|
Post by atokENSEM on Nov 10, 2003 1:08:56 GMT 8
a'kum..ni kawan atok,sent kan kat atok..bacalah! KISAH BENAR NASI BERIANI RESTORAN Assallamualaikom...last week kawan kakak saye gi makan kat RESTORAN INSAF kat Jln TAR (tapi, kakak saye tak mention kedai yang mane satu kiri ke kanan). Lepas makan tu, kawan dia nak gi basuh tangan kat belakang kedai,lepas selesai membasuh & menyabun tangan yang bau kari tu....dia gi kat tempat lauk untuk tapau sebungkus nasi beriani lagi untuk member dia. Nak jadikan citer......kawan kakak saye ni.............ternampak BEKAS NASI BERIANI YANG DIGUNAKAN DISALUTI DENGAN SPENDER LELAKI CAP BUAYA BERWARNA PUTIH..TANG GETAH SPENDER DIIKAT NGAN GETAH...apa lagi........dia terus mintak cancel dan bayar nasik yang telah ditelan tadi........sampai kat opis....die terus muntahkan nasik tadi dan sebarkan kat kengkawan lain yang tak pergi......Satu lagi sesiapa yang suka makan makanan mamak, AWASLAH! BUKAN SEMUA MAMAK TU ISLAM!! Jangan asal nampak macam mamak jer terus pergi makan. Contoh paling jelas, sesiapa yang selalu ke Wisma Central, ada satu stall bawah accelator/tangga,dekat2 dengan kedai2 handpon tu...Tengok satu stall namanya "BK CORNER" (mungkin Bala Krisnen Corner!!). ;)Kalau terlalu lapar dan tengok sekali imbas nampak OK! Yang kerja kat situ ada dua orang pompuan Indon! TAPI CUBA TELITI SIKIT...!Tengok pada dua orang India/Mamak tu... tengok kat tangannya ada ikat benang kuning??!! Dan kalau datang awal2 pagi 7.00-7.30,mereka akan pakai 'calit sarjan' kat dahi... MAMAK KE TU?? Lagi satu sesiapa yang selau ke pasar Pudu, ada satu stall kat belakang stesen minyak ESSO Kat situ ramai kita tengok orang Melayu singgah makan roti canai! tak nampak ke mereka?? Cuba perati sah-sah pompuan India tu pakai benang merah kat lengan dan kekadang dia laki-bini pakai 'calit-sarjan kat dahi'!! Kenapa tak mau susah sikit, cross jalan, belakang Masjid Alam Shah tu ada satu stall Melayu (bawah jambatan Jln Tun Razak)...AWAS! Makanan kita akan jadi darah daging, kenapa makan makanan yang was-was macam tu??? Wallahuaklam.... (c) Copy right 1999 2000 2001. All right reserved atok tak tahulah..citer kawan atok ni benar..tapi kawan atok keje kat restoran mamak iaitu NZ..dia cakap..lauk yang semalam dia cuma panaskan..pastu dia suruh jin belaan dia..pijak pijak makanan tu..supaya..ia nampak sedap!bile atok dgr mcm tu..terus tak makan..lagipun mamak ni guna pelaris..tu yg kedai mamak tu kekadang tu,ramai giler org!harundin iaitu org pas..dia pernah nampak jin bergayut kat pokok berdekatan salah satu gerai mamak kat kedah..pastu..dia pun tak jadi makan kat situ!so camna ha?bile atok dgr dgr citer mcm ni..rase risau je nak makan kat kedai mamak kan? -peace-
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 10, 2003 1:11:41 GMT 8
chewing gum wrigley tidak lagi halal..tak caya? click sini.. www.sengkarai.com/chegum.htmjangan lupa basuh telur dulu..sblm masak..sbb anda nak ke makan telur yang blom lagi dibersihkan oleh najis ayam?jika tidak basuh terlebih dahulu..anda akan jadi mudah terlupa!kalo tak caya..tanya dengan ustaz anda..elok ke makan telur sblm ia dibasuh?
