Don't buy Gardenia!!!!Reasonnya, syarikat nie selain die buat roti, die juga menjalankan perniagaan babi yang terbesar di Australia, syarikat namanya QAF.... sumber rujukan The Edge tak silap bulan januari 2004, lebih kurang cam calsberg buat minuman softdrink lah tak gitu.... tak elok lah boleh menimbulkan was-was sokonglah roti Hi-5 heheheheeeee....
-----------------------------------------------------------------
Terima kasih kerana memaklumkan perkara ni. Mula2 rasa kurang percaya tapi bila aku surf cari perkataan QAF, terkezut beruk aku dibuatnya.
Link2 yg aku jumpa .... cuba lihat sendiri
www.qaf.com.sg/www.qaf.com.sg/business.htmwww.qaf.com.sg/b_pig.htm Penjelasan dari Gardenia MalaysiaAssalamualaikum wbt, sahabat sekelian, saya dapat dari seorg rakan
setelah bertindak menhantar mail tersebut kpd pihak Gardenia.
Terpulang keatas kebijaksanaan kita menilai kebenaran.
*****************%%%%%%%%%%%%%******************
15 Rabiulawal 1425 / 5 Mei 2004
Tuan -Tuan / Puan - Puan yang dimuliakan
SURAT LAYANG MENGENAI GARDENIA
Assalamualaikum w.b.k.t.
Kami menyedari bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab telah atau
sedang mengedarkan surat layang bertujuan mengajak pengguna-pengguna
Islam agar tidak membeli produk kami. Surat-surat tersebut turut
dihantar kepada masjid-masjid di seluruh Semenanjung. Kes-kes di
mana surat layang tersebut difax kepada pekedai dan peniaga Islam
juga telah mula dikesan. Yang terbaru, ianya disampaikan melalui e-
mel. Bagaimanapun, sekiranya pihak Tuan belum atau tidak menerimanya
sama sekali, surat kami ini sekurang-kurangnya dapat memberi maklumat-
maklumat penting berkenaan perniagaan syarikat kami.
Sekiranya pihak Tuan memang telah menerima surat layang tersebut,
kerjasama pihak tuan amat dihargai dalam memberi kami kesempatan dan
ruang bagi membuat penjelasan terhadap kekeliruan yang mungkin telah
ditimbulkannya.
Memetik dari artikel yang sudah agak lama diterbitkan dalam akhbar
perniagaan berbahasa Inggeris di Singapura, The Edge, penulis dalam
surat layangnya telah membuat terjemahan yang salah lagi mengelirukan
pembaca bagi menimbulkan persepsi yang buruk terhadap perniagaan
syarikat kami di Semenanjung Malaysia ini.
Sehubungan itu, kami dengan ini menegaskan bahawa syarikat Gardenia
di Semenanjung Malaysia iaitu Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (selepas
ini disebut `GBKL'), adalah bebas dan berdikari dari segi operasi dan
kewangannya daripada syarikat-syarikat Gardenia atau syarikat-
syarikat pemegang sebahagian sahamnya di Singapura atau di tempat-
tempat lain. Kami juga ingin menjelaskan bahawa GBKL:
- Telah beroperasi semenjak 1985. Syarikat Padiberas Nasional Berhad
(BERNAS) pula semenjak 2001 telah memiliki sebahagian besar saham
GBKL selebihnya.
- Mengilang roti dan kek snek semata-mata.
- Diiktiraf sebagai pengeluar produk halal oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) sejak pensijilan halal mula-mula
dikuatkuasakan.
- Diuruskan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan kira-kira 60% dari
keseluruhan kakitangannya adalah beragama Islam. Setelah hampir 20
tahun, syarikat ini sudah lama sepenuhnya berdikari (independent)
dari segi pembiayaan perniagaan dan pengendalian operasinya.
- Dengan komitmen yang padu terhadap pembuatan produk-produk yang
terjamin halal dan bermutu tinggi, pengguna-pengguna berbagai kaum
dan lapisan masyarakat telah memberi sokongan yang berterusan
terhadap perkembangan dan kemajuan syarikat sehingga ke tahap hari
ini.
- Sentiasa memastikan produk-produknya memenuhi ciri-ciri halal
dengan:
„h pemilihan dan penetapan pembekal secara ketat;
„h penggunaan bahan-bahan mentah dan proses pengeluaran yang menepati=
ciri-ciri yang ditetapkan;
„h penghantaran produk-produk dengan kenderaan-kenderaan milik sendir=
i
yang khas menghantar produk-produk sendiri sahaja;
„h mempastikan tiada makanan dari luar dibawa masuk ke kilang dengan =
menyediakan makanan percuma kepada kakitangan.
- Kami juga mempunyai Jawatankuasa Halal dalaman yang terdiri dari
kakitangan-kakitangan Islam yang kanan seperti berikut:
Nama : Rosli Mohd Nor
Jawatan :Pengawal Sumber Manusia & Hal Ehwal Am (Controller - HR&GA)
No. Telefon :012-3820122
nama :Hazlinah Harun
Jawatan: Pengurus Pemasaran (Marketing Manager)
No. Telefon :012-3255583
Nama : Azmy Roslin
Jawatan :Pengurus Jaminan Mutu (QA Manager)
No. Telefon :012-2688681
Dalam waktu pejabat mereka juga boleh dihubungi di No. telefon 03-
55423228 dan No. fax 03-55423213.
- Mengamalkan dasar pintu terbuka dengan membenarkan pelawat-pelawat
berkumpulan masuk dan melihat lebih dekat proses pengeluaran roti di
kilang kami. Kami mengambil kesempatan ini menjemput tuan-tuan AJK
dan pegawai masjid, JKKK, guru-guru dan murid-murid sekolah,
persatuan kaum ibu atau persatuan belia setempat dan sebagainya untuk
datang melawat dan sama-sama melihat sendiri operasi pengilangan roti
kami. Untuk tujuan tersebut sila hubungi Cik Hazlinah Harun,
Pengurus Pemasaran kami seperti di atas.
Isu dan penyebaran surat layang tersebut sebenarnya telah kami rujuk
sendiri kepada ibu pejabat JAKIM di Putrajaya kerana selain ianya
mengelirukan pengguna-pengguna Islam, penulisan dan penyebaran surat
layang merupakan perbuatan keji yang dilarang oleh agama. Kami telah
membuat surat penjelasan bertarikh 28 April 2004 dan berjumpa dengan
pegawai-pegawai kanannya pada 29 April 2004. Pihak JAKIM sendiri
tidak mempunyai sebarang keraguan atas pensijilan halal kami yang
berada di bawah bidang kuasa mereka.
Pihak kami juga telah merujukkan isu ini kepada Persatuan Pengguna-
Pengguna Islam Malaysia kerana isu ini menyentuh pengguna-pengguna
Islam secara khusus.
Adalah diharapkan melalui surat kami ini, sebarang kekeliruan yang
mungkin ditimbulkan oleh surat layang berkenaan dapat diperbetulkan.
Diharapkan juga sebarang keraguan yang ditimbulkan oleh surat
tersebut terhadap syarikat kami dapat dihindari dengan pertimbangan
rasional dan kebijaksanaan semua pihak. Penerangan dari pihak Tuan
kepada pihak-pihak lain dalam isu ini amat dihargai dalam menangani
usaha yang jelas merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap kami.
Jazakallah.
Yang benar
GARDENIA BAKERIES (KL) SDN BHD
AZMY ROSLIN
PENGURUS JAMINAN MUTU