|
Post by StRiDeR on Jan 3, 2004 9:22:10 GMT 8
40 nasihat Saiyidina Ali r.a sebagaimana yang terdapatdi dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.
1.Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda 2.Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran 3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging 4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin 5.Jagailah ibubapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu 6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah 7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil 8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan 9.Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai , sedangakan ilmu menjaga kamu 10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang 11.Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam 12.Mengajar adalah belajar 13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin Insan terbahagi kepada 3 : a) Mereka yang mengenal Allah b) Mereka yang mencari kebenaran c) Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. 14.Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing 15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah 16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah 17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain 18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya 19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati 20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu. 21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas 22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya 23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta 24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya 25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya 26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat 27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran 28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba 29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa 30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan 31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan 32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat 33.Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar 34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan 35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah 36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya 37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura 38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan 39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya 40.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 21:07:58 GMT 8
Dar Yasin - Peristiwa berdarah -----------------------------------------
Pada 1947 Pengganas Zionist yang hanya menduduki tujuh peratus daripada Bumi Palestine, dihadiahkan lebih separuh daripada Palestine oleh Bangsa-bangsa bersatu. Mereka turut mendapat setengah daripada Jurusalem .Kilang kilang di tubuhkan oleh Zionist untuk membuat senjata dan bom.
Kira kira satu kilometer dari pada Jurusalem, terletak sebuah perkampungan yang bernama Dar Yasin.. Penduduk Dar Yasin telah di beri kepastian yang mereka tidak akan diapa-apakan oleh penganas Zionist jika mereka berjanji tidak akan menentang pihak Zionist.. Ketua Kampung Dar Yasin telah memberitahu dan berjanji dengan pihak Zionist yang mereka tidak akan melawan pihak Zionist. Seluruh penduduk Dar Yasin merasa selamat dengan perjanjian itu
Pada 4 Sept 1948 pukul 4.30 pagi hari Jumaat penganas Zionist telah mengepung Dar Yasin dan membunuh setiap perempuan, bayi dan lelaki di perkampungan itu..Berikut adalah terjemahan laporan yang di tulis oleh seorang doktor palang merah “perut wanita terbuka di hiris, bayi di tikam dari tangan ibu yang tidak bermaya.. Kanak kanak sembelih dan di penggal kepalanya di depan mata ibu mereka sendiri. Bangkai yang masih bernyawa di kumpulkan di dalam sebuah rumah dan peluru mesingan menghujani mereka dan bom tangan di lemparkan ke rumah tersebut Lebih daripada 250 orang dibunuh secara kejam.”
Mereka yang terselamat di ikat dan di arak hingga ke Jurusalem. Kemudian mereka semua di bunuh dan dibuang ke dalam telaga. Tentera British yang berada di sebelah Dar Yasin tahu apa yang sedang berlaku tapi tidak membantu dan hanya membiarkan ia berlaku.
Kemudian penganas Zionist telah melakukan perkara yang sama di Setiap kampung dalam perjalanan mereka .. Setiap orang di bunuh tidak ada satupun yang selamat. Sejurus selepas mereka melakukan pembunuhan beramai ramai terhadap Umat Islam Palestine. Ketua penganas Zionist pulang ke Tel Aviv dan mengisytiharkan Negara mereka sendiri di Bumi Palestine.
Lahirlah sebuah Negara haram ISRAEL. Ketua pengganas yang melakukan kekejaman tersebut menulis di dalam sebuah bukunya menulis “ Jika kita tidak melakukan apa yang dilakukan di Dar Yasin Negara Israel tidak mungkin wujud”. dan ia mendapat kekuatan sehingga hari ini dengan bantuan Syarikat Syarikat yang menyokongnya. Dan penyokongnya mendapat kekuatan daripada kita yang membeli barangan mereka.
Kita perlu menyampaikan berita ini kepada seberapa ramai yang kita boleh. Dan demi penduduk yang telah di bunuh di Dar Yasin. Kita perlu boikot sekurang kurangnya syarikat yang menyokong Israel
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 20:25:40 GMT 8
Segelas Air Di Medan Perang -------------------------------------
Di Zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.
Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.
Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia. Abu Jahim bercerita:
“Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapannya untuk hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! Air!” Mendengar saudaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.
Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim, saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu, ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa berlengah lagi saya pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa dihati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.
Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 20:19:14 GMT 8
'Auj Bin Unuq Dibinasakan Oleh Burung Hud-Hud --------------------------------------------------------------
'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya.
Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.
Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang diunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.
Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah S.W.T dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 20:30:58 GMT 8
Teladan Kisah Tujuh Ekor Lembu Kurus -------------------------------------------------
Kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran adalah satu kisah kenabian yang lain daripada yang lain. Jika dalam kisah nabi lain, persengketaan antara kaum mukmin dan kafir dalam menegakkan yang hak dan merobohkan yang batil sangat menonjol, kisah Nabi Yusuf adalah kisah satu masyarakat beriman - individu, keluarga dan kelompok - yang tidak disibukkan dengan peperangan. Yang ada adalah masyarakat damai, aman dan sentosa yang hanya diterpa pertelingkahan tingkah laku warganya.
Alkisah, pada satu malam, Raja Mesir ketika itu bermimpi melihat ada tujuh ekor lembu gemuk yang dimakan tujuh ekor lembu kurus dan melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Apabila ditanyakan kepada ketua kaum yang terkenal sebagai pembaca mimpi, mereka mengangkat bahu dan berkata ia adalah mimpi yang bercampur aduk dan mereka bukanlah orang yang mengetahui mimpi (yang sedemikian) itu. (Surah Yusuf: ayat 43-44)
Selepas terjadi perbincangan di kalangan mereka maka ditanyakanlah maksud mimpi itu kepada Yusuf yang masih berada dalam penjara. Beliau menjawab:
"Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau panjang, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya, kecuali sedikit daripada apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)." (Surah Yusuf: ayat 47-49)
Raja dan Kerajaan Mesir kemudian melaksanakan apa yang disarankan Yusuf bahkan Raja mengangkatnya sebagai Menteri Ekonomi atas permintaan Yusuf sendiri. (Surah Yusuf: ayat 55)
Maka, terselamatlah Mesir daripada bencana kebuluran dan kegoyahan ekonomi yang mengerikan malahan ia boleh membantu negara di sekitarnya seperti Kan'an atau Palestin dan Syam sekarang. Cerita ayah dan saudara Yusuf adalah buktinya. (Surah Yusuf: ayat 58-68)
Seperti dikisahkan Ibn Katsir (wafat 774H) dalam dua kitab besarnya iaitu Tafsir al-Quran al-'Azim dan al-Bidayah wa an-Nihayah.
Dalam menghadapi sebarang kesulitan, umat Islam diwajibkan merujuk kepada pakar agar mereka boleh mencari jalan keluar daripada kesulitan berkenaan. Mereka tidak boleh panik dan bertindak melulu yang mungkin akan lebih menyulitkan keadaan dan menjejaskan penemuan jalan penyelesian yang berkesan. Apatah lagi jika mereka bertindak menentang pentadbiran negara yang pasti akan menguntungkan lagi pihak yang menginginkan kejatuhan negara dan menjadikan mereka di bawah penjajahan model baru dalam bentuk liberalisasi ekonomi.
Raja Mesir merujuk kepada ketua kaum dan mereka pula merujuk kepada Nabi Yusuf dan pada beliaulah ditemui penyelesaian. Konsep ini juga ditegaskan al-Quran dalam sebuah ayatnya yang bermaksud:
"Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkan padahal kalau mereka kembalikan saja hal itu kepada Rasulullah dan kepada uli'l-amri (orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka, dan jikalah tidak kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit saja (iaitu orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)." (Surah An-Nisa: ayat 83).
Satu hari, Madinah dilanda isu yang mengejutkan. Ada berita yang menyatakan Rasulullah menceraikan semua isterinya. Hampir semua penduduk Madinah termakan isu berkenaan. Umar terperanjat dan beliau terus bertanyakan kepada Nabi yang kemudian dinafikan oleh baginda. Andainya isu itu benar, sememangnya akan menjejaskan kestabilan Madinah. Kerana rahmat dan kurnia Allah maka ayat di atas diturunkan (HR Bukhari dan Muslim) agar umat Islam selalu berhati-hati dan tidak bertindak melulu sebelum dirujukkan sesuatu perkara yang menimpa mereka kepada pihak berkuasa yang akan mengistinbat atau mencari cara penyelesaian yang tepat, sesuai dan berkesan.
