|
Post by cuak_mengganas on Dec 20, 2003 19:41:25 GMT 8
sweet,aku tkt ade org marah la ko post mcm ni...aku x kisah coz aku dpt bezekan gurauan tu.......
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 21, 2003 1:11:46 GMT 8
iklan tu..atok suke tgk!time bdk kecik tu tergelincir..kelakar gila! to: cuak.. atok faham..tapi buat tak tahu je!
|
|
|
Post by enigma on Dec 22, 2003 10:37:05 GMT 8
heheeh...kelakar lap plak jadinya iklan nih.....ni dah jadi ruangan 'kolum citer2 lawak' nih...
jgn mara s.girl......nnti hilang plak sweet nye.... ;D
|
|
|
Post by duo on Dec 22, 2003 10:53:33 GMT 8
kami tak henti2 gelak bile baca pasal adik bongsu yang cakap ada tupai air dalam sungai tu..aaahh tak bole tahanla.. ;D ;D ni kami tgh gelak lagi nih..jomla gelak skali..kahkahkahkahkah ;D ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 22, 2003 13:19:45 GMT 8
sy xbmaksud nk bg citer lawak la..cuma artikel iklan petronas tu,sy copy dr utusan utk post d sini
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 23, 2003 0:11:30 GMT 8
.:: Petua Kecantikan ::.
untuk kaum hawa...
1. KULIT PISANG SERIKAN MUKA Kulit pisang yang masak juga boleh dijadikan perapi muka. Caranya gosoklah sebelah dalam kulit pisang ke muka. Biarkan beberapa minit dan kemudian bilas dengan cermat. Selain daripada itu, air kelapa juga boleh memastikan kulit muka sentiasa lembap.
2. BIBIR PECAH-PECAH Jika anda dapati bibir anda merah dan pecah kerana alah dengan gincu bibir yang anda pakai, anda boleh mengubatinya dengan minum air kelapa muda, bercampur kuning telur dan campur sedikit madu lebah. Lakukan sekali sehari sehingga sembuh.
3. LEBATKAN BULU KENING Ambil sebiji buah keras bakar hingga hitam. Ambil minyaknya dan sapukan pada kening anda. Lakukan dua kali sehari. Anda akan dapati bulu kening anda akan tumbuh lebat.
4. MENCANTIKKAN PAYUDARA Ambil beberapa helai daun turi, ramas dan ambil airnya. Air ini anda sapukan pada buah dada anda setiap kali selepas mandi.
5. BAWANG BOLEH LICINKAN KULIT Bawang pada umumnya memiliki beberapa manfaat. Bawang putih mencegah rambut gugur. Dengan mengamalkan makan bawang sebagai perencah ia boleh memelihara penglihatan dengan baik dan juga melicinkan kulit anda. Selain itu, bawang putih yang ditambah dalam masakan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.
6. MERAWAT SIKU DAN LUTUT Gosoklah kulit dengan menggunakan skrub cream, urutlah bahagian kulit yang sudah gelap warnanya dengan belahan limau nipis yang telah diperah. Lakukan seminggu sekali selama 10-15 minit. Duduklah dengan siku diletakkan di atas cawan berisi minyak zaitun yang telah dipanaskan, setelah dikeringkan barulah disapu pada lutut. Hasilnya memang mengagumkan.
7. CAT KUKU YANG SUDAH KERING Cat kuku yang sudah kering jangan dibuang, tapi letakkan beberapa titis aceton ke dalam botol tersebut dan goncangkan sehingga ia larut dan cair. Maka cat kuku yang sudah kering boleh digunakan kembali. Anda boleh menjimatkan masa dan duit.
8. HILANGKAN NODA HITAM Sering kita mengalami luka baik dikaki ataupun di tangan sehingga menimbulkan bekas atau noda hitam dikulit. Cara menghilangkannya memang mudah. Sapu noda hitam itu dengan bedak sebelum tidur, lama-kelamaan bekas hitam tersebut akan hilang dengan sendirinya.
9. BENTUK BIBIR YANG INDAH Sebelum bersolek, bersihkan terlebih dahulu dengan pembersih cleanser dan tonic. Kemudian pakailah pelembab keseluruh wajah termasuklah leher. Setelah memakai pelembab pakailah foundation ke seluruh muka termasuk bibir. Khusus pada bahagian bibir boleh kita bentuk dengan menggunakan pensel lipstik. Kemudian barulah disapu lipstik ke seluruh bibir. Hasilnya, bibir anda menjadi indah dan menarik.
10. BUNGA TEBU CEGAH UBAN Setiap orang ingin mempunyai rambut yang sentiasa hitam dan tidak beruban walaupun telah dimakan usia. Caranya anda boleh gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa sebagai minyak rambut anda. Petua ini boleh mengekalkan rambut anda yang hitam walaupun usia anda agak lanjut.
11. MANFAAT DAUN HIJAU Untuk menghaluskan wajah dan seluruh kulit di tubuh, ambil setangkai daun betik tua tetapi masih berwarna hijau, 3 tangkai daun keledek dan 3 tangkai daun selasih. Semua daun tersebut diramas hingga hancur. Setelah hancur, tambahkan sedikit garam dan asam jawa. Semua bahan tersebut diramas lagi hingga mengeluarkan air. Seterusnya, bahan tersebut digosokkan dengan perlahan-lahan ke seluruh tubuh dan wajah. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah dalam tempoh sebulan, akan menampakkan hasil. Kulit jadi bersih dan wajah menjadi segar ceria.
12. HALUSKAN TANGAN Caranya, hampas serbuk kopi yang sudah digunakan hendaklah anda sapukan ke seluruh bahagian telapak tangan. Biarkan selama 10 minit sebelum anda membasuhnya. Setelah itu bilas tangan anda bersih-bersih dan anda akan dapati telapak tangan anda yang kasar itu menjadi halus kembali.
"cantik2 kanlah diri tu untuk pasangan anda..bg yang dah kahwin@bercinta@single... ;D"
|
|
|
Post by duo on Dec 23, 2003 10:16:08 GMT 8
petu menjadikan rambut umpama baru menjalani rawatan minyak panas: gunakanlah REJOICE..syampu dulu baru tahu.. ;D ;D
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 23, 2003 10:49:14 GMT 8
Petu? Petua la duo.Tu la,orang lain bahan kwn2,dia pun sama nak join sekali.Hahahahahahakan dah kene.
|
|
|
Post by duo on Dec 23, 2003 11:58:23 GMT 8
sbnr nya kami dah taip petua tapi ada syntax error..tu yang huruf a tak kua tu..
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Dec 23, 2003 12:34:43 GMT 8
tuk?tu ko bg petua kat nenek ke?tak payah la...nenek ko tu dah cukup cun melecun...
|
|
|
Post by enigma on Dec 23, 2003 12:58:48 GMT 8
eh? penah tgk ke awek tok tu?
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Dec 23, 2003 13:11:50 GMT 8
member seangkatan aku,mane tak kenal atok ni!
|
|
|
Post by duo on Dec 23, 2003 13:24:12 GMT 8
kami ada petua untuk wajah kelihatan berseri...petua dia .... rajin2kan diri untuk sentiasa berwudhu'..Insyaallah...ramai yang dah buat..
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 23, 2003 16:25:31 GMT 8
hahaha.....btol tu....
ramai yang dah buat.....garenti menjadiknye....
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 23, 2003 19:43:55 GMT 8
si tanggang..... p/s:jgn menderhaka terhadap ibu bapa..
|
|