|
Post by StRiDeR on Feb 15, 2004 22:41:34 GMT 8
4 perkara tersirat ============
Yang Tersirat di Sebalik 4 4 alamat orang cerdik 1. Berani menempuh bahaya 2. Pandai bermanis muka dengan musuh 3. Pandai melihat kesempatan 4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain
4 alamat orang beriman 1. Meninggalkan maki 2. Menjauhi menyakiti hati orang 3. Lekas memberi ampun 4. Lama baru menjatuhkan hukuman
4 tanda orang berakal 1. Cinta pada ilmu 2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji 3. Bagus jawabnya 4. Banyak benarnya
4 alamat orang rendah 1. Membuka rahsia 2. Pendendam 3. Penggunjing 4. Memburukkan kawan
4 yang menimbulkan cinta 1. Muka jernih 2. Sudi menolong 3. Sudi menghindarkan selisih 4. Menjauhi munafik
4 soal yang membawa keuntungan hidup 1. Benar perbicaraannya 2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik 3. Baik budinya 4. Suka berterima kasih
4 sempurna dengan 4 1. Ilmu dengan larangan 2. Agama dengan taqwa 3. Amal dengan niat 4. Kemuliaan dengan kelebihan
4 mesti dijaga 1. Teguh menjaga kehormatan 2. Redha menerima sedikit 3. Berbuat kebaikan setiap hari 4. Memelihara lidah
4 macam pencarian 1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani 2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang 3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh 4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal
"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, * WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, * WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, * WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN * WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 16, 2004 9:06:09 GMT 8
Syaitan yg ada dlm diri kita....
Assalammualaikum & salam ukhuwah
SYAITAN
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita 1. pintu marah 2. cinta dunia 3. kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
4. panjang angan-angan 5. rakus 6. bakhil 7. suka pada pujian 8. riak 9. ujub (merasa kagum) 10. takut dan gelisah 11. buruk sangka 12. memandang rendah pada orang lain 13. merasa suka pada dosa 14. merasa aman daripada pembalasan "ALLAH" 15. putus asa daripada rahmat "ALLAH"
15 Sanjata Menghalang Syaitan
1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik) 2. Banyakkan bezikir 3. Banyakan Beristigfar 4. Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min" 5. Jangan tidur berseorangan 6. Baca doa pagi dan petang 7. Bersugi 8. Melaksanakan solat jemaah 9. Berwudhuk sebelum tidur 10. menutup aurat 11. Membaca doa masuk tandas. 12. Banyak berselawat pada hati 13. Bertaubat, beristighfar 14. Banyakan baca Al-Quran 15. Membaca surh Yassin setiap pagi
Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
1. Rumah yang bersih 2. Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah 3. Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat) 4. Panghuninya jujur dan memenuhi janji 5. Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal) 6. Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra) 7. Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 24, 2004 22:01:54 GMT 8
Ada empat jenis manusia dalam dunia ini
Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati. Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan • Ilmu Ketuhanan, • Guru kepada yang baik, • Pembimbing kepada agama Allah, • Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.
Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Alli; "Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit". Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati. • Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. • Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. • Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. • Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. • Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda; "Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang 'Alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang 'Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan apoi dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu. Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah. • Dia adalah seorang yang beriman. • Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan • menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan • memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. • Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda; "Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan". Sabda baginda lagi; "Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka. Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh dan hamba-hambanya yang Sholeh. Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang dijak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW; 'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain. Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Jadi saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 27, 2004 22:01:15 GMT 8
Kenali Perangai Manusia ==================
Suatu hari, ahli sufi luqman al-hakim berdialog dgn anaknya mengenai sebaik2 perangai manusia&
Anak: apakah sebaik2 perangai manusia?
Luqman: Agama
Anak: kalau perangai itu ada dua bagaimana?
Luqman : agama ada harta
Anak: kalau ada tiga?
Luqman: agama , harta dan rasa malu.
Anak: kalau ada empat?
Luqman: agama, harta, rasa malu dan budi pekerti yg mulia..
Anak: kalau ada lima?
Luqman: agama, harta, rasa malu dan budi pekerti yg mulia, dan pemurah
Anak: kalau ada enam?
Luqman: Wahai anakku, sekiranya lima perkara itu terkumpul dalam diri seseorang muslim, maka dialah org yg suci, terpelihara, dilindungi Allah serta terlepas daripada hasutan syaitan.
