|
Post by atokENSEM on Apr 10, 2004 1:46:19 GMT 8
beckham tak dpt nafkah batin siooot... kawakwaqkw... mcm akulatu... tau..tau.. je!
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 13:36:37 GMT 8
Bayi mati minum susu tiruan di China
BEIJING: Berpuluh-puluh bayi meninggal dunia akibat kekurangan zat di kawasan pedalaman tengah China selepas disusukan dengan susu tepung tiruan yang mengandungi kadar zat amat sedikit, lapor media semalam.
Kes itu menyorot penyebaran dan masalah yang boleh membawa maut disebabkan produk tidak bermutu di China apabila banyak benda dari beras tiruan sehingga ubat tiruan dijual kepada pengguna.
Beberapa syarikat pembuat susu tepung bayi tiruan dan tidak bermutu mula menjual produk mereka di pasaran kampung di bandar raya Fuyang di wilayah Anhui tahun lalu, lapor Beijing News.
Kira-kira 100 hingga 200 bayi yang disusukan dengan tepung susu tiruan itu menghidap apa yang digelar doktor ketika itu sebagai ‘penyakit kepala besar’.
Pada mulanya, mereka tidak sedar bayi berkenaan menderita kekurangan zat, lapor akhbar itu, yang memetik laporan akhbar Oriental Morning Post di Shanghai.
Kepala mereka membesar secara tidak normal manakala tubuh, lengan dan kaki hanya tinggal tulang dan kulit.
Kira-kira 50 hingga 60 bayi mati kerana meminum susu formula itu, menurut laporan itu tanpa menyebut di mana mereka memperoleh perangkaan itu.
Penyiasat kemudiannya mendapati susu tepung itu tidak memenuhi walau satu pertiga daripada kadar zat yang diwajibkan dalam susu tepung bayi.
Hospital Fuyang saja menerima 66 bayi yang mengalami masalah itu sejak 2003, lapan daripadanya meninggal dunia, menurut laporan.
Salah seorang bayi yang meninggal dunia ialah seorang bayi perempuan berusia 130 hari yang didapati menderita kekurangan zat serius manakala hati dan buah pinggangnya tidak berfungsi.
Wartawan pula mendapati terhadap kes sindrom bayi berkepala besar di tujuh mukim dan daerah di Fuyang pada April 2003.
Laporan juga menyebut, pegawai kerajaan tidak menyebarkan perkara itu kepada penduduk awam walaupun ramai bayi jatuh sakit. – AFP
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 13:40:21 GMT 8
Singapura risau AS gagal di Iraq
SINGAPURA: Pengganas dan pelampau serata dunia, termasuk yang berada di Asia Tenggara, akan menjadi lebih berani jika Amerika Syarikat dan sekutunya gagal di Iraq.
Menteri Luar Singapura, S Jayakumar berkata, oleh sebab itu Singapura menyokong tindakan Amerika dan negara sekutunya di Iraq.
Berita Harian Singapura melaporkan, beliau berkata demikian ketika ditemui media Singapura di London kelmarin dalam lawatannya ke negara itu sebelum menghadiri Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) ke-6 di Kildare, Ireland, semalam.
“Pengganas adalah satu isu paling genting yang perlu ditangani dunia untuk beberapa tahun akan datang. Tidak ada negara yang boleh menangani ancaman ini secara bersendirian.
“Usaha menentang pengganas memerlukan usaha sejagat dan hanya Amerika mempunyai keupayaan menerajuinya,” kata beliau.
Jayakumar berkata, langkah pengganas menculik warga Jepun dan rakyat negara lain sebagai tebusan bertujuan menguji kesungguhan Amerika serta sekutunya dan mencetuskan reaksi antarabangsa.
Beliau berpendapat, matlamat utama sekutu Amerika kini adalah memindahkan kuasa kepada pemerintahan Iraq yang bakal menggariskan perlembagaan negara di samping mengadakan satu pilihan raya umum.
Jayakumar sudah beberapa kali mempertahankan tindakan Singapura terbabit dalam peperangan di Iraq dan mendakwa ia demi melindungi kepentingan negara. – Agensi
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 13:43:49 GMT 8
E-mel skim cepat kaya guna nama Maybank Oleh Johari Ibrahim ALOR STAR: Pihak tertentu dikesan menggunakan nama sebuah bank terkemuka dalam e-mel untuk mempengaruhi orang ramai menyertai skim cepat kaya yang menjanjikan wang tunai RM30,000 dalam tempoh tiga bulan dengan hanya `melabur' RM5.
