|
Post by atokENSEM on Aug 25, 2004 14:16:37 GMT 8
You should take time to consider what actually happens in the event of collision.The force of the impact sustained by receiving party in in an automobile accident is dependent on the colliding car's/motorcycle speed and weight. Similar to the crashing into immovable object, the more rapid the velocity at impact, the greater the force. For example when a car crashes into a concrete wall at 60km/h, it receive a force equavalent to falling object from a height of approximately 14 metres ( comparable to a 5 storey building) . It's wise to remember these consequences, especially when driving at high speeds. A litle care can go a long way
|
|
|
Post by KomOt on Aug 26, 2004 6:54:04 GMT 8
uii..pecah tu kepala dia..woo..
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 29, 2004 2:53:27 GMT 8
uii..pecah tu kepala dia..woo.. ganaz tak?
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 5:09:35 GMT 8
Linda Rafar artis paling panas suatu masa dulu --------------------------------------------------------------------------------
Linda Rafar bercerai talak satu Utusan Malaysia, SHAH ALAM 5 Ogos 2004 Anggota kumpulan Elite, Linda Rafar bercerai secara rasmi dengan suaminya, Keifli Datuk Othman setelah pelumba kereta itu melafazkan talak satu terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pagi ini. Keifli, 31, melafazkan talak pada pukul 10 pagi di depan Hakim Syarie Shukuran Yusof yang mendengar prosiding permohonan cerai yang difailkan oleh Linda, 26, atau nama sebenarnya Azlinda Abd. Rafar selaku plaintif. Sebelum itu, Hakim Shukuran bertanya kepada Linda, apakah alasan beliau hendak bercerai dengan Keifli. Linda yang lengkap bertudung dan berbaju kurung, berdiri sambil memberitahu: "Yang Arif, sudah tiada lagi persefahaman antara kami berdua." Pasangan itu diijabkabulkan pada 1 Mei 1999 di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam dekat sini dan dikurniakan dua orang anak. Dalam permohonan cerainya, Linda menyatakan bahawa beliau tidak akan membuat tuntutan mutaah. Namun Linda menuntut supaya defendan membayar nafkah dua anak lelaki iaitu Rezaril Keifli, 4, dan Rezaman Keifli berusia lebih setahun, sebanyak RM2,000 setiap bulan menerusi akaun Maybank mereka. Linda juga menuntut dan telah dipersetujui bersama bahawa kanak-kanak itu dijaga olehnya selaku ibu. Azlinda Abdul Rafar Model, penyanyi, pelakon Lahir 1978 Kakak kepada Diana Rafar Bekas anggota kumpulan rap wanita Elite dan menjadi anggota kedua yang angkat kaki selepas Abby Abadi Menjadi artis Malaysia paling hangat (macam bara api) bila 11 gambar aksi lucah dia dengan Edry KRU tersebar di internet Masa itu Elite tengah top dan Linda sedang bertunang dengan Keifli Othman Gambar-gambar yang jelas itu (menggunakan kamera digital) jelas menunjukkan adengan panas Linda dengan Edry KRU. Pada 11 Mac 1999, Linda mengadakan sidang akhbar untuk menafikan penglibatannya. "Kalau orang percaya, maknanya dia tak tahu tentang komputer dan teknologi canggih," kata Linda Terdahulu, Edry KRU turut mengadakan sidang akhbar menafikan pembabitannya Namun hingga kini, kedua-duanya enggan membuat laporan polis dan kes itu masuk dalam almari 'X-Files' Pada 1 Mei 1999, Linda kahwin dengan Keifli di Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan dengan hantaran RM20,000.00 dan mengundur diri dari Elite serta dunia lakonan. Edry juga berkahwin dengan pasangannya tetapi terus aktif dalam KRU Tiada penyiasatan polis tentang kes tersebut sebab Linda dan Edry tidak membuat laporan. Tiada siapa yang pasti tentang kesahihan gambar tersebut dan tidak wajar juga melemparkan tuduhan. Hanya Tuhan yang Tahu. atok the legend...
|
|
|
Post by KomOt on Sept 13, 2004 15:58:04 GMT 8
"Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke anak cucu''.
Ucapan yang berbentuk doa ini biasa ditulis di atas bungkusan hadiah yang disediakan atau lumrah diucapkan sebagai tahniah kepada pasangan pengantin baru. Doa yang dipohonkan oleh ramai orang, biasanya akan dimakbulkan Tuhan. Oleh kerana itu tanpa disedari, harapan ikhlas daripada kaum kerabat dan sahabat handai dalam doa yang disampaikan tadi menjadi kenyataan.
