 70
|
Post by ana_huhu on Jan 7, 2004 15:13:50 GMT 8
* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.
*Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
|
|
|
Post by duo on Jan 7, 2004 15:20:21 GMT 8
*Mimpi itu adalah perlu dalam hidup. apa yang lebih perlu ialah angan-angan..kenapa? kerana dari angan-angan munculnya cita2.. dari cita2 terhasilnya keinginan.. dari keinginan terciptalah idea, inspirasi dan buah fikiran.. dari idea. inspirasi dan buah fikiran terdetiklah usaha.. dari usaha berbuahlah kesungguhan.. dari kesungguhan terukirlah sebuah kejayaan..
|
|
|
Post by john on Jan 8, 2004 11:25:26 GMT 8
....dan dari sebuah kejayaan lahirlah insan yang berguna...
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Jan 8, 2004 11:32:40 GMT 8
....dan dari sebuah kejayaan lahirlah insan yang berguna... wah....pandai gak awak ni berfalsafah ye john.....hehehee.... ingat kan cume pandai membahan ajer.....ni satu perkembangan baik ni........bagus2....chayok2......
|
|
|
Post by john on Jan 8, 2004 12:12:50 GMT 8
time kasih.... time kasih...
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Jan 8, 2004 14:12:55 GMT 8
this poem was sent to me by a friend, take time and read it! go ahead enjoy! Dilema Seorang Orang Yang Sorang (ditulis oleh usman awang )
Aku yang sorang.... Hidup sorang... Buat amende semua sorang... Berak memang lah sorang.. Lagi pun jamban aku memang memuat untuk sorang jerr.. Aku yang sorang.... Makan Sorang2.. Minum pun , sorang2... Nak makan dua orang... Tapi takut tak kenyang.... Aku yang sorang... Bangun pagi sorang... Tido pun sorang... Hajat dihati nak tido dua orang.. Tapi buat sempit bilik pulak karang.... Berjalan sorang2... berlari pun sorang2... Bejoging pun sorang2 Ingat nak ramai orang.. Tapi tu, marathon lah korang.. Lepak sorang2.. mimpi pun sorang2... berangan sorang2.. jiwang pun sorang2... Pegi bandar sorang2.. balik bandar pun sorang2... Dah sebulan aku tak kebandar sebab ramai sangat orang.. Semalam aku sorang... Kini aku masih sorang... Esok lusa sorang lagi kot... Tapi, dekat stadium semalam, ramai pulak orang.. Tapi... Aku bukannya orang-orang... Aku bukannya orang utan.. Aku juga bukannya orang minyak... Dan aku juga bukannya orang gila... Dan aku juga bukanlah orang jahat... Bukan gak orang kena sawan.. Tapi aku juga orang... macam orang lain jugak Macam ko jugak lah masa engko sorang dulu !! Aku tahu... Aku bukanlah orang berada... Aku juga bukanlah orang glamer... Dan aku bukanlah orang ternama... Walaupun aku hanya orang biasa... Aku tetap orang... Aku ingin menjadi gaban Tapi nak jadi gaban kena gagah.. Tapi gaban tu bukannye hensem pun.. Lagi hensem ultramen.. Dah lah tu, korang pegilah siapkan kerja tu sesorang.. Jangan ingat aku nak tolong korang......
|
|
|
Post by john on Jan 8, 2004 14:34:16 GMT 8
hikayat dua orang nukilan othman puteh (kawan usman awang)
sakearang aku dah dua orang kerana aku tidak lagi sorang kenapa kau tanya? jawapannya...... dalam rangkap seterusnya
memang pada mulanya aku sorang tapi tak lama kemudian datang lagi sorang menghiasi kehidupan aku yang sorang-sorang dan dia juga adalah orang yang asalnya juga sorang-sorang
adakah korang semua sorang-sorang? ataupun korang pon dah jadi dua orang? tak kiralah berapa orang asalkan korang bahagia dengan kehidupan korang
teman aku sekarang orangnya baik teman aku sekarang orangnya jugak cantik korang pon boleh dapat teman yang baik dan cantik kalau korang cari betol2 bukan setakat main petik
tapi korang kena ingat jangan asyik nak jadi liat liat nak buat kerja asyik nak berforum saja sampai korang tak sedar dan terlupa bahawa bos korang tengah lepak belakang korang entah sejak bila kalau dia siku korang jangan lah pulak tanya kenapa sudahlah kawan2 semua pergi buat kerja ada gak faedahnya.... ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 8, 2004 18:36:05 GMT 8
