|
Aqidah
Jan 14, 2004 9:55:01 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 9:55:01 GMT 8
Ucapkan Assalammualaikum...bukan akum ------------------------------------------------------
Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan 'A K U M'. Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam solawat kepada Nabi dengan hanya menulis 'S . A . W' dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis 'S . W . T' maka kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi 'A K U M'.
Dalam hukum feqah, tulisan yang tertera 'Assalamu'alaikum' adalah wajib dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel atau SMS kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab. Manakala tulisan 'A K U M' tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa..
Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam pada ejaan dengan menulis penuh Assalamu'alaikum dan bukan lagi 'A K U M'.
Marilah kita sama memperbetulkan ucapan salam. "Assalammu'alaikum"
|
|
|
Aqidah
Jan 20, 2004 23:53:08 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 23:53:08 GMT 8
Adakah kita seorang Islam? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam ? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur. Adakah kita yakin kita seorang Islam??? Jadi, mengapa kita begitu asyik mendengar lagu-lagu yang haram hukumnya disisi Islam. Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai muzik dan lagu-lagu yang sama sekali tidak ada dalam anjuran Islam. Siapakah Siti NurHaliza, Backstreetboys, 911, West Life, KRU, Ziana zain... Adakah mereka dapat memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa. Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja ... ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang? Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ...** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan? Siapa Kita? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Ketahuilah bahawa, mereka yang suka berlawak jenaka akan dicampakkan ke dalam NERAKA yang paling JAUH..... sejauh bintang Suraya... Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI !!!! Siapa kita ? Kita adalah hambaNya. Wallahu'alam _________________ -I-N-S-A-N_B-I-A-S-A
|
|
|
Aqidah
Jan 26, 2004 23:27:04 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 26, 2004 23:27:04 GMT 8
Sekadar suatu renungan untuk dikongsi bersama ;
Kita sebenarnya......lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
Kita sebenarnya......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
Kita sebenarnya......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat
Kita sebenarnya......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
Kita sebenarnya......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada solat dan mengaji
Kita sebenarnya......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
Kita sebenarnya......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum
Kita sebenarnya......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid
Kita sebenarnya......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
Kita sebenarnya......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
Kita sebenarnya......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
Kita sebenarnya......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka
Kita sebenarnya......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah
Kita sebenarnya......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan
Kita sebenarnya......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
Kita sebenarnya......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa... KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??
|
|
|
Aqidah
Jan 29, 2004 21:07:38 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 29, 2004 21:07:38 GMT 8
Ketahuilah Olehmu -------------------------
Beberapa hal yang dapat mendorong / memberi semangat kpd kita ..
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..... Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...... Allah SWT sudah menghitung airmatamu.
Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja..... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu. Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon..... Allah SWT selalu berada disampingmu.
Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..... Allah SWT punya jawapannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...... Allah SWT dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...... Allah SWT sedang berbisik kepadamu. Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...... Allah SWT telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...... Allah SWT telah tersenyum padamu. Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...... Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap....... Allah SWT TAHU .......
|
|
|
Aqidah
Feb 3, 2004 22:13:27 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 3, 2004 22:13:27 GMT 8
They lie on the table side by side The Holy Quran and the T.V. Guide.
One is well worn and cherished with pride. Not the Quran, but the T.V. Guide.
One is used daily to help folks decide. Not the Quran, but the T.V. Guide.
As the pages are turned, what shall they see? Oh, what does it matter, turn on the T.V.
So they open the book in which they confide. No, not the Quran, but the T.V. Guide.
The Word of Allah is seldom read. Maybe a verse before they fall into bed.
Exhausted and sleepy and tired as can be. Not from reading the Quran, from watching T.V.
So then back to the table side by side, Lie the Holy Quran and the T.V. Guide.
No time for prayer, no time for the Word, The plan of Istiqama is seldom heard.
But forgiveness of sin, so full and free, Is found in the Quran, not on T.V.
Take 60 seconds & give this a shot! Let's just see if Satan stops this one.
