dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Aqidah
Feb 27, 2004 14:32:04 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:32:04 GMT 8
Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada ALLAH S.W.T. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adaklah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya.
TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhai tidak betul dan sempurna,maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan,barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu senua.Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan,tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Aqidah
Feb 27, 2004 14:32:53 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:32:53 GMT 8
KRITERIA-KRETERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS..............
1. Sentiasa taat kepada Allah S.W.T dan Rasullulah S.A.W. 2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya. 3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi. 4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah S.W.T. 5. Ikhlas dalam beramal. 6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya. 7. Sangat takut kepada ujian ALLAH S.W.T dan ancamannya. 8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya. 9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya. 10. Solat malam menjadi kebiasaannya. 11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah S.W.T 12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit. 13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka. 14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya. 15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan. 16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah S.W.T 17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Aqidah
Feb 27, 2004 14:33:14 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:33:14 GMT 8
Selain daripada ciri-ciri diatas,orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah S.W.T setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian.Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.
Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........
1. Mencari nafkah ( belanja hidup) 2. Berjihad Fisabilillah. 3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas. 4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Aqidah
Feb 27, 2004 14:33:47 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:33:47 GMT 8
1.MENCARI NAFKAH..........
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihandalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya..Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama,bangsa dan agamanya.Inilah esbabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita.Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini.Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.Dalam melaksanakan tugas ini,dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.
Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama.dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat,bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini,usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat.
Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat,maka engkau akan UNTUNG semuanya,tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia,maka engkau akan RUGI semuanya.
“ Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik,kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah,maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.
Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh.
Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.
Pertama:Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap ALLAH S.W.T dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.
Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal,bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Aqidah
Feb 27, 2004 14:34:06 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:34:06 GMT 8
Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah: 1. Riba, 2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai, 3. Perjudian dan perdagangan minuman keras, 4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang, 5. Mencuri 6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Aqidah
Feb 27, 2004 14:34:19 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:34:19 GMT 8
2.Berjihad Fisabililah
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam.Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh,yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh.Jika tidak terbunuh,maka ia mesti membunuh.Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua ‘YUQTAL AU YAGHLIB’ yakni TERBUNUH atau MENANG.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Aqidah
Feb 27, 2004 14:34:40 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:34:40 GMT 8
3.Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam.Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.
“ Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan,bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini.Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu.Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”
Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan.Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama samaada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Aqidah
Feb 27, 2004 14:35:01 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:35:01 GMT 8
4.Memimpin,mendidik dan berlaku baik terhadap isteri......
MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......
1.Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
2.Menangani isteri yang boduh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Aqidah
Feb 27, 2004 14:35:18 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:35:18 GMT 8
Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan,lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain.Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah S.W.T.Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat di kekalkan buat selama lamanya.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Aqidah
Feb 27, 2004 14:35:30 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:35:30 GMT 8
B.Berlaku baik terhadap isteri
Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya.Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya.Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga,dan bekerjasama dengan isterinya.
Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya,dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu Majah)
Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......
A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga c: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.
Wassalam.
|
|
|
Aqidah
Mar 12, 2004 18:14:21 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 12, 2004 18:14:21 GMT 8
4 PERKARA TERSIRAT ********************** Yang Tersirat di Sebalik 4
-4 alamat orang cerdik: 1. Berani menempuh bahaya 2. Pandai bermanis muka dengan musuh 3. Pandai melihat kesempatan 4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain
-4 alamat orang beriman: 1. Meninggalkan maki 2. Menjauhi menyakiti hati orang 3. Lekas memberi ampun 4. Lama baru menjatuhkan hukuman
-4 tanda orang berakal: 1. Cinta pada ilmu 2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji 3. Bagus jawabnya 4. Banyak benarnya
-4 alamat orang rendah: 1. Membuka rahsia 2. Pendendam 3. Penggunjing 4. Memburukkan kawan
-4 yang menimbulkan cinta: 1. Muka jernih 2. Sudi menolong 3. Sudi menghindarkan selisih 4. Menjauhi munafik
-4 soal yang membawa keuntungan hidup: 1. Benar perbicaraannya 2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak malu 3. Baik budinya 4. Suka berterima kasih
-4 sempurna dengan 4: 1. Ilmu dengan larangan 2. Agama dengan taqwa 3. Amal dengan niat 4. Kemuliaan dengan kelebihan
-4 mesti dijaga: 1. Teguh menjaga kehormatan 2. Redha menerima sedikit 3. Berbuat kebaikan setiap hari 4. Memelihara lidah
-4 macam pencarian: 1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani 2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang 3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh 4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal
"REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN"
* WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, * WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, * WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, * WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN * WAKTU HIDUP SEBELUM MATI"
|
|
|
Aqidah
Mar 17, 2004 0:06:45 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 17, 2004 0:06:45 GMT 8
Takdir Allah adalah ketentuan sebelum makhluk dicipta ---------------------------------------------------------------------
RAMAI di kalangan kita menyebut sudah takdir jika berlaku sesuatu seperti kematian, kemalangan, kerugian, kecurian, kemiskinan dan apa juga malapetaka yang menimpa diri kita. Malah perkataan itu juga sering disebut jika kita tiba-tiba kaya, untung dan berjaya dalam peperiksaan.
