|
Post by StRiDeR on Apr 26, 2004 2:43:25 GMT 8
Resepi Kek Usaha Kejayaan
Bahan-bahannya;
250 gm Daya usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
8 sudu teh rasa tanggungjawab
200 gm senyum secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.
Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati.
Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit .
Biarkan adunan menjadi lembut.
Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia.
Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.
Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.
Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa
walaupun setitik.
Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat,
syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.
|
|
|
Post by john on Apr 26, 2004 3:40:16 GMT 8
susah gak nak buat kek ni..
|
|
|
Post by KomOt on Apr 26, 2004 10:24:45 GMT 8
aku dh try buat tak jadi la..rumit siot cara nk buat kek tu..
|
|
|
Post by enigma on Apr 26, 2004 14:30:37 GMT 8
Subject: Tunjukkan dimana Tuhan!
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:- 1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya 2. Apakah yang dinamakan takdir 3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah> Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda: Saya tidak boleh.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda? Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
tuan-tuan pembaca budiman sekalian, sekarang anda mempunyai dua pilihan: 1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda (..dan kena pulak tamparan dari 'u know who')
2. Forward E-mail ini kepada orang yang anda kenali dan InsyaAllah keredhaan Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirimi.
Semoga kisah di atas dapat memberi pengajaran kepada tuan-tuan yang membacanya....
sekian
Wassalam
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 26, 2004 22:48:51 GMT 8
aku dh try buat tak jadi la..rumit siot cara nk buat kek tu.. elehhh..ko tu tau makan je kan?? tp tak naik2 pun badan...bleh caye ke ko ni??
|
|
|
Post by KomOt on Apr 27, 2004 0:43:03 GMT 8
eh,pedulik la..badan aku tetap maintain kalau makan byk mana pn..ko kene la terima kenyataan..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 27, 2004 2:23:47 GMT 8
Amalan Bertindik
Buat lelaki yang suka bertindik, ataupun wanita yang bertindik selain di telinga... ini untuk tatapan anda. Apapun, dipercayai Firaun adalah manusia pertama yang bertindik...
Tindik hidung mula direkodkan berlaku di Timur Tengah kira kira 4,000 tahun lalu. Dalam kitab lama Ibrani, diceritakan Nabi Ibrahim pernah memberikan subang hidung kepada bakal menantunya, isteri Ishak.
Ia kemudian menjadi ikutan puak nomad Berber, kaum Beja di Afrika dan Badwi di Timur Tengah. Waktu itu, saiz subang melambangkan kekayaan seseorang.
Kemudian amalan ini merebak ke India pada abad 16 di bawa semasa Dinasti Maharaja Moghul. Subang itu biasanya dipakai pada sebelah kiri hidung. Kadangkala disambung pula ke telinga oleh seutas rantai. Di sesetengah tempat, kedua-dua belah hidung ditindik.
Di Barat, tindik hidung dimulakan oleh kumpulan hippies pada akhir tahun 1960an. Amalan ini kemudian diadaptasikan oleh pergerakan punk pada akhir 1970an sebagai simbol memberontak terhadap nilai nilai konservatif masyarakat di seluruh dunia.
Amalan bertindik lidah pula dipercayai mula dilakukan oleh masyarakat Aztec dan Maya di Amerika Tengah serta Haida, Kwakuitul dan puak Tlinglit di barat laut Amerika. Biasanya lidah akan ditebuk untuk mengeluarkan darah dalam upacara korban atau sembah kepada Tuhan. Mangsa dibiarkan pengsan agar sami mudah berhubung dengan Tuhan.
Antara manusia pertama, selain Firaun yang ditemui mempunyai kesan tindik pada telinga, adalah mumia yang berusia 5,000 tahun yang ditemui dalam glasier Austria pada 1990. Lubang di cuping telinganya sebesar 11 milimeter.
|
|
|
Post by kuzy on Apr 27, 2004 10:13:55 GMT 8
oooooo.... tapi firaun yang mati lemas tu cuping telinga die kene makan ngan ikan kan..
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 27, 2004 11:42:28 GMT 8
oooooo.... tapi firaun yang mati lemas tu cuping telinga die kene makan ngan ikan kan.. dengar citer nya lebih kurang camtue laa...tapi x tau laa betul ke x...
|
|
|
Post by kuzy on Apr 27, 2004 14:31:34 GMT 8
btol latu... tapi sape pengasas tindik kat pusat ha...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 27, 2004 14:36:27 GMT 8
btol latu... tapi sape pengasas tindik kat pusat ha... tue aku x tau...nanti aku cuba carikan info pasal tue lak...
|
|
|
Post by kuzy on Apr 27, 2004 14:39:27 GMT 8
aku nak nasihat kat korang sketla... jgn tindik kat lidah... bahye... member aku ade sorang... bila dah tindik die jadi tabiat main bebola subang kat lidah die.. pastu lidah die jadi cam dunkin donut... ade lobang besau...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 28, 2004 1:53:16 GMT 8
dari kerna mata yang mempunyai kuasa..
