|
Post by KomOt on Sept 21, 2004 14:13:42 GMT 8
Menyambut Kelahiran Bayi Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.
Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.
Aktiviti :
1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.
Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.
Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :
Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.
Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.”
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.
Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :
Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.
Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.
5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
Memberikan nama yang baik.
Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”.
Riwayat Abu Daud
Membaca Doa ketika memberikan nama anak.
Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.
Mengaqiqahkan anak.
Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
Riwayat abu Daud
Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.
Maksudnya : “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ……(sebut nama anak)….
Gesaan Aqiqah :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu”.
Muttafaqun A’laih
Antara hikmah aqiqah adalah :
Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.
Melindungi diri dari gangguan syaitan.
Bercukur rambut.
Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.
Antara hikmah bercukur rambut adalah :
Hikmah kesihatan.
Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.
Hikmah kemasyarakatan.
Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :
Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”.
Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud
Khurafat yang perlu ditinggalkan.
Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :
Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.
Mengkhatankan anak.
Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :
Maksudnya : “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita”.
Riwayat Abu Daud
Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.
Antara faedah berkhatan adalah :
Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.
Membersihkan diri dari kekotoran.
6. Menyusukan Anak.
Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.
Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:
Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.
Imam As-Syafie berkata
“Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.
Kelebihan menyusukan anak :
Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.
Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 30, 2004 1:45:56 GMT 8
jenis Penyesalan simple but true..................
Jenis Penyesalan =============
1. Penyesalan 1 jam Salah naik Bas... (sesat entah Kemana)
2. Penyesalan 1 hari Salah masak. (nasi menjadi bubur...)
3. Penyesalan 1 minggu Salah makan. (Keracunan sampai masuk hospital)
4. Penyesalan 1 bulan Salah potong rambut. (Senget tak sama panjang)
5. Penyesalan 1 tahun Tidak naik kelas. (Malunya setahun woo!)
6. Penyesalan seumur hidup Salah kawin. (Penyesalan di bawa mati.....kalau tak mahu putuskan.....)
|
|
|
Post by KomOt on Oct 4, 2004 11:03:57 GMT 8
Insya Allah, this year, Nisfu Sya'aban jatuh pada hari rabu(malam khamis) 29 Sep 2004. Lepas Maghrib, digalakkan membaca Surah Ya'asin 3x.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula Sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban,30 Sep bermula pada 14 hb sya'aban, 29 Sep sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban: 1. Selepas solat maghrib, Solat 2 rakaat sunat nisfu sya'aban Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah: 1. Malam Dimustajabkan Doa 2. Malam Pembahagian Takdir 3. Malam Rahmat 4. Malam Berkat 5. Malam Pengampunan (Taubat) 6. Malam Penebusan 7. Malam Syafaat 8. Malam Penulisan 9. Malam Keagungan dan Kemuliaan 10. Malam Rezeki 11. Malam Hari Raya Para Malaikat 12. Malam Penghidupan
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof di dalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw): pada Malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
|
|
|
Post by KomOt on Oct 11, 2004 14:45:15 GMT 8
Malaysia pelik tapi benar..
>a) Lebih ramai anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia yang terkorban >akibat kemalangan udara daripada akibat berperang. > >b) Di Israel, sebuah negara Yahudi tidak terdapat pun seekor babi, >tetapi Malaysia, sebuah negara Islam, mengeksport babi. > >c) Berjudi dan minum arak adalah haram di kalangan orang Islam, tetapi >syarikat-syarikat seperti Magnum, Genting dan Guinness Anchor >mempunyai CEO dan Deputy Chairman yang beragama Islam. > >d) Apabila Jabatan Agama Islam mengharamkan penyertaan wanita Islam di >Malaysia dalam pertandingan ratu cantik untuk menjaga kehormatan >mereka, yang aneh golongan yang kuat membangkang ialah wanita Islam di >Malaysia sendiri. > >e) Apabila tiba awal muharam, bermulanya tahun yang baru dalam >kalender Islam, sambutannya dingin. Tapi apabila menyabut tahun baru, >mengikut kalender Kristian, Malaysia, sebuah negara Islam menyambut dan >merayakannya dengan pelbagai acara - live telecast dll. > >f) Malaysia yang mempunyai banyak bomoh, pawang dan pengamal ilmu >batin, yang kebal dan boleh menggunakan ubat guna-guna masih kalah dengan >Negara ni telah dijajah beberapa kali - Portugis, Belanda, Inggeris dan >Jepun. >Kenapa bomoh2 ini tidak menolong negara2 Islam seperti Palestine dan >Irag apabila dicerobohi?