All you do is -
1) say:
A- Subhan Allah
B- Alhamdolila
C- Allaho Akbar
D- La ilaha ila Allah Mohammed rasool Allah
E- Allahoma sali aala sayidna Mohammed wa ala alihi
Wasahbihi wasal'um
|
|
|
Aqidah
Feb 4, 2004 0:14:42 GMT 8
Post by atokENSEM on Feb 4, 2004 0:14:42 GMT 8
malangnye..thread ini tak dpt sambutan..jgnkan kata thread ni..topic islamic pun..tak byk yg berkunjung..
|
|
|
Aqidah
Feb 4, 2004 20:33:10 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 4, 2004 20:33:10 GMT 8
malangnye..thread ini tak dpt sambutan..jgnkan kata thread ni..topic islamic pun..tak byk yg berkunjung.. x pe lah...nak buat camner...dah ader ilmu dengan satu click jer...x yah susah payah mencari...ilmu2 agama nie...dah ader kat depan mata...diorang x nak hargai...so, tue rasa2 nya bukan tanggungjawab kita lagi...lagipun diorang dah sedia maklum ader bahagian kolum agama...x kan nak post kat tempat lain kot...
|
|
|
Aqidah
Feb 4, 2004 20:38:47 GMT 8
Post by atokENSEM on Feb 4, 2004 20:38:47 GMT 8
x pe lah...nak buat camner...dah ader ilmu dengan satu click jer...x yah susah payah mencari...ilmu2 agama nie...dah ader kat depan mata...diorang x nak hargai...so, tue rasa2 nya bukan tanggungjawab kita lagi...lagipun diorang dah sedia maklum ader bahagian kolum agama...x kan nak post kat tempat lain kot... insyaallah..atok cuba promote kan islamic discourse ni..
|
|
|
Aqidah
Feb 4, 2004 20:42:24 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 4, 2004 20:42:24 GMT 8
insyaallah..atok cuba promote kan islamic discourse ni.. mekacih atas sokongan dan usaha atok.... ;D
|
|
|
Aqidah
Feb 7, 2004 11:58:06 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 7, 2004 11:58:06 GMT 8
PENGHARAMAN KENDURI ARWAH, TAHLILAN, YASINAN & SELAMATAN
? IMAM SYAFIE (Rahimahullah)
Amalan mengadakan keduri arwah dengan pembacaan surah al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, surah an-Nas, surah Yasin dan beberapa ayat yang lain secara beramai-ramai amat bertentangan dengan nas al-Quran hadis-hadis sahih dan athar para sahabat. Membaca al-Quran berjamaah(beramai-ramai) dengan mengangkat suara sehingga tidak ketahuan bunyi bacaan dan siapa pendengarnya telah ditegah oleh Allah di dalam firmanNya yang bermaksud:
?Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat?.
AL-A-RAF, 7: 204.
Begitu juga al-Quran diturunkan dari langit bukan untuk dibacakan kepada orang yang sudah mati, tetapi untuk orang yang masih hidup dan wajib dibaca oleh mereka yang masih hidup, kerana orang mati sudah tidak mampu lagi mendengar perintah al-Quran sebagaimana firman Allah yabng bermaksud:
?Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang mati itu mendengar?.
AN-NAML, 27:80
?Dan tidak sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati, sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendakiNya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yanbg dalam kubur dapat mendengar?.
Nabi Muhammad sallahu ?alaihi wa sallam pula telah bersabda bahawa apabila seseorang yang telah mati, sama ada para nabi, para rasul atau para wali maka semua tanggungjawab dan segala urusannya dengan persoalan dunia telah tamat, selesai dan terputus sehingga tiada kaitan dan hubungannya lagi dengan dunia dan para penghuninya kecuali tiga perkara sebagaimana sabda baginda:
?Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.? ? Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi dan an-Nasaii
Walaupun hadis di atas hanya menyebut doa daripada anak yang soleh untuk ibu bapanya, namun permohonan doa kaum muslimin di dunia yang masih hidup untuk mereka yang sudah mati juga diharuskan. Walau bagaimanapun, doa daripada anak yang soleh adalah berpanjangan dan tidak terputus kerana anak termasuk hasil usaha seseorang semasa di dunia yang keluar dari tulang sulbinya.