Sememangnya, benarlah al-Quran dengan ayatnya yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya, kisah nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah cerita yang diadakan-adakan, tetapi ia mengisahkan apa yang tersebut di dalam kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman." (Surah Yusuf: ayat 111)
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 23:08:28 GMT 8
Di mana Tsa'labah Sekarang? -------------------------------------
Seorang sahabat Nabi yang amat miskin datang kepada Nabi SAW mengadu tekanan ekonomi yang dialaminya. Tsa'labah, sahabat tersebut, memohon Nabi SAW untuk berdoa agar Allah memberikan rezeki yang banyak kepadanya.
Pada mulanya Nabi menolak permintaan tersebut sambil menasihati Tsa'labah agar meniru kehidupan Nabi saja. Namun Tsa'labah terus mendesak. Kali ini dia mengemukakan alasan yang sampai sekarang masih sering kita dengar, "Ya Rasul, bukankah kalau Allah memberikan kekayaan kepadaku, maka aku dapat memberikan kepada setiap orang haknya".
Nabi kemudian mendoakan Tsa'labah. Tsa'labah mulai membeli haiwan ternakan. Ternakannya berkembang sehingga dia harus membina ladang penternakan yang agak jauh dari Madinah. Seperti yang diduga, setiap hari dia sibuk mengurus ternakannya. Dia tidak lagi hadir salat jamaah bersama Rasul di siang hari. Hari-hari seterusnya, ternakannya semakin membiak; sehingga semakin sibuk pula Tsa'labah mengurusnya. Kini, dia tidak dapat lagi berjamaah bersama Rasulullah. Bahkan menghadiri salat Jumaat dan salat jenazah pun tak dapat dilakukannya lagi.
Ketika turun perintah zakat, Nabi memerintahkan dua orang sahabat untuk mengambil zakat daripada Tsa'labah. Sayang, Tsa'labah menolak utusan Nabi itu. Ketika utusan Nabi datang melaporkan masalah Tsa'labah ini, Nabi menyambut utusan itu dengan ucapan beliau, "Celakalah Tsa'labah!" Nabi murka, dan Allah pun murka!
Saat itu turunlah ayat Quran at-Taubah ayat 75-78: "Dan di antara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah, "Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang saleh."
”Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran).“
“Maka Allah menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka sampai pada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepadaNya dan (juga) kerana mereka selalu berdusta.”
”Tidaklah mereka tahu bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui yang ghaib?"
Tsa'labah mendengar ada ayat turun mengecam dirinya, dia mulai ketakutan. Segera dia menemui Nabi sambil menyerahkan zakatnya. Tetapi Nabi menolaknya, "Allah melarang aku menerimanya." Tsa'labah menangis tersedu-sedu. Setelah Nabi wafat, Tsa'labah menyerahkan zakatnya kepada Abu Bakar, kemudian Umar, tetapi kedua Khalifah itu menolaknya. Tsa'labah meninggal pada masa Utsman.
Di manakah Ts'alabah sekarang?
Jangan-jangan kitalah Tsa'labah-Tsa'labah baru yang dengan linangan air mata memohon agar rezeki Allah turun kepada kita, dan ketika rezeki itu turun, dengan sombongnya kita lupakan ayat-ayat Allah.
Bukankah kita dengan alasan sibuk berbussiness tidak lagi sempat salat lima waktu. Bukankah dengan alasan ada "meeting penting" kita lupakan perintah untuk salat Jumaat. Bukankah ketika ada yang meminta sedekah dan zakat, kita ceramahi mereka dengan cerita bahawa harta yang kita miliki ini hasil kerja keras, siang-malam membanting tulang; bukan turun begitu saja dari langit, bukan dengan doa dan lampu Aladin, lalu mengapa orang dengan senang sahaja meminta sedekah tanpa perlu kerja keras. Kita ‘motivasikan’ mereka dengan pelbagai teori cepat kaya.
Kitalah Tsa'labah....
Tsa'labah ternyata masih hidup dan ‘mazhab’nya masih kita ikuti...
