|
Post by atokENSEM on Mar 31, 2004 1:40:41 GMT 8
taktaula... dalam ni blom penah nengok die racing ngan olie... ke olie takut kawkawakw racing dgn olie?olie tu sape?dlm bahasa indonesia olie tu..minyak hitam tak pun yg lagu fifi nyanyi tu.. "bahaya bwk moto laju2"
|
|
|
Post by kuzy on Mar 31, 2004 14:58:12 GMT 8
skang ni kat malaysiala tok.... olie tu name orgla...
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 1, 2004 17:31:43 GMT 8
skang ni kat malaysiala tok.... olie tu name orgla... oh ye ker..yg mane satu tu
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 1, 2004 20:28:25 GMT 8
oh ye ker..yg mane satu tu ler...x kan kau x kenal kot ;D
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 2, 2004 0:01:12 GMT 8
ler...x kan kau x kenal kot ;D tak per la...tak yah knal pun takper..
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 2, 2004 1:45:17 GMT 8
skang ni kat malaysiala tok.... olie tu name orgla... bdk kolej kite ke?
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 5, 2004 12:56:46 GMT 8
10 jurutera kita cipta alat layari internet guna litar elektrik Oleh Sazarina Shahrim KUALA LUMPUR: Sekumpulan 10 jurutera tempatan mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan teknologi Komunikasi Melalui Litar Elektrik (PLC) yang membolehkan internet dilayari menerusi litar elektrik tanpa menggunakan talian telefon.
Teknologi itu yang mampu mengalirkan data menerusi transformer dalam litar elektrik, sebelum ini cuba dihasilkan saintis di beberapa negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS) tetapi semuanya gagal.
Setakat ini, PLC yang dicipta kumpulan jurutera dari Afzid Research Sdn Bhd (ARSB) yang diketuai Ketua Eksekutifnya, Mohammad Abdul Zahib Mohd Zaid, sudah dipasarkan di beberapa negara termasuk AS, Hungary dan Sweden menerusi kerjasama ARSB dan sebuah syarikat dari Washington, Satius Inc.
Minggu lalu, ARSB dan Satius Inc turut mengadakan demonstrasi di China bagi memperkenalkan teknologi berkenaan di satu kawasan di negara itu.
Mohammad Abdul Zahib berkata, di Malaysia ujian penggunaan teknologi itu sudah dijalankan di Pusat Beli-belah Amcorp, Petaling Jaya.
Beliau berkata, pihaknya kini dalam peringkat perbincangan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memperluaskan teknologi itu ke seluruh negara.
“Satu ujian juga akan dijalankan bulan ini di sebuah pencawang TNB,” katanya kepada Berita Harian di sini.
Mohammad Abdul Zahib yakin PLC mampu dikomersialkan berikutan kemampuannya menggunakan sistem rangkaian meluas (WAN) yang membolehkan pengguna melayari internet tanpa menggunakan talian telefon dengan kelajuan lebih tiga Gigabait sesaat (Gbps).
“Ini bermakna jika ia digunakan di negara ini, teknologi PLC mampu mengembangkan industri telekomunikasi dengan liputan yang lebih besar.
“Ini kerana ketika ini lebih 90 peratus penduduk sudah menikmati bekalan elektrik berbanding hanya kira-kira 40 peratus yang mempunyai talian telefon.
“Malah, PLC tidak memerlukan perbelanjaan yang besar seperti teknologi komunikasi lain kerana infrastruktur litar elektrik sudah pun wujud,” katanya.
PLC ialah sistem penghantaran data, audio dan video melalui rangkaian litar elektrik yang mengalirkan bekalan cas elektrik ke setiap rumah.
Kajian mengenainya sudah dibuat sejak awal abad ke-19 oleh makmal Bell di AS, Siemens (Jerman) dan NTT (Jepun).
Bagaimanapun, Mohammad Abdul Zahib berkata, banyak kajian mengenai teknologi itu yang dilakukan saintis dunia, tidak dapat dikomersialkan kerana menghadapi beberapa masalah tertentu.
Antara masalah yang dihadapi ialah tidak mampu merentasi komponen dalam litar elektrik seperti transformer dan bank kapasitor, hanya menggunakan sistem rangkaian setempat (LAN) dengan kelajuan yang tidak memuaskan, jarak penghantaran yang rendah, maklumat yang dihantar mempunyai kerosakan, mengeluarkan pancaran yang membahayakan serta gangguan oleh peralatan elektrik yang terdapat di rumah.