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 12, 2004 20:29:18 GMT 8
ISU MENARIK
Fakta Tentang Jin
Kuliah Jin :Ust Hj. Ismail Kamus
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dariapi (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya
.2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati NabiAdam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan JinTidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidakIslam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarangmengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapiorang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliaumenambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu(sambil berseloroh).
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnyajalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikutsirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu sukasangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bilapulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun ataubomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila NabiSulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaimanmeninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuhserta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa NabiSulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnyatenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belumduduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkanmembaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidakperlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jikatidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliaupernah jumpa orang yang di rasuk.* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimatyang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagiorang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:00:59 GMT 8
3 beradik ikut ‘nenek’ redah paya
KUANTAN: Tiga beradik yang hilang selama lima hari di Ladang Felcra Mambang Seberang, Paloh Hilai dekat sini, dikatakan didatangi seorang wanita tua ketika bermain di laman rumah mereka pada pagi Sabtu lalu sebelum diajak ke suatu tempat.
Saharuddin Salehuddin, 6, yang hilang bersama dua adiknya, Budin, 5 dan Mariam, 3, berkata sepanjang lima hari itu nenek berkenaan menemani dan membawa mereka meredah paya kira-kira enam kilometer dari rumah mereka.
“Saya dan adik hanya minum air paya. Kami tidak takut kerana wanita itu ada bersama, cuma sesekali terasa lapar dan dahaga,” katanya.
Tiga beradik berkenaan yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin kini dirawat di Wad 6 Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Ketika ditemui, seluruh tubuh kanak-kanak itu dipenuhi kesan gigitan nyamuk dan semut.
Saharuddin dan dua adiknya yang ditemui semalam, begitu ceria dan sudah menjamah makanan yang disuapkan ibu mereka, Hasmah Sih, 25.
Bagaimanapun, mereka masih dalam kebingungan dan tidak dapat menceritakan dengan jelas apa yang berlaku pada hari kejadian.
Saharuddin hanya mengangguk dan mengiyakan apabila diajukan soalan.
Dalam kejadian Sabtu lalu, tiga beradik itu dilaporkan hilang ketika bermain di sekitar laman rumah mereka.
Kehilangan tiga beradik itu disedari bapa mereka, Salehuddin Abdul Halim, 41, yang ketika itu sedang membaiki motosikal di depan rumahnya.
Salehuddin menyifatkan penemuan tiga anaknya itu sebagai peristiwa menakjubkan kerana mereka yang masih kecil itu kelihatan sihat walaupun tidak makan selama lima hari.
"Selepas menemui baju Mariam dan sebelah seliparnya di kawasan berhampiran paya petang kelmarin, hati saya berasa sedih dan ketika itu harapan untuk menemui mereka yang hilang sejak lima hari lalu, mungkin tiada.
"Saya cuba menenangkan diri dan bersedia menerima kenyataan andainya ketiga-tiga mereka sudah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.
"Tetapi ketika saya berpaling melihat satu kawasan seperti busut di tengah kawasan paya sedalam kira-kira lima meter, saya terkejut melihat tiga anak saya berada di situ tanpa baju dan kelihatan lesu," katanya.
Beliau berkata, sebagai manusia biasa, sukar untuknya mempercayai bagaimana tiga anaknya boleh meredah kawasan paya yang dalam itu dengan selamat dan kemudian duduk atas busut berkenaan.