Ditakdirkan, jodoh kedua-dua pasangan tersebut tidak berpanjangan. Lebih memilukan lagi perceraian justeru berlaku sewaktu anak-anak sudah berumah tangga dan beranak pinak.
Akhirnya, pasangan tersebut bercerai selepas bergelar datuk dan nenek, sesuai dengan doa para hadirin yang mengiringi perkahwinan mereka.
Kenapa tidak kita doakan mereka `berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat'? Keadaan ini hanyalah salah satu contoh permohonan doa kepada Allah s. w. t. yang kurang lengkap dan sempurna.
Sememangnya Allah Maha Pemurah dan sentiasa mendengar dan mengabulkan permohonan hamba-hamba-Nya, sebagaimana Firman-Nya: ``Mintalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan permintaanmu.'' (al-Mukmin: 60)
Namun, ibarat mengirim surat permohonan kerja, jawatan yang diminta biarlah jelas dan terang. Jangan sampai lain yang diharap lain pula yang dapat.
Beberapa lagi contoh yang berkaitan dengan doa yang kurang lengkap ini ialah mohon dipanjangkan umur.
Sedangkan usia panjang itu sebaiknya disertakan dengan tubuh badan yang sihat untuk beramal ibadat, bukan umur lanjut yang akhirnya membebankan keluarga di sekelilingnya.
Begitu juga permohonan dimurahkan rezeki dan ditambahkan harta kekayaan.
Sepatutnya kita meminta ditambahkan rezeki yang halal dan diberkati, yang dengannya kita dapat beramal jariah dan memanfaatkannya ke jalan Allah s. w. t.
Jangan sampai rezeki yang melimpah ruah, menjadikan kita lupa diri sebagai hamba-Nya dan lebih fatal lagi lupakan Allah.
Kisah yang berlaku pada Tsa'labah bin Hatib berikut ini barangkali boleh dijadikan peringatan, walaupun peristiwa tersebut bukan merujuk pada masalah yang disebutkan di atas.
Tsa'labah meminta Rasulullah s. a. w. berdoa kepada Allah agar dia diberi rezeki harta. Baginda menasihatkannya supaya mensyukuri apa yang ada kerana bimbang dia tidak kuat menerimanya.
Tetapi Tsa'labah tetap mendesak dan berjanji akan memberikan bahagiannya kepada yang berhak sekiranya dia kaya.
Rasulullah s. a. w. pun berdoa: ``Ya Allah berikanlah Tsa'labah rezeki harta, berilah dia kambing.''
Dengan kehendak Allah s. w. t. kambing-kambing Tsa'labah membiak banyak seperti ulat, sehingga kota Madinah seolah-olah menjadi sempit kerananya.
Kerana terlalu sibuk dengan `hartanya' ini, Tsa'labah hanya sempat menunaikan solat jemaah Zuhur dan Asar. Akhirnya dia hanya sempat sembahyang Jumaat, yang kemudiannya ditinggalkannya juga.
Mendengar keadaan Tsa'labah, Rasulullah s. a. w. bersabda: ``Rugilah Tsa'labah.'' Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali.
Kemudian Allah menurunkan perintah supaya orang yang berharta mengeluarkan sedekah untuk membersihkan dan menyucikan mereka.
Apabila baginda menghantar utusan disertakan surat kuasa kepada Tsa'labah untuk mengutip zakat yang diperintahkan Allah s. w. t., Tsa'labah bahkan dengan sinis berkata berkali-kali: ``Ini tidak lain mestilah ceti''.
Selepas utusan-utusan tadi memungut zakat daripada orang lain, mereka kembali semula kepada Tsa'labah. ``Tunjukkan surat itu kepadaku,'' katanya. Setelah membacanya dia berkata: ``Ini sama sahaja dengan ceti. Kembalilah kalian, biar aku fikirkan dulu.''
Sabda Rasulullah s. a. w. : ``Celakah kamu wahai Tsa'labah!''.
Akhirnya Allah menurunkan ayat 75-77 yang menceritakan tentang kemunafikan orang yang memungkiri janjinya.
Berita turunnya ayat tersebut kemudiannya sampai kepada Tsa'labah. Dia datang menemui Nabi s. a. w. untuk menyampaikan zakatnya, tetapi jawab Baginda s. a. w.: ``Allah telah melarangku menerima zakat kamu.''
