|
Post by atokENSEM on Feb 2, 2004 20:32:38 GMT 8
terpulang la pd individu nk menilai.. itu mungkin kenyataan yg susah kita nk terima.. Ambil pengajaran dari perkataan yang menyakitkan itu. Sifat negatif tersebut adalah milik manusia am bukan org melayu sahaja. Org yg tulis tu pun tidak semestinya lebih baik dari org lain. Ambil yg positif sahaja... yela.. ;)sifat negatif@positif..setiap org ade..kite tak leh fokus pd perkauman je..
|
|
|
Post by enigma on Feb 3, 2004 0:07:54 GMT 8
cam kata s.girl..amik yg +ve jer...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 2:57:01 GMT 8
cam kata s.girl..amik yg +ve jer... yela.. amik positif dan mempelajari dr negatif..
|
|
|
Post by john on Feb 3, 2004 11:31:56 GMT 8
aku neutral sbb amik positif dan negatif.... ;D
|
|
|
Post by enigma on Feb 3, 2004 11:42:35 GMT 8
aku lak natural....seperti yg asal....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 14:00:56 GMT 8
Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.
A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu:
1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).
B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".
C. Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya. xlF3 "
|
|
|
Post by john on Feb 3, 2004 16:08:10 GMT 8
yg penting kita kenalah makan makanan sahaja kerana minuman tak boleh dimakan...minuman itu hanya boleh diminum....hawhawhaw ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 4, 2004 1:16:26 GMT 8
yg penting kita kenalah makan makanan sahaja kerana minuman tak boleh dimakan...minuman itu hanya boleh diminum....hawhawhaw ;D apelah yg merepek ni..anda demam ke?
|
|
|
Post by duo on Feb 4, 2004 9:18:11 GMT 8
dia tak demem tu atok... cuma kena selsema je tu... selsema kelawar... hawhawhaw john kena bahan ngan kami.. ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 4, 2004 20:04:38 GMT 8
dia tak demem tu atok... cuma kena selsema je tu... selsema kelawar... hawhawhaw john kena bahan ngan aku.. ;D selsema kelawar..ooo..selsema burung ye?
|
|
|
Post by eat_theDay on Feb 5, 2004 8:53:25 GMT 8
Not sure how true, pls beware !!!!
There is a brand new mobile phone scam going around that comes in the form of a SMS. The message will say something along the lines of
"Please call me on 012-2823208 Urgent"
it will say it is from "KB". Do not call this number, it is premium rate number charged at $5.00 per minute.
Also when you call it you will get an engaged tone; this is not a real engaged tone it is simply a recorded sound that will make you call again, and again, and you are being CHARGED!!
|
|
|
Post by enigma on Feb 5, 2004 13:14:07 GMT 8
btol ka ni eat the_Day? do dah penah try call ker no tuh?
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2004 3:17:16 GMT 8
Saudi pertahan pengurusan haji
RIYADH: Arab Saudi mempertahankan pengurusan haji tahun ini dan berkata tragedi rempuhan dan terpijak yang mengorbankan 251 orang yang mengerjakan haji minggu lalu boleh dielakkan sekiranya jemaah lebih bertenang dan tidak merempuh sesama sendiri.
“Saya melihat ada orang melompat jemaah yang jatuh, manakala ada yang memanjat orang lain ketika melontar. Kami berharap saudara kita yang mengerjakan haji akan bertenang dan menghormati yang mereka yang jatuh mati atau pengsan, bukannya memijak mereka,” kata Menteri Dalam Negeri, Putera Nayef, yang mengetuai jawatankuasa haji tertinggi negara itu.
“Apa yang berlaku adalah kehendak Allah dan kami tidak mahu menyalahkan mereka yang mengerjakan haji, tapi kami amat berharap pihak berkuasa dari semua negara dapat mengarahkan jemaah haji mereka supaya bertenang bagi mengelak dari berlaku kejadian tidak diingini ke atas mereka atau jemaah lain,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita, SPA, semalam.