Ada riwayat yang memuatkan saranan Nabi Muhammad SAW: "Bersedekahlah, dan jangan tunggu satu hari nanti di saat engkau ingin bersedekah tetapi orang miskin menolaknya dan mengatakan 'kami tidak memerlukan wangmu, yang kami memerlukan adalah darahmu’!"
Dahulu Tsa'labah menangis di depan Nabi yang tidak mahu menerima zakatnya. Sekarang di tengah kesenjangan sosial, jangan-jangan kita bukan hanya akan menangis namun akan berlumuran darah ketika orang miskin menolak sedekah dan zakat kita!
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:04:14 GMT 8
Pengembala Kibas ------------------------
Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang termasyhur kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi, beliau telah dihantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.
Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya. Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu dilaksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid-murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul. Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, iaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah). Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita: "Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah di mana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serderhana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!" "Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat di masjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut." "Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun dilaksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang ke rumah masing-masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset." "Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah! " "Keesokan harinya, ke semua alim ulamak penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnya pun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah-olah kandang kibas tidak pernah wujud! " Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah. Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud : "Janganlah engkau semua melagak-lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaQwa." (An-Najm : 32) "Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombangan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur,sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Surah LuQman)
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 10:24:35 GMT 8
5 syarat nak buat maksiat ---------------------------------
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!" Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 20:55:32 GMT 8
Tempahkan sebuah bilik neraka untuk ku ----------------------------------------------------
Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'
Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.
"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau solat tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bad word, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah Subhanahu wa ta'ala. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.
Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 9:49:29 GMT 8
Hadiah Malam Jumaat ----------------------------
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 20:48:21 GMT 8
Kenapa masam? Senyum lah......
Pada suatu hari Abu Yazid Al-Busthami, ahli sufi terkenal didantangi seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya. Lelaki itu memang terkenal rajin, ringan tulang dan kuat ibadat. Namun hidupnya sentiasa dilanda kesulitan. Dengan wajah murung lelaki itu mengadu kepada Abu Yazid. "Sepanjang hidup, saya tak pernah lupa beribadat kepada Allah. Orang Lain tidur saya masih bermunajat. Lelaki itu diam seketika, mukanya kelat tanpa secalit pun senyuman. Abu Yazid memerhatikan wajah lelaki yang sedang dududk dihadapannya. Raut mukanya itu seperti orang yang menangung masalah yang maha berat. "Selalunya sebelum isteri saya bangun pagi, saya sudah mengaji. saya tidak pernah lupa tuhan, tapi......." lelaki itu tidak dapat meneruskan kata-katanya. Abu Yazid mengangguk kerana dia memang amat mengenali jirannya itu, rajin dan warak. malah dia tidak pernah melihat orang sebaik dan serajinnya. kemudian lelaki itu melepaskan keluhan yang berat. "entahlah tuan, nasib sayaselalu malang dan hidup penuh dengan kesulitan..." Abu Yazid memegang bahu lelaki tersebut dan berkata: " sahabatku, senyumlah. mulai hari ini, ubah penampilan kamu kerana aku lihat kamu tidak pernah senyum dan dahi sentiasa berkerut walaupun ketika bercakap dengan aku. cubalah senyum, insyalah nasibmu akan berubah. Rasullah adalah orang yag paling miskin