|
Post by StRiDeR on May 5, 2004 14:42:43 GMT 8
Bahaya SMS Free!!!***Dapat info ni, dari email.. Dipaparkan sebagai Peringatan untuk semua agar berhati² menggunakan sms free!! Saya ingin menasihatkan anda supaya tidak menggunakan atau mendaftar di dalam sms services daripada mana-mana syarikat samada di dalam akhbar atau website dll. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yg sama berlaku kepada saya terjadi kepada anda. Sebuah syarikat bernama sms.ac (website : sms.ac.com) kononnya menawarkan perkhidmatan sms percuma kepada pelanggan mereka dengan mendaftarkan no phone anda di website mereka... Baca Seterusnya.. Anda boleh menghantar sms secara percuma melalui email kepada rakan2 anda melalui service mereka . Memang anda akan diberi sms service percuma pada mulanya tetapi nama anda akan didaftarkan ke dalam 'international sms club' dan anda akan mula menerima sms daripada 'rakan-rakan' sms club anda (yang tidak pernah anda ketahui) beberapa bulan kemudian Setiap sms yang diterima akan dikenakan RM5!! dan dimasukkan kedalam bil anda. Setiap hari anda menerima 4~5 sms daripada beberapa orang 'rakan-rakan' kelab anda bertanyakan khabar anda, mengucapkan selamat pagi atau selamat tengahari!!! Hasilnya, bil handphone anda dikenakan extra charge RM100~RM200 sebulan.!! (sila lihat di bawah):- Malangnya syarikat telefon anda tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menasihatkan anda supaya unsubscribe dari 'sms club' anda atau menukar kepada no phone yang baru...!! Note: Banyak lagi syarikat sms lain yang mengaut keuntungan dengan cara yang sama.. Pastikan anda tidak menjadi salah seorang daripada mangsa syarikat yang tidak bertanggungjawab ini.. #nosmileys#nosmileys
|
|
|
Post by atokENSEM on May 5, 2004 18:29:29 GMT 8
Bahaya SMS Free!!!***Dapat info ni, dari email.. Dipaparkan sebagai Peringatan untuk semua agar berhati² menggunakan sms free!! Saya ingin menasihatkan anda supaya tidak menggunakan atau mendaftar di dalam sms services daripada mana-mana syarikat samada di dalam akhbar atau website dll. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yg sama berlaku kepada saya terjadi kepada anda. Sebuah syarikat bernama sms.ac (website : sms.ac.com) kononnya menawarkan perkhidmatan sms percuma kepada pelanggan mereka dengan mendaftarkan no phone anda di website mereka... Baca Seterusnya.. Anda boleh menghantar sms secara percuma melalui email kepada rakan2 anda melalui service mereka . Memang anda akan diberi sms service percuma pada mulanya tetapi nama anda akan didaftarkan ke dalam 'international sms club' dan anda akan mula menerima sms daripada 'rakan-rakan' sms club anda (yang tidak pernah anda ketahui) beberapa bulan kemudian Setiap sms yang diterima akan dikenakan RM5!! dan dimasukkan kedalam bil anda. Setiap hari anda menerima 4~5 sms daripada beberapa orang 'rakan-rakan' kelab anda bertanyakan khabar anda, mengucapkan selamat pagi atau selamat tengahari!!! Hasilnya, bil handphone anda dikenakan extra charge RM100~RM200 sebulan.!! (sila lihat di bawah):- Malangnya syarikat telefon anda tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menasihatkan anda supaya unsubscribe dari 'sms club' anda atau menukar kepada no phone yang baru...!! Note: Banyak lagi syarikat sms lain yang mengaut keuntungan dengan cara yang sama.. Pastikan anda tidak menjadi salah seorang daripada mangsa syarikat yang tidak bertanggungjawab ini.. thanks strider..info. yg baik!at least sume org tau..
|
|
|
Post by StRiDeR on May 5, 2004 20:04:37 GMT 8
thanks strider..info. yg baik!at least sume org tau.. samer2...x de hal nyer ...
|
|
|
Post by PoKai B on May 5, 2004 22:29:46 GMT 8
wa pun takder hal.... ;D
|
|
|
Post by KomOt on May 5, 2004 22:57:14 GMT 8
biase la tu..