Mangsa rempuhan dan terpijak itu kebanyakan dari Indonesia, Pakistan dan beberapa negara Asia lain. Pihak berkuasa di Mina cuba mengelak dari berlaku tragedi itu dengan mendesak lebih dua juta jemaah supaya melontar jamrah pada masa berlainan.
Putera Nayef yang mengulas keseluruhan urusan haji selepas musim haji selesai kelmarin, berkata semua urusan haji telah berjalan dengan baik.
“Jika kita bercakap mengenai matlamat utama, kami boleh bercakap urusan mengerjakan haji tahun ini berlangsung dalam situasi selamat dan bebas dari sebarang penyakit berjangkit,” katanya.
Ttragedi di Mina minggu lalu, membuatkan jawatankuasa peringkat tertinggi di Riyadh untuk menggaris pelan terbaru bagi laluan di tempat suci itu. Ulama akan bertemu di sini hari ini, bagi berbincang cara terbaik untuk mengelak tragedi itu berulang.
Kejadian rempuhan dan pijak memijak memang sering berlaku ketika musim haji. Seramai 14 jemaah mati dalam rempuhan yang sama tahun lalu. Pada 1990, seramai 1,426 maut dalam rempuhan yang berlaku dalam terowong pejalan kaki di Makkah.
Musim haji tahun ini berlalu tanpa sebarang kejadian membabitkan keselamatan jemaah, walaupun tercetus kebimbangan kumpulan al-Qaeda yang diketuai Osama ben Laden, mungkin melakukan kejutan.
“Tidak ada sebarang operasi yang melanggarkan perintah keselamatan atau berlaku sabotaj,” kata Putera Nayef.
|
|
|
Post by eat_theDay on Feb 6, 2004 8:22:02 GMT 8
Utk pengetahuan insan2 yg mempunyai hati dan perasaan... Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca. Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya. Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati. Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu? Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand. Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut berhubung perkara ini, layarilah: www.bonsaikitten.com/Orang Jepun ini ingat dia mempunyai daya kreativiti yang tinggi utk membuat duit, padahal perangainya itu tak ubah seperti orang gila lagi zalim. Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan. Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu! Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri. Kami mengharapkan kerjasama penuh daripada anda semua. Kita mesti berjuang untuk membebaskan anak-anak kucing itu daripada belenggu kezaliman. Bayangkan anda menjadi seperti mereka, apa perasaan anda? Tolong sebar-sebarkan (forward) maklumat ini ke seluruh dunia. Tolonglah selamatkan kucing-kucing ini dan kemungkinan haiwan-haiwan yang lain daripada terus dianiayai!!! (If possible, please translate this message to your home language and let as many people to know about this cruelty which is happening around you.) Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan anda membaca dan memanjangkan maklumat ini. - Pencinta Haiwan -
|
|
|
Post by enigma on Feb 6, 2004 8:58:59 GMT 8
ni email yg saya baru dpt dr kawan sy ari ni...harap diambil perhatian.... Assalamualaikum kepada semua muslimin&Muslimat. Saya telah menerima email dari kawan saya sebuah attachment tentang strategi orang Yahudi menentang dan merosakkan agama islam dan menyesatkan orang islam.
Cara mereka ialah,Mereka membuat laman web dengan mengunakan nama islam,namun,kandungan mereka yang terkandung dalam laman web itu ialah bertentangan dengan Islam.Mereka buat laman web macam ini,contohnya www.aboutislam.com Orang yang tidak sedar,sekiranya mereka baca laman web berkenaan yang mereka ingat itu adalah laman web islam,secara tidak sedar mereka akan sesat,jadi adalah tanggungjawab kita untuk memperingatkan kepada umat Islam yang lain.Jadi,tolong forward peringatan ini kepada semua muslimin yang anda kenal.
Alamat laman web yang dibuat oleh kerbau-kerbau Yahudi ialah
1.www.answering-islam.org 2.www.aboutislam.com 3.www.thequran.com 4.www.allahassurance.com
Tujuan utama mereka ialah untuk menghancurkan Islam,jadi,kita kena awas dengan strategi mereka agar kita tidak tersesat dengan Islam.
Sekian,terima Kasih.Tolong peringatkan orang lain juga atau forward the message. Daripada Muhammad Faizal Bari
|
|