Tersebutlah kisah di sebuah negeri?sedang seorang raja berada di dalam sebuah majlis anjurannya sendiri, baginda ternampak sesuatu di luar istana. Nun di kejauhan seorang rakyatnya sedang berjalan bagaikan orang mabuk kepayang. Raja bertanya kepada memanda menterinya, "Siapakah gerangan yang berjalan seorang diri bagaikan tidak tentu halanya itu?".
"Pada pendapat patik yang belum kabur ini tuanku, orang itu seperti di timpa masalah yang berat, barangkali dia berhajat untuk menemui tuanku," jawab Memanda Menteri yang sudah terlalu lama berkhidmat. "Kalau benarlah bagai dikata, beta bersedia untuk menemuinya. Jangan halang dia masuk jika dia datang untuk bertemu dengan beta," perintah raja pada memandanya. Tersenguk-senguklah Memanda Menteri menuju ke luar singgahsana raja. Tidak pernah jemu dia berkhidmat dengan raja yang memang terkenal dengan keadilan dan kebaikannya.
Sementara menanti, raja ternampak habuk pada singgahsananya. "Dayang ! bawakan beta vacuum cleaner , titah raja. Terkocoh-kocohlah dayang membawa vacuum cleaner mengadap raja. "Ampun tuanku, patik baru selesaikan di bahagian sana," jawab dayang dengan rasa bersalah. Tanpa banyak soal, raja terus mencapai vacuum tersebut dan memvacuum singgahsana serta carpetnya sendiri.
"Jangan tuanku, jangan. Itu sepatutnya kerja patik tuanku," pinta dayang dengan rasa bersalah. "Biarkan saja dayang, jangan nak berebut-rebut dengan beta. Nanti tersentuh tangan, batal air sembahyang !" kata raja tegas. Begitulah tegasnya si raja dalam menjaga syariat. Terkulat-kulat dayang melihat baginda raja memvacuum carpetnya dan singgahsananya sendiri. Tidak lama kemudian, masuklah memanda menteri. Terkejut beruklah dia melihat suasana yang berlaku dihadapannya.
"Dayang ! Mengapa tuan hamba membiarkan raja melakukannya sendiri?" teriak Memanda Menteri. Terketar-ketar dayang memandang Memanda Menteri. "Biarkan?beta yang nak buat sendiri.. beta pun hamba??..hamba Allah?" kata raja selamba. "Ampun tuanku?patik mohon beribu ampun?" kata Memanda Menteri. "Beta tak ada kuasa nak ampunkan sesiapa. Oh ya?memanda, ada satu perkara yang beta nak beritahu pada memanda," kata raja setelah selesai memvacuum dan berjalan menuju ke satu ruang. Memanda mengikut dari belakang.
"Begini?berapa tahunkah umur memanda?" tanya raja sopan. Terkejut juga memanda mendengar pertanyaan raja yang tidak semena-mena itu. "Err??..kalau ikut dalam IC ni?dah hampir 70 tahun tuanku," jawab memanda teragak-agak. "Emmmm?" raja berjalan mundar-mandir. "Sebenarnya ?.beta nak beri tugas yang lebih ringan tetapi kedudukannya lebih tinggi dari sekarang," sambung raja lagi. "Errrrr?.tugas apa tu tuanaku?" tanya memanda semakin tidak sabar.
"Begini?memandangkan usia memanda yang sudah lanjut, dah masuk usia subsidi beta rasa eloklah memanda banyakkan tugas untuk Allah, tidak payahlah lagi menada bersusah payah untuk beta. Namun begitu, beta masih sudi mendengar nasihat memanda yang beta anggap seperti ayah sendiri. Mulai hari ini, beta mahu memanda berehat saja di rumah. Jika ada apa-apa masalah, beta akan hubungi memanda melalui handphone yang akan beta berikan untuk memanda," ujar raja dengan teratur. Sedih pilu jugalah memanda mendengar kata raja tetapi sebagai seorang rakyat yang taat, menada akur. Mulai hari itu Memanada Menteri bertukar jawatanlah kepada Penasihat Kehormat Diraja yang beribu pejabat di rumah sendiri.
Selepas bercakap dengan memanda menteri , hulubalang datang mengadap. "Assalamualaikum tuanku, ada seorang hamba rakyat mahu mengadap tuanku," lapor hulubalang. "Walaikumussalam, persilakan dia masuk mengadap. Beta berbesar hati untuk bertemu dengannya," jawab raja. Masuklah hamba rakyat tadi dengan keadaan sugul dan terpinga-pinga.
