|
Post by enigma on Mar 11, 2004 1:28:02 GMT 8
Kisah Jibrail
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."
Kemudian JIbrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap2 rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
SetelaH selesai jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud..
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti aka! n datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad." Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam=macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata:"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud..
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia men! gembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalana 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud..
"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 11, 2004 19:12:20 GMT 8
Perbincangan antara dua malaikat --------------------------------------------
Assalamualaikummm W.B.T...
Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit. Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi :
"Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?"
Berkata malaikat yang seorang lagi :
"Enam ratus ribu orang."
Bertanya malaikat yang bertanya :
"Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji mereka?"
Berkata malaikat yang menjawab :
"Diantara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan haji diterima."
Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu, maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.
Abdullah bertanya lelaki itu :
"Apa nama saudara."
Berkata lelaki itu :
"Nama saya Muwaffaq."
Abdullah bertanya :
"Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?"
Jawab Muwaffaq :
"Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untuk berhaji pada tahun ini.
"Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu aku pergi kerumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya."
Jiranku itu berkata :
"Oleh kerana kamu tidak tahu keadaanku maka aku terpaksa memberitahumu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan aku bertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu."
Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang kerumah dan mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kapada wanita itu dan aku katakan kepadanya :
"Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu. Dan aku berkata pada diriku : Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka kemanakah aku akan pergi."
Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci.
Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW :
"Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga."
Sabda Rasulullah SAW :
"Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi :
"Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?"
Sabda Rasulullah SAW :
"Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu."
Ingat tu buat baik berpada-pada....buat jahat jangan sekali...
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Mar 13, 2004 16:11:09 GMT 8
Nah... ambil la benda ni. :)Apa ni? :DIni adalah hati. Hati aku. :oHati kau? :)Hmmm... . ::)Kenapa kau sudi kasi kat aku? Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan. Terima kasih... ianya bererti. Aku terlalu menghargainya. Oh... ye ke? tapi maaf... Untuk apa? Sebab hati tu aku tak berikan sepenuhnya. Cuma sebahagian sahaja... Maksud kau? Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri. Mungkin aku takut hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yg tersendiri. Mistik? Kelakar bunyinya... Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. Rentak perasaan orang yg aku beri. Jika dia betul2 ikhlas, hati ini akan indah danbersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yg percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yg terpilih sahaja. Insan yg istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka kerana naluri aku terlalu percayakan kau. Aku insan terpilih? Ya... kau yg terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yg diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada "musuh" aku. Musuh... mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah... seperti yg terjadi jika hati ini diberi kepada orang yg istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yg tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yg pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yg sudi berikan sebahagian hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tau, setiap hati manusia ada nilai yg tersendiri. Setiapnya terlalu mistik!! Cuma satu saja yg kau tak mengerti... Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya, mengambil masa yg lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yg tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... sehingga hatinya pulih seperti sedia kala. Hati yg diberikan ini bukan untuk suka2. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah... . -------------------------------------------------------------------------------- People Will Forget What U said, People Will Forget What U Did...But People Will NEVER FORGET How U Make Them Feel.....
|
|
|
Post by KomOt on Mar 16, 2004 12:20:29 GMT 8
Raja Namrud mati diserang nyamuk
SATU lagi peristiwa penting yang berlaku pada Muharam ialah kisah Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud.
Nabi Ibrahim dilahirkan di tengah masyarakat yang hidup penuh dengan amalan musyrik dan kufur. Namun, beliau tetap terpelihara daripada segala perbuatan kufur itu.
Ayahnya tukang membuat berhala, sedangkan Nabi Ibrahim begitu membenci berhala yang menjadi penyembahan masyarakat ketika itu.
Dengan berani, beliau memusnahkan berhala yang menjadi penyembahan ayah dan kaumnya. Lantas, orang kafir pun meminta Raja Namrud menghukum mati Nabi Ibrahim untuk membalas perbuatannya yang memusnahkan berhala itu.