Hasmah pula menyifatkan penemuan ketiga-tiga anaknya itu sebagai hadiah paling berharga menjelang Aidilfitri.
"Saya amat gembira kerana akhirnya tiga anak saya ditemui semula dan selamat kembali ke pangkuan keluarga.
"Saya berterima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat yang tidak berputus asa untuk mencari anak saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Pemangku Superintendan Mohd Jasmani Yusoff, berkata pasukan mencari dan menyelamat sudah banyak kali melalui dan mencari tiga beradik berkenaan di kawasan berpaya itu tetapi tidak menemui mereka.
"Selama lima hari, 138 anggota pasukan mencari dan menyelamat diketuai Cif Inspektor Mustapa Othman, terpaksa melalui kawasan denai dan hutan sehingga terjumpa tiga kanak-kanak itu di kawasan seperti pulau di tengah paya.
"Berdasarkan siasatan awal, kita kategorikan kehilangan tiga kanak-kanak itu sebagai tersesat," katanya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:03:55 GMT 8
KUALA LUMPUR: Ramai warga kota mengambil kesempatan cuti Deepavali dan cuti sekolah mulai semalam untuk pulang ke kampung menjelang Aidilfitri yang dijangka Ahad ini, menyebabkan beberapa laluan sesak.
Jurucakap Trafik Bandaraya berkata, kesesakan bermula seawal jam 8.30 pagi apabila beribu-ribu kenderaan meninggalkan ibu kota menuju ke Pantai Timur, selatan dan utara.
Kesesakan teruk berlaku di Plaza Tol Jalan Duta dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.
“Di Plaza Tol Sungai Besi juga, kenderaan mula sesak seawal jam 8 pagi apabila warga kota pulang ke selatan tanah air. Keadaan lalu lintas bagaimanapun terkawal,” katanya semalam.
ORANG RAMAI berbaris panjang untuk menaiki bas di Perhentian Jalan Duta. – Gambar oleh Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Jurucakap itu berkata, limpahan kenderaan ke Pantai Timur menyebabkan kesesakan teruk bermula dari Gombak terutama di Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2).
Sementara itu, jurucakap bilik kawalan trafik Plus Expressways Bhd berkata, kenderaan ke utara bergerak perlahan bermula dari Plaza Tol Jalan Duta dan Sungai Buloh hingga ke Tanjung Malim.
Beberapa kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Rawang menyebabkan kesesakan teruk.
Katanya, pihaknya bekerjasama dengan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau keadaan trafik itu.
Sementara itu, Hentian Pudu Raya dan Duta juga sesak dengan orang ramai yang hendak balik ke kampung menggunakan bas ekspres.
Guru, Roslida Hamzah, 27, berkata beliau dapat balik ke kampung di Kuantan lebih awal tahun ini kerana cuti sekolah bermula semalam.
Shanti Gunasegaran, 35, pula berkata beliau dan anak hanya balik ke rumah emaknya di Tampin, Negeri Sembilan pada Deepavali kerana cuti hanya bermula semalam.
Kakitangan swasta, Too Sheu Kuan, 25, juga mengambil kesempatan balik ke kampung sempena cuti Deepavali dan Aidilfitri.
“Saya memohon cuti tahunan untuk balik ke kampung di Kuala Kangsar, Perak, kerana sambutan Deepavali dan Aidilfitri selang tiga hari saja,” katanya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:05:06 GMT 8
Bukan sembarangan orang dapat kelebihan al-Qadar
UMAT Islam kini berada pada fasa ketiga Ramadan yang menjanjikan pembebasan daripada api neraka. Ini seperti dibahagikan Rasulullah pada 10 hari pertama sebagai bulan penuh kerahmatan dan 10 hari pertengahan Ramadan pula sebagai hari pengampunan segala dosa umat manusia. Lebih penting daripada itu, kemuncak keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-Qadar dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
Rasulullah bersabda bermaksud: ?Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.? (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda maksudnya: ?Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.? (Hadis riwayat Muslim)
Ulama bersepakat bahawa malam al-Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Mereka berselisih pendapat malam yang ke berapa. Pendapat masyhur menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Rasulullah pernah bersabda maksudnya: ?Barang siapa yang ingin mendapatkan al-Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27. (Hadis riwayat Ahmad). Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam ganjil 10 hari terakhir.
