|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 21:54:21 GMT 8
Kenali Diri -------------
Ada pepatah mengatakan kenali diri anda sebelum anda mengenali orang. Di sini disertakan beberapa kriteria tentang seseorang individu:
Pintar Bahasa *Suka bercerita, berjenaka & bermain teka-teki.. *Menikmati permainan yang menggunakan perkataan *Menghabiskan masa membaca @ suka membaca *Boleh mengeja dengan mudah, suka bermain silang kata *Boleh membaca dan melukis dengan baik
# berpotensi menjadi peguam, pelakon, novelis @ penulis ( wartawan )
Pintar Logik Angka *Menikmati corak dan koleksi barangan *Gemar ujian minda dan permainan komputer *Bermain dan memikirkan mengenai angka *Menyelesaikan masalah dalam bentuk angka *Membentuk eksperimen untuk menguji sesuatu
# berpotensi menjadi akauntan, penagturcara komputer dan saintis.
Pintar Ruang *Menikmati aktiviti kesenian dan kraf *Berlakon drama *Mempunyai bayangan jelas mengenai sesuatu *Menikmati cantuman gambar *Gemar melukis dan mencipta
# berpotensi menjadi pelukis, jurubina, pelukis peta dan pengembara.
Pintar Pendengaran *Suka menyanyi *Menikmati muzik *Mendengar membuat persembahan muzik *Bermain alat muzik *Mengikut rentak muzik
# berpotensi menjadi ahli muzik, penggubah lagu dan penyanyi.
Pintar Pergerakan *Gemar menari dan bersukan *Menghantar mesej melalui pergerakan badan *Suka bergiat aktif *Suka berlakon dan bermain olok-olok ( menjadi doktor, guru atau polis ) *Suka membaiki peralatan
# berpotensi menjadi pakar bedah, juruukir dan penari.
Pintar Diri *Seronok bersendirian *Suka membayangkan sesuatu *Mempunyai pendapat atau perasaan yang kuat mengenai sesuatu *Menyimpan catatan harian dan mempunyai hobi yang serius *Bermotivasi untuk membuat sesuatu
# berpotensi menjadi penyajak, psikologis dan ahli falsafah.
Pintar Pergaulan *Mudah berkawan *Suka mendampingi orang lain *Menikmati permainan yang memerlukan kerjasama *Suka menyelesaikan masalah secara berkumpulan *Prihatin terhadap orang lain
# berpotensi menjadi ahli politik, kaunselor dah jurujual..
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 21:00:10 GMT 8
Pesanan Al-qamah.. ---------------------------
Al-qamah pernah memberikan wasiat kepada puteranya... dan ia berkata.. "Hai anakku, jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini, iaitu jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungimu, jikalau engkau sahabati dia, ia akan merupakan hiasan bagi dirimu dan jikalau engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia gemar pula mencukupi kekuranganmu....”
Islam menggalakkan kita memilih sahabat dari kalangan mereka yang mempunyai tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang tinggi... dalam sebuah hadis... ada mengatakan... pilihlah sahabat yang apabila kita meminta bantuan..dia akan memberikan jasa baiknya dengan rasa terharu.... dan jika ia mengetahui keaiban diri kita..dia akan berusaha untuk menutupnya.. Dan juga... pilihlah sahabat yang apabila kita diam...dia akan menyapa kita terlebih dahulu.... dan seorang sahabat sejati akan meringankan kesusahan yang kita alami... dan menghiburkan hati kita apabila kita dilanda kesedihan.
Pesanan Alqamah pada puteranya .... Hai anakku... jikalau engkau merasa perlu untuk bersahabat...pilihlah di kalangan mereka yang apabila engkau berkata-kata, dia akan menegur dirimu apabila kata-katamu itu tidak benar... jikalau engkau berselisih paham dengannya... ia akan mengalah untuk kepentinganmu.."
Saiyidina Ali pernah berkata.. "saudaramu yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu..Ia suka menerjunkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kemanfaatan dirimu...."
Dalam hal bersahabat ini juga.... ada di ceritakan mengenai Luqman dan anaknya... kata Luqman.." hai anakku, duduklah rapat-rapat dengan para alim ulama, eratkanlah dirimu dengan kedua lututnya, kerana hati nurani itu dapat hidup dengan adanya hikmat sebagaimana hidupnya bumi yang mati dengan sebab adanya hujan yang lebat"
Dalam pergaulan seharian kita, sahabat-sahabat adalah penting...namun begitu, adakah sahabat sedemikian rupa akan atau telah kita temui pada masa ini? InsyaaAlah, sama2lah kita perbaiki diri semoga kita akan menjadi sahabat yang sejati.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 20:36:02 GMT 8
Selembar bulu mata -------------------------
husnulkhatimah writes: Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi dia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh ia tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu". "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu kelembah dosa", jawab Malaikat.Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.
Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi dia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh ia tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu". "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu kelembah dosa", jawab Malaikat.Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri.
Di situ hanya ada dia sendirian. Maka dia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada sesiapa pun kecuali aku suaramu. Inilah saksi-saksi itu," ujar Malaikat
Tiba-tiba, mata berbicara, "Saya yang memandang." Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengar." Hidung pun tidak ketinggalan," Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang menghisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang di pakai lari tidak ketahuan." Nah.. kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Ia putus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi bakal dihumban ke dalam neraka jahanam.
Tatkala itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya. "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi. "Silakan..", kata malaikat. "Terus terang saya katakan, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang sunyi... aku pernah dibasahi dengan air matanya ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji.... bahawa apabila ada seorang hamba bertaubat, walaupun selembar bulu matanya sahaja yang dibasahi air mata, diharamkan baginya api neraka? Maka saya selembar bulu matanya berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut telah terlepas dari seksaan azab api neraka dan dihantar ke syurga. Sehingga terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga, "Lihatlah hamba Tuhan ini telah masuk ke syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."
Firman Allah swt "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, saling ingat mengingati supaya mentaati kebenaran dan mengingati pada kesabaran." Surah Al-Asr.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 20:55:43 GMT 8
Suka memaafkan orang lain -----------------------------------
Sifat suka memaafkan satu perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar.
Manusia boleh mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas sifat kelemahan yang semulajadi, manusia kadang-kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.
Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain memahami hakikat ini, iaitu hakikat kelemahan yang ada pada dirinya sendiri, sebab itulah Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk manusia memohon ampun kepada Allah atas keterlanjuran perlakuannya.
Adalah tidak menjadi satu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang pemaaf kerana di sinilah wujudnya sifat terpuji sebagai seorang Islam:
- menunjukkan kebijaksanaan - orang yang bersih dari kesombongan - orang yang bersih dari dendam kesumat - tidak ada rasa terhina diri - keimanan yang tertinggi
Sifat-sifat yang tersebut di atas merupakan ikatan yang sangat kukuh kepada kemantapan persaudaraan Islam. Sebagai umat Islam yang bersaksikan Allah tuhan yang satu dan tiada tuhan yang lain selain Allah, maka persoalan perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri adalah lambang ketauhidan kita semua kepada tuhan yang satu iaitu Allah.
Kita semua mempunyai arah tuju yang satu, menyembah tuhan yang satu, mengikut seruan nabi yang satu dan kitab yang satu sepenuhnya. Perlakuan kita dalam persoalan perpaduan haruslah mengikut seperti pengajaran Al-Quran dan seruan Rasul Nabi Muhammad s.a.w.
Islam meletakkan persoalan perpaduan selepas akidah, seperti mana yang kita fahami berpeganglah dengan tali Allah dan jangan kita berpecah belah. Ini merupakan satu kewajipan asas kepada kita berurusan memelihara perpaduan kerana dalam perpaduan inilah kita akan mendapat kekuatan.
Kita perlu kekuatan umat kerana pada diri umat Islam itu sendiri ada terpikul amanah sebagai khalifah Allah yang ditarafkan sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh mengerjakan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah A-li ‘Imran : Ayat110: yang bermaksud:
‘Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik’.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 23:23:51 GMT 8
Dunia, syaitan, nafsu musuh manusia -----------------------------------------------
husnulkhatimah writes: BERKATA Yahaya bin Muaz Al-Razi: “Musuh manusia itu ada tiga iaitu dunianya, syaitannya dan nafsunya. Berlindunglah daripada dunia dengan berzuhud iaitu menjauhkan diri daripada keduniaan, berlindunglah daripada syaitan dengan melawan kehendaknya dan berlindunglah daripada nafsu dengan meninggalkan syahwat."
Beliau berkata: “Perangi nafsu dengan empat pedang riadah (latihan jiwa) iaitu makanlah sekadar untuk menguatkan badan, bercakap seperlunya, mengurangi tidur dan menahan cercaan daripada orang lain."