semasa hidupnya. Namun wajahnya tidak pernah keruh, bermuyram dan berkerut dahi, baginda sentiasa senyum, ceria dan wajahnya berseri-seri,". Abu yazid menyambung sambil melemparkan senyuman kepada lelaki tersebut. Lelaki itiu hanya mengangguk tapi raut wajah nya masih tidak berubah. dia seperti belum dapat memahami apa yang telah disampaikan oleh Abu Yazid. "Menurut Rasulullah salah satu tanda penghuni neraka ialah orang yang bermasam muka dan membuat orang lain curiga padanya. Abu Yazid menambah. Setelah mendengar nasihat Abu Yazid, lelaki itu balik, lelaki tersebut telah mengubah penampilannya. Sesiapa sahaja yang ditemui dia akan mendahului dengan salam dan tersenyum walaupun mereka tidah pernah dikenalinya. Lelaki itu berubah menjadi peramah, kerut2 didahinya sudah dibuang jauh dan mukanya sentiasa manis. Dari hari ke hari hidupnya semakin senang dan rezekinya melimpah ruah. " itulah contoh jelas betapa besarnya hikmah senyuman dalam kehidupan seharian kita sehingga Rasulullah sendiri sebagai sedekah yang paling murah tetapi tinggi pahalanya. Manafaat senyum adalah besar, ia jalan untuk membuka rezeki, pengubat jiwa, memudahkan urusan dan mengeratkan kasih sayang. Paling penting senyuman adalah perhiasan diri yang paling mahal kerana dari sifat itu akan lahir keceriaan, kegembiraan, wujud keyakinan dan tanda kesediaan untuk didekati. Kepada orang menerima senyuman, mereka akan merasa dihargai. Secara tidak langsung, bangkitlah rasa keyakinan dalam diri mereka. "Senyuman itu berkait dengan jiwa bagi mereka yang sedang berdepan dengan masalah, dengan tersenyum jiwa mereka akan merasa lega dan tenang. manakala apabila melihat orang memberi senyuman padanya, jiwa yang lesu akan kembali ceria. senyuman secara umumnya adalah sedekah. "Ingat, bukan semua senyuman yang dilemparkan itu sedekah. senyuman pun ada berbagai-bagai tafsiran. ada senyuman sinis, senyuman kelat dan senyuman terpaksa. yang dikatakan senyuman sedekah itu adalah yang ikhlas, secara sukarela dari jiwa yang suci dan spontan. "Tidak kira kepada siapa kita lemparkan senyuman, asalkan dengan ikhlas dan hati yang bersih, ia adalah sedekah. pahala yang Allah ganjarkan untuk senyuman itu adalah sama dengan pahala kita bersedekah." "Senyumlah hiasan diri anda dengan senyuman terutama kepada orang yang paling hampir dengan kita seperti ibu bapa, ketua, orang bawahan, jiran dan teman-teman. senyumlah, kita tidak akan rugi apa-apa.'
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 19, 2004 20:57:08 GMT 8
Gabung sifat berani dan sifat takut -Hijrah Nabi SAW ------------------------------------------------------------------
BUKTI seseorang itu sempurna imannya, apabila Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi berbanding dirinya sendiri dan lain-lain di dunia ini, sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi s.a.w.. Dalam hal ini, Abu Bakar Ash-Shiddik telah membuktikan cintanya yang tidak berbelah bahagi terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya. Diri serta keluarganya dan seluruh harta dan apa jua yang dimiliki, telah dikorbankan untuk melaksanakan tuntutan cinta luhurnya itu.
Cinta murni terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya terbukti apabila berlaku pertembungan antara kepentingan diri dan ketaatan terhadap Allah SWT, Abu Bakar yang bergelar Ash-Shiddiq mengutamakan kehendak Allah SWT dengan mengenepikan kepentingan diri.
Keimanan Abu Bakar Ash-Shiddiq menepati intisari yang terkandung dalam sabda Nabi s.a.w., yang menyatakan bahawa "Tidak beriman, atau tidak sempurna iman seseorang itu sehingga aku (Nabi s.a.w) dan Allah SWT lebih dikasihi dari dirinya sendiri, keluarganya, hartanya dan manusia seluruhnya."
Perlantikan Abu Bakar Ash-Shiddiq sebagai khalifah Rasulullah yang pertama, mempunyai asas yang kukuh serta menepati isyarat yang telah ditunjukan oleh Nabi s.a.w.. Kelayakan beliau memikul jawatan tersebut tidak diragukan, seperti yang telah dinyatakan dalam sejarah, bahawa Nabi s.a.w. telah memberikan kepercayaan kepada Abu Bakar untuk menggantikan tugas Nabi s.a.w. mengimami solat fardhu semasa baginda uzur.
Satu lagi iktibar dari peristiwa hijrah Nabi s.a.w. yang mustahak diambil perhatian yang serius, khususnya mengenai perbedaan kaedah dan teknik hijrah antara baginda berbanding dengan hijrah Umar Al-Khattab yang telah menyusul kemudian berhijrah ke Madinah.
Sejarah mencatatkan bahawa Saidina Umar mengambil pendekatan yang jauh berbeda dengan hijrah kebanyakan para sahabat. Boleh dikatakan seluruh sahabat telah meninggalkan kota Makkah dan berhijrah ke Madinah secara rahsia dan bersembunyi dari dikesan oleh puak kafir Quraisy.