Ahli sufi Wahab Munabbih berkata:
org yg buruk perangai dan budi pekerti umpama tembikar pecah tidak boleh ditampal dan tidak boleh dijadikan tanah liat semula"
so kawan2..kalo dah tak boleh jadi tanahliat ertinya sudah tidak dianggap manusiakan..? kerana sesungguhnya manusia itu dijadikan daripada tanah&..so jadi apa&? Tanyalah dan nilai diri masing2 di mana kita sebenarnya...
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Feb 29, 2004 13:40:42 GMT 8
Dalam 7 hari yang telah berlalu dan mungkin akan terulang.....
Hari per-1, tahajudku tetinggal Dan aku begitu sibuk akan duniaku Hingga zuhurku, kuselesaikan saat ashar mulai memanggil Dan sorenya kulewati saja masjid yang mengumandangkan azan magrib Dengan niat kulakukan bersama isya itupun terlaksana setelah acara tv selesai
Hari ke-2, tahajudku tertinggal lagi Dan hal yang sama aku lakukan sebagaimana hari pertama
Hari ke-3 aku lalai lagi akan tahujudku Temanku memberi hadiah novel best seller yang lebih dr 200 hlmn Dalam waktu tidak 1 hari aku telah selesai membacanya Tapi... enggan sekali aku membaca Al-qur'an walau cuma 1 juzz Al-qur'an yg 114 surat, hanya 1,2 surat yang kuhapal itupun dengan terbata-bata Tapi... ketika temanku bertanya ttg novel tadi betapa mudah dan lancarnya aku menceritakan
Hari ke-4 kembali aku lalai lagi akan tahajudku Sorenya aku datang keseletan Jakarta dengan niat mengaji Tapi kubiarkan ustazdku yang sedang mengajarkan kebaikan Kubiarkan ustadzku yang sedang mengajarkan lebih luas tentang agamaku Aku lebih suka mencari bahan obrolan dengan teman yg ada disamping kiri & kananku Padahal bada magrib tadi betapa sulitnya aku merangkai Kata-kata untuk kupanjatkan saat berdoa
Hari ke-5 kembali aku lupa akan tahajudku Kupilih shaf paling belakang dan aku mengeluh saat imam sholat jum'at kelamaan bacaannya Padahal betapa dekat jaraknya aku dengan televisi dan betapa nikmat, serunya saat perpanjangan waktu sepak bola favoritku tadi malam
Hari ke-6 aku semakin lupa akan tahajudku Kuhabiskan waktu di mall & bioskop bersama teman2ku Demi memuaskan nafsu mata & perutku sampai puluhan ribu tak terasa keluar Aku lupa.. waktu diperempatan lampu merah tadi Saat wanita tua mengetuk kaca mobilku Hanya uang dua ratus rupiah kuberikan itupun tanpa menoleh
Hari ke-7 bukan hanya tahajudku tapi shubuhkupun tertinggal Aku bermalas2an ditempat tidurku menghabiskan waktu Selang beberapa saat dihari ke-7 itu juga Aku tersentak kaget mendengar khabar temanku kini Telah terbungkus kain kafan padahal baru tadi malam aku bersamanya & ¾ malam tadi dia dengan misscallnya mengingat aku ttg tahajud
kematian kenapa aku baru gemetar mendengarnya? Padahal dari dulu sayap2nya selalu mengelilingiku dan Dia bisa hinggap kapanpun dia mau
¼ abad lebih aku lalai.... Dari hari ke hari, bulan dan tahun Yang wajib jarang aku lakukan apalagi yang sunah Kurang mensyukuri walaupun KAU tak pernah meminta Berkata kuno akan nasehat ke-2 orang tuaku Padahal keringat & airmatanya telah terlanjur menetes demi aku
Tuhan andai ini merupakan satu titik hidayah Walaupun imanku belum seujung kuku hitam Aku hanya ingin detik ini hingga nafasku yang saat nanti tersisa Tahajud dan sholatku meninggalkan bekas Saat aku melipat sajadahku..... Amin....
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Mar 2, 2004 12:19:35 GMT 8
Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat.
Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang.
Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.
Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.
Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong.
Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa.
Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan.
Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.
Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.
Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"
"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan, jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa."
" Kau salah ! " suara itu membentak tinggi
" Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Jika tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa. "
" Katakan padaku " tanya lelaki A itu.
" Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya? "
" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan ! "
Moral :Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Sedar lah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu hanya dari "yang terlihat" saja.
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 30, 2004 14:34:21 GMT 8
Dosa Orang Mengumpat -------------------------------
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Wahai Org yg beriman peliharakan lidahmu dpp berkata2x yg x manfaat.. dan jgn sekali dirimu myakiti ht saudaramu, jika dirimu mlakukan sedemikian, nescaya dagingmu akan dimkn oleh Anjing2x neraka.. waallahualam..
Assalamualaikum..
DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA
Tolong sampai-sampaikan ... Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.
Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
*Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara islam yang lain.Ilmu yang bermanafaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah mati.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 30, 2004 15:56:40 GMT 8
kepada sumer forumer, warga iic, pak guard, pekedai klj, ceo, cheif cleaner.... gua nak mintak maap kalau gua ader terumpat u all... ni serius ni takutla hukuman yang tuhan kasi kat orang mengumpat... fogive me... k
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 7, 2004 11:26:58 GMT 8
Hati Ibarat Rumah ------------------------
Ada 3 macam rumah, Pertama Rumah raja, di dlmnya ada simpanannya, tabungannya serta perhiasannya. Kedua Rumah hamba, di dlmnya ada simpanan, tabungan & perhiasan yg tidak spt yg dimiliki seorang raja. Dan ketiga adalah Rumah kosong, tidak ada isinya.
Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan imasukinya?
Apabila anda menjawab, ia akan masuk rumah yg kosong, tentu suatu hal yg tidak masuk akal, karena rumah kosong tidak ada barang yg bisa dicurinya.
Karena itulah dikatakan kpd Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu, bahwa ada org2 Yahudi mengklaim bahwa di dlm solat, mereka 'tidak pernah terganggu', Maka Ibnu Abbas berkata: "Apakah yg bisa dikerjakan oleh syaitan dlm rumah yg sudah rusak?"
Bila jawaban anda adalah: "Pencuri itu akan masuk rumah raja." Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil, karena tentunya rumah raja dijaga oleh penjaga dan tentara, sehingga pencuri tidak bisa mendekatinya.
Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para penjaga dan tentara senantiasa siap siaga di sekitar raja?
Sekarang tinggal rumah ketiga, maka hendaklah orang-orang berakal memperhatikan permisalan ini sebaik-baiknya, dan menganalogikannya (rumah) dengan hati, karena inilah yang dimaksudkannya.
Hati yang kosong dari kebajikan, yaitu hati orang-orang kafir dan munafik, adalah rumah setan, yang telah menjadikannya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah rangsangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada didalamnya hanyalah peninggalan setan, simpanannya dan gangguannya? (rumah ketiga).
Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta'ala dan keagungan-Nya, penuh dengan kecintaanNya dan senantiasa dalam penjagaan-Nya dan selalu malu darinya, Syaitan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, apa yang akan dicurinya? (rumah pertama).
Hati yang di dalamnya ada tauhid Allah, mengerti tentang Allah, mencintaiNya, dan beriman kepadaNya, serta membenarkan janjiNya, Namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat-sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Hati ini ada diantara dua hal. Kadang hatinya cenderung kepada keimanan, ma'rifah dan kecintaan kepada Allah semata, dan kadang condong kepada panggilan syaitan, hawa nafsu dan tabiat tercela.(rumah kedua) Hati semacam inilah yang dicari oleh syetan dan diinginkannya. Dan Allah memberikan pertolongan-Nya kepada yang dikehendakiNya. "Dan kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi maha bijaksana." (Ali Imran:126)
Syaitan tidak bisa mengganggunya kecuali dengan senjata yg dimilikinya, yg dgnnya ia masuk dlm hati. Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata2nya yg berupa syahwat, syubhat, khayalan2 dan angan2 dusta yang berada di dalam hati.