Anak yang soleh disebut oleh Nabi di dalam sabdanya sebagai penyambung amal jariah setelah kematian orang tuanya. Sebab itulah Nabi Muhammad sallahu?alaihi wa sallam menggalakkan orang-orang beriman supaya mengahwini perempuan-perempuan yang solehah, yang subur dan pandai memelihara anak-anaknya agar anak-anak yang ditinggalkan akan menjadi penyambung amal jariah dan mendoakannya. Sehingga tidak dipertikaikan oleh kalangan para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa amalan ibu bapa yang terputus sewajarnya disambung oleh anak-anak yang ditinggalkan oleh orang tuanya. Apa yang perlu diberi perhatian: ?Hanya anak-anaknya sahaja, bukan orang lain? yang dibolehkan menyambung amal orang tuanya yang terputus sebagaimana yang dapat difahami dari dalil-dalil yang berikut:
Dari Ibn Abbar radiallahu?anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada nabi sallahu?alaihi wasallam bertanya: Ya Rasulullah! Ibuku telah meninggal sedangkan dia masih berhutang puasa sebulan belum dibayar, apakah yang boleh membayarnya untuk ibuku? Baginda menjawab: Andaikata ibumu menanggung hutang apakah engkau yang membayarnya? Beliau menjawab: Ya. Maka baginda bersabda: Hutang kepada Allah lebih patut dibayarnya?.- Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan an-Nasaii
?Dari ?Aisyah radiallahu?anhu berkata: Bahawasanya seorang lelaki datang kepada Nabi sallahu?alaihi wasallam dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah mati mendadak, sehingga dia tidak berkesempatan untuk berwasiat an saya rasa andaikan ia mendapat kesempatan berkta tentu dia berwasiat (supaya besedekah). Adakah ia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Baginda sallahu?alaihi wasallam menjawab: Ya?. ? Hadis Riwayat Bukhari dan an-Nasaii
Al-Quran menjadi garis panduan kepada mereka yang masih hidup. Dengan demikian, orang yang dapat mengambil panduan mestilah daripada kalangan orang-orang yang masih hidup sahaja. Orang-orang yang telah mati sudah tidak memerlukannya lagi kerana kehidupannya telah pun berkahir di dunia ini. Allah Subhanahu wa Ta?ala berfirman di dalam surah Yasin yang bermaksud :
Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan supaya dia memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup?.
YASIN, 36:69-70.
Anehnya, surah ini telah disalahgunakan dengan menjadikan bacaan daripada yang hidup untuk si Mati dengan kepercayaan bahawa pahala bacaan dapat memberi manfaat kepada si Mati. Inilah sangkaan yang buruk terhadap kesempurnaan kitab Allah disebabkan kejahilan dan mengabaikan ilmu. Mereka tidak sedar untuk apa tujuan sebenar al-Quran diturunkan kepada manusia. Mereka melakukan sesuatu terhadap al-Quran tanpa keizinan daripada Allah dan RasulNya sepertimana perbuatan Yahudi dan Nasrani terhadap kitab mereka yang akhirnya terjadi tambahan, perubahan dan pemansuhan kepada kitab mereka.
Secara yang tidak disedari, perkara sepeti ini telah dilakukan juga oleh umat Islam dengan menambah-nambah, mereka-reka dan mengada-adakan amalan yang dicipta oleh mereka sendiri yang disangka baik, akhirnya ia membawa kepada perbuatan bid?ah dan dosa. Allah telah menerangkan akan ramainya manusia seperti ini lantaran berburuk sangka terhadap kesempurnaan al-Quran sehingga berani melakukan sesuatu terhadap al-Quran mengikut hawa nafsu mereka. Allah berfirman yang bermaksud:
?Mereka menyangka tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan orang-orang jahiliah?.
ALI IMRAN, 3:154
?Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai ilmu tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga (menyangka) sahaja?.
AL JAATSYIAH, 45:24
Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan bahawa setiap insan hanya bertanggungjawab di atas apa yang telah diamalkan oleh dirinya sendiri semasa di dunia. Tidak ada keterangan bahawa seseorang itu akan memikul tanggungjawab di atas amalan yang dilakukan oleh orang lain, sama ada yang bersangkut-paut dengan dosa atau pahala sebagaimana keterangan ayat di bawah ini:
?Sesungguhnya seseorang itu tidak akan menanggung dosa seseorang yang lain dan bahawasanya manusia tidak akan memperolehi ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan?.