E-mel bertajuk `menjana RM5 menjadi RM30,000 dalam masa tiga bulan' itu menggunakan nama Maybank dipercayai untuk mengabui mata orang ramai dan dihantar dari alamat maybank_webmaster@gawab.com.
E-mel berkenaan turut diterima seorang wartawan New Straits Times di sini yang juga pelanggan Maybank.
Arahan dalam e-mel itu meminta peserta memasukkan wang RM2 kepada peserta fasa pertama dan masing-masing RM1 kepada peserta fasa kedua, ketiga dan keempat yang disenaraikan dalam surat elektronik berkenaan.
Nama ringkas serta nombor akaun peserta terbabit yang didakwa dibuka di Maybank disenaraikan dalam emel berkenaan.
"Selepas anda melakukan semua transaksi ini, sila e-mel kepada kami butiran berikut, nama penuh anda seperti tertera dalam kad pengenalan, nombor akaun Maybank, e-mel anda yang sah dan nyatakan kod 100184.
"Anda akan dibekalkan sebuah laman web yang tertera nama anda untuk dipromosikan secara berasingan," menurut e-mel itu.
Peserta diminta menghantar e-mel berkaitan butir transaksi itu kepada giro2u_webmaster@yahoo.com.
Pemilik laman web berkenaan menjanjikan nama peserta berkenaan akan dimasukkan sebagai fasa keempat (yang akan mendapat RM1 daripada setiap peserta lain) dalam tempoh `24 jam hari bekerja'.
Alamat e-mel peserta yang disenaraikan adalah sama iaitu giro2u_webmaster@yahoo.com.
Mengikut e-mel yang diterima itu, nama ringkas penerima dana yang disenaraikan ialah Mahzan (fasa satu dengan nombor akaun Maybank 114093093326); Marcellus (fasa dua - 110144045419); Mohd Natasha (fasa tiga - 162441019617) dan DK Intan Shaadahwati (fasa empat - 112316045563).
Bagaimanapun, penelitian mendapati semua alamat e-mel peserta fasa satu, dua, tiga dan empat adalah sama iaitu giro2u_webmaster@yahoo.com.
Sementara itu, jurucakap bahagian khidmat pelanggan Maybank ketika dihubungi mengesahkan institusi kewangan itu tidak ada kaitan dengan skim berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan e-mel berkenaan bagi mengelakkan masalah yang mungkin timbul.
Beliau berkata, orang ramai boleh merujuk bahagian khidmat pelanggan bank untuk mendapatkan maklumat. Gerakan mencari tahanan terjun sungai diteruskan KUALA LUMPUR: Polis meneruskan gerakan mencari seorang tahanan, Francis Udayapan Govindasamy, 23, yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Klang ketika melarikan diri dari kawalan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zul Hasnan Baharuddin, berkata gerakan itu yang dilancarkan sepanjang Sungai Klang turut disertai penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat, anggota Jabatan Pertahanan Awam dan Smart.
Katanya, sehingga petang semalam pasukan pencari dan penyelamat gagal menemui lelaki berkenaan.
“Operasi masih diteruskan dan saya meminta bantuan orang ramai supaya segera menghubungi polis sekiranya memiliki maklumat atau menemui lelaki itu yang dikhuatiri lemas di Sungai Klang.
“Ketika melarikan diri dan terjun ke sungai, sebelah tangan lelaki berkenaan masih bergari dan dia memakai baju berwarna merah jambu yang tertera tulisan Lokap IPKKL serta berseluar pendek,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
Francis, ditahan di Brickfields Rabu lalu kerana dipercayai terbabit dalam kes samun seorang lelaki di Taman Datuk Senu, dua minggu lalu yang menyebabkan mangsa kerugian wang tunai RM200 dan sebuah telefon bimbit.
Zul Hasnan, berkata ketika ditahan, polis turut mendapati Francis mengunakan motosikal curi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, Francis yang sedang disoal siasat memberitahu ingin ke tandas dan dua anggota polis yang menyoal siasat membuka gari sebelah tangannya dan mengiringinya ke tandas.
Bagaimanapun, dalam perjalanan ke tandas, Francis terjun melalui koridor di tingkat satu dan menyusup keluar melalui pagar yang bocor di belakang IPD berkenaan.
Apabila tiba di tebing sungai, Francis terus terjun bagi mengelak ditangkap dan dia dilihat tenggelam timbul di dalam sungai berkenaan.
Beberapa anggota polis yang mengejarnya cuba menghulur tali untuk menyelamatkannya, tetapi dia tidak dapat mencapainya dan terus dihanyutkan arus deras.