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 11, 2003 13:35:02 GMT 8
astarfirallah al azim..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 11, 2003 13:36:07 GMT 8
GULA GULA YAHUDI
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 20, 2003 4:35:32 GMT 8
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 20, 2003 13:47:44 GMT 8
macam2 org ni....kuang ajar btl yahudi skang ni kan...dah nak kiamat kut.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 20:39:53 GMT 8
cuak baru tahu ke?yahudi memang kurang ajar pun tok?hantu tu,tak nampak real lah..dibuat2 kot!
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 21, 2003 2:29:21 GMT 8
di kawasan pendalaman indonesia... mereka rogol wanita berkenaan dan diseksa..dan diheret hingga mati! >:(salah sape?
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 28, 2003 6:41:03 GMT 8
takde sape bg respon ttg gambar di atas ni ke?
|
|
|
Post by enigma on Dec 30, 2003 11:49:05 GMT 8
agaknya diorg xprasan kot tok.... kejam sungguh diorng ni...tak berhati perut langsung...dah la dirogol...adeke patut diheret kan jln raya....eeee...geramnya aku tgk.....tak tahu malu plak tu... biar btol atok ni....bleh pecaya gamba ni tok? aduh..sakitnya hati....
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 30, 2003 15:09:06 GMT 8
eeeiiiiii.geramnye saye tengok.....x patut dieorg buat cam2......ape perasaan dieorg kalu mak ke @ sedare perempuan dieorg dibuat cam2?.......jantan yg lain pun support jantan ni buat cam2(maaf membahasakan jantan tapi org yg x berperikemanusiaan cam2 memang patut dipanggil jantan iaitu gelaran utk binatang)......saye tengok makin teruk kes2 rogol skrang ni...mcm2 care dieorg buat semate mate utk memuaskan nafsu dieorg ni.........dahlah rogol 2 dah jadi dosa besar.....pas2 seksa.......then bunuh....then.......wot so ever.........berape banyak dosa dieorg ni nak himpun?.....ape nak jadi ngan dunia skrang?....nak dekat kiamat kot cos of that banyak sgt kite dengar kes2 camni bukan saje luar negeri dlm negeri pun dah ade kes2 camni.......cthnye canny ong,noritta & mcm2 lg.........ape2 pun kite berserah je kat ALLAH kerna ALLAH LEBIH MENGETAHUI.harap2 yg lain sedar apabila membaca @ melihat @ mendengar kes2 camni kerna jgn ingat korang leh buat kat gal lain & xde org leh buat ape2 kat sedare gal korang kerna ALLAH LEBIH MENGETAHUI & MAHA MELIHAT...seye nak tanye skit tok.......mane atok dpt image camni....?.seramlah saye teno kebanyakkan image2 camni.........
