|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 22, 2004 17:54:18 GMT 8
* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.
* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.
* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki
* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai
* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.
* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.
* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.
* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.
* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.
* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 22, 2004 17:54:36 GMT 8
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.
* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.
* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.
* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia
* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai
* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal
* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 22, 2004 17:54:58 GMT 8
* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.
* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan
* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi
* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.
* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.
* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian
* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan
* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 22, 2004 17:55:16 GMT 8
* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri
* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar
* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar
* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia
* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya
* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan
* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri
* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan
* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Nov 7, 2004 2:21:28 GMT 8
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang."
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Nov 11, 2004 20:29:25 GMT 8
1) Apabila anda mampu membalas lawan,jadikanlah maaf sebagai ungkapan syukur atas kemampuan anda untuk membalas.
2) Apabila anda memperolehi pangkal kenikmatan,janganlah anda menghilangkan hujungnya kerana perkara itu merupakan tanda tidak bersyukur.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Nov 11, 2004 20:29:39 GMT 8
4) Ketenangan dan ketenteraman dapat mengubah rumah pondok menjadi istana yang luas atau menjadikan istana raja sebuah sangkar atau penjara.
5) Allah menerima setengah amalan tetapi tidak menerima setengah niat.Niat seseorang lebih baik daripada amalnya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 18:02:55 GMT 8
byknye mutiara kata..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 18:10:40 GMT 8
.:: Kisah menyayat hati ::. Kesian makcik nih..
Satu pagi di stesen keretapi...
Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter. Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa?? Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takdelah keretapi lalu sekarang kan...? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye...
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 18:13:28 GMT 8
Nilai dari seseorang itu di tentukan dari keberaniannya memikul tanggung jawab, mencintai hidup dan pekerjaannya ( Khalil Gibran ).
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 18:15:14 GMT 8
Hidup yang berharga adalah hidup yang dapat memberikan kehidupannya kepada orang lain ( Albert Einten ).
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 18:18:08 GMT 8
Orang2 yang besar bukanlah orang yang otaknya sempurna melainkan orang yang dapat mempergunakan yang terbaik dari otaknya yang tidak sempurna ( Aristoteles ).
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 18:19:33 GMT 8
Pada punggung setiap orang terdapat etika yang menjadi dasar bagi orang lain untuk menilai dirinya dan dia sendiri tiadk melihatnya ( Paul Brulet ).
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 18:20:50 GMT 8
Nilai seseorang bukanlah bagaimana ia mati melainkan bagaimana ia hidup, bukan apa yang telah ia peroleh melainkan apa yang telah ia berikan, bukan pangkatnya melainkan tugas apa yang telah dapat ia laksanakan dengan sebaik-baiknya ( Ministry ).
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 19, 2004 18:22:48 GMT 8
Orang yang benar bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, melainkan orang2 yang dapat menjadi kesalahan itu sebagai cambuk untuk memperbaiki diri.
|
|