|
Post by enigma on Dec 13, 2003 14:53:53 GMT 8
sTresSS ReLIEver
Stress Reliever # 1 Wife: You always carry my photo in your handbag to the office. Why? Hubby: When there is a problem, no matter how impossible, I look at your picture and the problem disappears. Wife: You see, how miraculous and powerful I am for you? Hubby: Yes, I see your picture and say to myself, "What other problem can there be greater than this one?" _____________________________________________________ Stress Reliever # 2 Girl: When we get married, I want to share all your worries, troubles and lighten your burden. Boy: It's very kind of you, darling, But I don't have any worries or troubles. Girl: Well that's because we aren't married yet. ___________________________________________________ Stress Reliever # 3 Son: Mom, when I was on the bus with Dad this morning, he told me to give up my seat to a lady. Mom: Well, you have done the right thing. Son: But mum, I was sitting on daddy's lap. _____________________________________________________ Stress Reliever # 4 Wife to husband: "What's your excuse for coming home at this time of the night?" Husband to wife: "Golfing with friends, my dear." Wife to husband: "What? At 2 am?!" Husband to wife: "Yes, We used night clubs." _____________________________________________________ Stress Reliever # 5 A newly married man asked his wife, "Would you have married me if my father hadn't left me a fortune?" "Honey," the woman replied sweetly, "I'd have married you NO MATTER WHO LEFT YOU A FORTUNE" _____________________________________________________ Stress Reliever # 6 Father to son after exam: "let me see your report card." Son: "My friend just borrowed it. He wants to scare his parents." _____________________________________________________ Stress Reliever # 7 "How was your blind date?" a college student asked her roommate. "Terrible!" the roommate answered. "He showed up in his 1932 Rolls Royce." Wow! That's a very expensive car. What's so bad about that?" "He was the original owner." _____________________________________________________ Stress Reliever # 9 A teacher asked her class for sentences using the word "beans".. "My father grows beans," said one student. "My father cooks beans," said another. Then little Johnny spoke up: "We are all human beans." _____________________________________________________ Stress Reliever # 10 Interviewer to Millionaire: To whom do you owe your success as a millionaire?" Millionaire: "I owe everything to my wife." Interviewer: "Wow, she must be some woman. What were you before you married her?" Millionaire: "A Billionaire"
~enigma~
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 13, 2003 16:20:41 GMT 8
aku nak share lagila citer2 lawak ngan korang..........ade sorang uncle tu....moden lackit pggl uncle...blk2 pkcik je...bosanla.....die ni penakut.....satu hari tu, ister die nak gi melancong...wlupun die ni kaye giler,tp uncle ni penakut nak naik helikopter peribadi die...so,marahla si wife ni..... wife : abg,esok kite gi la melancong yea... uncle : ah.xnakla.... wife : ape,xanak....abg jgn melawan ckp sy..... si uncle ni malas la nak b'gaduh ngan ngan wife die yg garang tu... uncle : abg takut la syg wife : ala....abg lela kan je mate....jgn kuarkan suare ataupun b'ckp k uncle : okla........... make, mereke b'2 pun gi la melancong...naik helikopter s'dr.....best kan... seminggu lps tu....ade la sorang member uncle tu tanye uncle tu.... member : mat,mcm ne ko naik helikopter hr tu...cuak x.... uncle : cuak? sorila.....aku b'jaye la dgn cemerlangnyerrrrrrrrrr member : ape petue nye ko nak ilang kan cuak ko tu uncle : petue...bini aku ckp,mase naik,jgn kuarkan suare...so,aku xde la m'jerit ke ,b'ckp ke member : oooooooooo.....mane bini ko... uncle : la,mase kat atas helikopter,die t'campak coz pintu t'cabut..... membe : hbs tu,ko x t'kejutke.. uncle : eh,mestila t'kejut giler....tp,aku xleh kuarkan suare...so,aku diam je la.........biarlah die...janji aku x cuak naik helikopter......... member : la.............
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 18, 2003 13:35:20 GMT 8
Pemilik pisau lipat ===================
Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.
"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..
"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"
Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..
"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"
Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...
"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 18, 2003 13:42:05 GMT 8
CERITA PAK PANDIR 1
Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..
Pak Pandir : Awak ada jual tv warna? Penjual : Ada. Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......
CERITA PAK PANDIR 2
Pak Pandir pergi ke kedai. Dia ternampak benda berkilat..... Dia pun bertanya kepada penjual...
