|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 7:58:58 GMT 8
bkn pesanan la strider..but pemberitahuan o.k2, sweet girlz...jgn mare
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 3:35:06 GMT 8
o.k2, sweet girlz...jgn mare x marah pun..
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 8:03:53 GMT 8
x marah pun.. o.k, mekacih...sweet girlz, naper dah lama x on-line?...bz ker? ....
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 7, 2004 3:07:38 GMT 8
LATIHAN MENGUATKAN OTOT
1.Jangan biasakan menggunakan telefon tanpa memegang,iaitu menahan dengan bahu dan tengkuk.Ini menyebabkan kesakitan di bahagian tengkuk dan bahu.
2.Cara memegang pen boleh membantu kamu menguatkan otot-otot tangan.Genggamlah hujung pen dengan tangan dan tekan dengan kuat apabila melakar atau menulis sesuatu.
3.Untuk mengelakkan ketegangan di bahagian leher,letakkan sebarang bahan bacaan sama paras dengan mata atau gunakan tempat letak buku.
4.Jika kamu berkerja di bahagian video terminal,letakkan bahan-bahan seperti copy video seboleh-bolehnya berhampiran dengan skrin sedekat mungkin.
"
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 7, 2004 3:09:47 GMT 8
o.k, mekacih...sweet girlz, naper dah lama x on-line?...bz ker? .... dia memeh mcm ni strider!cam biskut..sejap ade sejap takde!
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 7, 2004 3:14:07 GMT 8
Wang kertas RM10 versi baru mula diedarBANK Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas RM10 versi baru yang dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan mulai semalam. Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Mohamad Daud Dol Moin, berkata pengenalan ciri keselamatan tambahan itu adalah sebahagian usaha berterusan mengekalkan kualiti wang kertas Malaysia pada tahap tinggi. Wang kertas RM10 versi baru itu akan memiliki ciri tidak boleh ditiru dalam bentuk jalur holografi ubahan optik di bahagian depan wang kertas terbabit. “Ciri berkenaan kini sudah digunakan pada wang kertas RM50 dan RM100,” katanya pada taklimat media mengenai pengenalan wang kertas baru berkenaan, di Kuala Lumpur, semalam. Katanya, reka bentuk holografi menunjukkan motif sama seperti yang digunakan pada kawasan merah di bahagian kanan potret Yang di-Pertuan Agong Pertama dan juga perkataan ‘RM10’ dan ‘BNM’. Warna pada jalur terbabit akan berubah-ubah apabila dilihat daripada beberapa sudut berlainan. Pola cetakan khusus di kedua-dua belah jalur akan berubah apabila dilihat dari beberapa sudut yang berlainan, dan ia akan kelihatan jelas di bawah cahaya ultra ungu. “Semua wang kertas Malaysia memasukkan pelbagai ciri keselamatan yang berkualiti tinggi supaya sebarang percubaan memalsukan wang kertas tulen lebih sukar,” kata Mohamad Daud. Katanya, setakat ini ringgit mempunyai ciri keselamatan yang paling moden di rantau ini, justeru orang ramai tidak perlu bimbang dengan risiko ia ditiru. Dengan pengenalan wang kertas baru itu, kini hanya wang kertas RM1 dan RM5 belum ditambah dengan ciri keselamatan istimewa. Bagaimanapun, katanya, setakat ini BNM belum ada rancangan untuk memperkenalkannya. Beliau berkata, wang kertas RM10 sedia ada akan diedarkan seiring dengan wang kertas RM10 versi baru dan akan terus sah laku dengan nilai penuh. Maklumat lanjut mengenai wang kertas versi baru itu boleh diperolehi dengan melayari laman web www.bnm.gov.my atau menghubungi Jabatan Pengurusan dan Operasi Mata Wang Bank Negara di talian 03-26907309. by atok.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 8, 2004 18:38:43 GMT 8
Hayat Telefon Bimbit Zaman sekarang sudah makin ramai yang menggunakan telefon bimbit, tidak kiralah daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa. Ramai pengguna sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk membeli pelbagai jenis telefon yang serba canggih dan pelbagai fungsi. Namun demikian di sebalik kecanggihannya, telefon bimbit juga memerlukan penjagaan yang rapi.