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 16:08:31 GMT 8
agaknya diorg xprasan kot tok.... kejam sungguh diorng ni...tak berhati perut langsung...dah la dirogol...adeke patut diheret kan jln raya....eeee...geramnya aku tgk.....tak tahu malu plak tu... biar btol atok ni....bleh pecaya gamba ni tok? aduh..sakitnya hati.... enigma?pict ni benar..moyang sy indonesia,moyang sy pernah citer mengenai pict tu..itu semua perbuatan org batak!sy tak bape ingat citer dia..tapi bkn dorg setakat heret je..dorg seksa org yg buat kesalahan mcm binatang..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 4, 2004 5:30:04 GMT 8
Tips Untuk Wanita Yang Putus Cinta Putus cinta memang sangat menyakitkan. Apatah lagi jika sebelumnya anda sempat berfikir bahawa si dia adalah cinta terakhir, harapan hidup dan masa depan anda. Ternyata anda salah besar, ‘he’s not the one’. Anda ingin melupakan dan mencari orang yang diidamkan. Tapi, sabar dulu. Ikutilah berapa tip berikut sebelum anda mencari cinta yang baru................................. JANGAN MEMBANDINGKAN Saat ini, anda bertemu seseorang yang anda sukai. Dia membuat anda tertawa dan anda berdua nampak serasi. Tapi lama-kelamaan anda mulai membandingkan ‘orang baru’ tersebut dengan kekasih lama. Misalnya saat anda berdua sedang membicarakan masalah hiburan, anda terkejut kerana pendapatnya berbeza sekali berbanding bekas teman lelaki anda. Kalau anda berfikiran begitu, cepat-cepatlah menghentikannya. Hal terburuk yang anda lakukan dalam sebuah hubungan baru adalah membandingkan dan membezakan antara dua lelaki yang berbeza. Jika anda masih terus membandingkan antara mereka, hubungan baru yang sihat dan segar tak mungkin akan tercipta. LAKUKAN SECARA PERLAHAN-LAHAN Ramai orang beranggapan bahawa hubungan baru akan mengurangkan rasa sakit hati. Lantaran hal tersebut maka mereka akan terburu-buru untuk mengukuhkan hubungan baru tersebut agar mengarah lebih serius. Membangun hubungan baru sedalam hubungan lama dalam jangka waktu yang singkat boleh menyebabkan kehancuran dalam sesebuah hubungan yang baru dibentuk. Nikmati saja hubungan baru anda seadanya. Jangan berusaha mengatur pendekatan yang belum sedia dilaksanakan oleh anda berdua. LAKUKAN HAL YANG BERBEZA Anda hampir saja boleh melupakan kekasih lama, namun tiba-tiba teringat kembali padanya ketika teman lelaki baru anda mengajak ke restoran yang dulunya sering dikunjungi bersama bekas teman lelaki anda. Untuk menghindari peristiwa ini, jangan ragu-ragu mengubah kebiasaan yang anda lakukan bersama teman lelaki anda untuk mencegah kenangan itu. Lupakan masa lalu, dan lakukan semua perkara yang berbeza daripada kegiatan anda dahulu, untuk membolehkan anda memberikan penumpuan kepada hubungan yang baru dibentuk. JANGAN MENCARI MASALAH Mungkin pasangan anda dulu seorang yang mudah mengalah dan acapkali mengalah setiap kali anda berdua bergaduh atau berselisih faham. Tapi ingat, jangan lakukan sedemikian pada pasangan baru anda. Mengalahlah dahulu untuk menjejaki ke dalam karakternya, juga untuk mengetahui seberapa jauh kesabarannya. Pemahaman ini penting sebelum anda berdebat untuk soal-soal yang prinsip kelak. BELAJAR DARIPADA KESILAPAN LALU Kata kuncinya adalah ketenangan. Jangan mengharapkan terlalu banyak daripada hubungan pertama anda setelah kekecewaan yang mendalam. Nikmati kebebasan yang ada. Seperti kata orang bijak pandai, “Pasti ada saatnya bagi setiap hal”. Dan inilah saatnya bagi anda untuk mencuba kembali membina hubungan, tanpa ribuan pengharapan dan komplikasi. Dengan tenang, mengingat masa lalu dan belajar untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama, juga tidak perlu terlalu tergesa-gesa dan menuntut ke arah hubungan yang lebih serius. Anda akan lebih sukses dalam percintaan kali ini
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 10:32:23 GMT 8
Cabar Diri Untuk Berjaya Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.
Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.
Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.
1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.
2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.
Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.
Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?
3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.
4. Soal Diri Dengan Soalan Positif
Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:
Kenapalah aku gagal? Mengapa nasib aku sentiasa malang? Kenapalah orang semua tak suka aku? Apalah nak jadi dengan aku ni?
Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.
Apa yang belum aku lakukan lagi? Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan? Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi? Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini? Siapa yang boleh bantu aku?
Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.
5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda
Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.
Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.
Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.
Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita. ;Dusaha lif kejayaan ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 4, 2004 19:39:46 GMT 8
good artikel strider!
|
|