Orang kafir mula mengumpulkan kayu sebanyak mungkin untuk membakar Ibrahim. Kayu yang menimbun itu dinyalakan tetapi mereka mula kebingungan kerana tidak tahu cara untuk memasukkan Ibrahim ke dalam api yang sedang marak itu.
Mereka sendiri tidak berani mendekati unggun api besar itu disebabkan bahang api yang begitu panas. Dengan petunjuk syaitan, mereka berjaya memasukkan Ibrahim dari jarak yang agak jauh.
Nabi Ibrahim diletakkan di suatu tempat yang dapat dilentingkan seolah-olah cara anak panah bergerak dan kemudian dilontarkan dari jauh menuju ke dalam api yang begitu marak.
Mereka berasa puas lantas berkerumun menyaksikan peristiwa mengerikan itu. Puak kafir menyangka bahawa Ibrahim sudah mati akibat dibakar hidup-hidup. Namun, ketika api padam, dan kayu api juga kehabisan, alangkah terkejutnya mereka melihat Ibrahim keluar daripada bara api dengan keadaan selamat, bahkan sehelai rambutnya pun tidak ada yang terbakar.
Ini dicatat dalam al-Quran surah al-Anbiya, ayat 69 bermaksud: "Hai api! Hendaklah dingin dan selamatkan Ibrahim!"
Begitulah kekuasaan Allah yang tiada bandingan.
Pihak lain merasakan kepanasan api, namun bagi Nabi Ibrahim, beliau tetap dingin dan terselamat daripada kekejaman raja dan masyarakat kufur ketika itu.
Melihat Nabi Ibrahim masih terselamat daripada api yang menjulang tinggi, Raja Namrud semakin benci dan marah sehingga menganggap Ibrahim musuh besar dan dihalau dari Babylon (kini Iraq).
Tanpa berlengah, Nabi Ibrahim keluar dari negeri kelahirannya dan pergi ke Palestin. Beliau bertindak demikian kerana sudah lama tinggal di Babylon, sedangkan bilangan orang beriman terlalu sedikit.
Di Palestin, beliau tinggal tidak lama kerana selepas itu beliau dan isterinya Sarah berpindah ke Mesir.
Setibanya di Mesir, Nabi Ibrahim menghadapi masalah kerana raja Mesir ketika itu mahu mengambil Sarah sebagai isterinya kerana terpesona dengan kecantikannya. Apabila raja berkenaan mahu menyentuh Sarah, kaki dan tangannya dilumpuhkan Allah.
Raja itu bertaubat, tetapi baginda mengulangi perbuatannya kali kedua dan ketiga, menyebabkan Allah membutakan matanya dan melumpuhkan seluruh badannya.
Akhirnya, raja itu berasa insaf. Ibrahim dan Sarah tidak lagi diganggu, malahan diberi kemudahan untuk hidup senang dengan nikmat berganda, hingga menimbulkan perasaan dengki di kalangan penduduk.
Ini menyebabkan Nabi Ibrahim dan Sarah kembali semula ke Palestin.
Sementara itu di Babylon, Raja Namrud yang masih tidak beriman, menerima seksaan Allah apabila kesemua rakyatnya termasuk Raja Namrud sendiri, mati diserang nyamuk.
|
|
|
Post by kuzy on Mar 17, 2004 10:21:41 GMT 8
korang ader dengar citer pasal kamal at taturk... dier mati penuh dgn derita.......
|
|
|
Post by KomOt on Mar 18, 2004 13:18:49 GMT 8
ko post la citer pasal mamat tu kt sini..
|
|
|
Post by kuzy on Mar 18, 2004 16:26:28 GMT 8
ko post la citer pasal mamat tu kt sini.. aku takderla... yang aku tau.. azab nyer dier nak mati ... panas sampai panggil bomba wat ujan tiruan kat umah die... dan lagi satu.... sampai skang mayatnyer bertindihkan marmar yang bertan2 beratnyer sebab mayatnyer tak diterima bumi... kalau tak salah aku la
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 19, 2004 11:45:06 GMT 8
ko post la citer pasal mamat tu kt sini.. aku dah post dah...citer pasal kamal laknat tue...kat thread masyarakat...page 1...kau gi baca kat sana...