Apa pun harinya, yang penting pada malam itu, Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan. Mereka yang selalu mengharapkan keredaan Ilahi dan menghiasi setiap detik kehidupannya dengan amalan soleh.
Kelebihan malam al-Qadar tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan juga tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu pada Ramadan. Fadilat malam itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keislaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan kehidupan sehariannya. Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga.
Kata Imam al-Qurtubi, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah dan umatnya.
Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau 80 tahun lebih.
Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan soleh lain yang dianjurkan Islam.
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih." Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: ?Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah.? (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Justeru, wajar bagi setiap Muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada Allah biarpun sekecil mana kesalahan itu.
Perlu diinsafi bahawa amalan bertaubat tidak boleh ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang menjemput manusia pada bila-bila masa. Lebih-lebih lagi Ramadan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan penghujungnya pula adalah bebas daripada api neraka. Maka peluang keemasan yang disediakan Allah sepanjang Ramadan wajar direbut agar tidak menyesal pada kemudian hari.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:07:43 GMT 8
Ibadah Ramadan perlu ceria, erat silaturahim\
KEHADIRAN Ramadan yang kita lalui sekarang hendaklah disambut dan dipenuhi dengan amal soleh. Jangan biarkan Ramadan ini berlalu begitu saja tanpa dipenuhi dengan kegiatan atau amalan berfaedah yang mendapat keberkatan dan keredaan Allah.
Kita perlu memanfaatkan kedatangan Ramadan sebaiknya dengan doa dan harapan amalan puasa dan ibadat lain diterima Allah.
Suasana orang yang menyambut Ramadan berbeza. Ada yang gembira dan tidak sabar mengalu-alukan ketibaan Ramadan. Ada juga tidak ceria dengan kedatangannya kerana tidak terasa keseronokan dan kenikmatan berpuasa. Malah golongan ini terasa terseksa hidup dalam sebulan ini.
Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: ?Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiup angin al-Mutsiiratu dari Arasy dan menggerakkan daun-daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun.
?Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: ?Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-hamba-Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada Ramadan dengan bidadari cantik.?
Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian bulan Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.
Kita harus bersyukur kerana dapat menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka.
Semoga kita mendapat ketiga-tiga kelebihan itu.
Bagi mereka yang ingin menjinakkan hati untuk merasakan keseronokan Ramadan, perlu dibuat beberapa inovasi dalam pengisian dan menghayati bulan mulia ini. Mungkin saranan amal Ramadan di bawah ini lebih praktikal untuk keseronokan berpuasa dan menggamit kegembiraan.
Kita perlu mencipta suasana ceria dan menyeronokkan pada Ramadan agar jiwa tenang dan puas dengan amalan yang hanya sebulan ini.
Badan dakwah dan kebajikan atau organisasi Islam di setiap daerah menyediakan kain rentang dengan ungkapan mengalu-alukan Ramadan seperti ?Ahlan Wa sahlan Ya Ramadan? dan ?Ramadan Karim, samalah kita merebut piala Ramadhan?. Jika sudah terlepas awal Ramadan, kita masih sempat membuatnya untuk menyambut hari raya seperti ?Raya Tanpa Maksiat?. Mungkin di rumah kita boleh cipta suasana sebegini.
Hantar ucapan atau sistem pesanan ringkas (SMS) ?Selamat Berpuasa? kepada rakan.
Latih anak-anak kecil lima tahun ke atas untuk mula berpuasa. Berikan ganjaran dan galakan kepada mereka.