Katanya, dengan sedikit makan, syahwat untuk melakukan perbuatan hina dan mungkar akan luput.
“Bercakap yang seperlunya akan menghindarkan segala bencana dan bersabar menahan cercaan orang akan memudahkan tercapai cita-cita.”
Jaafar bin Humaid pula berkata: “Ulama berpakat bahawa kenikmatan di akhirat tidak akan tercapai kecuali dengan meninggalkan kenikmatan dunia.”
Sementara Wuhaib Ibnul-Ward berkata: “Sesiapa lebih menyintai syahwat di dunia, maka bersedialah menuju kehinaan"
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:38:30 GMT 8
Berhati-hati apabila berbicara -------------------------------------
Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.
Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.
Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.
Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.
Berhati-hati, oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.
Oleh itu, sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia-sia dan tidak baik.
Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Manusia itu ada tiga macam (jenis). Pertama: Yang mendapat pahala. Kedua: Yang selamat daripada dosa. Ketiga: Yang binasa."
Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat dan tidak dapat mengawal lidah mereka.
Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah."
Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafiq pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.
Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah apabila Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Taqwa kepada allah dan akhlaq yang baik." Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan."
Daripada hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana tutur kata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum-hukum boleh membawa manusia ke neraka.
Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah menyebut, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya."
Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.
Luqmanul Hakim pernah ditanya: "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau menjawab: "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."
Tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan Allah malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.
Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Dengan apa yang dipaparkan ini, semoga mendapat di menfaatkan bersama dan juga untuk rakan-rakan yang lain.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 10:45:16 GMT 8
Hidup ibarat sebuah kapal layar ----------------------------------------
Hidup ini adalah ibarat sebuah kapal layar yang sedang menuju ke sebuah pelabuhan yang aman, iaitu akhirat. Kapal yang sedang dilayari ini tidak diketahui datangnya dari alam mana.
Di tengah-tengah pelayaran, kapal ini berhenti di sebuah pulau bernama "Dunia". Di sini penumpang-penumpangnya berehat sementara bagi mencukupkan sebarang keperluan kecil dalam pelayaran seterusnya ke pelabuhan bahagia.
Rumput-rumput di pulau persinggahan ini terlalu indah, pantainya putih bersih .
Kapten kapal mengizinkan para penumpangnya turun sebentar untuk beristirehat sambil melihat-lihat. Beliau berpesan, jangan ada daripada mereka yang lalai apabila terdengar isyarat kapal akan meneruskan pelayarannya.
Sebahagiannya patuh kepada peringatan kapten, tetapi sebahagiannya lalai dan terleka dan mendapati tempatnya di kapal itu telah diduduki orang. Sebahagian besarnya pula terus leka dan lalai bahawa pelayarannya masih jauh. Dia terpengaruh kerana terpesona dengan keindahan pulau yang disinggahinya itu, seolah-olah tiada tempat lain lagi seindah itu.
Berkali-kali loceng kapal dibunyikan memanggil penumpang naik ke kapal, tetapi dia membuat endah tak endah sahaja dengan panggilan itu. Akhirnya kapal membongkar sauhnya dan belayar menuju alam aman dan bahagia, sedangkan yang lain tinggal di pulau itu.
Apabila mereka telah berjalan dari pangkal ke hujung pulau itu, barulah disedari bahawa pulau itu bukan tempat sebenar yang dituju. Di situ dia dikeliling air, dia menyesal, tetapi penyesalan itu tidak berguna lagi. Kapal telah semakin jauh meninggalkannya. Dia menangis dan meraung meminta diambil semula.
Orang-orang tiada lagi yang jadi kawan, dan kapal lain tiada lagi yang datang. Sesal bertimpa-timpa, hari bertambah gelap, malam menyerkup suasana. Maka berkeliaranlah ular, kala, lipan dan binatang-binatang berbisa keluar dari sarangnya hendak menerkam dan menggigit. Makin lama makin bertambah banyak mengancam.
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Jan 12, 2004 9:28:20 GMT 8
Manusia dan tanggungjawab......
Kehidupan manusia umumnya terikat dengan pelbagai tanggungjawab. Sebagai insan, ia bertanggungjawab terhadap Tuhan Pencipta, Allah Yang Maha Kuasa dan juga terhadap keluarga, masyarakat dan negara atau bangsanya. Tanggungjawab inilah yang menentukan berjaya atau gagalnya melayari kehidupan di dunia yang sarat dengan pancaroba ini.
Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. merupakan tanggungjawab seorang insan terhadap Tuhannya yang telah menciptakannya dengan sempurna dan melimpahkan kurniaan yang tidak terhitung. Pengabdian ini pula membawa pelbagai tanggungjawab yang lain yang terangkum dalam ketaatan terhadap perintah Allah s.w.t. dan kesungguhan meninggalkan larangan-Nya. Jika ini berjaya dilaksanakan oleh seseorang hamba, maka jadilah ia seorang yang berjaya dalam erti kata yang sebenarnya. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Qur’an :
Terjemahan : “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solat mereka; dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perekataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan harta mereka (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kehormatan diri mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - kemudian sesiapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah serta janji mereka; dan mereka yang tetap mendirikan solat mereka, mereka itulah yang berhak mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.”
(Surah al-Mu’minun 23 : 1-11)
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 20:33:01 GMT 8
Surat terbuka dari Iblis -----------------------------
Hai manusia yang tersayang,
Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Kur'an. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.
Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Engkau telah membuktikan bahwa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Aku lihat engkau tak pernah membaca Bismilla sewaktu akan makan. Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sedawa kuat-kuat seperti lembu.
Hai manusia yang kucintai,
Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melempah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.
Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hi Everybody!" Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahwa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa.Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.
Duhai manusia,
Di sepanjang Ramadhan, telah lemah seluruh urat sendiku,telah terbakar seluruh jasadku,merintih ku kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di malam hari dan menghabiskan waktu malam dengan bertarawikh, berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas,kerana pintu taubat telah dibuka oleh ALLAH dengan Seluas-luasnya... Namun, aku tetap gembira kerana ada diantara kalian yang masih sudi menjadi temanku..melepaskan peluang rahmat ALLAH dengan mengucap perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak bertarawikh, malah mencipta persengketaan..aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali... cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku di sepanjang bulan yang dirahmati ini... Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama ... . kita berpegang-tangan menuju Neraka Jahannam.
Sahabatmu Yang Tercinta, Iblis Laknatullah
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 9:39:59 GMT 8
10 jenis org islam yg kejam...
Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak solat dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak solat jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 16, 2004 6:40:57 GMT 8
dipetik dari my mail: Manusia macam kita > Memang pandai bercakap > Menyalahkan orang lain > Mengutuk orang lain > Perlekeh orang lain > Merendahkan orang lain > Orang macam kita > Di mana-mana pun ada > Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain > Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri > Tengok pada diri sendiri dahulu Jangan... > > Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca > Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak baca > Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca > Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak baca > Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak baca > Asyik berceramah sana sini, Al-Quran kamu tak baca > Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak baca > Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak baca > Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca > Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak baca > Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak baca > Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak baca > Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak baca > Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak baca > Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak baca > Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca > Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak baca > Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak baca > Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca > Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak baca > Asyik mengasuh anak, Al-Quran kamu tak baca > Asyik ber'e-mel' dengan kawan, Al-Quran kamu tak baca > Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak baca > Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu tak baca > Kenapa tak baca? > > Tak sempat > Busy > Tak faham > Tak reti > Malas > 2. > > dapat surat dari pejabat tanah > dalam bahasa melayu > kamu boleh baca > > dapat surat lawyer > dalam bahasa inggeris > kamu boleh baca > > dapat surat daripada Allah > dalam bahasa Arab > apa nak jadi? > > Rugi rugi rugi > > Itu sajalah bekalan > Untuk diri sendiri > Di belakang hari > Dan hari ini > Al-Quran teman sejati > Di kala kaki tak mampu berdiri > Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi > Di kala lutut lenguh setiap sendi > Di kala badan tak mampu kesana kemari > Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi > Di kala tekak tak rasa apa lagi > Rumah kata pergi > Kubur kata mari sini > Juga buat teman di kala sendiri > Dalam kubur sunyi sepi > Menangislah sepuas hati > Mulai dari hari ini > Menyesali diri > Yang jahil dan dhaif sekali > Ambillah insiatif sendiri > Untuk baiki diri > Jangan hanya duduk sesali diri > Melihat Al-Quran menyusup pergi > hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi > istilah juga tidak berguna lagi > kerana ertinya tidak difahami > Bacalah Al-Quran hari ini! " so, sama2 lah kita renung bersama.....
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 19, 2004 20:39:11 GMT 8
Sebesar-besar keaiban ------------------------------
Saidina Ali r.a berkata; "Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan tersebut terdapat dalam dirimu sendiri".