"Assalamualaikum tuanku?." Katanya lesu. "Waalakumussalam silakan ke mari. Apa hajat tuan hamba mengadap beta?". "Tuanku, patik datang pada tuanku hendak mengadu dan meminta bantuan," jawab hamba rakyat tersebut. "Apakah dia yang hendak tuan hamba adukan itu? Moga-moga beta boleh membantu," kata raja pula.
"Begini tuanku, perihal wakil tuanku di sebelah timur negeri bernama Paduka Marwan Al Hamid," kata hamba itu lagi. Diam diam seketika kemudian menyambung."Wahai tuanku yang adil lagi bijaksana, patik mempunyai seorang isteri yang baik. Dia sayangkan patik dan patik juga sayangkannya. Dia sangat setia pada patik dan patik juga sangat setia padanya. Tidak pernah patik meluangkan masa untuk mengurat orang lain.
Sebelum ini, patik adalah seorang yang kaya-raya, punya kambing yang banyak, harta yang menimbun dan rumahtangga kami sangatlah bahagia. Tapi tu dulu .Sekarang?isk?isk ?" terputus ceritanya kerana terlalu sedihnya. Hilang malunya di hadapan raja, menangis teresak-esak . Raja bagai tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya. Segera di hulurkan tisu gulung untuk keperluan si hamba rakyat itu.
Selesai mengesat air mata dan hingusnya, disambung lagi ceritanya. "Sekarang ..keadaan patik sudah berubah. Kambing-kambing patik habis mati semuanya akibat hujan yang terlalu lebat, harta patik juga habis dibelanjakan lantaran tidak dapat dibuat pusingan modal. Patik menjadi miskin , papa kedana. Orang ramai serta rakan taulan mula memulaukan kami. Bapa mertua patik pula datang dan merampas isteri kesayangan patik?isk?isk?.," kesedihannya tidak dapat dibendung lagi. Raja terasa pilu juga mendengar ceritanya itu tapi masih dapat menahan air matanya dari mengalir. Maklumlah raja, kenalah jaga wibawa.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 28, 2004 1:53:47 GMT 8
Setelah reda kesedihannya, disambung lagi ceritanya. "Kini tinggallah patik seorang diri?. Betapa malang nasib patik semenjak di tinggal isteri?(sempat pula berlagu sebab teramat pilu). Lalu patik pun bertemulah Paduka Marwan Al Hamid untuk mengadu nasib malang patik dan berharap moga-moga dengan bantuannya , dia dapat mengembalikan isteri patik dari tangan bapanya.
Setelah mereka dipanggil mengadap, bapa mertua patik menafikan yang dia mengenali patik. Isteri patik juga turut hadir. Apabila Paduak Marwan terpandang akan isteri patik, dia tidak berkelip pun lantaran terpegun dengan kecantikan isteri patik itu. Tiba-tiba Paduka Marwan memarahi patik dan mengarahkan patik dimasukkan ke dalam penjara dan kemudian berkata kepada bapa mertua patik, "Wahai bapak, kahwinkanlah anak perempuanmu itu dengan hamba dan hamba akan membayar mas kahwinnya sebanyak seribu keping wang emas dan hamba akan memberi jaminan yang suaminya akan meninggalkannya."
Bapa mertua patik sangat gembira. Patik yang dukacita. Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan isteri dikembali, isteri dikebas lagi. Esoknya patik dipanggil mengadap Paduka Marwan. Dia memaksa patik meniggalkan isteri patik dan menggunakan berbagai kekerasan agar patik membuat keputusan meninggalkan isteri patik. Demi Allah, patik sangat mencintai isteri patik itu. Akibat terlalu teruk diseksa, akhirnya patik melepaskan isteri patik itu walupun bukan dengan kerelaan hati. Maka selepas itu, patik mendapat tahu yang Paduka Marwan sudah pun menikahi isteri patik itu.Isk?isk?isk.." Kesedihan si rakyat berulang lagi setelah selesai bercerita.Kali ini semakin keras tangisannya.
"Sudahlah, ingatlah Allah?setiap ujian yang Allah datangkan pasti ada hikmah di sebaliknya. Beta akan cuba membantu tuan hamba," kata raja cuba menenangkan hati si hamba rakyat. "Hai ?Marwan kenapalah kau bersikap demikian! Memalukan kerajaan beta! Gamaknya orang macam kau tak layak jadi pemimpin daerah. Emmm?baik aku contact Memanda Menteri. "Getus raja dalam hati lalu menekan nombor pada handphonenya. Raja menuju ke satu sudut dan mula bertanyakan pandangan Memanda Menteri yang sedang menghirup udara segar di halaman rumahnya. Si hamba rakyat cemas menantikan keputusan dari raja. Sementara itu datanglah dua orang dayang membawa hidangan untuk si hamba. Apabila terpandangkan dayang-dayang, mulalah nostalgia si hamba rakyat pada isterinya kembali. Tidak lama kemudian raja menghampirinya.