Sehubungan itu, Zul Hasnan, berkata dua anggota polis termasuk seorang berpangkat Sarjan, yang menyoal siasat lelaki berkenaan akan disiasat dan jika sabit kesalahan mereka akan dikenakan tindakan tatatertib.
Sementara itu, polis masih mencari seorang lelaki, Teoh Poh Bu @ Ah Keong @ Ah Boo, berusia 22 tahun, pemegang kad pengenalan bernombor 820723-10-5361, beralamat No 60, Jalan 3, Kampung Tumbok, Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor, untuk membantu siasatan kes samun bersenjata di Taman Aman, Sri Petaling, baru-baru ini.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang memiliki maklumat mengenai lelaki berkenaan supaya menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Brickfields, di talian 03-22742222.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 13:50:39 GMT 8
JPJ diminta percepat latihan menembak KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diminta mempercepatkan pelaksanaan program latihan menembak secara menyeluruh kepada pegawai penguatkuasanya, sebelum dibekalkan dengan senjata api.
Naib Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia, Ong Giak Siong, berkata jadual yang sistematik itu penting untuk menjamin setiap pegawai terbabit mahir apabila mengendalikan senjata api.
“Kerjasama ibu pejabat JPJ dan Kementerian Pengangkutan perlu untuk menyegerakan program latihan itu bagi memastikan setiap pegawai yakin, berdisiplin dan berani ketika menjalankan tugas harian menggunakan senjata api sebagai langkah keselamatan.
"Selain itu, perkara yang perlu diberi perhatian dalam latihan itu ialah peraturan menguruskan senjata api termasuk bagaimana mengendalikan senjata api, penyimpanan dan penjagaannya supaya mereka benar-benar bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan bagi tujuan tertentu,” katanya ketika ditemui di majlis penutup dan penyampaian hadiah kejohanan menembak anjuran kesatuan berkenaan di Lapang Sasar Angkatan Tentera Malaysia, Sungai Besi dekat sini, semalam.
Pada Oktober 2002, JPJ menerima surat pengesahan daripada Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai berhubung kelulusan yang diberikan kerajaan kepada JPJ untuk menggunakan senjata api.
Langkah meluluskan permohonan penggunaan senjata api itu ialah yang pertama dipersetujui selepas berlaku beberapa insiden yang membahayakan nyawa pegawai penguat kuasa JPJ.
Bagaimanapun, masalah peruntukan adalah antara sebab sehingga sekarang, pegawai penguat kuasa JPJ masih belum dibekalkan dengan senjata api berkenaan.
Ong berkata, sebelum ini, tiga program latihan dan pertandingan yang diadakan untuk manfaat anggota penguat kuasa adalah anjuran kesatuan.
Bagaimanapun, katanya, kesatuan percaya pengurusan ibu pejabat JPJ masih di peringkat perancangan untuk melaksanakan latihan menembak itu.
Sementara itu, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Anuar Mohd Sharif, berkata pihaknya masih menunggu arahan ibu pejabat berhubung persediaan awal kepada pegawai penguat kuasa yang akan dibekalkan senjata api.
“Setakat ini, tidak ada maklumat baru yang diperoleh dan kami masih menunggu arahan seterusnya,” katanya yang tidak pasti bila senjata api itu akan dibekalkan kepada pegawai penguat kuasa jabatan berkenaan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 13:52:20 GMT 8
Seri Paduka seru anggota tentera tingkatkan disiplin
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail mengingatkan anggota tentera menjunjung ikrar kesastria dan memberikan pengorbanan tertinggi kepada negara pada setiap masa.
Baginda bertitah, disiplin yang menjadi teras institusi ketenteraan hendaklah dipatuhi sepenuhnya supaya kewibawaan angkatan tentera sentiasa terpelihara di mata masyarakat.
Dalam konteks itu, Yang di-Pertuan Agong menarik perhatian terhadap perbuatan melanggar undang-undang negara oleh anggota tentera yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini, yang secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti angkatan tentera.
“Beta menyeru setiap anggota menjauhkan diri daripada pengaruh persekitaran tidak sihat. Sebagai anggota tentera yang berkhidmat dalam sebuah organisasi yang besar, anggota dituntut mengutamakan semangat setia kawan, kekitaan dan cinta kepada perkhidmatan.
“Tetapi ini tidak bermakna anggota harus mengambil tindakan yang menyalahi atau membelakangkan undang-undang dan peraturan angkatan tentera bagi menyelesaikan masalah dihadapi sahabat dalam hubungan dengan masyarakat awam,” titahnya.