Sebenarnya, takdir Allah swt adalah ketentuan yang telah Allah tetapkan. Bahkan jauh sebelum semua makhluk diciptakan, Allah telah menuliskan semua takdir makhluknya dari permulaan hingga akhir hayat.
Namun harus kita fahami bahawa takdir itu tidak ada yang tahu kecuali hanya Allah. Jadi kita tidak boleh menyatakan, misalnya: Saya ini tidak menjadi kaya kerana takdir Allah.. Dari mana kita tahu bahawa pada masa akan datang itu kita akan terus miskin?
Jadi bagi manusia dan semua makhluk, takdir Allah itu adalah hal ghaib dan misteri. Kerana itu haram hukumnya seseorang berpeluk tubuh tanpa berusaha dengan alasan sudah takdir.
Padahal Allah sendiri sebagai Penulis Takdir telah memerintahkan kita untuk berusaha, bekerja dan berikhtiar dan akhir sekali bertawakal. Kerana itu menyalahkan takdir adalah dosa kerana melawan perintah Allah.
Orang dahulu sebelum kita pun pernah berselisih faham mengenai takdir. Ada yang menyerahkan semua perkara pada takdir hingga tidak mahu bekerja dan berusaha untuk memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
Golongan kedua pula tidak percaya pada takdir dan berpendirian bahawa manusia 100 peratus menentukan apa yang akan terjadi. Bagi Ahli Sunnah Waljamaah, kedudukan yang benar adalah di antara kedua-duanya, iaitu tidak menafikan takdir tetapi tetap berusaha.
Daripada Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah saw bersabda, bermaksud: Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan telah dicatat dan ditentukan tempat kembalinya, ke syurga atau ke neraka. Sahabat bertanya: Kalau begitu sebaiknya kita meninggalkan ibadah dan amal lalu bertawakal saja? Rasulullah saw bersabda: Beramallah kerana semua orang dimudahkan oleh Allah sesuai dengan penciptaannya. Hadis riwayat Bukhari, Muslim.
Sebenarnya, takdir memiliki empat tingkatan yang wajib dipercayai.
Pertama; Al-Ilmu iaitu seseorang harus meyakini bahawa Allah mengetahui segala sesuatu baik secara global maupun terperinci. Dia Maha Mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi. Kerana segala sesuatu diketahui oleh Allah, baik yang terperinci maupun jelas atas setiap gerak-geri makhluknya.
Pada sisi Allah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata." Surah Al-an`am, ayat 59.
Kedua; Al-Kitabah Bahawa Allah mencatat semua itu sebagaimana firman-Nya: Apakah kamu tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi? Bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab. Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah. Surah Al-Hajj, ayat 70.
Ketiga; Al-Masyiah Kehendak Allah ini bersifat umum. Tidak ada sesuatu pun di langit mahupun di bumi melainkan terjadi dengan iradat/masyiah (kehendak/keinginan) Allah SWT. Maka tidak ada dalam kekuasaannya yang tidak diinginkannya selamanya. Baik yang berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh Zat Allah atau yang dilakukan oleh makhluk-Nya.
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. Surah Yasin, ayat 82.
Dan kalau Allah menghendaki, nescaya tidaklah berbunuh-bunuhan orang-orang sesudah rasul-rasul itu, sesudah datang kepada mereka beberapa macam keterangan, akan tetapi mereka berselisih, maka ada di antara mereka yang beriman dan ada di antara mereka yang kafir. Seandainya Allah menghendaki, tidaklah mereka berbunuh-bunuhan. Akan tetapi Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya. Surah Al-Baqarah, ayat 253.
Keempat: Al-Khalqu Bahawa tidak sesuatu pun di langit dan di bumi melainkan Allah sebagai penciptanya, pemiliknya, pengaturnya dan menguasainya.
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab dengan kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Surah Al-Zumar, ayat 2.
|
|
|
Aqidah
Mar 17, 2004 10:17:40 GMT 8
Post by kuzy on Mar 17, 2004 10:17:40 GMT 8
now all questionair in my head alraedy answered by strider... aku dah lame nak tahu pasaal takdir... btol kenape kite nak berserah pade takdir sedangkan kiter tak tau kan.... bijak2.... thanx ;D
|
|
|
Aqidah
Mar 30, 2004 14:39:05 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 30, 2004 14:39:05 GMT 8
now all questionair in my head alraedy answered by strider... aku dah lame nak tahu pasaal takdir... btol kenape kite nak berserah pade takdir sedangkan kiter tak tau kan.... bijak2.... thanx ;D samer2...
|
|
|
Aqidah
Mar 30, 2004 14:39:55 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 30, 2004 14:39:55 GMT 8
KITA SEBENARNYA...
* Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram
* Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
* Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat
* Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
* Lebih suka lepak, tidur tengok TV daripada solat
* Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
* Lebih suka menyebut hello!... Hai! daripada assalamualaikum
* Lebih suka pakai cap, topi daripada kopiah atau songkok
* Lebih suka pakai cekak, skaf daripada tudung labuh atau jilbab
* Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid* Lebih suka memuji
manusia daripada Tuhan kita sendiri
* Lebih suka membaca majalah hiburan (Hai! URTV) daripada buku-buku agama
* Lebih suka ke konsert (Mariah Carey!), karaoke daripada ceramah agama
* Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
* Lebih suka mencarut, @#%^&mak kau! Daripada menyebut MasyaAllah
* Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan
* Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
* Lebih cintakan urusan dunia
Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.
Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T
|
|