"Silakan ?jemputlah makan. Hulubalang!!! Teriak raja tegas. Bergegas hulubalang datang mengadap. "Assalamuaalaikum tuanku, " kata hulubalang. "Hantarkan fax pada Paduka Marwan di daerah timur negeri, minta dia ceraikan isterinya itu segera. Pesan padanya : Takutlah azab Allah di atas apa yang telah dilakukanya. Bertaubatlah segera. Hantarkan isteri yang telah diceraikan itu ke istana beta," perintah raja. Terkecoh-kecohlah hulubalang mencatitnya.
Apabila fax di terima, menangislah Paduka Marwan membacanya. Barulah dia terasa bagaimana perasaan si hamba rakyat ketika dia memaksa menceraikan isterinya dulu. Demi mentaati perintah raja, dia akur. Dia pun menceritakan isi kandungan surat itu kepada isterinya dan terus menyiapkan persiapan-persiapan untuk isterinya menuju ke istana raja. Seorang pengawal di tudgaskan untuk menghantar isterinya itu dengan menaiki unta miliknya. Ketika isterinya hendak berlepas, ketika itulah juga dia melafazkan talak satu pada isterinya. "talak satu ajelah?manalah tau kot-kot ada jodoh lagi?." Plan hatinya ketika melafazkan talak tersebut. Si isteri tetap cool and steady. Maklumlah jadi rebutan. Tapi itu bukan matlamatnya. Dia hanya mahu cari keredhaan Allah.
Apabila sampai di istana, si isteri diiringi masuk bagaikan tetamu kehormat. Bila pintu bilik singgahsana di buka terlihatlah akan bekas isterinya. Hilanglah rindu si hamba rakyat. Raja juga turut memandang pada isteri si hamba. Tidak terkelip raja memandangnya. Betapa cantik dan anggunnya wanita itu. Nafsu raja mulalah berkata sendiri, "Tak hairanlah kalau si Marwan sanggup melakukan apa saja untuk miliki wanita ini. Memang cantik dan menawan orangnya. Aku juga teringin untuk memperisterikannya," Raja segera menundukkan pandangannya dari terus melihat wanita itu. " Apa yang patut aku lakukan? Ishaku raja, aku mesti bersikap adil dan mengutamakan kepentingan rakyatku. "Ya, Allah?ampunkan dosaku, ampunkanlah ketelajuranku.." keluh raja dalam hati.
"Wahai orang yang teraniaya, jika beta gantikan isterimu itu dengan tiga dayang yang cantik jelita serta tiga ribu wang emas, adakah tuan sanggup meninggalkan isterimu itu?" tanya raja menguji hati si hamba rakyat. Menjerit sakanlah si hamba bagaikan orang histeria. Terkejut raja dibuatnya. "Tuanku, janganlah diseksa batin patik lagi?biarpun segunung wang emas serta berpuluh bidadari yang tuanku tawarkan, kasih patik tetap pada isteri patik itu" katanya sedih dan merendah.
"Baiklah, wahai wanita, tuan hamba sudahpun diceraikan oleh Paduka Marwan dan juga orang ini. Sekarang beta mahu tuan hamba membuat pilihan, siapa diantara kami semua yang menjadi pilihan untuk dijadikan suami?" kata raja lagi. Wanita itu diam sebentar. "Pilih raja bagus juga, ada can jadi permaisuri, jadi datin aku dah merasa dah, jadi rakyat biasa pun dah?tapi hatiku?" fikir wanita itu di dalam hati. "Ampun tuanku, patik tidak boleh membohongi hati patik sendiri. Allah lebih tahu apa yang didalam hati patik. Patik tetap memilih bekas suami patik yang pertama ini. Hidup bersamanya patik dapat rasakan keharmonian dan kebahagian sejati biarpun ketika dia dia senang ataupun susah," kata wanita itu tenang.
"Kalau begitu, beta akan nikahkan kamu sekarang dan ambillah barang sedikit wang emas dan harta yang akan beta berikan sebagai hadiah perkahwinan kamu berdua. Dan satu lagi pesanan beta, disebabkan kecantikan isteri tuan hamba membawa kepada fitnah, tutuplah seluruh tubuh isteri tuan hamba kecuali sepasang matanya. Mudah-mudahan terhindar dari fitnah dan bencana dalam rumah tangga. Moga-moga tuan hamba menjadi suami isteri yang soleh dan solehah serta berbahagia di dunia membawa ke akhirat," khutbah raja sebelum kedua pengantin baru itu berangkat pergi
|
|
|
Post by kuzy on Apr 28, 2004 11:45:27 GMT 8
mmg menarik story ni... byk pengajaran dan lawakkan.. gempak2
|
|