Beliau bertitah demikian sempena Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet di Pusat Latihan Tentera Darat (Pulada) dekat Ulu Tiram, di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin; dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zahidi Zainuddin.
Sehubungan itu, Tuanku Sirajuddin menasihatkan supaya semua peringkat kepimpinan tentera mengamalkan nilai murni dan menjadi insan mulia dengan menjauhi segala masalah keduniaan.
“Ambil beratlah dalam hal-hal keagamaan kerana Beta yakin dengan amalan dan kefahaman agama yang betul, dapat mendidik dalam membina jati diri untuk menjadi insan yang sempurna,” titah baginda.
Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah, mengingatkan anggota tentera menghindarkan diri dari terpengaruh dengan tindakan kumpulan yang menggunakan agama sebagai landasan bagi mencapai aspirasi perjuangan mereka.
Dalam pada itu, baginda mengucapkan penghargaan kepada semua ibu bapa dan waris yang merestui anak mereka, mengabdikan diri dalam kerjaya tentera yang disanjung tinggi ini.
Sesungguhnya, titah baginda, pengorbanan itu adalah langkah terpuji dan wajar menjadi contoh kepada semua lapisan masyarakat.
“Beta difahamkan penyertaan golongan Bumiputera bukan Melayu dalam angkatan tentera semakin bertambah. Bagaimanapun, sambutan belia kaum Cina dan India masih berkurangan,” katanya.
Justeru, baginda menyeru masyarakat belia semua kaum memilih bidang ketenteraan sebagai kerjaya pilihan mereka kerana ia terbuka luas kepada semua kaum dan tidak semestinya diceburi oleh kaum Melayu saja.
Yang di-Pertuan Agong percaya Kementerian Pertahanan akan menggemblengkan lagi usaha sedia ada untuk menarik minat belia bangsa lain memilih angkatan tentera sebagai kerjaya mereka.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 13:53:34 GMT 8
5 peratus kilang CD berlesen disyaki keluar perisian haram Oleh Khairul Anuar Abdul Samad KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) percaya kira-kira lima peratus daripada 44 kilang pengeluaran cakera padat (CD) berlesen di negara ini terbabit dalam kegiatan pengeluaran perisian tiruan.
Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP (Cawangan Selangor), Mohd Roslan Mahayudin (gambar) berkata, KPDNHEP tidak menafikan daripada 44 kilang pengeluaran CD berlesen di negara ini yang sebahagian besarnya terdapat di Selangor manakala yang lain di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, terbabit dalam kegiatan haram itu.
Katanya, KPDNHEP percaya kegiatan itu dilakukan oleh syarikat yang ingin mendapat untung cepat tetapi kementerian yakin tidak banyak yang berbuat demikian dan selalunya kegiatan salah itu banyak membabitkan kilang haram.
“Namun begitu, KPDNHEP sentiasa membuat pemantauan terhadap operasi kilang berlesen melalui perisikan untuk mengesan kegiatan yang dilakukan kilang berkenaan mengikut peraturan ditetapkan.
“Kalau kilang berlesen itu didapati terbabit dalam kegiatan pengeluaran perisian cetak rompak, kilang berkenaan akan dikenakan tindakan di bawah akta hak cipta atau optik atau lesen mereka boleh dibatalkan,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada kilang pengeluaran CD berlesen di negara ini turut terbabit dalam pengeluaran perisian cetak rompak, pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, Khamis lalu.
Dalam sidang akhbar itu juga, Mohd Roslan berkata, KPDNHEP berjaya memulakan kempen banteras kegiatan cetak rompak tahun ini di bawah Ops Tulen dengan jayanya apabila merampas perisian cetak rompak bernilai lebih RM1 juta.
Katanya, ia membabitkan rampasan kira-kira 12,500 cakera padat perisian tiruan daripada pelbagai syarikat perisian terkemuka dunia antaranya termasuk Microsoft, Adobe dan Autodesk serta perisian permainan digital.
“Rampasan itu dilakukan pada operasi 31 Mac lalu terhadap tiga kedai komputer di dua pusat beli-belah utama, iaitu di Sunway Pyramid dan Amcorp Mall. Pesalah berkenaan boleh didenda sehingga RM100,000 di bawah akta perihal dagangan 1972.
“Ini membuktikan KPDNHEP tidak mengambil sikap berlembut terhadap perkara itu memandangkan kegiatan haram itu semakin serius kerana ia boleh menjejaskan tahap perkembangan inovasi negara.