Antara tips-tips penjagaannya ialah:
elakkan daripada mengendalikannya dengan cara kasar jangan jatuhkan atau hentakkannya jangan dedahkan di tempat berhabuk bersihkan dengan kain lembut jangan letakkannya di tempat yang terlalu sejuk jangan cas bateri terlalu lama"
|
|
|
Post by Sumaiyyah on Jan 9, 2004 20:27:37 GMT 8
wah atok...mantap lah..ade je updates.. TQ ek atok..anyway keep up ur good work
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 11, 2004 4:10:31 GMT 8
wah atok...mantap lah..ade je updates.. TQ ek atok..anyway keep up ur good work tq greemoon..utk maklumat bk2 forum ni gak..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 19, 2004 1:12:49 GMT 8
Tanda tanda kasih sayang Allah
" Apabila Allah mahukan kebaikan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikannya merasa dirinya kaya dan ia mengisi taqwa di dalam hatinya, dan apabila Allah mahukan keburukan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikan kemiskinan itu terbayang di matanya. "
Diriwayatkan oleh al-Hakim dari Abi Hurairah
TUJUANNYA
Kaya dan miskin sentiasa menjadi persoalan pokok dalam hidup manusia di dunia ini. Yang miskin ingin jadi kaya dan yang kaya ingin jadi lebih kaya lagi. Namun begitu keinginan untuk jadi kaya bukanlah merupakan satu dosa di sisi Allah, demikian juga keinginan menjadi lebih kaya.
Tetapi yang sering menghilangkan pertimbangan manusia yang wajar dan yang sering menjadikan manusia lupakan daratan ialah perasaan tamak yang tidak mengenal batasnya, perasaan merasa tidak cukup yang tidak tahu sempadan.
Dalam hadis ini Allah mendedahkan dua sifat pokok yang membezakan di antara orang yang disayangi Allah dengan orang yang dibenci Allah. Sifat yang disayangi Allah ialah sifat memadai dan sederhana. Setiap orang yang dapat menikmati sifat itu akan merasa dirinya benar-benar kaya dan merdeka. Ia tidak diburu oleh merasa kebimbangan yang bukan-bukan, tidak dirasuk oleh ketamakan-ketamakan yang boleh memesongkan jalan hidupnya yang baik, sementara sifat orang yang dibenci Allah ialah orang yang sentiasa merasa dirinya diancam kemiskinan, ia begitu takut jatuh papa dan miskin, begitu panik dengan kemerosotan kekayaannya walaupun kekayaan yang wujud dalam miliknya masih kukuh dan masih tidak seburuk orang lain.
Penyakit takut miskin atau 'miskin fobia' merupakan penyakit zaman moden yang amat ditakuti sekali, kerana itu sebilangan besar orang ramai melindungi dirinya dan anak buahnya dengan berbagai-bagai insuran dan menyapu dari jiwa mereka sebarang perasaan menyerah dan bertawakal kepada Allah yang menjadi sifat utama para Mukminin dan tidak kurang pula menjadi petualang-petualang yang bersedia untuk merompak apa sahaja peluang yang dapat membebaskan mereka dari ketakutan menjadi miskin. Dan penyakit inilah juga yang menjadikan mereka manusia-manusia bakhil yang hanya sibuk menghitung punca-punca masuk dan keluarnya duit-duit mereka, tanpa mengira kewajipan-kewajipan terhadap Allah dan masyarakat.
Dalam surat Al-Isra' ayat (100) Allah memberi satu sindiran tajam kepada manusia yang dikongkongi penyakit'miskin fobia'
" Katakanlah wahai Muhammad kalau kiranya kamu (wahai manusia) menguasai perbendaharaan-perbendaharaan nikmat Tuhanku tentulah kamu tahankan perbendaharaan itu kerana takut membelanjakannya, sesungguhnya manusia itu amat bakhil. "
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 20, 2004 3:01:12 GMT 8
hati kering nye org
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 23:45:31 GMT 8
Sedikit Renungan - Fikirkanlah !!!
--- petikan ni di cut & paste je tapi baguih sbg renungan bersama ---
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, solat makin hari makin liat. Apabila solat jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerlah minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 21, 2004 0:07:43 GMT 8
mane gambarnye atuk?
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 21, 2004 0:15:01 GMT 8
ala....senang2 kau gi right click kat gambar yg atok post tue....(yg x keluar gambar tue)....gi kat properties....pastu, copy URL dia....gi bukak window lain...n pastu alamat yg dah copy tadi...pastu nampaklah gambar dia... sebab2 x nampak gambar...kadang2 website yg atok ambil gambar tue...tgh update dia nyer database....x pun dia secure kan...lau x leh...cuba alternatif yg saya bagitau nie....sekian, terima kasih ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 21, 2004 1:05:29 GMT 8
ala....senang2 kau gi right click kat gambar yg atok post tue....(yg x keluar gambar tue)....gi kat properties....pastu, copy URL dia....gi bukak window lain...n pastu alamat yg dah copy tadi...pastu nampaklah gambar dia... sebab2 x nampak gambar...kadang2 website yg atok ambil gambar tue...tgh update dia nyer database....x pun dia secure kan...lau x leh...cuba alternatif yg saya bagitau nie....sekian, terima kasih ;D o..camtu!ok..sy cuba!tq..
|
|