Selepas Baginda s. a. w. wafat, zakat Tsa'labah tetap tidak diterima oleh Khali-fah Abu Bakar dan Umar al-Khattab.
Sekiranya kisah Tsa'labah ini boleh kita kaitkan dengan doa yang kurang lengkap kepada Allah, bayangkan rezeki melimpah yang diminta bukan mendatangkan kebahagiaan sebaliknya mengundang kecelakaan.
Rasulullah s. a. w. selalu berdoa : ``Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu kehidupan yang bersih, kematian yang lurus dan kembali tanpa kehinaan dan kecelaan.''
|
|
|
Post by KomOt on Sept 13, 2004 15:58:27 GMT 8
ganas,ganas..
|
|
|
Post by KomOt on Sept 15, 2004 17:32:13 GMT 8
PERANAN ULAMA SEBENARNYA
Assalamualaikum. Sedari atau tidak terdapat dua bentuk ulamak pada masa kini. Yang pertama ulamak yang lahir dari mulut Yahudi dan yang kedua ialah ulamak yang lahir dari mulut nabi. Ulamak yang lahir dari mulut yahudi kebiasaanyanya mempunyai tingkah laku macam orang yahudi iaitu tidak menutup kepalanya sekurangnya seperti serban atau ketayap. Corak kehidupannya macam orang awam yang tidak mempunyai tanda2 zuhud atau ahli sufi. Tidak mempunyai bentuk jemaah sendiri seperti sembahyang sendirian.Mereka cuma mahir dalam hukum hakam Islam dalam bentuk teori sahaja tetapi dari segi pengamalannya agak mirip kepada sistem sekular.
Manakala ulamak yang lahir dari mulut nabi dapat dilihat dari segi penampilan mereka, air muka mereka serta tingkah laku mereka yang melambangkan keikhlasan untuk memperjuangkan Islam. Kebanyakannya mereka belajar secara pondok yang berbentuk madrasah Rasullulah.Dimana sistem pembelajaran mereka berbeza dengan sistem sekular. buku-buku rujukan mereka meliputi konsep yang agak luas, dan tidak bersukat seperti sistem sekular yang merangkumi kesemua bidang agama.Corak pembelajaran dengan guru secara bertentang mata.Dan tiada had masa untuk bertemu dengan guru.Pertautan antara murid dengan guru adalah secara pautan hati .Dan bukannya seperti pautan gaji macam guru sekular.Dimana para guru walau pun tanpa gaji sanggup mengajar anak muridnya.
Ini adalah coretan khutbah dari Tuan Guru ku.semoga kita dapat memperolehi manafaat bersama.
RASULULLAH SAW bersabda:
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan bersih (bagaikan kain putih), sesungguhnya ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada jadi Yahudi , nasrani atau majusi.
( Riwayat Al Bukhari dan Muslim )
Yang putih bersih bagaikan kain putih itu ialah fitrahnya. Manakala fitrah itu selari dengan ajaran Islam. Sebab itu Islam disebut juga Agama Fitrah. Yang mana ajarannya sesuai dan selari dengan kecenderungan fitrah murni manusia. Bila ajaran Islam melalui Al Quran dan Hadis ditolak, maka manusia pun dikotori oleh segala macam kekarutan jahiliah yang didedahkan kepadanya. Hingga akhirnya manusia hidup bertuhankan nafsu syaitan. Tunduk pada sebarang kehendak hawa nafsu dan menolak semua perintah dan larangan ALLAH. Keadaan mereka disebut oleh ALLAH dalam firmanNya:
Apakah tidak engkau perhatikan mereka yang mengambil nafsu sebagai tuhannya? ALLAH biarkan mereka sesat dalam ilmu ( mereka ). Ditutup pendengaran dan hati mereka,dan dijadikan penglihatan kabur.
( Al Jasiah: 23 )
Inilah yang sedang melanda dunia seluruhnya pada hari ini. Zaman jahiliah kedua berulang dan sedang membawa manusia kembali kepada zaman sebelum kelahiran Rasulullah SAW. Bahkan keganasan jahiliah kali kedua ini kelihatan lebih dahsyat lagi. Tetapi Rasul sudah tidak ada lagi; sudah muktamad bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul penutup. Siapa kata selepas Nabi Muhammad ada nabi lagi, rosaklah aqidahnya, kerana menafikan Al Quran dan Hadis.