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 24, 2004 13:25:17 GMT 8
Mereka adalah kaum yang...... -----------------------------------------
Sebelum tentera Islam di bwh pimpinan Amru Al- Ash menawan kota mesir, Mauqaqis, gabenor Mesir telah mengirim perutusan untuk memberi peringatan kpd mereka.Antara isi perutusan tersebut ialah:
"Tuan - tuan telah masuk ke negeri kami.Dengan sikap gagah perkasa, tuan-tuan memerangi kami. Sudah lama tuan-tuan melaksanakan pekerjaan yang sedemikian besar itu"
"Tidakkah tuan-tuan ingat bahawa tuan-tuan hanyalah kaum yang lemah,yang pernah dijajah oleh Rom?kalau diteruskan juga hasrat tuan-tuan ..maka akan jatuh ke dalam tawanan kami?"
"Sebelum terlanjur, lebih baik kita adakan perundingan.Utuslah ahli bicara tuan-tuan agar dapat kami dengar perbicaraan mereka.Moga hasilnya nanti dpt menyenangkan hati kami dan tuan."
"Kalau urusan ini kita perlambatkan dikuatiri tentera Rom akan menyerang tuan-tuan kerana negeri ini berada dalam kekuasaan mereka.Kelak tuan-tuan akan menyesal."
Pembawa utusan Mauqaqis ditahan sebentar oleh Amru Al-Ash tetapi dibiarkan bergaul dengan tentera Islam. Selepas 2 hari baru dibenarkan pulang.
Sekembalinya utusan-utusan itu..Mauqaqis bertanya," Bagaimana keadaan tentera Islam yang kamu lihat?"
Pembawa utusan itu menjawab," Mereka adalah kaum yang lebih mencintai mati daripada hidup. Merendah diri lebih mereka sukai daripada meninggi diri, mereka juga tidak terpedaya dgn dunia dan isinya."
"Mereka duduk diatas tanah semata-mata dan makan bersama-sama sambil bersila.Pemimpin sama saja dengan rakyatnya. Tidak dapat dikenali siapa yang berpangkat, siapa yang tidak,siapa ketua,siapa pengikut."
"Setelah berwudhu' , mereka bangun solat dengan kusyuk."
Setelah mendengar penjelasan utusannya,Mauqaqis berkata," Demi Tuhan, sekiranya demikian sikap mereka, walaupun gunung yang halang cita-cita namun mereka runtuhkan juga.sesungguhnya tiada sesiapa pun yang dapat berhadapan dengan kaum yang sedemikian."
marilah kita bersma - sama merenung kembali... sejarah dan kegemilangan mereka yang terdahulu daripada kita... semoga peroleh iktibar.
Wallahu'alam..
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 26, 2004 15:29:24 GMT 8
NELAYAN MUKMIN DAN NELAYAN KAFIR -------------------------------------------------
Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.
Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.
Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat "Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah."
Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat "Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam."
|
|
|
Post by kuzy on Mar 26, 2004 17:24:55 GMT 8
itula lumrah alam... bersenang2 dulu bersusah2 kemudian
|
|
|
Post by KomOt on Mar 27, 2004 16:54:17 GMT 8
Kisah Pelacur Yang Anaknya Menjadi Nabi
Berikut adalah Petikan dari Kisah yang menarik -------------------------
Al-Hasan meriwayatkan, bahawa dahulu ada seorang pelacur yang sangat cantik jelita. Dia tidak mahu melayani orang yang datang kecuali jika dibayar sebanyak seratus dinar.
Secara kebetulan pada suatu hari ada seorang ahli ibadah yang melihat wajah pelacur cantik itu sehingga membuatkan ahli ibadah itu tertarik dan jatuh cinta kepadanya. Kerana lelaki ahli ibadah itu mengetahui, bahawa untuk dapat dilayani oleh pelacur cantik itu orang harus memberinya wang sebanyak seratus dinar, maka lelaki ahli ibadah itu akhirnya pergi mencari pekerjaan untuk mengumpulkan wang sebanyak itu.