Ramai daripada manusia yang tidak memandang dan memerhatikan kekurangan dan keburukan yang ada di dalam dirinya sendiri bahkan selalu sahaja menghitung dan mengira akan keburukan yang terdapat di dalam diri orang lain. Pantang sahaja melihat akan kekurangan dan keburukan yang terdapat di dalam diri orang lain maka terus sahaja diperkatakan dan disebarkan pengetahuan orang lain.
Sebagai contoh kadangkala kita dapat melihat seseorang yang tidak menghormati dan tidak menilai akan haq orang lain. Menjadikan haq (ganjaran) orang lain untuk menghimpun hartanya sendiri ataupun melambatkan dan mengurangkan di dalam memberi haq, ganjaran, balasan atau gaji kepada kepada orang yang telah bersusah payah untuknya. Dan yang lebih buruk daripada itu, tidak mamberi lansung akan haq ganjaran kepada si pemiliknya.
Orang seperti ini di samping tidak menghormati akan haq orang lain begitu juga juga tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna dan tidak menepati akan janji-janji yang telah diberkan kepada orang lain.
Tetapi lihatlah, apabila sekali sahaja ia dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. (seperti dapat mamberi ganjaran, gaji dan balasan kepada orang lain tepat pada waktunya) maka jeritan dan laungan di atas kejayaan itu akan sampai ke langit dan akan memenuhi kesemua ruang dan tempat dan malahan dia mencari, membuka dan mamperkatakan segala keaiban, kekurangan dan keburukan yang ada di dalam diri orang lain dengan berkata: “ tengok, walaupun engkau malas bekerja, aku tetap memberikan ganjaran dan balasan “gaji” kepada engkau”.
Yang demikian Saidina Ali r.a telah berkata daripada Rasulullah SAW: “Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemohi dan celai tedapat di dalam diri engkau sendiri.”
Hadis di atas bukan bermaksud apabila kita mendapati kekurangan di dalam diri orang lain, kita juga menyerupakan diri kita dengan diri orang yang mempunyai kekurangan itu, bahkan maksud hadis di atas yaitu cukuplah dengan kita tidak menceritakan keburukan orang lain kepada orang ramai dan kita cuba untuk memperelokkan dan mamperbaiki diri kita sendiri jikalau keburukan tersebut terdapat di dalam diri kita. Kerana keburukan yang ada dalam diri orang lain tidak akan menyenangkan kita begitu jugalah halnya orang dengan keburukan yang ada dalam diri kita tidak akan menyenangkan diri orang lain juga.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 23:30:29 GMT 8
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU
Allahuakbar, Allahuakbar Allahuakbar, Allahuakbar
Subuhnya di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin di hujung waktu siapa aku di depan Tuhan ku.
Zohornya aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku mengadaikan sebuah ketaatan siapa aku di depan Tuhan ku.
Asarnya aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak di hujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang dehaka siapa aku di depan Tuhan ku
Maghribnya aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhan ku.
Isyaknya kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siapa aku di depan Tuhan ku.
kini aku menjadi tertanya- tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa solat di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU
sekadar renungan bersama
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 5, 2004 19:48:08 GMT 8
tangisan dan airmata
Wahai sahabatku ,ini adalah bingkisan dariku utk tatapan dan utk pedoman seharian kita dimuka bumi ini.....
jenis-Jenis Air mata
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis 1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati. 2) Menangis kerana rasa takut. 3) Menangis kerana cinta. 4) Menangis kerana gembira. 5) Menangis kerana menghadapi penderitaan. 6) Menangis kerana terlalu sedih. 7) Menangis kerana terasa hina dan lemah. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat! di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa y ang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis! selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atasgunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip.
Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapaekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,
"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada airmata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut 1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. 2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. 3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. 3. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
4. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah Subhanahu wa ta'ala. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Berkata Salman Al Faarisi r.a Aku di buat menangis atas 3 perkara jua : 1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat. 2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Isra! il datang mencabut nyawanya. 3) Aku tidak tahu samada aku akan di p erintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara. 1) Apabila dahi nya berpeluh. 2) Airmatanya berlinang. 3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah Subhanahu wa ta'ala untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : 1 ."Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 2 .Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, 4 . dosa-dosa ya! ng silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu." sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 10, 2004 20:35:36 GMT 8
Tanggungjawab sahabat & diri sendiri
Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab &punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah Subhanahu wa ta'ala
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
|
|