Firman Allah SWT:
Bukanlah Muhammad itu bapa kepada lelaki kamu, akan tetapi dia adalah penyudah (penutup) segala nabi.
(Al Ahzab:40)
Sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya akan lahir pada umatku seramai 30 orang pendusta, kesemua mereka mendakwa sebagai nabi. Sebenarnya aku adalah Nabi penyudah tiada nabi selepas itu.
(Riwayat At Tarmizi)
Jadi siapakah yang menjadi MUHAMMAD KEDUA untuk menghadapi jahiliah kedua ini? Yang pasti zaman jahiliah ini akan hancur. ALLAH telah berjanji melalui lidah Rasul-Nya bahawa sebelum Qiamat, Islam akan bangkit semula sekali lagi di dunia. Soalnya siapakah yang bakal menerajuinya? Ya, Al Quran dan Hadis memang ada. Tidak akan sesat siapa yang mengikuti keduanya, kata Rasulullah SAW. Tapi siapa pula yang akan jadi AL QURAN BERGERAK yang akan memimpin umat kembali kepada Sunnah Rasulullah SAW dan masyarakat salafussoleh?
Jawabnya ialah ulama. Yakni orang-orang yang diberi ilmu Al Quran dan Hadis serta keupayaan untuk melaksanakan keduanya. Merekalah orang-orang yang akan mengulangi kerja-kerja Nabi pada zaman tidak ada nabi lagi ini. Di tangan merekalah masyarakat akan kembali pada ALLAH dan meninggalkan kehidupan jahiliah. Rasulullah menamakan mereka ini sebagai waris-warisnya. Sabda baginda:
Ulama ialah pewaris para nabi.
(Riwayat Abu Daud dan At Tarmizi)
Apakah yang mesti dibuat oleh para alim ulama ini dalam tugasnya sebagai waris Rasulullah? Tentunya menjalankan kerja-kerja yang pernah dibuat oleh Rasulullah. Yakni kerja-kerja yang boleh membawa manusia dari kejahilan kepada alam Islam. Agar mereka kembali menyembahkan diri kepada ALLAH, melaksanakan perkara-perkara disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Agar hidup mereka selamat dari kesesatan dunia dan Akhirat. Dengan izin ALLAH, saya akan cuba menyenaraikan langkah-langkah Rasulullah. Moga-moga para ulama benar-benar dapat menjadi pewaris baginda.
Rasullullah memulakan kerjanya seorang diri dengan berdakwah dari rumah ke rumah,dari seorang ke seorang. Waktu itu cuma baginda seorang saja yang Islam, orang lain semuanya kafir. Jadi Rasulullah membawa mesej tauhid dan aqidah. Ayat-ayat Al Quran surah Makkah dijadikan tajuk dakwahnya. Bukan senang nak mengajak seorang yang tidak percaya pada ALLAH, Hari Qiamat dan segala yang ghaib itu kepada mempercayainya. Maka sesudah itulah Rasulullah; menghadapi segala macam risiko,fitnah,cacian,kesakitan dan kesusahan. Selama 13 tahun, baginda Cuma dapat mengumpul 313 orang Sahabat untuk beriman bersamanya.
Malangnya mereka dihalau keluar dari Makkah oleh orang-orang Makkah yang menentangnya. Membawa dirilah mereka berhijrah dengan segala susah payah menuju ke Madinah. Alhamdulillah, di sana mereka disambut baik oleh orang-orang Ansar yang sudah tahu tentang mereka. Maka bermulalah negara kecil Islam di Madinah yakni gabungan hidup antara orang-orang Ansar dan Muhajirin. Perlu diingat, tugas Rasulullah SAW bukan selesai setakat berdakwah, mengajar dan mendidik. Baginda juga mengusahakan pembangunan tamadun material sesudah kerja-kerja pembinaan insaniah berhasil pada setiap individu masyarakatnya.
Di Madinah, baginda membangunkan masyarakat Islam. Di kota kecil tempat Sahabat-Sahabat berkumpul dan hidup bersama itu, baginda menyusun program dan jadual hidup orang-orangnya. Kegiatan social, budaya, ibadah, ekonomi,politik,akhlak, pendidikan, keselamatn, perhubungan, ternakan dan serba-serbi keperluan hidup harian generasi bertaqwa itu dibagunkan tepat seperti kehendak ALLAH. Yang tentunya begitu asing dengan apa yang sedang dilakukan dan dibangunkan oleh masyarakat sekitar yang masih hidup cara jahiliah. Bermulalah pertembungan budaya dan tamadun Islam dengan jahiliah. Yang memberi dua kesan besar iaitu:
a.Ramai yang tertarik dan mengikut Rasulullah. b.Ramai pula yang benci dan menentangnya.