“Tahun lalu, KPDNHEP membuat serbuan terhadap empat syarikat, iaitu masing-masing dua di Shah Alam dan Kuala Lumpur dengan berjaya merampas barangan bernilai RM459,000 dengan RM368,000 dari jumlah itu adalah daripada syarikat di Shah Alam,” katanya.
Untuk memantapkan lagi keberkesanan usaha membanteras kegiatan perisian haram, beliau menegaskan dalam operasi Ops Tulen tahun ini, lebih banyak serbuan akan dilakukan di seluruh negara dengan menumpukan kepada penjual perisian cetak rompak dalam kawasan panas, termasuk di Pulau Pinang, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 13:55:39 GMT 8
PM utus surat mengenai keadaan di Iraq, Palestin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mengutuskan surat kepada lima pemimpin negara anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kebimbangan Pergerakan Negara Kecuali (NAM) dan negara-negara Islam berhubung perkembangan terbaru di Iraq dan Palestin.
Surat itu dihantar pada 14 April lalu berikutan kebimbangan Perdana Menteri terhadap situasi semasa keselamatan di Iraq yang tidak menentu dan boleh mengancam keselamatan dan keamanan antarabangsa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, semalam surat itu dihantar kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush; Perdana Menteri Britain, Tony Blair; Presiden Perancis, Jacques Chirac; Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Republik Rakyat China, Hu Jintao.
Abdullah melahirkan harapan agar tidak ada sebarang tindakan yang boleh menghalang atau menggugat pelan yang dirancang oleh Pihak Berkuasa Sementara Tentera Bersekutu (CPA) bagi mengembalikan kedaulatan Iraq dan rakyatnya.
Dalam kenyataan itu, Abdullah turut menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Iraq yang boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk dan menjadi lebih tidak selamat kepada rakyatnya.
Perdana Menteri turut melahirkan rasa sedihnya kerana keadaan itu akan menambah kesengsaraan rakyat Iraq yang tidak berdosa.
Sehubungan itu, Abdullah berkata, usaha pemulihan dan pembangunan semula Iraq tidak akan berjaya tanpa keamanan dan kestabilan di dalam negara berkenaan.
Beliau berkata, Malaysia selaku Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) mahu semua bentuk permusuhan dihentikan bagi membolehkan keamanan dipulihkan semula di semua bahagian Iraq.
Abdullah berkata, sudah sampai masanya masyarakat antarabangsa memberi pertimbangan yang serius untuk PBB memainkan peranan utama dalam hal ehwal Iraq.
Beliau berkata, peranan itu bagi membolehkan PBB mengambil mandat melalui resolusi yang diberikan Majlis Keselamatan PBB 1511 (2003).
Abdullah turut menyarankan kepada semua pemimpin anggota tetap Majlis Keselamatan PBB untuk merintis jalan terhadap usaha itu bagi membawa perubahan terhadap situasi semasa di Iraq.
Dalam kenyataan berasingan, berhubung situasi tidak menentu di Palestin, Abdullah turut mengutus surat kepada Bush, Blair, Putin dan Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan.
Dalam surat berkenaan, Abdullah melahirkan komitmen tinggi Malaysia terhadap usaha menzahirkan penubuhan dua negara merdeka, Palestin dan Israel yang dapat hidup secara harmoni dengan garisan sempadan yang diiktiraf seperti yang dirangka dalam peta keamanan Timur Tengah.
Abdullah melahirkan sokongannya terhadap usaha itu yang dipelopori Amerika Syarikat bersama rakan yang lain bagi merealisasikan usaha mewujudkan negara Palestin yang bebas dan berdaulat.
Namun, Perdana Menteri turut melahirkan kebimbangan terhadap sokongan Bush kepada cadangan Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon sewaktu lawatannya ke Washington.
Abdullah berkata, sokongan Bush terhadap rancangan Sharon itu hanya akan menyebabkan Israel tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin serta gagal memenuhi matlamat peta keamanan yang diusahakan.
Sehubungan itu, Abdullah menggesa semua pihak agar dapat bersama-sama mencari penyelesaian yang menyeluruh, saksama dan berpanjangan.
Beliau mahu pemimpin Palestin perlu turut sama dibabitkan dalam setiap perbincangan kerana semua usaha ke arah penyelesaian isu Palestin-Israel membabitkan mereka secara langsung.