Galakkan iftar (buka puasa) secara berjemaah bersama ahli kariah dan rakan di surau atau bergilir-gilir di rumah ahli keluarga terdekat, jiran atau sahabat handai. Dengan cara ini, kita juga dapat merapatkan silaturahim sesama umat.
Galakkan menghantar juadah berbuka kepada jiran. Namun isteri atau kaum ibu jangan keterlaluan menyediakan juadah sehingga kepenatan. Ini akan menjejaskan tumpuan untuk melakukan ibadat seperti solat Tarawih.
Jemput rakan beriftar di rumah, pejabat atau tempat biasa kita berkumpul atau bertemu.
Bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga di rumah atau rakan sepejabat ketika waktu rehat. Inilah peluang mendapatkan bekalan ruhiyah pada bulan mulia ini.
Galakkan bertadarus bersama isteri dan anak.
Tadabbur, telaah dan mengkaji isi kandungan al-Quran. Baca tafsir dan maknanya untuk meningkatkan ilmu dan iman. Al-Quran, pemberi panduan, pemisah antara hak dan batil, seterusnya membebaskan kita dan manusia daripada kesesatan.
Rajinkan diri bersolat jemaah Tarawih di surau dan masjid. Inilah peluang untuk menambah amalan solat dan meramaikan kenalan baru..
Rajinlah berqiamullail di surau dan masjid. Kalau takut hendak buat seorang diri, ajak rakan dan ahli keluarga yang lain.
Setiap hari ringankan tangan untuk menghulur sedekah wang, walaupun RM1 dan harta (infaq) seperti sumbangan untuk tabung Palestin, tanah wakaf, sekolah, anak yatim, fakir miskin, tabung iftar di surau dan masjid. Derma kepada orang yang memerlukan dan galakkan anak menjadi dermawan dan suka menyumbang.
Iktikaf di masjid. Ini secara tidak langsung memberi peluang kita beruzlah dan fokus untuk mengenali diri dan menghampirkan diri kepada Pencipta kita, selepas setahun sibuk dengan dunia dan kehidupan.
Bersedia untuk ?Kembara Ramadan? pada 10 malam terakhir bersama kaum keluarga, rakan atau sekampung. Kembara Ramadan adalah ekspedisi untuk mengejar harta karun malam seribu bulan, Lailatul Qadar yang hanya berlaku sehari dalam setahun.
Semoga puasa kali ini lebih baik daripada pada tahun sebelumnya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:12:30 GMT 8
Beberapa Kesilapan Orang Yang Berpuasa
1. Tidak menetapkan niat fardhu puasa di setiap malam hari meskipun memadai dengan niat di awal Ramadhan.
2. Masih makan dan minum ketika azan Subuh.
3. Bersahur awal dan melewatkan berbuka.
4. Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.
5. Tidak menjaga solat fardhu atau melengah-lengkahkannya.
6. Tidak menjaga lidah dari ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah, berdusta dan lain-lain.
7. Membazir masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah, menonton televisyen, mendengar radio dan sebagainya.
8. Meringan-ringkankan ibadah sunat (berdoa, berzikir, membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).
9. Tidak menunaikan solat tarawih.
10. Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan di awal Ramadhan, kemudian mengurangkan amal ibadah di pertengahan Ramadhan lebih-lebih lagi di sepuluh malam terakhir.
11. Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail).
12. Bakhil dan kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.
13. Keluarnya wanita-wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.
14. Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki/perempuan yang bukan muhrim).
15. Tidak memperbanyakkan takbir di malam hari raya dan di hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.
16. Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.
17. Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan-hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:14:42 GMT 8
Manfaat Tidur Siang Sekejap Untuk Beribadat Malam
TIDUR seketika pada tengah hari disebut qailulah dalam bahasa Arab, afternoon nap dalam bahasa Inggeris atau siesta dalam bahasa Latin yang diamalkan di Sepanyol dan Mexico.
Tidur siang sebegini adalah kebiasaan bagi orang yang mementingkan kesihatan, kesegaran dan produktiviti. Ia adalah budaya baik, apatah lagi Rasulullah pernah mengamalkannya.