Pak Pandir : Apa benda yang berkilat tu Penjual : Oh! Itu tarmos Pak Pandir : Apa kegunaannya?? Penjual : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk Pak Pandir : Baiklah, saya beli satu....
Keesokkan harinya, Pak Pandir pun pergi ke kerja dengan tarmosnya....
Pengurus : Apa benda tu Pak Pandir? Pak Pandir : Oh ini tarmos saya. Baru saya beli semalam... Pengurus : Benda tu untuk apa? Pak Pandir : Ia memanaskan benda yang panas dan menyejukkan benda yang sejuk. Pengurus : Oh... jadi apa di dalamnya? Pak Pandir : Saya tuangkan 2 cawan kopi dan 1 cawan air bandung di dalamnya.
CERITA PAK PANDIR 3
Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi. Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..
CERITA PAK PANDIR 4
Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir.. Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun Kerani : Di faks ini ada setem....."
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 18, 2003 13:45:33 GMT 8
Maria oh Maria
Fauzi dan isterinya, Maria pergi ke Pesta setiap tahun. Apabila terpandang pesawat ringan yang membawa dua penumpang berlegar-legar di udara fauzi termenung.
"Maria, abang teringin naik pesawat tu," kata Fauzi. Setiap tahun Maria akan memberikan alasan yang sama bagi menghalang hasrat suaminya. "Tak payahlah bang, RM 50 untuk sekali naik,oii... mahal tu, membazir saja. Duit sebanyak tu boleh beli banyak benda lain."
Tahun berikutnya, Maria dan fauzi pergi lagi ke pesta tu. Fauzi masih ingin menaiki pesawat ringan. "Maria, abang dah berumur 65 tahun sekarang. Kalau abang tak naik hari ini, mungkin abang tak akan dapat peluang buat selama-lamanya." kata Fauzi.
"Abang, RM 50 tu mahal, membazir saja," kata Maria. Sedang mereka berbual, tiba-tiba juruterbang datang dan mempelawa kedua-dua menaiki pesawat itu dengan percuma tetapi dengan satu syarat. "Makcik dan pakcik mesti duduk diam dan tidak berkata sepatah pun semasa di udara. Tetapi kalau makcik dan pakcik menjerit, saya kenakan bayaran RM 50," kata juruterbang.
Maria dan Fauzi setuju. Sewaktu di udara, juruterbang melakukan berbagai-bagai aksi, menjunam, tunggang terbalik dan berpusing-pusing tetapi tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kedua-dua mereka. Berulang kali juruterbang melakukan aksi-aksi ngeri namun pasangan itu tetap tidak menjerit.
"Wah hebatnya... saya dah lakukan macam-macam cara untuk membuat pakcik dan makcik menjerit tapi tak berjaya," kata juruterbang. "Sebenarnya saya nak menjerit tadi semasa Maria terjatuh dari pesawat tapi RM 50 tu besar, membazir saja," kata Fauzi.
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 18, 2003 13:46:06 GMT 8
Dinding
Seorang doktor pakar sakit jiwa sedang memerhatikan tabiat aneh salah seorang pesakitnya. Setiap pagi, si pesakit akan melekapkan telinganya pada sebuah dinding seperti sedang mendengar sesuatu. Ini dilakukannya setiap hari dan diperhatikan oleh doktor berkenaan. Akhirnya pada suatu hari, si-doktor terasa ingin mendengar apa yang didengari oleh si pesakit pada dinding berkenaan. Dia pun melekapkan telinganya ke dinding... tetapi tidak dapat mendengar apa-apa. Dia berpaling kepada si pesakit dan berkata "Tak dengar apa-apa pun". "Memang, dah sebulan dah. Senyap aje..." kata si pesakit.
==============
Curi Ayam
Selepas berjaya mencuri tiga ekor ayam, seorang pencuri segera pergi mendapatkan seorang pembeli ayam. "Saya hendak menjual ayam-ayam ini " katanya. "Dari mana kamu dapat?" Tanya pembeli ayam. "Saya mencurinya" jawab pencuri itu. "Tidakkah kamu tahu mencuri itu salah di sisi undang-undang dan berdosa di sisi agama?" "Saya tahu" jawab si pencuri, " sebab itulah saya tak mahu simpan ayam-ayam ini."
=================
Nak gi Labuan
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari menghampirinya, lalu menyapa "Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana." "Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini, gadis secantik saya tak layak duduk disana, nanti orang tak nampak saya, faham tak??" herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri. Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya "Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat duduk ini untuk penumpang lain" pujuk ketua pramugari. "Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk dibelakang. Tengok oranglah!!!" katanya. Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu bangun dan menuju ke kerusinya yang betul. "Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya pramugari itu hairan, bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan. "Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan." Jawab kapten
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 18, 2003 13:46:33 GMT 8
Aku nak cepat la !!!