Perdana Menteri berkata, Malaysia yakin PBB mampu memainkan peranan penting dalam mengembalikan proses keamanan dan kestabilan di rantau berkenaan dengan menempatkan pasukan Tentera Pengaman untuk memantau proses pelaksanaan peta keamanan Timur Tengah.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 14:01:06 GMT 8
Tempoh pengajian penuntut dwipengkhususan empat tahun Oleh Veena Rusli
KUALA LUMPUR: Tempoh pengajian bagi penuntut yang mengambil program dwipengkhususan (double major) di institusi pengajian tinggi (IPT) mungkin dilanjutkan kepada empat tahun berbanding tiga tahun sekarang.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Salleh, berkata masa yang lebih panjang bagi mereka menamatkan pengajian itu bertujuan memberi ruang selesa dan secukupnya bagi pelajar memberi tumpuan terhadap bidang yang dipilih.
Pada masa sama, tegasnya, pensyarah tidak wajar melihat keanjalan tempoh pengajian itu sebagai alasan untuk membebankan penuntut dengan lebih banyak tugasan.
“Kita harus sedar bahawa pelajar yang membuat `double major’ mempunyai tanggungjawab besar terhadap bidang yang diambil kerana kedua-dua disiplin mempunyai kepentingan seimbang iaitu 50-50, jadi tidak perlulah mereka diberi tugasan tambahan hanya kerana tempoh pengajian dilanjutkan.
“Dwipengkhususan bukan kerja mudah dan kita tidak mahu pelajar terumbang-ambing dalam memberi tumpuan terhadap pelajaran kerana terlalu banyak kerja kursus perlu diselesaikan.
“Sebagai contoh, ada kursus yang keperluannya cuma dua jam kredit tetapi jumlah tugasan yang diberi oleh pensyarah menunjukkan seolah-olah nilainya ialah lima jam kredit... ini sudah tentu menyusahkan pelajar.
“Kita tidak boleh samakan dwipengkhususan dengan mereka yang mengambil satu bidang major dan satu minor kerana nisbah untuk pengkhususan sedemikian boleh dikatakan 70-30,” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Pembangunan Pelajar (ICOSD) di sini, semalam.
Hadir sama Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohd Basri. Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM bertindak sebagai tuan rumah persidangan dua hari bertemakan `Melangkaui Kecemerlangan Akademik: Meningkatkan Mutu Pemimpin Global Masa Depan’ itu.
Shafie berkata, cadangan memanjangkan tempoh pengajian itu juga diharap akan membolehkan pelajar mencatat pencapaian lebih memberangsangkan, selain memenuhi sasaran panel panel penilai luar.
Ditanya sama ada kementerian sudah mempunyai tarikh khusus bagi melaksanakan lanjutan tempoh pengajian dwipengkhususan itu, beliau berkata perkara cadangan berkenaan perlu dibincang dengan semua naib canselor IPT sebelum dibawa ke Kabinet kerana ia membabitkan pelbagai aspek, termasuk kos tambahan.
Katanya, semua pihak terbabit juga perlu merangka kurikulum yang berpadanan dengan keperluan dwipengkhususan, termasuk melakukan perubahan yang diperlukan dalam modul kursus sedia ada supaya pelajar mendapat hasil terbaik daripada pilihan mereka.
Menyentuh masalah pengangguran di kalangan siswazah dan kemungkinan ia disebabkan sukatan pengajian di IPT yang tidak memenuhi permintaan pasaran kerja, Shafie berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia dalam mencari jalan penyelesaian.
“Tenaga penggerak di IPT perlu mempunyai hubungan rapat dengan penggerak industri termasuk di sektor swasta bagi membolehkan kedua-dua pihak saling mengetahui apa yang dimahukan.
“Sehubungan itu, kita akan melakukan penyelidikan berhubung aspek tenaga kerja bagaimana yang diperlukan pasaran semasa dan dari situ, kriteria yang dimahukan akan dilaksanakan apabila kita menggubal kurikulum pembelajaran di IPT.
“Perangkaan terkini menunjukkan ada kira-kira 27,000 siswazah menganggur dan antara langkah yang bakal diambil untuk mengatasinya ialah menempatkan mereka di sektor kerajaan secara sambilan.
“Selain itu, kita juga menggalakkan mereka untuk mendalami pengetahuan tertentu seperti teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris yang memang penting bagi pasaran kerja sekarang,” katanya.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 16:24:14 GMT 8
.:: 50 perbezaan lelaki dan wanita ::. 1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi laki-laki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.
6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.
7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.
13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.
14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali lebih banyak.
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada laki-laki.
17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).
18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.
20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.
21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.
23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki- laki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.
24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.
25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga usia tua.
26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada wanita.
27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara gagap.
31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.
34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki-laki setelah usia 65 tahun.
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet laki-laki.