Saat memasukinya, syaitan mendapati senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta menjadikannya menetap di hati. Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang mengimbangi serangan tersebut, dan kekuatannya melebihi kekuatan penyerangnya, maka ia akan mampu mengalahkan syetan. Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 15, 2004 14:01:17 GMT 8
hikmah disebalik sakit SETIAP manusia tidak lari daripada ditimpa sakit dan sebagai umat Islam, sewajarnya kita menguatkan jiwa untuk mengharung segala kesakitan dan penderitaan. Dalam menghadapi penderitaan inilah tersedia ganjaran besar untuk mereka yang terus bersabar dan redha dengan ketentuan Allah. Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim menyebut: ?Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang ditimpa kesakitan daripada penyakit, maka tidak ada selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya (dosa kecil) dengan sebabnya seperti mana pokok menggugurkan daunnya.? Dalam sebuah hadis, ada diceritakan bahawa Rasulullah saw bertanya kepada sahabat: "Siapakah di kalangan kamu yang suka sihat tanpa sakit?" Jawab sahabat: ?Semua kami.? Baginda bertanya lagi: ?Adakah kamu suka menjadi seperti keldai liar yang mengganas? Tidakkah kamu suka menjadi orang yang ditimpa bala dan orang yang mendapat penghapusan dosa? Demi diriku di bawah kekuasaan-Nya, sesungguhnya Allah pasti menguji orang mukmin dengan bala dan apa yang diuji itu tidak lain melainkan untuk memuliakannya.? Sabda Rasulullah lagi bermaksud: ?Sesungguhnya, mengerang orang yang sakit itu umpama tasbih, jeritan dan tidurnya adalah ibadah, nafasnya sedekah dan berbalik-balik ke kiri dan kanan itu adalah memerangi musuh, iaitu sama pahalanya.? Dalam Ihya pula ada menyebutkan sebuah hadis yang bermaksud: ?Sesungguhnya Allah mengutuskan kepada seorang yang sakit dua malaikat untuk melihat apa yang dikatakannya kepada pengunjungnya. ?Sekiranya dia mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah, Allah berfirman: Bagi hamba-Ku, sekiranya Aku mematikannya, nescaya Aku memasukkannya ke dalam syurga. Dan sekiranya Aku menyembuhkannya nescaya Aku menggantikan daging badannya yang lebih baik daripada sebelum ini, darah yang lebih baik daripada darahnya serta Aku hapuskan kejahatannya. Kelebihan Allah lebih luas daripada semua itu.?
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 17, 2004 17:00:27 GMT 8
Permohonan si miskin dan si kaya
Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya karena ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mau bersyukur kepada Allah SWT
|
|
|
Post by StRiDeR on May 21, 2004 15:17:30 GMT 8
27 PERKARA MENYEBABKAN JADI PAPA!!!!!!!!
1. BERMUDAH-MUDAH DENGAN SEMBAHYANG... 2. MENYERU IBU BAPA DENGAN PANGILAN NAMANYA... 3. MENINGGALKAN DOA UNTUK IBU BAPA... 4. BERJALAN DIHADAPAN GURU... 5. CEPAT KELUAR BILA MASUK MASJID... 6. BERBOHONG... 7. BANYAK BERCAKAP KOSONG... 8. PEMALAS... 9. BANYAK TIDUR... 10. BERMUDAH-MUDAH MEMBAZIRKAN MAKANAN... 11. SELALU MAKAN KETIKA HADAS BESAR... 12. MEMBAZIRKAN HARTA DENGAN TIDAK MENENTU HALA... 13. BERPAGI-PAGI MINUM DI KEDAI KOPI... 14. BERSIFAT BAKHIL... 15. SENTIASA TIDUR TELANJANG... 16. LAMBAT PULANG APABILA KELUAR TIDAK BERSEBAB... 17. MENJAHIT PAKAIAN DI BADAN... 18. SELALU MEMAKAI SELUAR SAMBIL BERDIRI... 19. TIDAK MEMBASUH PINGGAN SELEPAS MAKAN... 20. SELALU MEMBASUH TANGAN DENGAN TANAH... 21. SENTIASA BERSISIR DENGAN SISIR YANG PATAH... 22. SELALU MENULIS DENGAN QALAM YANG PATAH... 23. MEMBIARKAN LABAH-LABAH DI DALAM RUMAH... 24. MEMBIAKKAN BINATANG YANG HALUS DI DALAM RUMAH... 25. MENYAPU SAMPAH DI WAKTU MALAM... 26. HEMBUSAN NAFAS UNTUK MEMADAMKAN LAMPU/API... 27. SELALU MEMBAKAR KULIT BAWANG...
RENUNGKANLAH... ..WAHAI KEKAWANKU...
|
|