100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program; 04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan; 06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan; 07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan; 08. Jangan usil dengan kekayaan orang; 09. Jangan hasud dan iri atas kesuksesan orang; 10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksesan; 11. Jangan tamak kepada harta; 12. Jangan terlalu ambisius akan sesuatu kedudukan; 13. Jangan hancur karena kezaliman; 14. Jangan goyah karena fitnah; 15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri; 16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram; 17. Jangan sakiti ayah dan ibu; 18. Jangan usir orang yang meminta-minta; 19. Jangan sakiti anak yatim; 20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil; 22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid); 23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu; 24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid; 25. Biasakan solat malam; 26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah; 27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat; 28. Sayangi dan santuni fakir miskin; 29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah; 30. Jangan marah berlebih-lebihan; 31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan; 32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah; 33. Berlatihlah konsentrasi fikiran; 34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi; 35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan; 36. Jangan percaya ramalan manusia; 37. Jangan terlampau takut miskin; 38. Hormatilah setiap orang; 39. Jangan terlampau takut kepada manusia; 40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala; 42. Berlakulah adil dalam segala urusan; 43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah; 44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala; 45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran; 46. Perbanyak silaturahim; 47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam; 48. Bicaralah secukupnya; 49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya; 50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu; 51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur; 52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin; 53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga; 54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan; 55. Hormatilah kepada guru dan ulama; 56. Sering-sering bershalawat kepada nabi; 57. Cintai keluarga Nabi saw; 58. Jangan terlalu banyak hutang; 59. Jangan terlampau mudah berjanji; 60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara; 61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang pada perkara yang tidak berguna; 62. Bergaullah dengan orang-orang soleh; 63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar; 64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu; 65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita; 66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi; 67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendirian; 68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita; 69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan; 70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan; 71. Jangan melukai hati orang lain; 72. Jangan membiasakan berkata dusta; 73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian; 74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab; 75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan; 76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita; 77. Jangan membuka aib orang lain; 78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita; 79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana; 80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan; 81. Jangan merendah diri kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya; 82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara; 83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain; 84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara; 85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa; 86. Hargai prestasi dan pemberian orang; 87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan; 88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan; 89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita; 90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizik atau mental kita menjadi terganggu; 91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana; 92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita; 93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu,dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina; 94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita, sebelum dipastikan kebenarannya; 95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban; 96. Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan; 97. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri; 98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan; 99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan; 100. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 22:14:54 GMT 8