Dalam kitab Mishkatul Masabih disebutkan: ?Tidur sekejap pada waktu tengah hari (qailulah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah pernah melakukannya.? Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, kalaupun dibuat, tidak mengikut spesifikasi sunnah.
Dalam masyarakat Inggeris, amalan ini menjadi kebiasaan. Saya melihat ia diamalkan di Britain, terutama di kalangan kanak-kanak prasekolah dan peringkat rendah. Saya teringat anak saya ketika di prasekolah di London mempunyai jadual tidur pada waktu tengah hari. Mungkin ini adalah mekanisme atau langkah membiasakan mereka supaya menghargai ?makna? tidur tengah hari apabila dewasa kelak.
Mereka mempunyai falsafah sendiri. Di kalangan masyarakat Sepanyol dan Mexico, mereka mesti melakukan siesta (tidur siang) kerana keadaan cuaca pada siang yang terlalu panas dan tidak membolehkan mereka keluar melakukan kegiatan luar
Tidur seketika pada siang hari atau qailulah adalah kebiasaan masyarakat Arab, beberapa orang soleh dan ulama terdahulu. Mereka melakukannya tidak hanya pada Ramadan, tetapi pada hari biasa, khususnya pada musim panas.
Ulama soleh terdahulu menjadikan tujuan qailulah ini agar pada malam harinya mereka boleh bangun untuk mendirikan solat tahajud. Jadi tidur siang atau qailulah ini hanya kebiasaan atau budaya orang Islam terdahulu.
Saya agak terkejut mendengar keterangan bahawa tidur sebentar waktu siang adalah suatu hal yang dianjurkan hanya kerana syaitan tidak pernah tidur siang. Ini terutama apabila saya melihat orang berpuasa menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Sebenarnya banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa.
Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari, iaitu qailulah. Waktu qailulah adalah selepas solat Zuhur hingga Asar selama beberapa minit saja iaitu antara 20 hingga 30 minit. Jika memang untuk membolehkan bangun malam untuk solat tahajud, tentu ini adalah sunnah Rasulullah. Kalau tidur siang ini hanya untuk bermalas-malasan, dan malam harinya tidak solat tahajud, Tarawih dan solat sunat lain, apakah nilai sunnah daripada tidur siang ini?
Khalifah Umar bin Khattab pernah suatu hari melakukan lawatan rasmi ke Iskandariah, ketika Muawiyah bin Khudaij menjadi gabenor di kota itu. Umar sampai ke kota itu pada waktu siang ketika kebanyakan orang melakukan qailulah. Umar menemui Muawiyah yang tidak tidur sekejap pada siang, lalu berkata: ?Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.? Umar seolah-olah mengingatkan bahawa manfaat waktu itu lebih penting daripada sekadar tidur siang. Intinya, harus mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang (yang hanya seketika bukan sepanjang hari) meskipun pada Ramadan.
Hadis ada menyebut bahawa: "Tidurnya orang puasa adalah ibadah." Seperti penjelasan Iraqi dalam Takhrij Hadis-Hadis Ihya, bahawa hadis ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr dan Abdullah bin Abi Aufa, namun semua sanadnya antara dha'if (lemah) dan maudhu' (palsu).
Jadi di mana kita harus melihat ?kekuatan? maksud hadis ini? Kita perlu melihat secara positif, pengertian hadis itu harus dimaknai bahawa tidurnya orang puasa adalah terjaganya (terpelihara) diri orang yang puasa daripada setiap perbuatan maksiat dan mungkar, dari situlah wujud makna ibadah itu. Kalau tidur hanya untuk bermalas-malasan dan meninggalkan kewajiban serta melalaikan tugas, tentulah ini sangat bertentangan dengan makna ibadah puasa itu.