Setelah wang sebanyak seratus dinar itu dapat dikumpulkan, dia pun pergi menemui pelacur cantik itu serta berkata kepadanya: Kecantikanmu telah membuatkan aku benar-benar tergoda, oleh kerana itu, aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapatkan wang seratus dinar sebagaimana yang engkau kehendaki itu.
Wanita pelacur itu berkata: Silakan masuk ke rumahku.
Dengan tidak berfikir panjang, ahli ibadah itu langsung masuk ke rumahnya. Di dalam rumah pelacur yang cantik jelita itu ada tersedia sebuah tempat tidur yang dibuat dari emas. Pelacur itu lalu duduk di atas tempat tidurnya dan berkata: Marilah segera mendekatiku.
Ketika lelaki ahli ibadah itu bermaksud untuk memuaskan nafsunya, pada waktu itu juga tiba-tiba ia ingat kepada Allah sehingga menggigil seluruh tubuhnya. Kepada wanita pelacur tersebut lelaki ahli ibadah itu berkata: Biarlah aku pergi saja meninggalkan kamu dan wang yang jumlahnya seratus dinar itu ambillah olehmu!
Wanita pelacur itu kembali bertanya: Apakah sebenarnya yang terjadi atas dirimu, bukankah kamu telah tergila-gila kepadaku sehingga kamu membanting tulang dan mengeluarkan peluh untuk mendapatkan wang sebanyak seratus dinar? Pada saat ini kamu telah mendapatkan apa yang kamu inginkan itu, akan tetapi mengapa kamu akan meninggalkan aku?
Lelaki ahli ibadah itu berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT dan juga atas kedudukanku selama ini di sisi-Nya. Berkemungkinan kerana aku akan pergi meninggalkan kamu, kamu merasa benci kepadaku, ketahuilah olehmu, sesungguhnya aku juga sangat membenci kamu kerana Allah.
Wanita pelacur itu berkata: Jika yang kamu katakan itu benar, aku tidak akan bersuami kepada orang lain melainkan kamu.
Lelaki ahli ibadah itu berkata: Biarlah aku keluar!
Wanita pelacur itu menjawab: Tidak, kecuali bila kamu mahu menjadi suamiku.
Tidak, biarlah aku keluar dari rumahmu ini! kata lelaki itu.
Wanita itu kembali bertanya: Apakah yang membuatmu merasa keberatan bila aku memohon kepadamu supaya engkau mahu menikahi aku?
Lelaki itu menjawab: Untuk menjadi isteriku boleh saja, akan tetapi aku harus pergi meninggalkan tempat ini kembali ke tempat biasanya aku melakukan ibadah.
Selepas berkata demikian, lelaki ahli ibadah itu langsung pergi meninggalkan rumah pelacur tersebut. Begitu juga dengan wanita pelacur itu ia ikut serta keluar dari daerahnya untuk bertaubat kepada Allah dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya. Wanita pelacur itu terus berjalan, hingga akhirnya ia sampai ke tempat asal lelaki ahli ibadah tersebut.
Kepada ahli ibadah tersebut seseorang datang menemuinya dan berkata: Sesungguhnya permaisurimu telah datang kepadamu.
Ketika ahli ibadah melihat kedatangan wanita itu, ia terkejut dan langsung terjatuh dalam pelukan wanita pelacur yang cantik jelita itu. Pada waktu itu juga lelaki ahli ibadah tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan demikian, kepada orang yang hadir wanita pelacur yang telah bertaubat itu bertanya? Apakah lelaki idamanku yang telah meninggalkanku buat selama-lamanya ini ada mempunyai saudara?
Orang yang hadir pada waktu itu menjawab: Ia ada mempunyai seorang saudara lelaki, akan tetapi saudara lelakinya itu hidup dalam keadaan kemiskinan.
Jika memang demikian, aku akan menikah dengannya sebagai ganti dari lelaki yang aku cintai ini, kata wanita itu.