Pertembungan ini memarakkan lagi kebangkitan Islam di Timur Tengah itu sehingga kemuncaknya musuh-musuh terlalu sakit hati. Lalu mereka mengundang Rasulullah ke medan perang. Di masa yang sama Islam kian meluaskan sayapnya ke benua lain di dunia. Akhirnya musuh tersungkur dan tempatnya diambil alih oleh Islam di ¾ bahagian dunia ini. Barulah selesai tugas-tugas kenabian dan Sahabat-Sahabatnya. Mereka pulang ke hadrat ALLAH dengan membawa kejayaan dan kemenangan Ukhrawi dan duniawi.
Ulama para pewaris nabi-nabi sepatutnya bekerja macam Rasulullah bekerja itulah. Tugas Rasul itu diwariskan kepada ulama di waktu tiada lagi rasul di kalangan umat. Ulama mesti merasakan tugas ini begitu besar dan mulia, dan mereka beruntung kerana terpilih untuk mewarisi hak-hak kenabian. Sepatutnya umat Islam berlumba-lumba menduduki tempat istimewa sebagai pewaris nabi di dunia dan Akhirat. Memang kerja ini tidak mudah sebab ianya terlalu mulia dan tinggi. Kerja yang mudah-mudah itu semuanya bernilai murah dan rendah. Ulama sebaik-baiknya berperanan seperti yang berikut ini, yakni menuruti jejak-jejak para nabi:
1. Mendidik diri dan keluarga untuk menjadi peribadi dan keluarga Islam contoh di kalangan masyarakat. Kalau diri dan keluarga tidak dapat dijadikan contoh kepada masyarakat, jadilah ia seperti bapa ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan ia sendiri tidak melakukannya. Maka mustahil bagi si anak untuk mengikutinya. Sebab itu langkah awal bagi kejayaan perjuangan Islam itu ialah membangunkan keluarga Islam.
2. Kalau satu keluarga saja yang mahu melaksanakan Islam, tentu tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab banyak dari kehidupan ini mesti dilakukan secara berjemaah. Untuk membangunkan jemaah yang dapat melaksanakan kehidupan Islam, kenalah para ulama mengumpul kawan-kawan yang akan menjunjung cita-cita yang sama. Ertinya kenalah berdakwah dan seterusnya mendidik anggota masyarakat ke arah melaksanakan cita-cita Islam itu. Ada orang kata umat Islam tidak payah didakwah dan dididik lagi, sebab mereka sudah Islam. Zaman Rasulullah dulu bolehlah. Sebab masyarakat itu belum Islam. Sebab Rasulullah pun telah menegakkan negara Islam, kata mereka.
Mereka ini terlupa agaknya bahawa umat Islam yang ada hari ni jauh terlupa agaknya bahawa umat Islam di zaman Rsulullah. Islam mereka Islam baka, yang mana nama saja Islam tapi hokum-hukum Islam tidak dipedulikan. Tiang agama pun tidak cukup ditegakkan, bagaimana kita mahu ajak mareka menegakkan hukum-hakam yang lain? Sebab itu dakwah dan tarbiah amat perlu sekali. Tarbiah insaniah dengan roh tauhid sehingga mereka benar-benar cinta ALLAH dan rindukan kampung Akhirat. Dari situ baru mereka bertenaga untuk melaksanakan segala perintah ALLAH dan meninggalkan larangan-Nya.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 15, 2004 17:32:38 GMT 8
3. Bila sudah terkumpul kawan yang sudah terdidik dengan iman dan syariat Islam, gemblengkan tenaga untuk memulakan kegiatan social, budaya, ekonomi, pendidikan, perhubungan dan serba-serbi bidang kehidupan yang diperlukan oleh masyarakat. Ada orang kata, buat apa hendak bangunkan semua itu. Sebab semuanya sudah ada. Sekolah sudah ada, klinik sudah ada, ekonomi sudah ada, pendeknya semuanya sudah ada. Tidak payah bangunkan yang baru. Rumah sudah ada. Buat apa nak bangunkan yang baru. Ubah saja yang ada kepada Islam. Senang ke? Mana lebih senang nak ubah rumah lama jadi baru dengan buat rumah baru? Saya ingat baik buat baru. Jangan-jangan buat rumah baru itu lebih cepat daripada hendak rombak rumah lama. Atau sekurang-kurangnya begini: Buat satu rumah baru sebagai model,supaya ada contoh untuk panduan bagi orang-orang yang hendak baiki rumah lama itu. Kalau model pun tidak ada, sulitlah bagi para pekerja untuk menentukan bentuk rumah yang dikehendaki dari rombakan yang dibuat.