Sahabat Rasulullah menjalani puasa Ramadan dengan tugas yang cukup berat seperti Perang Badar dan penaklukan Makkah. Ini semua petunjuk bahawa puasa bukan untuk menjadikan kita bermalas-malasan, tetapi pencetus semangat agar memberikan yang terbaik meskipun dengan keterbatasan kecerdasan fizikal sebagai orang berpuasa. Malah, tidur seketika pada siang umpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari.
Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Antara tokoh yang menggalakkan tidur seketika pada tengah hari ialah Dr William A Anthony, (PhD) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art Of Napping At Work.
David F Dinges and Roger J Broughton dalam bukunya, Sleeps and Alertness: Chronological, Behavioral and Medical Aspects of Napping juga bersetuju dengan pendapat ini. Kajian itu menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang lain.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:16:01 GMT 8
Berbuka, Sahur Ikut Sunnah Lebih Menyihatkan Badan
BERPUASA Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan.
Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.
Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti :
# Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.
# Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
# Mengulangi makanan sepanjang malam.
# Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
# Tidur selepas kenyang makan.
Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.
Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!
Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.
Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.
Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.
Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.
Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.
Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.
Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.
Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.
Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.
Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu :-
Fasa pertama (dua hingga tiga hari)
# Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).
Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.
Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)
# Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ?putih? atau ?berdaki?, badan lesu.
Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.
Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
# Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.
Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ?optimum? dan anda menjadi seperti orang baru.
Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses? asidosis dan ketosis? dalam badan berjalan lancar.
Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman? mata hati? mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:17:21 GMT 8
Kesihatan, Ketahanan Jiwa Antara Nikmat Ibadat Puasa
BERPUASA Ramadan bukan sekadar berlapar atau dahaga, malah mempunyai rahsia dan nikmat lebih daripada itu. Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita merasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
Menguatkan Jiwa
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia yang dikuasai hawa nafsu. Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, meskipun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh itu, dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu bersifat duniawi. Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan berlaku. Ini kerana manusia yang kalah itu akan mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan.
Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud : ?Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.? (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)
Dengan puasa, manusia akan berjaya menguasai nafsunya yang membuat jiwanya menjadi kuat. Dengannya manusia memperoleh darjat tinggi serta menjadikannya mampu mengetuk dan membuka pintu langit hingga segala doanya dimakbulkan Allah.
Rasulullah bersabda, ertinya : ?Ada tiga golongan orang yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi.? (Hadis riwayat Tirmidzi).
Mendidik Keinginan Ke Arah Kebaikan.
Puasa mendidik seseorang untuk memiliki keinginan kepada kebaikan, meskipun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara terbaik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.
Rasulullah menyatakan bahawa puasa itu setengah daripada kesabaran. Rasulullah bersabda, maksudnya: ?Puasa itu sebagai benteng (daripada serangan keburukan).?
Dalam kaitan ini, puasa akan menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini akan membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri meskipun sudah mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi. Kekuatan rohani juga akan membuat seorang Muslim tidak akan berputus asa meskipun penderitaan yang dialami sangat sulit.
Menyihatkan Badan
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif berupa kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah, malah dibuktikan oleh doktor atau ahli perubatan.
Mengenal Nilai Kenikmatan Dan Bersyukur
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan oleh Allah kepada manusia, tetapi ramai yang tidak mensyukurinya. Dapat satu tidak terasa nikmat kerana menginginkan dua. Dapat dua tidak terasa nikmat kerana menginginkan tiga dan begitulah seterusnya.
Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.
Di sinilah, pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang Allah berikan supaya kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak mengecilkan erti kenikmatan daripada Allah. Rasa syukur memang akan membuat nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi rasanya.
Allah berfirman bermaksud : ?Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.? (Surah Ibrahim, ayat 7).
Mengingati Dan Merasakan Penderitaan Orang Lain
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir. Dari sini puasa akan melahir dan memantapkan rasa simpati kita kepada kaum Muslimin lainnya yang hidup dalam kemiskinan dan menderita.
Oleh kerana itu, sebagai simbol dari rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Ini supaya dengan itu setahap demi setahap kita mampu mengatasi persoalan umat yang menderita. Bahkan, zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.