38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding laki-laki.
39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.
45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.
46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki- laki, 95 % penghuni penjara adalah pria.
48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 13, 2004 10:58:30 GMT 8
sape ade gambar penyeksaan rakyat iraq di penjara amerika tu?
|
|
|
Post by KomOt on May 21, 2004 9:39:46 GMT 8
PAS Cawangan Taman Tuanku Jaafar , Seremban , Negeri Sembilan telah menerbitkan satu buku kecil (risalah) berjudul “ Islam Hadhari : Tak Nak !” . Tujuan diterbitkan buku tersebut adalah untuk memberi kefahaman mengenai slogan Islam Hadhari. Dikemukakan didalam buku tersebut hujah-hujah daripada pihak kerajaan dan juga daripada pihak pembangkang berkenaan doktrin tersebut. Risalah “Islam Hadhari: Tak Nak !” ini mengandungi empat bab. Bab Pertama bertajuk “Islam Hadhari: Tak Nak !” yang ditulis oleh Saudara Asri Lazin selaku editor. Bab Kedua bertajuk “ Menjelaskan Kekaburan Islam Hadhari” oleh En. Lokman daripada JAKIM. Bab Ketiga dan Keempat pula berkenaan “ Islam Hadhari: Implikasinya Mencemar Aqidah” oleh Dr Shafie (PAS) dan “Ke Arah Tajdid Hadhari” oleh Al-Marhum Hj Yusof Rawa. Harga seunit buku kecil yang diterbitkan ini hanya RM1. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah menghubungi Saudara Asri Lazin di 013-3290088 atau pun boleh dimuat turun secara percuma kandungan risalah berikut melalui internet di alamat berikut : www.geocities.com/pasn9/Hadhari1.docwww.geocities.com/pasn9/Hadhari2.docwww.geocities.com/pasn9/Hadhari3.docwww.geocities.com/pasn9/Hadhari4.doc
|
|
|
Post by KomOt on May 24, 2004 0:29:41 GMT 8
Peneroka Felda di Negeri Sembilan yang dijanjikan menjadi jutawan segera setelah menjual tanah mereka merungut bukannya kekayaan yang turun daripada langit, tetapi mereka mendakwa sekarang ini hujan “berwarna kuning” yang turun berkemungkinan berpunca daripada pusat pembuangan sisa toksik industri yang berhampiran.
“Dalam beberapa kilometer daripada sini terdapat kilang memproses sisa toksik berjadual. Pada peringkat permulaan pembinaan kilang ini, ramai penduduk yang telah membantah”, kata salah seorang daripada 185 peneroka yang menandatangani memorandum.
Peneroka-peneroka ini adalah daripada Sendayan – terletak 20 km daripada Seremban – yang mempunyai sekitar 5,000 orang penduduk dari 513 keluarga.
Menurut penduduk di situ, pada mulanya mereka tidak menyangkakan kerajaan akan membina kilang pemprosesan sisa toksik Bukit Nanas yang boleh membahayakan kesihatan mereka.
Walaubagaimanapun, asap yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan yang terbina sejak 1998 telah mula mengganggu kesihatan dan kehidupan mereka.
“Kilang tersebut mengeluarkan asap yang banyak setiap malam . Pada keesokan paginya penduduk setempat akan melihat tompok-tompok kuning pada daun-daun pokok, kereta dan pakaian yang disidai diluar rumah. Adakalanya kami nampak hujan yang turun itu berwarna kuning” kata salah seorang penduduk.
Apa yang lebih membimbangkan mereka ialah adanya seorang kanak-kanak yang telah disahkan menghidapi barah saraf. “Para doktor tidak menolak kemungkinan bahawa pencemaran toksik mempengaruhi kesihatan kanak-kanak tersebut”, ujar mereka.
LOMBONG PASIR
Pada 21 Mei yang lalu , tujuh orang perwakilan daripada Jawatankuasa Bertindak Penduduk Sendayan telah menyerahkan memorandum kepada ketua pembangkang YB Lim Kit Siang di lobi parlimen. Walaubagaimanapun hanya dua orang perwakilan yang dibenarkan untuk masuk ke bangunan parlimen.
Perwakilan tersebut terdiri daripada jurucakap Enck Badrul Hisham Shahrin dan wakil penduduk iaitu Dollah Hussein, Jamlus Said, Abdul Wahab Mohd Soal, Mohd Noh Ishak, Sharil Abdullah dan Mustafa Abdul Latif.
Penduduk tersebut mengadu terdapat beberapa kawasan lombong pasir yang beroperasi di Sendayan.