Akhirnya wanita tersebut menikah dengan saudara lelaki ahli ibadah itu dan dari hasil pernikahan tersebut, Allah SWT mengurniakan kepada mereka sebanyak tujuh orang anak yang kemudian ketujuh orang anak tersebut menjadi nabi semuanya.
---------------- AllahuAkbar
|
|
|
Post by kuzy on Mar 29, 2004 14:33:17 GMT 8
CARA RASULULLAH (s.a.w.) MENGELAK & MENYEMBUHKAN PENYAKIT Petikan dari buku Cara Rasulullah S.A.W. mengelak dan menyembuhkan penyakit (Disusun Oleh : Ibnu Qaiyum)
PENYEBAB ROSAKNYA BADAN Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)
MENERANGKAN PENGLIHATAN Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
PENYEBAB WAJAH BERSINAR Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.
PERASAAN BENCI Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.
PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
KEFAHAMAN DAN INGATAN Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.
Sekian, Wassallam.
Maksud firman Allah: Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:179)
Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 30, 2004 21:24:40 GMT 8
Nabi Memakai Cincin
Adalah Nabi kita Muhammad S.A.W berminat juga memakai cincin. Tetapi cara memakainya itu tidaklah keterlaluan iaitu tidak lebih dari dua bentuk sahaja. Terkadang dipakainya satu sahaja, terkadang di tangan kanan dan ada kalanya di tangan kiri. Ini amat berlainan sekali dengan orang di zaman kita ini, di mana orang di zaman kita ini apabila berminat dengan cincin dipakainya sepuluh jari dengan sepuluh cincin. Wah jauh sekali perbezaannya ya?
Dan adalah cincin-cincin Nabi itu dipebuat daripada perak dan permatanya daripada Akik. Dan pernah sekali Nabi Muhammad S.A.W memakai cincin emas iaitu waktu sebelum diturunkan lagi ayat yang melarang orang laki-laki memakai emas. Kemudian apabila diturunkan ayat itu maka nabi pun segera menanggalkannya dan menyuruh sekalian sahabat-sahabatnya yang memakai cincin emas supaya menanggalkannnya.
Dan lagi adalah Nabi kita Muhammmad S.A.W itu memakai cincin pada jari manisnya yang kanan atau kiri, dan terkadang Nabi juga memakai pada jari kelingkingnya kanan dan kiri. Terukir pada cincinnya itu Muhammad Rasulullah iaitu Nabi mengukir namanya di atas cincin itu, dan perbuatan Nabi itu juga sebagai membolehkan ke atas umat-umatnya mengukir nama si pemakai di atas cincinnya itu, bukan nama Nabi Muhammad Rasulullah sebagai mana yang terdapat dalam hadis Nabi S.A.W:
Ertinya: Diriwayatkan daripada sahabat Nabi S.A.W yang bernama Anas bin Malik RA. Katanya, adalah ukiran atau tulisan pada cincin Nabi Muhammad S.A.W itu tiga baris pertama Muhammad, kedua Rasul dan ketiga Allah.
Dan tersebut di dalam kitab Bahrulmazi, bahawa telah ijmak sekalian umat Fekah, sesungguhnya makruh hukumnya memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah atau ibu jari, kerana Nabi tiada memakai cincinnya pada jari-jari tersebut. Dan makruh juga hukumnya bagi perempuan memakai cincin perak kerana cincin perak itu ketentuan bagi laki-laki.