Beliau berkata, kumpulan jurutera ARSB yang diketuainya memulakan kajian bagi menyempurnakan teknologi sejak lima tahun lalu dan menerima sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 5, 2004 12:58:02 GMT 8
Beckham jalin hubungan sulit dengan anak diplomat
MADRID: Bintang bola sepak England yang kini bermain untuk kelab terkenal Sepanyol, Real Madrid, David Beckham dilaporkan menjalin hubungan sulit dengan pembantu peribadinya, Rebecca Loos, 26.
Beckham dan Loos yang juga anak diplomat Belanda, dikatakan berasmara di sebuah hotel di ibu kota ini.
Akhbar tabloid Britain, News of The World, semalam melaporkan selepas 90 minit jurugambarnya merakamkan gambar pasangan itu di sebuah kelab di sini, Beckham kemudian meniduri Loos.
“Bintang bola sepak England itu mengatasi kesunyiannya bersama anak perempuan diplomat Belanda itu selepas dibiarkan oleh isterinya, Victoria yang tinggal jauh daripadanya.
“Ketika Victoria enggan meninggalkan London bagi memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian, Beckham jatuh hati kepada Loos yang membantunya di Real Madrid,” kata tabloid itu.
Tabloid itu mendedahkan dengan lengkap hubungan pasangan itu membabitkan lima muka surat dalam edisi semalam termasuk bagaimana Beckham mengajak Loos pulang ke hotel untuk berasmara.
“David kesunyian di negara asing. Dia seorang lelaki yang sensitif dan kecewa kerana Victoria tidak mempedulikannya,” kata seorang rakan Loos.
“Hubungan mereka tidak mengejutkan sesiapa yang mengenalinya (Beckham). Dia sudah lama tidak berasmara dan cuba setia kepada Victoria. Tetapi, sampai bila?” kata rakan Loos itu.
Apabila wartawan News of The World bertanya kepada Loos mengenai hubungannya dengan Beckham, dia berkata: “Saya tidak dapat memberi ulasan kepada kamu. Jangan ganggu saya.”
The News of the World mulanya mendedahkan hubungan persahabatan Beckham dengan Loos dengan menyiarkan satu gambar eksklusif 28 September lalu.
Pendedahan itu menyebabkan Victoria yang popular dengan panggilan Posh Spice, berang dan menuntut suaminya menamatkan sebarang bentuk hubungan profesional dengan Loos.
Hubungan sulit itu bermula 18 September lalu selepas Beckham dan Loos keluar bersama empat rakan anak diplomat Belanda itu dari SFX Group, agensi yang menguruskan Beckham dan personaliti sukan lain, di sebuah restoran Thai.
Tabloid itu menyatakan, Beckham tidak gembira dengan perkahwinannya ketika itu kerana Victoria berada di England bersama anak lelaki mereka, Brooklyn dan Romeo. Daripada 89 hari pertamanya di Madrid, Victoria berada bersamanya selama 35 hari dan Beckham merindui keluarganya. – Agensi
|
|
|
Post by kuzy on Apr 5, 2004 15:50:41 GMT 8
sian dooo...... ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 5, 2004 16:21:00 GMT 8
aper yg kau kesian kan? ....x paham aku
|
|
|
Post by kuzy on Apr 5, 2004 18:20:14 GMT 8
beckham tak dpt nafkah batin siooot... kawakwaqkw... mcm akulatu...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 5, 2004 18:31:57 GMT 8
beckham tak dpt nafkah batin siooot... kawakwaqkw... mcm akulatu... ler...benda tue lak kau pikir...
|
|
|
Post by kuzy on Apr 6, 2004 9:32:38 GMT 8
btolll... benda tu penting bagi mereka yang dah berumah tangga...lagi2 klu yng tade pegangan mcm diorang... kira okla die bleh tahan 35 hari...kawkawakw
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 6, 2004 18:46:58 GMT 8
aiii mane ko tau ha
|
|
|
Post by kuzy on Apr 7, 2004 11:22:09 GMT 8
aku taula.... sebab aku ni dah kawin kawakwakw ;D
|
|