AN NAJM, 53:38-39
Berkata al-Hafiz Imam Ibn Kathir rahimahullah di dalam kitabnya, Tafsir al-Quranul?Azim. Ibn Kathir :
?Melalui ayat yang mulia ini, Imam Syafie rahimahullah dan para pengikutnya mengambil hukum bahawa pahala bacaan (al-Quran) dan hadiah pahala tidak sampai kepada si Mati kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka (si Mati). Oleh kerana itu Rasulullah sallahu?alaihi was-sallam tidak pernah mensunnahkan umatnya dan mendesak mereka melalukan perkara tersebut dan tidak pula menunjuk kepadanya (menghadiahkan bacaan kepada si Mati) walaupun dengan satu nas (dalil).
|
|
|
Aqidah
Feb 7, 2004 11:58:34 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 7, 2004 11:58:34 GMT 8
Al-Hafiz Imam as-Syaukani rahimahullah menjelaskan di dalam tafsirnya:
?Seseorang tidak akan mendapat melainkan balasan atas usahanya dan ganjaran amalan (yang diamalkannya sendiri), ia tidak memberi manfaat kepada seseorang akan amalan orang lain?.
Menurut Imam Ibn Kathir rahimahullah pula di dalam ayat yang bermaksud:
?Sebagaimana tidak dipikulkan (tidak dipertanggungjawabkan) dosa orang lain begitu juga ia tidak mendapat ganjaran melainkan apa yang telah ia kerjakan(usahakan) sendiri (semasa di dunia)?.
Imam at-Tabari rahimahullah pula menafsirkan ayat ini:
?Bahawasanya seseorang itu tidak menerima balasan dari amalnya melainkan apa yang telah dikerjakan, sama ada (amalnya) itu baik atau buruk?.
Al-Hafiz Imam Jalain rahimahullah pula menegaskan:
?Maka seseorang tidak akan mendapat apa-apapun daripada usaha orang lain?.
Ayat ini amat jelas. Setiap orang mukmin yang berilmu dan beriman tidak mungkin berani mengubah ayat di atas ini kepada maksud yang sebaliknya atau menafsirkankepada maksud dan pengertian yang bertentangan dengan penafsiran yang diizinkan oleh kaedah ulumul Quran atau syarat penafsiran yang diterima oleh syara. Tambahan pula ayat di atas ini sudah jelas makna, maksud dan pengertiannya. Ia telah ditafsirkan juga oleh jumhur ulama tafsir terutamanya Ibn Abbas melalui hadis daripada Aisyah radhiallahu?anha:
?Berkata Ibn Abbas: Telah berkata Aisyah radiallhu?anha ketika mendengar hal tersebut: Cukuplah bagi kamu ayat al-Quran. Bahawa kamu tidak (dipertanggungjawabkan) untuk memikul dosa orang yang lain?.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Oleh yang demikian, sepatutnya setiap mukmin dapat mengenal dan memahami ayat dan hadis yang menerangkan bahawa setiap insan hanya menuai apa yang disemainya:
?Sesiapa yang mengerjakan amal yang soleh maka untuk dirinya sendiri dan sesiapa berbuat kejahatan maka (dosa-dosanya) atas dirinya sendiri dan tidaklah tuhanmu menganiaya hamba?.
FUSHILAT, 41:46
?Kamu tidak akan diberi balasan kecuali apa yang telah kamu kerjakan?.
AS SAFAAT, 37:39
?Baginyalah apa yang dia kerjakan dan atasnyalah apa yang dia usahakan?.
AL BAQARAH, 2:286
?Sesiapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya dan sesiapa yang beramal soleh maka untuk diri mereka sendirilah ( tempat yang menggembirakan)?.
AR RUM, 30:44
?Sesiapa yang melakukan kejahatan maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan?.
AL MU?MIN, 40:40
?Sesiapa yang beramal secara yang bersesuian dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia telah berbuat untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat maka kesesatan itu bagi dirinya sendiri. Seseorang yang berdosa tidak akan dapat memikul dosa orang lain dan Kami tidak akan mengazab seseorang sebelum Kami mengutus seorang Rasul?.
AL ISRA?, 17:15
?Sesiapa yang membersihkan dirinya (dari dosa-dosa) maka dia telah membersihkan dirinya sendiri?.
FATIR, 35:18
?Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang ( di hari tersebut) tidak boleh seseorang melepaskan sesuatu apa pun dari seseorang yang lain?.