|
|
|
Post by KomOt on May 5, 2004 22:58:14 GMT 8
aku pakai sms.ac rilek je..ape la korang..guna la prepaid..takde la kene bil tinggi²...hahahaha...
|
|
|
Post by PoKai B on May 5, 2004 23:07:57 GMT 8
betul2....bill clinton ngan org bagi bil pun pakai prepaid..
|
|
|
Post by StRiDeR on May 6, 2004 0:06:39 GMT 8
aku pakai sms.ac rilek je..ape la korang..guna la prepaid..takde la kene bil tinggi²...hahahaha... just utk peringatan jer, komot ...
|
|
|
Post by KomOt on May 6, 2004 9:49:27 GMT 8
oh,ye la..baru aku teringat..nasib baik ade ko strider..
|
|
|
Post by KomOt on May 6, 2004 11:51:48 GMT 8
LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR
1. Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan. 2. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik “Flash to Bang” ( Kilat ke Guruh). Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ). Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil. 3. Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.
A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN
1. Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket dinding jika perlu. 2. JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja 3. Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah. 4. Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.
B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH
1. Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor). 2. Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat. 3. Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya. 4. Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya. 5. APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki. 6. DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga. 7. JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok. 8. JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf. 9. JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya. 10. JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit. 11. JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah. 12. JANGAN berada ditempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik. 13. APABILA berada dalam bot diatas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air
|
|
|
Post by StRiDeR on May 6, 2004 14:01:43 GMT 8
Mineral Water (Cactus/Spritzer) dari AirKuning, Taiping
Assalamualaikum kengkawan semua...
Ni ader serba sedikit info untuk makluman semua... Masa aku balik kampung hari tu......ader lah bersembang dengan jiran kat tempat lama aku tu.....Taman KuningSari, Air Kuning, Taiping....tetiba terkeluar citer pasal mineral water seperti jenama diatas....
Untuk pengetahuan semua.....kilang proses mineral water ni kat dalam Taman Mas Kuning, Air Kuning, Taiping. Jenama ni tak dijual dalam kawasan Taiping....semuanya dieksport keluar dari kawasan Taiping...pasal kalau dia jual kat area Taiping...comfirm tak laku...siap orang2 kat sana buang dalam longkang jer...nak tau kenapa....
Air mineral tu memang dia sedut dari punca mata air kat bawah tanah.....tapi masalahnya.....air bawah tanah yg disedut sebelum diproses tu terletak di satu kawasan bukit.......nak tau apa ader atas bukit tu......
Atas bukit tu ada satu kawasan perkuburan cina yg besar.....mata air yg diaorang dok sedut tu lak...betul2 kat bawah bukit tu....so...maksudnya...walaupun telah diproses tapi kebersihannya tak pastilah.....
Perkara ni dah direport pada pihak2 berkenaan...tapi duit punya hal...semua tutup mulut........
So...kalau nak percaya atau tak, terpulang...aku hanya memberitahu.........aku memang dah pergi ke area kilang tu......memang betul lah kat area blakang kilang tu ada jirat cina.....so...kalau nak minum mineral water tu pastikan label pembekalnya bukan dari air kuning, taiping......
Harap maklum....
-- di petik dari email yg aku terima --
*Isu yang di siarkan mungkin benar dan mungkin juga tidak, tetapi apa yang penting ialah maklumat yang disampaikan boleh menjadikan kita seorang yang peka dan sentiasa berhati-hati. Kita amat mengharapkan komen dari pembaca untuk mengesah atau menidakkan sesuatu isu yang disiarkan. Semoga yang baik kita jadikan panduan dan yang buruk kita jadikan sempadan.*
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 16:47:23 GMT 8
aku pakai sms.ac rilek je..ape la korang..guna la prepaid..takde la kene bil tinggi²...hahahaha... ade org yg byk guna..tu sbb guna bil!
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 16:48:27 GMT 8
betul2....bill clinton ngan org bagi bil pun pakai prepaid.. melalut lak die..
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 16:49:54 GMT 8
.:: Islam Berkembang di Amerika Latin ::.