Malah Umar juga berbeda dengan cara dan kaedah Nabi s.a.w. berhijrah. Disebabkan saat penghijrahan Nabi s.a.w. bertepatan dengan masa gerakaan kaum Quraisy hendak memberkas dan membunuh baginda. Justeru itu Nabi s.a.w. yang ditemani oleh Abu Bakar Ash-Shiddik terpaksa mengatur strategi dan merancang helah, untuk mengelabui dan menghindar dari tindakan kafir Quraisy, dengan bersembunyi di gua Tsur selama tiga malam.
Saidina Umar yang menyusul kemudian berhijrah ke Madinah (sebagaimana yang telah dijelaskan dalam tulisan yang terdahulu), beliau memulakan hijrahnya bukan saja secara terang-terangan, malah dengan pedang yang tersandang dipinggang dan busar serta anak panah yang tergenggam erat ditangannya.
Sebelum itu beliau mengerjakan tawaf dan kemudian melakukan solat di sisi Ka'bah. Setelah itu beliau berdiri pada Hijir Ismail dan dengan suara lantang mencabar para pembesar Quraisy yang sedang duduk bersantai di sisi Ka'bah agar beradu senjata dengannya. Jika ada di antara mereka yang sanggup menjadikan isterinya sebagai balu dan anak-anaknya menjadi yatim kerana kematian dirinya, sila tampil ke hadapan berdepan satu lawan satu dengannya.
Tetapi cabaran Umar langsung tidak bersambut, tokoh-tokoh Quraisy tercengang-cengang mendengar suara lantang Umar. Beliau meninggalkan kota Makkah hanya diperhatikan oleh Quraisy Makkah, tiada siapa yang mengganggunya.
Jika dilihat secara zahirnya kaedah atau teknik Umar Al-Khattab dan Nabi s.a.w. berhijrah, sememangnya nampak berbeda. Nabi s.a.w. dan Abu Bakar terpaksa melakukan pelbagai helah dengan bersembunyi di gua Tsur selama tiga malam untuk mengelirukan Kafir Quraisy yang bertekad hendak membunuh Nabi s.a.w.. Adakah ini memperlihatkan bahawa Nabi s.a.w. tidak berani seperti Umar, hingga terpaksa menyembunyikan diri?
Suatu persoalan yang agak serius. Jika tidak berhati-hati dalam membuat tafsiran atau mengulas perbedaan kaedah berhijrah antara Nabi s.a.w. dan saidina Umar Al-Khattab itu. Ia boleh mendatangkan anggapan negatif terhadap Nabi s.a.w.. Musuh-musuh Islam sememangnya mengambil kesempatan dari sejarah ini, mereka menimbulkan keraguan di kalangan orang ramai seolah-olah Nabi s.a.w. adalah seorang yang penakut, sedangkan Umar adalah tokoh Islam yang lebih berani dan keberaniannya itu lebih digeruni oleh musuh.
Jawabnya:
Ada pun keberanian Umar Al-Khattab seperti yang dicatatkan dalam peristiwa hijrah, ataupun sesiapa jua di kalangan umat Islam yang mempunyai contoh-contoh keberanian ketika menghadapi musuh. Sesungguhnya sikap berani itu adalah soal keperibadian Umar sendiri. Ia tidak boleh dijadikan hujjah, sekalipun keberanian Umar itu telah menonjolkan sikap keperwiraannya ketika berdepan dengan musuh Islam.
Keberanian saidina Umar dalam peristiwa hijrah, merupakan anugerah Allah SWT kepadanya. Ia mempunyai hikmah tersendiri dan tidak dinafikan ada sumbangannya terhadap perkembangan Islam. Oleh kerana perbuatan Umar merupakan tindakan peribadi, maka mengenai teknik atau cara bagaimana beliau hendak melakukan hijrah itu, terserah kepadanya untuk memilih cara atau kaedah yang difikirkan sesuai dengan sikap dan keperibadian umar sendiri.