ANDA TIDAK DAPAT MENGGEMBIRAKAN SEMUA ORANG DENGAN HARTA BENDA. OLEH ITU GEMBIRAKANLAH MEREKA DENGAN SENYUMAN BERSERI DAN IKHLAS LUHUR (MAKSUD HADITH)
ORANG YANG BANYAK BERKATA, AKAN BANYAK SILAP DAN ORANG YANG BANYAK SILAP AKAN BANYAK DOSA DAN ORANG YANG BANYAK DOSA IALAH NERAKA LEBIH LAYAK BAGINYA. (MAKSUD HADITH)
KAHWINILAH ANDA WANITA YANG PENYAYANG DAN PERAMAH DAN SALING MEMBERI HADIAHLAH AGAR KASIH SAYANG KAMU BERTAMBAH. (MAKSUD HADITH)
TIDAK SEDIKIT NEGERI YANG KAMI BINASAKAN KERANA IA ZALIM, MAKA RUNTUHLAH IA DAN DEMIKIAN PULA KAMI BINASAKAN TELAGA YANG DITINGGALKAN SERTA MAHLIGAI YANG TINGGI (SURAH AL HAJJ - AYAT 45)
DAN CARILAH APA YANG TELAH DIANUGERAHKAN ALLAH KEPADAMU KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT DAN JANGANLAH KAMU LUPAKAN NASIB KAMU DI DUNIA. DAN BERBUAT BAIKLAH KEPADA ORANG LAIN - SEBAGAIMANA ALLAH TELAH BERBUAT BAIK KEPADA KAMU. DAN JANGANLAH KAMU BERBUAT KERUSAKAN DI BUMI KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN KERUSAKAN. (SURAH AL QASHASH - AYAT 77)
BACALAH APA YANG TELAH DIWAHYUKAN KEPADAMU, IAITU AL KITAB (AL QURAN) DAN DIRIKANLAH SEMBAHYANG. SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU MENCEGAH DARI PERBUATAN-PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNGKAR. DAN SESUNGGUHNYA MENGINGATI ALLAH (SEMBAHYANG) ADALAH LEBIH BESAR (KEUTAMAANNYA DARI IBADAT-IBADAT YANG LAIN) DAN ALLAH MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN. (SURAH AL`ANKABUUT - AYAT 45) SESIAPA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG SECARA SENGAJA, MAKA TERANGLAH KUFURNYA. (MAKSUD HADITH)
SAYA TINGGALKAN UNTUK KAMU DUA PERKARA, KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAMA KAMU BERPEGANG TEGUH DENGAN KEDUA-DUANYA, IAITU KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA. (MAKSUD HADITH)
LANGIT DAN BUMI INI MILIK ALLAH DAN ALLAH KUASA DI ATAS SEGALA SESUATU. SESUNGGUHNYA TENTANG KEJADIAN LANGIT DAN BUMI DAN PENGGANTIAN MALAM DAN SIANG ADALAH MENJADI KETERANGAN BAGI ORANG-ORANG YANG MENGERTI. ORANG-ORANG YANG MENGINGAT ALLAH KETIKA BERDIRI DAN DUDUK DAN KETIKA BERBARING DAN MEREKA MEMIKIRKAN TENTANG KEJADIAN LANGIT DAN BUMI SAMBIL BERKATA: WAHAI TUHAN KAMI TIADALAH ENGKAU MENJADIKAN INI DENGAN SIA-SIA. MAHA SUCI ENGKAU, MAKA PELIHARALAH KAMI DARI SIKSA NERAKA. (MAKSUD SURAH ALI'MRAN)
DAN ALLAH MENYEDIAKAN BAGI KAMU SEGALA APA YANG DI LANGIT DAN APA YANG DI BUMI SEMUANYA. SESUNGGUHNYA DEMIKIAN ITU MENJADI BUKITI KEKUASAAN ALLAH BAGI MEREKA MEMIKIRNYA. (MAKSUD AL-QURAN)
DAN AKU TIDAK CIPTAKAN MANUSIA DAN JIN MELAINKAN UNTUK BERIBADAT KEPADAKU. AKU TIDAK HENDAK MEMINTA REZEKI DARIPADA MEREKA. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU PEMBERI REZEKI, KUAT DAN TEGUH. (MAKSUD SURAH ADZ DZAARIYAAT - AYAT 56 - 58)
AKAN KAMI PERLIHATKAN KEPADA MEREKA KELAK BUKTI-BUKTI KEBENARAN KAMI DI SEGENAP PENJURU - DUNIA - INI DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI SEHINGGA JELASLAH KEPADA MEREKA BAHAWA AL-QURAN ITU ADALAH BENAR. (MAKSUD SURAH FUSHSHILAT - AYAT 53)
HAI MANUSIA! SESUNGGUHNY KAMI JADIKAN DARI SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN. DAN KAMI JADIKAN KAMU BERBANGSA-BANGSA, SUPAYA KAMU SALING KENAL MENGENAL. SESUNGGUHNYA SEMULIA-MULIA KAMU DI SISI ALLAH IALAH YANG BERTAKWA. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA MENGENAL. (MAKSUD SURAH AL HUJURAAT - AYAT 13)
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA ITU DALAM KEADAAN YANG PALING BAIK. KEMUDIAN KAMI KEMBALIKAN DIA DALAM DARJAT YANG PALING RENDAH KECUALI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. MAKA BAGI MEREKA GANJARARAN YANG TIDAK TERHINGGA. (MAKSUD SURAH AT THIIN - AYAT 4 - 6)