Tentang membangunkan jemaah ini, perlu diingat bahawa Rasulullah berpesan dengan sabdanya:
Wajib bagi kamu berjemaaah, sesungguhnya tangan (bantuan) ALLAH kepada yang berjemaah.
Sebab dalam jemaahlah kita boleh praktikkan Islam bersama. Kalau sorang-sorang susah, lagipun macam mana hendak sembahyang jemaah kalau tidak ada jemaah. Segala aktiviti fardhu kifayah itu mesti dikerjakan secara berjemaah. Misalnya kegiatan ekonomi Islam, pendidikan Islam, kebudayaan Islam dan lain-lain lagi. Tetapi kalau ada jemaah pun,sedangkan tidak dibangunkan apa-apa system Islam bersama-sama, tidak bermakna juga jemaah itu. Macam orang ada bakul tetapi tidak ada isi. Apa ertinya bakul itu?
Kalaulah setiap jemaah yang dibangunkan oleh ulama yang benar-benar mewarisi tugas Rasul itu membangunkan cara hidup Islam dalam jemaah mereka, umat Islam sudah boleh berdiri sendiri atas nama Islam. Bahkan akan memiliki kekayaan tamadun dan identiti yang membanggakan. Banyak jemaah tidak mengapa. Banyak jemaah tidak mengapa. Banyak jemaah bukan bermakna tidak bersatu, yakni berpecah-belah. Tidak. Kalau tidak betul caranya,dalam satu jemaah punberpecah-belah. Sebab erti bersatu menurut Islam ialah berpegang teguh dengan tali ALLAH. Bukannya bersatu itu mesti berada dalam satu jemaaah. Bila semua orang melaksanakan syariat ALLAH, walaupun berada di lain-lain tempat dan lain-lain jemaaah, mereka itu hakikatnya satu. Satu cara, satu fikiran, satu sikap dan satu hati. Kalaulah bertemu dua orang Islam dari dua buah negara dan jemaaah yang berbeza, tapi masing-masing kuat berpegang pada syariat ALLAH,pasti di antara mereka akan ada rasa kesamaan, terikut dan bersatu. Tetapi anggota dari satu jemaah pun, kalau yang satu sembahyang, satu lagi tidak, umpamanya,nescaya mereka itu tidak boleh bersatu.
Sekarang ini kita tengok wujudnya banyak jemaah, nampaknya macam berpecah. Sebenarnya kalau semua jemaaah ini digabungkan jadi satu pun akan jadi lebih kacau-bilau lagi. Akan jadi pecah-belah yang lebih rumit lagi dalam jemaah baru itu. Sebab masing-masing kumpulan ada cara tersendiri. Bukannya sibuk mempraktikkan Islam, tapi sibuk dengan angan-angan yang bukan-bukan dan macam-macam, konon matlamatnya Islam. Jemaah dibiarkan jadi bakul kosong. Sudahlah bakul sendiri kosong, sibuk mengatakan bakul orang. Bila orang lain berbuat, rasa tidak senang pula. Dibuatlah macam-macam fitnah.
Sedangkan cara membangunkan Islam itu ialah bila sudah berjemaah, ramai-ramai berpakat membina system hidup Islam bersama-sama dalam jemaaah. Memanglah mula-mulanya kecil-kecilan tetapi lama-lama tentu ia membesar. Itu ialah Sunnatullah yang tidak payah dipertikaikan.