AL- BAQARAH, 2:123
?Maka pada hari (Kiamat) tidak seorang pun yang teraniaya sedikit jua pun dan tidak dibalas pada kamu melainkan apa yang kamu telah kerjakan?.
YASIN, 36:54
?Hai manusia! Hendaklah kamu takut kepada satu hari (di akhirat) yang (di dalamnya) tidak boleh seseorang bapa melepaskan (sesuatu apa pun) dari anaknya dan tidak pula anaknya boleh melepaskan sesuatu apa dari ayahnya?.
LUQMAN, 31:33
?Sesiapa yang bekerja keras (di dunia) maka tidak lain melainkan untuk dirinya sendiri?.
AL-ANKABUT, 29:6
Imam Fakhru Razi telah memberi komentar tentang kepercayaan bolehnya menghadiahkan pahala amalan kepada orang yang telah mati:
?Sesungguhnya kebaikan orang lain tidak memberi manfaat kepada orang lain yang tidak melakukannya, sesiapa yang tidak beramal soleh ia tidak mendapat kebaikannya. Maka cukuplah dengan ayat ini sudah jelas bahawa orang yang berdosa tidak boleh mendapat ganjaran dengan sebab kebaikan orang lain dan tidak seseorang pun akan menanggung dosanya?
Banyak nas-nas daripada al-Quran yang menjelaskan perkara ini antaran;ya ialah firman Allah ?Azza wa-Jalla :
?Tiap-tiap jiwa (seseorang) bergantung kepada apa yang telah ia usahakan (semasa hidupnya)?.
AT-THUR, 52:21
?Dan sesungguhnya manuisa itu tidak akan mendapat melainkan (menurut) apa yang telah diusahakan (semasa di dunia)?.
AN-NAJM, 53:39
?Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar debu pasti dia akan melihatnya dan sesiapa mengerjakan kejahatan seberat debu pasti dia akan melihatnya?.
AZ-ZILZAL, 99:7-8
?Pada hari seseorang itu akan melihat apa yang telah diusahakan oleh kedua tangannya?.
AN-NABA?, 78:41
Berpandukan kepada semua nas-nas dan beberapa penfsiran di atas, terbuktilah bahawa membacakan al-Quran dengan tujuan untuk menghadiahkan pahala amalan atau pahala bacaannya kepada orang lain terutamanya orang mati adalah perbuatan sia-sia yang membawa kepada bid?ah. Tambahan pula tidak pernah ada suruhan atau contoh daripada Nabi Muhammad sallahu?alaihi wasallam, para sahabat atau kalangan Salaf as-Soleh yang membolehkannya,maka perbuatan ini bukanlah sunnah kerana tidak ada dalilnya dari syara. Nabi Muhammad sallahu?alaihi wasallam bersabda:
?Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan yang bukan dari suruhan kami maka ia tertolak (sia-sia dan bid?ah)?. ? Hadis Riwayat Ibn Majah.
|
|
|
Aqidah
Feb 11, 2004 21:13:51 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 11, 2004 21:13:51 GMT 8
Apakah 4 Perkara Yang Berharga Dlm Diri Kita??? ==================================
Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud:
"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
1) Akal boleh hilang disebabkan marah. 2) Agama boleh hilang disebabkan dengki. 3) Malu boleh hilang disebabkan tamak. 4) Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
1) Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya. 2) Para ahli waris akan menarik hartanya. 3) Ulat akan menarik tubuhnya. 4) Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1) Memberi maaf pada waktu marah. 2) Suka memberi pada waktu susah. 3) Menjauhi yang haram pada waktu sunyi. 4) Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1) Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua 2) Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana. 3) Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit. 4) Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
|
|
|
Aqidah
Feb 14, 2004 15:14:58 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 14, 2004 15:14:58 GMT 8
Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat, iaitu:
1. Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya. 2. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya. 3. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya). 4. Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya. 5. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya. 6. Dan... orang alim adalah asing di kalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.
|
|
|
Aqidah
Feb 24, 2004 22:07:24 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 24, 2004 22:07:24 GMT 8
Beberapa panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh
Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana dia sudah lama beribadat.
Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Aqidah
Feb 27, 2004 14:31:35 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Feb 27, 2004 14:31:35 GMT 8
Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin),bersih dari segi zahir dan batinnya,mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.
|
|