Semua kaunter pemeriksaan tiket di KLIA penuh dengan penumpang. Semasa sedang check-in, para petugas pula kelihatan sibuk. Didalam keadaan sesak itu, tiba-tiba seorang lelaki meluru kehadapan kaunter J dan menyerahkan tiketnya. Petugas di situ mengerutkan dahi dan menggeleng-gelengkan kepala. "Encik tak boleh buat macam ni, nanti penumpang lain marah. Orang lain dah lama beratur." kata petugas kaunter. "Lama sangat dah setengah jam saya tunggu" jawab lelaki itu. "Kami telah berusaha untuk melakukan sepantas mungkin, maaf, encik terpaksa juga beratur dibelakang sana," kata petugas kaunter. "Berani awak kata macam tu kepada saya, awak tahu siapa saya ?" sergah lelaki itu sambil bercekak pinggang. betugas kaunter menggeleng kepala lalu mencapai mikrofon dan membuat pengumuman, "Tuan-tuan dan puan-puan, ada seorang lelaki di depan kaunter J yang tidak tahu siapa dirinya. Sesiapa yang mengenali lelaki ini, sila kedepan. Terima kasih!"
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 18, 2003 13:47:04 GMT 8
Kisah Belalang Dengan Semut... Pader satu hari tu kan, ader belalang dan ader semut tao. Belalang nie kan, dia lompat saner lompat sini, kira hepi lah kan. Abih tu kan, si semut nie kan, dia sibuk angkat makanan masuk ke dalam sarang dia. Melihat si semut nie bukan main tekun sekalik bekerja, si belalang pun sound ah, "Eh Mot!, Engko nie tak tahu nak rikek ye? Asek sibuk je aku tengok ko... marilah main main dgn aku" "Tak buleh ah Lang, aku kener simpan makanan makanan nie sumer" jawab si semut. "Yek elehhhhhhhhh... rileklah... bot per ko nak simpan? Biler time ko lapa ko pi cariklah... nak simpan simpan bot aper? Waste karen je ko nie" "Eh aku mesti standby, nanti kalao musim salji tiba aku tak perlu penik... engko pon kener simpan jugak tao Lang" balas si semut. "Tak kuaser aku nak penat-penatkan diri pi simpan simpan nie sumer, lebih baik aku main main dulu... ko nak simpan ko simpan lah Mot, aku nak lompat nie..babai" lalu lompatlah si sang belalang. Semut nie memang rajin orgnyer... eh salah... semut nie memang rajin binatangnyer. Dia sediakan payung sebelom ujan. Tak macam si belalang... pemalas kedobi. Hari berganti hari, minggu berganti minggu..musim salji tak kunjung kunjung tiba...si semut masih lagik terus mencarik dan menyimpan makanan. Si belalang kebetulan ternampak si semut tu lagik. "Aik Mot? Kao maseh kerjer lagik? I tot u dah simpan makanan makanan tu dulu? Maner perginyer?" "Memang aku dah simpan....tapi dah basi dah, musim salji tak sampai sampai lagik nie....sekarang kener carik makanan baru.." jawab semut sambil mengeluh. "Eh Mot.....ko tak terpikiag ke yg kat Malaya nie takder musim salji?" tanyer belalang. "Ah? ?" semut tepanjat.
|
|
|
Post by duo on Dec 23, 2003 14:45:46 GMT 8
kat malaysia ada salji musim salji la twinhead..tapi dalam tv la...sonata musim salju...hhahahahahahahampeh ;D ;D
|
|
|
Post by turtle on Dec 26, 2003 6:40:29 GMT 8
Gi main kart luar lerr Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan untuk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yang baru dengan menaiki kapal terbang yang akan di pandunya.Pada keesokan hari, seperti yang dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut.29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu.Mereka semua melompat-lompat di dalam kapal terbang itu.Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yang hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba kapal terbang yang mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yang melompat-lompat itu.Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yang bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yang pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahukawan-kawannyasupaya berhenti bermain.
Lima minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yang pendiam itu dan bertanya "kenapa semuanya boleh menjadi senyap dalam sekelip mata.apa yang kau bagi tau sama kawan-kawan kau itu". Pesakit itu pun menjawab " Saya bagitau kat kawan-kawan saya ..... kalau nak melompat lompat..................................pergi main kat luar !!!!!
|
|