MELAMPAU, MELAMPAU. TIDAK ADA KELEBIHAN KETURUNAN KULIT PUTIH DARI KETURUNAN KULIT HITAM KECUALI DENGAN AMAL YANG BAIK. (MAKSUD HADITH)
DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MULIAKAN ANAK ADAM DAN TELAH KAMI TEMPATKAN MEREKA DI DARAT DAN DI LAUT. DAN KAMI KURNIAKAN REZEKI DARI BENDA YANG BAIK-BAIK KEPADA MEREKA. DAN TELAH KAMI LEBIHKAN MEREKA DENGAN SESUNGGUHNYA DARI KEBANYAKAN MAKHLUK YANG TELAH KAMI JADIKAN. (MAKSUD SURAH AL ISRAA' - AYAT 70)
KETAHUILAH BAHAWA SUNGGUHNYA WALI-WALI ALLAH ITU MEREKA TIDAK MERASAI TAKUT DAN TIDAK PULA MERASAI SUSAH. MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN SENTIASA BERTAKWA KEPADA ALLAH. (MAKSUD SURAH YUNUS - AYAT 62 - 63)
APABILA MANUSIA ITU DITIMPA BAHAYA DIA MENYERU KEPADA TUHANNYA, MAHU KEMBALI KEPADANYA. TETAPI APABILA TUHAN MEMBERI KURNIA KEPADANYA, LUPA APA YANG DIA SERU SEBELUM ITU, LALU DIJADIKAN BAGI ALLAH SEKUTU UNTUK MENYESATKAN ORANG LAIN DARI JALAN ALLAH. KATAKANLAH: BERGEMBIRALAH DENGAN KEKUFURAN KAMU ITU SEJENAK, SESUNGGUHNA KAMU DARI AHLI NERAKA. (MAKSUD SURAH AZ ZUMAR AYAT 8)
DAN APABILA KAMU DITIMPA BAHAYA DI LAUTAN, HILANGLAH DARI INGATAN KAMU APA YANG TELAH KAMU SEMBAH MELAINKAN ALLAH, TETAPI SETELAH KAMU DISELAMATKAN KE DARATAN TERUS KAMU BERPALING TADAH. DAN ADALAH MANUSIA ITU TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH. (MAKSUD SURAH AL ISRAA' - AYAT 67)
SEMUA KAMU ADALAH CUCU ADAM, ADAM DIJADIKAN DARI TANAH. (MAKSUD HADITH)
SEKIRANYA ADA DI BUMI DAN DI LANGIT TUHAN SELAIN ALLAH NESCAYA KEDUA-DUANYA AKAN BINASA. MAKA MAHA SUCI ALLAH YANG MEMPUNYAI `ARSY DARIPADA APA YANG MEREKA SIFATKAN. (MAKSUD SURAH AL ANBIYAA' - AYAT 22)
REBUTLAH LIMA MASA SEBELUM TIBA LIMA MASA, MASA MUDAMU SEBELUM TUA, MASA SIHATMU SEBELUM SAKIT, MASA KAYAMU SEBELUM FAKIR, MASA LAPANG SEBELUM SIBUK DAN MASA HIDUP SEBELUM MATI. (MAKSUD HADITH)
SESUNGGUHNYA AGAMA DI SISI ALLAH IALAH ISLAM. (MAKSUD SURAH ALI'MRAN - AYAT 19)
SESIAPA YANG MENCARI AGAMA SELAIN DARIPADA ISLAM, MAKA TIDAK DITERIMA DARIPADANYA DAN DIA DI AKHIRAT TERMASUK ORANG-ORANG YANG RUGI. (MAKSUD SURAH ALI'MRAN - AYAT 85)
HARI INI AKU SEMPURNAKAN BAGI KAMU AGAMA KAMU DAN TELAH AKU CUKUPKAN NIKMATKU DAN REDHA ISLAM MENJADI AGAMA KAMU. (MAKSUD SURAH AL-MAA-IDAH - AYAT 3)
TELAH LAHIR KERUSAKAN DI DARAT DAN DI LAUT DISEBABKAN KERANA PERBUATAN TANGAN MANUSIA SENDIRI SEHINGGA ALLAH MERASAKAN KEPADA MEREKA SEBAHAGIAN DARIPADA AKIBAT PERBUATAN MEREKA AGAR MEREKA KEMBALI KE JALAN YANG BENAR. (MAKSUD SURAH AR RUUM - AYAT 41)
DAN MEREKA AKAN BERTANYA KEPADAMU HAKIKAT ROH, KATAKANLAH ROH ITU URUSAN TUHAN KU DAN KAMU TIDAK DIBERI PENGETAHUAN MELAINKAN SEDIKIT. (MAKSUD SURAH AL ISRAA' - AYAT 85)
|
|
|
Post by duo on Jan 9, 2004 9:50:09 GMT 8
kami suka btol tgk posting twinhead ngan john pasal crite dua sorang ngan dua orang tuh... takde ke yg utk 3 org punye?
|
|
ana_huhu
Junior Student
~the one and only...~
Posts: 70
|
Post by ana_huhu on Jan 9, 2004 11:01:28 GMT 8
*Give people more than they expect and do it cheerfully
*When you say, "I'm sorry", look the person in the eye.
*Never laugh at anyone's dreams.
*Talk slowly but think quickly.
* Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; Responsibility for all your actions
*When you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it.
* Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice.
*Read more books and watch less TV.
* Remember that your character is your destiny.
|
|
ana_huhu
Junior Student
~the one and only...~
Posts: 70
|
Post by ana_huhu on Jan 9, 2004 11:09:37 GMT 8
NILAI MASA
Setiap insan dikurniakan 24 jam sehari di dalam hidupnya. Bergantung pada dirinya bagaimana untuk menguruskannya. Ada yang merasakan 24 jam sehari tidak mencukupi baginya dan ada juga yang merasakan terlalu sukar untuk menghabiskannya.
Orang yang berjaya dalam hidupnya amat menghargai masa. Pepatah ada mengatakan, "Masa itu emas". Apabila masa terbuang bermakna kita telah menghabiskan harta kita dengan sia-sia. Orang yang berjaya telah merancang masa mereka sebaik mungkin supaya kegiatannya berjalan lancar dan tiada gangguan.
Ingatlah, kalau kita pandai menggunakan masa, ia akan memberi hadiah kepada kita, iaitu kajayaan. Jika kita mensia-siakan masa, kita akan kecewa...
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 12:26:30 GMT 8
|
|