“Penduduk Sendayan telah membantah pembukaan lombong pasir tersebut atas dua sebab – Ianya terlalu hampir dengan kediaman kami iaitu hanya 200 meter. Ianya mendatangkan bahaya. Siapa yang boleh memerhati anak-anak mereka 24 jam sehari supaya tidak bermain di kawasan lombong tersebut?”
“Pemilik lombong-lombong tersebut juga telah mengalihkan saliran air sungai yang berhampiran. Ini boleh mengakibatkan kemusnahan ekologi dan menyebabkan pencemaran”, antara kandungan memorandum tersebut.
Pihak kerajaan telah mengeluarkan dua lesen melombong pasir untuk Permatang Intan, sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO setempat. Encik Dollah Hussein, salah seorang ahli perwakilan mengatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda di situ telah berlanjutan selama enam ke tujuh tahun dan tiada siapa setakat ini yang serius untuk membela nasib mereka.
“Kami telah berjumpa Perdana Menteri (Dr Mahathir) pada tahun 1998, dan juga Timbalan Perdana Menteri, namun tiada hasilnya”, ujar Dollah.
Dollah juga menceritakan bahawa mereka telah cuba menyerahkan sendiri memorandum tersebut pada Menter Besar Negeri Sembilan , Dato’ Mohammad Hassan pada 19 Mei yang lalu tetapi hanya wakil Menteri Besar yang berjumpa mereka.
JANJI RM 1.1 JUTA
Kumpulan perwakilan tadi juga menceritakan kekecewaan mereka terhadap status tanah mereka yang diamanahkan untuk diuruskan oleh kerajaan negeri selama sembilan tahun . Pihak kerajaan negeri dan Tabung Haji telah menyatakan bahawa kawasan tersebut akan membangun dengan begitu pesat dan menjanjikan pampasan yang besar.
“Daripada 513 keluarga, 460 keluarga telah menerima tawaran tersebut , dimana kami dijanjikan bayaran sebanyak RM 1.1 juta setiap lot. Ada daripada kami telah dibayar 10 peratus daripada jumlah tersebut, tapi hingga ke hari ini kami belum menerima baki bayarannya”.
“Kami telah pergi ke pejabat tanah sebanyak 27 kali dan telah menghantar banyak memorandum. Kami mahu Perdana Menteri prihatin dan memberi perhatian atas perkara ini”, tambah Dollah.
Perkara ini telah pun dibawa ke Mahkamah Tinggi Seremban. Pada bulan Mac tahun ini, mahkamah mengesahkan Encik Dollah dan penduduk lain layak menerima jutaan ringgit pampasan tersebut. Akan tetapi penduduk di sana tidak mendapat apa-apa berita daripada kerajaan negeri.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jun 2, 2004 11:18:08 GMT 8
PAS Cawangan Taman Tuanku Jaafar , Seremban , Negeri Sembilan telah menerbitkan satu buku kecil (risalah) berjudul “ Islam Hadhari : Tak Nak !” . Tujuan diterbitkan buku tersebut adalah untuk memberi kefahaman mengenai slogan Islam Hadhari. Dikemukakan didalam buku tersebut hujah-hujah daripada pihak kerajaan dan juga daripada pihak pembangkang berkenaan doktrin tersebut. Risalah “Islam Hadhari: Tak Nak !” ini mengandungi empat bab. Bab Pertama bertajuk “Islam Hadhari: Tak Nak !” yang ditulis oleh Saudara Asri Lazin selaku editor. Bab Kedua bertajuk “ Menjelaskan Kekaburan Islam Hadhari” oleh En. Lokman daripada JAKIM. Bab Ketiga dan Keempat pula berkenaan “ Islam Hadhari: Implikasinya Mencemar Aqidah” oleh Dr Shafie (PAS) dan “Ke Arah Tajdid Hadhari” oleh Al-Marhum Hj Yusof Rawa. Harga seunit buku kecil yang diterbitkan ini hanya RM1. Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah menghubungi Saudara Asri Lazin di 013-3290088 atau pun boleh dimuat turun secara percuma kandungan risalah berikut melalui internet di alamat berikut : www.geocities.com/pasn9/Hadhari1.docwww.geocities.com/pasn9/Hadhari2.docwww.geocities.com/pasn9/Hadhari3.docwww.geocities.com/pasn9/Hadhari4.docorg pas?
|
|
|
Post by KomOt on Jun 2, 2004 17:13:13 GMT 8
org melayu..hahaha..just nk kongsi ape yg saya dapat..nk main politik kt sini lak ke?
|
|