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 31, 2004 15:51:27 GMT 8
Seperti yang telah biasa dilakukannya ketika salah satu sahabatnya meninggal dunia Rasulullah mengantar jenazahnya sampai ke kuburan. Dan pada saat pulangnya disempatkannya singgah untuk menghibur dan menenangkan keluarga almarhum supaya tetap bersabar dan tawakal menerima musibah itu. Kemudian Rasulullah berkata, "Tidakkah almarhum mengucapkan wasiat sebelum wafatnya?" Isterinya menjawab, "Saya mendengar dia mengatakan sesuatu diantara dengkur nafasnya yang tersengal-sengal menjelang ajal" "Apa yang di katakannya?" "Saya tidak tahu, ya Rasulullah, apakah ucapannya itu sekadar rintihan sebelum mati, ataukah pekikan pedih karena dasyatnya sakaratul maut. Cuma, ucapannya memang sulit dipahami lantaran merupakan kalimat yang terpotong-potong." "Bagaimana bunyinya?" desak Rasulullah. Isteri yang setia itu menjawab, "Suami saya mengatakan "Andaikata lebih panjang lagi.. andaikata yang masih baru.. andaikata semuanya... ." hanya itulah yang tertangkap sehingga kami bingung dibuatnya. Apakah perkataan-perkataan itu igauan dalam keadaan tidak sadar,ataukah pesan-pesan yang tidak selesai?" Rasulullah tersenyum, "Sungguh yang diucapkan suamimu itu tidak keliru,"ujar Baginda. "Kisahnya begini. Pada suatu hari ia sedang bergegas akan ke masjid untuk melaksanakan shalat jum'at. Ditengah jalan ia berjumpa dengan orang buta yang bertujuan sama. Si buta itu tersaruk-saruk karena tidak ada yang membantu. Maka suamimu yang membimbingnya hingga tiba di masjid. Tatkala hendak menghembuskan nafas penghabisan, ia menyaksikan pahala amal sholehnya itu, lalu iapun berkata "Andaikan lebih panjang lagi". Maksudnya, andaikata jalan ke masjid itu lebih panjang lagi, pasti pahalanya lebih besar pula." "Ucapan lainnya ya Rasulullah?"tanya sang isteri mulai tertarik. Nabi menjawab, "Adapun ucapannya yang kedua dikatakannya tatkala, ia melihat hasil perbuatannya yang lain. Sebab pada hari berikutnya, waktu ia pergi ke masjid pagi-pagi, sedangkan cuaca dingin sekali, di tepi jalan ia melihat seorang lelaki tua yang tengah duduk menggigil, hampir mati kedinginan. Kebetulan suamimu membawa sebuah mantel baru, selain yang dipakainya. Maka ia mencopot mantelnya yang lama, diberikannya kepada lelaki tersebut. Dan mantelnya yang baru lalu dikenakannya. Menjelang saat-saat terakhirnya, suamimu melihat balasan amal kebajikannya itu sehingga ia pun menyesal dan berkata, "Andaikan yang masih yang kuberikan kepadanya dan bukan mantelku yang lama, pasti pahalaku jauh lebih besar lagi". Itulah yang dikatakan suamimu selengkapnya." "Kemudian, ucapannya yang ketiga, apa maksudnya, ya Rasulullah?" tanya sang istri makin ingin tahu. Dengan sabar Nabi menjelaskan, "Ingatkah kamu pada suatu ketika suamimu datang dalam keadaan sangat lapar dan meminta disediakan makanan? Engkau menghidangkan sepotong roti yang telah dicampur dengan daging. Namun, tatkala hendak dimakannya, tiba-tiba seorang musafir mengetuk pintu dan meminta makanan. Suamimu lantas membagi rotinya menjadi dua potong, yang sebelah diberikan kepada musafir itu. Dengan demikian, pada waktu suamimu akan nazak, iamenyaksikan betapa besarnya pahala dari amalannya itu. Karenanya, ia pun menyesal dan berkata "Andai aku tahu begini hasilnya, tidak hanya kuberikan separuh. Sebab andaikata semuanya kuberikan kepadanya, sudah pasti ganjaranku akan berlipat ganda. Memang begitulah keadilan Tuhan. Pada hakikatnya, apabila kita berbuat baik, sebetulnya kita juga yang beruntung, bukan orang lain. Lantaran segala tindak-tanduk kita tidak lepas dari penilaian Allah. Sama halnya jika kita berbuat buruk. Akibatnya juga akan menimpa kita sendiri. Karena itu Allah mengingatkan: "Kalau kamu berbuat baik, sebetulnya kamu berbuat baik untuk dirimu. Dan jika kamu berbuat buruk, bererti kamu telah berbuat buruk atas dirimu pula." (surat Al Isra':7)
|
|