Adapun Nabi s.a.w. di utus oleh Allah SWT ke dunia ini tarafnya ialah sebagai "Musyarrie'", iaitu orang yang di beri hak untuk merangka syariat yang telah digariskan oleh Allah SWT. Kerana segala gerak kerja dan tutur sabdanya bukan atas kemahuannya sendiri, sebaliknya ia wahyu Allah SWT. Justeru itu ia merupakan sumber undang-undang selepas wahyu Allah SWT.
Syrak bererti jalan, iaitu jalan untuk menuju akhirat, jalan yang membawa keredhaan Allah SWT untuk keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Sebagai seorang Nabi yang bertaraf "Musyarrie'", sudah tentu Nabi s.a.w. adalah orang pertama merintis jalan ke akhirat. Justeru itu apa jua tingkah laku dan tutur kata Nabi yang bersangkutan dengan agama, ia adalah syariat untuk sekalian manusia. Oleh itu, maka sunnah Nabi (perkataan atau perbuatan Nabi) adalah sumber kedua hukum syarak.
Jika tindakan Nabi s.a.w. dalam peristiwa hijrah sama dengan tindakan Umar, nescaya tindakan umat dalam melaksanakan dakwah Islam juga terpaksa secara kasar, kerana sunnah Nabi s.a.w. kasar seperti tindakan Umar.
Sebagai manusia, Nabi s.a.w. mempunyai sifat berani dan juga sifat takut. Tidak ada manusia berani sepanjang masa dan takut sepanjang masa. Dalam peristiwa hijrah, Nabi s.a.w. telah menggabungkan kedua-dua sifat berani dan takut itu.
Sudah tentu Nabi s.a.w. seorang yang berani, bertindak meninggalkan Makkah dan memilih gelanggang baru dakwah di Madinah. Keberanian Nabi s.a.w. tidak dalam bentuk agresif, tetapi berani mengambil risiko apabila meninggalkan tanah air sendiri dan bergelanggang di suatu negeri yang jauh dan memerlukan pengorbanan yang besar.
Meninggalkan Makkah secara rahsia tidak bererti takut, tetapi seorang Nabi yang bakal dicontohi oleh umatnya, kebijaksanaan dalam mengatur strategi meninggalkan Makkah yang sedang bergelora, telah menyelamatkan ramai pengikut Nabi s.a.w.. Nabi mengambil langkah menggabungkan antara sifat berani dan sifat takut, dengan sendiri terselamatlah ajaran agama di dalam dada Nabi s.a.w., untuk dikembangkan di Madinah yang akhirnya tersebar ke seluruh dunia.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 23:49:24 GMT 8
semoga ini dijadikan pengajaran.....mekasih
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya > >mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda > >memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si > >ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan > >peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi > >miliknya.. > > > > Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat > >kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya > >berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik > >bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati > >seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si > >anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport > >merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan > >mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus > >rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg > >kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar > >tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak > >menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya > >yang bersarang di hatinya.... > > > > Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak > >itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran > >kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka > >hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya > >dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... > >ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya > >menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah > >ayah...bukan > >al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke > >atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi > >walau sepicing utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam > >beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan > >baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.... > > > >10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai > >syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang > >sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...sudah 10 > >tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang > >dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam > >ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua > >hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan > >segala yg berkaitan perwarisan harta... > > > > Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang > ke > >banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm > >hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja > >di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia > >berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan > >kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke > >situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh > >keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus > >kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata > >diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut...hatinya > >tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit > >pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan > >bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan > >tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera > >kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk > >sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat... > > > > Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, > >hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau > >diberi > >dalam keadaan yg kita hajati?? aku bukannya yang terbaik utk memberi > >nasihat...sekadar berkongsi ilmu..utk saling mengingati... > >
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 26, 2004 23:55:38 GMT 8
Jawapan kepada 3 pertanyaan
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir?
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda :Ya!
Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda :Saya tidak boleh.
Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama... kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda :Tidak.
Kiyai :Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda :Tidak.
Kiyai :Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai :Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda :Kulit.
Kiyai :Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
Semoga bermanfaat.
Jazakumullah Khiran Kathiira.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 27, 2004 21:43:33 GMT 8
Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah.....
Adik dan Palestin
Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu.
Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.
Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid. Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.
Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam- salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik.Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"
Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana >perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu >jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk. "Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.
Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan >bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.
Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada >>untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menunggu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat >adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.
|
|