Juan Jose Galvan ialah seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) berketurunan Latin, satu kelompok masyarakat yang juga dikenali sebagai Hispanik dan kelompok ini adalah penganut Katolik yang kuat.
Bagaimanapun terdapat perbezaan sedikit kerana Galvan ialah seorang Latin yang beragama Islam dan kumpulan yang dianggotai lelaki Latin berumur 28 tahun itu semakin berkembang di negara itu. Sebelum memeluk Islam, Galvan adalah seorang penganut Katolik yang taat dan sering menganjurkan pengajian Injil secara berkumpulan.
Keyakinannya mula berganjak apabila pada satu hari, Galvan terlihat seorang lelaki Latin bernama Armando sedang bersolat. Beliau terfikir: ``Kenapa pula lelaki Hispanik ini bersembahyang kepada Allah?''
Armando kemudian menerangkan kepadanya bahawa negara asal mereka iaitu Sepanyol pernah diperintah oleh kerajaan Islam selama 700 tahun lamanya.
Beribu-ribu perkataan bahasa Sepanyol juga berasal dari bahasa Arab.
Runtuhan masjid-masjid lama yang tertera ayat-ayat al-Quran telah dijumpai di bekas tanah jajahan Sepanyol seperti Cuba, Mexico serta Texas dan Nevada di Amerika Syarikat.
Tiga tahun selepas berjumpa Armando, Galvan memeluk Islam. Bukan mudah baginya - seorang yang kuat latar belakang Katolik - untuk membuat keputusan itu. Tetapi yang lebih penting, pelbagai soalan yang bermain di dalam pemikirannya terjawab apabila mendalami Islam.
"Bagaimana bapa menjadi anak? Kenapa Tuhan tidak boleh mengampun siapa sahaja yang diingininya? Apa terjadi kepada bayi yang mati sebelum sempat dibaptiskan?''
Walaupun keluarganya dapat menerimanya, Galvan menempuh kesukaran sebagai seorang Latin beragama Islam. Katanya, ramai anggota masyarakat Latin yang tertanya-tanya: "Kenapa kamu berhenti minum arak dan makan daging babi?'' Malah ada yang menganggap beliau sebagai 'pengkhianat bangsa' kerana meninggalkan amalan berfoya-foya dan minum arak.
Saya tidak fikir dengan meninggalkan arak, saya bukan lagi seorang Latin yang sebenar. Sekurang-kurangnya saya tidak akan menjadi seorang kaki botol. Semasa saya dibesarkan, bapa dan kebanyakan bapa saudara saya adalah kaki botol,'' katanya.
Galvan adalah lepasan Universiti Texas di Austin dan kini bekerja sebagai pengatur cara komputer di bandar raya itu.
Beliau bersama-sama dengan saudara Islam sebangsa dengannya bergerak dalam Pertubuhan Dakwah Latin Amerika (LADO) untuk menyebarkan ajaran Islam.
LADO ialah sebuah pertubuhan tidak mencari untung yang ditubuhkan di New York pada 1997. Galvan ialah Presiden LADO Texas dan Naib Presiden LADO Kebangsaan.
Beliau bersama dengan Presiden LADO, Samantha Sanchez kini sedang mengusahakan penulisan sebuah buku bertajuk Orang Latin Kembali Kepada Islam: Yang Lama Diperbaharui Semula.
Kajian
Menurut Majlis Islam Amerika, terdapat kira-kira 40,000 penduduk Hispanik beragama Islam di AS. Kebanyakannya berada di kawasan yang banyak didiami masyarakat Latin seperti di New York, Chicago, Miami, Houston dan Los Angeles.
Jumlah umat Islam di Amerika dianggarkan antara enam hingga tujuh juta orang.
Kajian yang dibuat oleh Dr. Ihsan Bagby dari Majlis Perhubungan Islam Amerika (CAIR) terhadap masjid-masjid di AS, mendapati purata 20,000 orang memeluk Islam di AS setiap tahun.
Lebih 60 peratus adalah masyarakat kulit hitam, 27 peratus kulit putih dan enam peratus Hispanik.