4. Ulama dalam usaha mendidik umat agar kembali mencintai ALLAH dan Akhirat,mesti mempastikan yang ilmu dan cara yang dipilih adalah tepat menyampaikan manusia ke sana. Kalau di satu tempat itu manusia belum pun mahu ikut syariat ALLAH, masih melanggar-langgar perintah ALLAH, tidak munasabah kalau syarahkan tentang bab zakat kambing. Apalagi di tempat itu orang-orangnya tidak ada bela kambing. Tidak munasabah juga kalau di tempat orang yang tidak sembahyang, disyarahkan tentang negara Islam. Dan lagi tidak munasabah kalau dalam masyarakat yang masih jahil disyarahkan bab nahu dan saraf Arab, tentang [ ]. Sepatutnya kita bawa tajuk-tajuk kesedaran, tujuan hidup, tuntutan kalimah thoyibah, peranan manusia di bumi, mencari kebahagiaan dan yang seumpamanya.
Ulama mesti tahu dan sedar apa matlamat kerjanya dan apa cara hendak menyampaikan kepada matlamat. Kalau berbeza matlamat dan caranya, sampai bila pun tugas kita tidak akan berjaya. Macam orang di Malaysia yang nak pergi ke Singapura, tapi jalannya menuju ke Bangkok. Boleh ke tiba ke matlamatnya.
5. Ulama tidak boleh kerja full-time di pejabat. Mereka mesti turun ke tengah masyarakat untuk sentiasa bersama-sama masyarakat, mengajar,memimpin dan menasihat mereka. Mereka itu tidak kira rakyat jelata, orang-orang kaya,pemimpin masyarakat mahupun pemimpin negara. Nasihat dengan penuh kasih-sayang,lemah lembut, hikmah dan betul caranya. Kalau tidak betul caranya akan jadi bala. Atau kalau tidak betul caranya, nanti kita yang dinasihati mereka.
6.Ulama juga merupakan orang yang bertanggungjawab meng-Islamkan orang yang belum Islam. Bagaimana caranya? Dalam keadaan sekarang, di mana Islam dan umat Islam dilihat begitu rendah dan lemah, memang sulit kita mengajak mereka masuk Islam. Tiada sebab mereka hendak meninggalkan agama asal kecintaan mereka semata-mata kerana sesuatu yang tiada istimewa apa-apa.
Untuk menyelesaikan masalah ini, kembali kita mengatakan Islam contoh sama ada pada diri atau masyarakat. Dengan contoh yang baik, yang kebaikannya boleh mengatasi kebaikan lain dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi, mudah saja nanti orang akan terima Islam. Di zaman salafussoleh, orang masuk Islam berduyun-duyun sesudah melihat indahnya peribadi Islam dan bagusnya system hidup masyarakat Islam. Jadi kita kena mulakan dengan tapak atau model Islam yang indah dan meyakinkan itu. Waktu itu bila kita bawa kebenaran Islam, yang dapat disaksikan realitinya dalam kehidupan, baru mereka serah diri untuk masuk Islam, insya-Allah.
Begitulah secara umum peranan yang mesti dimainkan oleh orang-orang yang Allah beri ilmu dan iman pada mereka. Mereka tidak boleh goyang kaki di dunia ini. Mereka mesti berjuang berhempas-pulas di tengah masyarakat agar mereka selamat dari kehidupan yang jahil, gelap dan sesat. Supaya dunia dinaungi iman dan Islam, memberikan manusia kebahagiaan dunia dan di Akhirat. Ingatlah sabda Rasulullah SAW:
Barang siapa yang mengetahui satu ilmu lalu dia menyorokkannya, maka ALLAH akan mengekang mulutnya dengan Api Neraka pada Hari Qiamat.
Sekian. Wassalam.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 17, 2004 12:21:10 GMT 8
::. Cinta .::
"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 18, 2004 5:22:56 GMT 8
ui..........gile lah malaysia mintak jauhkan lerk...
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 19, 2004 5:08:24 GMT 8
ganas,ganas.. ganas?bagus..
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 19, 2004 5:10:44 GMT 8
[quote author=dEw@[CrOnIc$] link=board=students&thread=1075335883&start=624#41 date=1095456176]
ui..........gile lah malaysia mintak jauhkan lerk...[/quote]
harap2 begitulah..
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 20, 2004 2:28:09 GMT 8
tapi kalau dah nak kena nak buat macam mana semua tu penyebab jer
|
|
|
Post by KomOt on Sept 20, 2004 16:09:07 GMT 8
|
|
|
Post by KomOt on Sept 20, 2004 16:09:45 GMT 8
[quote author=dEw@[CrOnIc$] link=board=students&thread=1075335883&start=627#41 date=1095618489]tapi kalau dah nak kena nak buat macam mana semua tu penyebab jer[/quote] tu semua takdir..
|
|