|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 24, 2004 12:59:33 GMT 8
Teman yang baik adalah orang dapat berkata benar kepada kita dan bukan orang yang selalu membenar-benarkan perkataan kita
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 24, 2004 13:00:19 GMT 8
Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 26, 2004 17:44:50 GMT 8
KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.....
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 30, 2004 1:27:12 GMT 8
Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak...
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Oct 21, 2004 16:50:40 GMT 8
Orang yang beriman berada dalam masjid ibarat ikan di dalam air.Sedangkan orang munafik berada dalam masjid ibarat burung dalam sangkar -= Hadis =-
Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupamu,keturunanmu dan kekayaanmu tetapi yang dipandang oleh Allah adalah keikhlasan hatimu dari amal perbuatanmu.
Untuk mendapat bahagia,bongkarlah kekotoran jiwa dari dada,supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban ayam yang ada musang tidak akan dimasuki ayam -Hukamak
Berbahagialah orang yang sentiasa mementingkan menyelidiki aib diri sendiri dan tidak hanya menyelidiki aib orang lain. Sebab bila kita menunjuk,hanya satu jari kepada orang, sedangkan tiga jari menunjuk kepada diri kita sendiri.
Bahawasanya marah itu merosakkan iman bagaikan benda yang pahit merosakkan madu -= Hadis =-
Tanda iman ialah : bersyukur atas kelapangan,bersabar atas cubaan dan rela terhadap ketentuan Tuhan -= Hadis =
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Oct 21, 2004 16:51:37 GMT 8
Saya rela dibahagikan oleh Allah ilmu dan harta untuk musuh kerana sesungguhnya harta akan binasa dalam waktu yang dekat, sedangkan ilmu tidak akan hilang - Ali bin Abi Talib
Suatu bangsa itu akan dapat bertahan selama mereka masih memiliki akhlak,mereka akan hancur habis-habisan apabila akhlak mereka telah rosak = Sauki Bey =-
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Oct 21, 2004 16:52:37 GMT 8
Takwa seorang mukmin itu ada tiga perkara : Bagus tawakalnya pada apa yang tidak dicapainya, bagus redhanya pada apa yang dicapainya dan bagus sabarnya pada apa yang telah hilang daripadany= Nabi Daud a.s =-
Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam dirimu dan engkau pun peroleh pahala tapi apabila engkau berkeluh kesah akan timbul kelemahanmu dan engkau pun diancam seksa = Al-Asy`ats bin Qais =-
Orang yang ikhlas ialah orang yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan kejahatannya.
|
|
HeCToR
Junior Student
Hector, Prince of Troy
Posts: 83
|
Post by HeCToR on Oct 21, 2004 17:30:25 GMT 8
Imam Syafie pernah berkata :
Sekumpulan lelaki datang kepadaku lalu berkata; "Mencintai wanita adalah awal sebuah derita"
Lalu aku (Imam Syafie) menjawab; "Tiada yang lebih menderitakan daripada mencintai wanita yang tidak mencintai diri kita"
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 21, 2004 23:12:07 GMT 8
Imam Syafie pernah berkata : Sekumpulan lelaki datang kepadaku lalu berkata; "Mencintai wanita adalah awal sebuah derita" Lalu aku (Imam Syafie) menjawab; "Tiada yang lebih menderitakan daripada mencintai wanita yang tidak mencintai diri kita" elok di aplikasikan utk student2 espcially yg mudah jatuh cinta...sesuai utk student lelaki nie..
|
|
HeCToR
Junior Student
Hector, Prince of Troy
Posts: 83
|
Post by HeCToR on Oct 22, 2004 9:11:34 GMT 8
elok di aplikasikan utk student2 espcially yg mudah jatuh cinta...sesuai utk student lelaki nie.. Bukan utk lelaki jer..pompuan pun sama!! Natijahnya : jgn laa dok frust menonggeng kalo bdk yg kita berkenan tak suka kat kita!!
|
|
HeCToR
Junior Student
Hector, Prince of Troy
Posts: 83
|
Post by HeCToR on Oct 22, 2004 11:46:13 GMT 8
Untuk renungan bersama
/me Lelaki yang tidak berharta selalunya memiliki lidah bermadu
/me Lelaki berani mungkin akan kalah tapi tidak akan mengalah
/me Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri, maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan
/me Pengalaman adalah gelaran yang diberikan oleh setiap manusia terhadap kesilapan mereka
/me Nyanyian ibu yang menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia
/me Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat daripada kemiskinan mereka
/me Lebih baik seorang wanita itu mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut
/me Jika anda kehilangan segala-galanya, jangan lupa kerana anda masih mempunyai masa depan
/me Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah
/me Kecantikan dan kebaikan tidak akan wujud bersama
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 22, 2004 13:33:26 GMT 8
Bukan utk lelaki jer..pompuan pun sama!! Natijahnya : jgn laa dok frust menonggeng kalo bdk yg kita berkenan tak suka kat kita!! mmg ar..lelaki+pompuan samer jerk lar..pandai2 ar nak idup..jgn biler biler bdk yg kita nak tak berkenan kat kiter nak jadikan musuh..ramai lagi umat manusia lain..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 22, 2004 13:36:26 GMT 8
sesungguhnya benda paling tajam di dunia adalah kata2 yg di tutrkan manusia..
|
|
HeCToR
Junior Student
Hector, Prince of Troy
Posts: 83
|
Post by HeCToR on Oct 22, 2004 14:33:06 GMT 8
mmg ar..lelaki+pompuan samer jerk lar..pandai2 ar nak idup..jgn biler biler bdk yg kita nak tak berkenan kat kiter nak jadikan musuh..ramai lagi umat manusia lain.. Betul laa..biar ramai kawan, jgn ramai awek !! Ehh..silap, jgn ramai lawan!!
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 22, 2004 17:54:00 GMT 8
* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri. * Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.
* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.
* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
* Imaginasi menguasai dunia.
* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.
* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.
* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.
* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.
* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.
* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain
* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari
|
|