Apa yang menarik ialah di kalangan masyarakat Latin, lebih ramai wanita yang memeluk Islam. Malah pergerakan Islam Latin iaitu LADO diterajui oleh wanita-wanita Latin, sebagai contohnya Samantha Sanchez mengetuai LADO New York.
Kebanyakan daripada wanita ini mahu membebaskan diri daripada mentaliti 'penghambaan Maybelline' yang tercipta daripada budaya AS.
"Seperti kebanyakan wanita, kaum wanita Latin juga bosan kerana dianggap sebagai objek seks. Islam yang saya kenali, mengangkat martabat wanita!'' kata Galvan.
Menurut Sanchez, 25 peratus responden dalam satu kajiannya mengatakan mereka memeluk Islam hasil daripada `penerokaan peribadi' di mana mereka secara aktif mencari kepercayaan baru selepas kecewa dengan agama lama.
Mereka yang aktif berusaha itu pernah mempertimbangkan beberapa agama lain seperti Protestan, Yahudi, Hindu dan Buddha. Bagi orang Latin yang kebanyakannya berfahaman Katolik, mereka mengambil masa antara tiga hingga 12 tahun sebelum memeluk Islam.
Galvan tahu dia dan rakan-rakannya akan melalui jalan yang panjang untuk membetulkan salah faham mengenai Islam di kalangan masyarakatnya.
Beliau pernah ditanya: "Tidakkah kamu masih sayangkan Jesus (Nabi Isa)? Sanggup kamu melakukan ini terhadap Virgin Mary (Mariam)?''
Jawapan biasanya ialah: "Saya masih sayangkan Jesus. Kami percaya bahawa beliau adalah seorang nabi. Terdapat juga bab mengenai Mary di dalam al-Quran. Apabila dituduh menyembah Allah, saya akan katakan saya menyembah Dios atau Tuhan,'' kata Juan. - Bernama
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 16:54:30 GMT 8
Mineral Water (Cactus/Spritzer) dari AirKuning, Taiping Assalamualaikum kengkawan semua... Ni ader serba sedikit info untuk makluman semua... Masa aku balik kampung hari tu......ader lah bersembang dengan jiran kat tempat lama aku tu.....Taman KuningSari, Air Kuning, Taiping....tetiba terkeluar citer pasal mineral water seperti jenama diatas.... Untuk pengetahuan semua.....kilang proses mineral water ni kat dalam Taman Mas Kuning, Air Kuning, Taiping. Jenama ni tak dijual dalam kawasan Taiping....semuanya dieksport keluar dari kawasan Taiping...pasal kalau dia jual kat area Taiping...comfirm tak laku...siap orang2 kat sana buang dalam longkang jer...nak tau kenapa.... Air mineral tu memang dia sedut dari punca mata air kat bawah tanah.....tapi masalahnya.....air bawah tanah yg disedut sebelum diproses tu terletak di satu kawasan bukit.......nak tau apa ader atas bukit tu...... Atas bukit tu ada satu kawasan perkuburan cina yg besar.....mata air yg diaorang dok sedut tu lak...betul2 kat bawah bukit tu....so...maksudnya...walaupun telah diproses tapi kebersihannya tak pastilah..... Perkara ni dah direport pada pihak2 berkenaan...tapi duit punya hal...semua tutup mulut........ So...kalau nak percaya atau tak, terpulang...aku hanya memberitahu.........aku memang dah pergi ke area kilang tu......memang betul lah kat area blakang kilang tu ada jirat cina.....so...kalau nak minum mineral water tu pastikan label pembekalnya bukan dari air kuning, taiping...... Harap maklum.... -- di petik dari email yg aku terima -- *Isu yang di siarkan mungkin benar dan mungkin juga tidak, tetapi apa yang penting ialah maklumat yang disampaikan boleh menjadikan kita seorang yang peka dan sentiasa berhati-hati. Kita amat mengharapkan komen dari pembaca untuk mengesah atau menidakkan sesuatu isu yang disiarkan. Semoga yang baik kita jadikan panduan dan yang buruk kita jadikan sempadan.* byk info yg atok dpt ttg mineral ni..bkn setakat email je..
|
|