Allah berfirman bermaksud : ?Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.? (Surah at Taubah, ayat 103)
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:19:30 GMT 8
Tayangan Unggul adakan Uji Bakat terbuka
Tayangan Unggul membuka sessi uji bakat ini kepada semua bangsa dan kaum samada lelaki atau perempuan. Peringkat usia juga tidak terbatas. Bermula dari kanak-kanak hinggalah kepada orang tua. Uji bakat ini bertujuan untuk menampilkan bakat-bakat baru yang terpendam selain membuka peluang kepada bakat-bakat ini untuk menceburkan diri di dalam bidang seni, khususnya bidang lakonan.
Pemohon hendaklah menghantar permohonan beserta butir-butir peribadi, alamat dan nombor telefon untuk dihubungi, pengalaman bidang lakonan (kalau ada), pengalaman dan pembabitan bidang seni lainnya seperti tarian, muzik, seni silat, puisi, penulisan, fotografi, nyanyian, pelukis, pengukir, model dan sebagainya. Permohonan hendaklah juga disertakan bersama sekurang-kurangnya sekeping gambar ukuran poskad bagi tujuan simpanan data.
Tarikh tutup permohonan adalah 2 Disember 2004.
Hantarkan permohonan anda ke:
Uji Bakat Tayangan Unggul Sdn Bhd Pusat penyiaran Asia Taman Teknologi Malaysia Lebuhraya Puchong - Sg. Besi Bukit Jalil, 57000, K. Lumpur.
Tel : 03-95436688 samb. 2201(Jai) / 2217 (Yati) / 2208 (Nor).
E-mail : zailani_ghani@astro.com.my
noraini_ridzuan@astro.com.my
aryati_idris@astro.com.my
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:20:37 GMT 8
PM hadir sidang Apec di Chile
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berlepas ke Santiago, Chile, Rabu depan bagi menghadiri Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec).
Perjumpaan pemimpin Apec yang ke-12 selama dua hari daripada 20 November itu akan menjadi kemuncak kepada siri perjumpaan peringkat menteri dan pegawai kanan sebelum ini bagi tujuan liberalisasi perdagangan dan pelaburan di kalangan negara Pasifik.
Antara isu yang dijangka akan dibincangkan ialah perkembangan perjanjian perdagangan bebas (FTA), kemajuan dalam pencapaian matlamat Bogor 1994 bagi perdagangan bebas dan terbuka, usaha memerangi keganasan, pengukuhan perdagangan dan kesan kenaikan harga minyak.
Abdullah dijangka akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin 21 negara anggota termasuk Presiden George W Bush serta tuan rumah persidangan Presiden Ricardo Lagos dari Chile.
Ini adalah penyertaan pertama Abdullah sebagai Perdana Menteri. Kali terakhir beliau menyertai persidangan Apec ialah di Auckland, New Zealand, pada 1999 semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Apec yang dibentuk pada 1989 adalah forum utama dalam usaha mengembangkan ekonomi, kerjasama, perdagangan dan pelaburan di rantau Asia-Pasifik.
Ia mempunyai sebanyak 21 negara anggota meliputi satu pertiga penduduk dunia (2.6 bilion), kira-kira 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar dan 47 peratus perdagangan dunia.
Ia juga mewakili rantau ekonomi paling dinamik dunia dengan menjana hampir 70 peratus pertumbuhan ekonomi dunia dalam tempoh 10 tahun penubuhannya.
Duta Besar Chile ke Malaysia, Patricio Torres memberitahu Bernama, Abdullah dijadual berucap pada persidangan ketua pegawai eksekutif Apec anjuran Majlis Penasihat Perniagaan Apec (Abac), pada 19 November.
Selepas persidangan, Abdullah dijadual mengadakan lawatan peribadi ke Galapagos di Ecuador sebelum melawat Cuba selama dua hari bermula 24 November. – Bernama
|
|