gaban
Senior Student
Posts: 249
|
Post by gaban on Dec 18, 2003 0:25:56 GMT 8
1. Seperti anjing jantan dgn anjing betina Maknernyer : Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje. 2. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak dia hinggap. Maknernyer : Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer 3. Sepandai-pandai tupai melompat,tak pernah masok ke sukan Olimpik. Maknernyee : Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus 4. Biar putih tulang jgn putih muker Maknernyee : Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak......be proud of what you are. 5. Seperti mencurah air ke jamban tersumbat Maknernyer : Kalau dah beribu kali flush itu bender tak clear jugak.....pergi panggil plumber lah.....or....kacau sampai hancur and try flushing again, another way is to kutip satu-satu dan buang tempat lain. (Eeee..... GELI) 6. Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk Maknernyer: Kentotlah bodoh! 7. Seperti kacang luperkan mama Maknernyer : Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler mempopularkan dia. 8. Ader udang di sebalik udang lain Maknernyer : Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang.... check betul-betul,mesti ader sorang lagi kat bawah ke....tengah ke...baring ke. 9. Biar mati anak jgn mati pucuk Maknernyer : Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak? 10. Sudah jatuh ditimpa piano Maknernyer : Nasib malang yg tak agak-agak.
ader saper-saper nak tambah....... ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 18, 2003 0:53:22 GMT 8
la... semua tahu! ;)ingatkan..saya sorg je yg tau! kirekan..btul lah kwn sy ckp kan tu!cuak?terang terangan nye ckp...eee kalo mamat tu tahu,malu gile! tapis skit..ni da mengaibkan org!tak baik..but, elok jugak.. ;)ape lah tok ni,kalo bau busuk gi je lah mandi..wtpe nk berendam kt kolam minyak wangi!hihi
|
|
|
Post by enigma on Dec 18, 2003 8:38:17 GMT 8
ermmm..dah la tu kengkawan..kite sebenarnye dah lr topik ni..enigma cadangkan agr topik ni ditutup...kira tutup kes lani.....kit pegi balik ke menu asal........tip & petua...sape ada tip nak elak kekeringan kulit...selain dr pakai losyen..... ;D
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 18, 2003 10:17:48 GMT 8
Mmmmmm......kalo nak tip elakan kekeringan kulit selain pakai losyen ; senang jer....Banyakkan meminum air kosong.....nanti tak der la kulit kering. Pastu banyakkan makan buah ker, ulam2 ker atau makanan berkhasiat ler............
Pendek kater kena jage pemakanan yang baik la..... nanti semuanye mesti ok. Jangan makan main balun jer.........hahahahahahaha.......
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 18, 2003 12:07:05 GMT 8
ahhahahahha.....sori la sume....cuak ckp pun utk kpntgn die gak...bkn cuak nak aibkan die...tp,xkan la kite yg x rapat ngan die ni nak sound die....ish......xpe lah...janji die hepi k..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 19, 2003 0:43:43 GMT 8
betul tu..byk kan makan buah seperti betik!dan minum air suam banyak2 sampai perut buncit mcm atok! confirm..kulit tak kering nyer...
|
|
|
Post by enigma on Dec 19, 2003 8:45:10 GMT 8
eee..tok...x nak la sampai perut buncit......org nk slim..atok lg nk suruh buncitkan perut...
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Dec 19, 2003 15:21:08 GMT 8
atok ni mmg buncit kot..semenjak nenek jaga!
|
|
|
Post by enigma on Dec 19, 2003 15:28:06 GMT 8
maunya x buncit...tiap2 ari makan masakan yg nenek masak....terangkat.... ;D jgn mara tok.... ;D
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Dec 19, 2003 15:56:32 GMT 8
sukatilah atok tu..dia nakbuncit ke aper!janji nenek syg dia!
|
|
|
Post by duo on Dec 19, 2003 16:38:55 GMT 8
kami pon ada beberapa petua untuk dikongsi bersama
petua untuk jd pandai - rajin2 blaja petua untuk jd gemok - makan byk2 petua untuk jd kurus - kurangkan makan petua untuk lebih menghayati al-Quran - blaja bahasa arab petua untuk dpt anak mix - kawin ngan foreigner petua untuk jd lebih beriman - kenali Tuhan kamu dulu petua untuk handfon tahan lama- jaga h/fon tu elok2 patua untuk jd baik - ingat pesan mak ayah petua untuk tidak boros dlm pemakanan - hari2 makan maggi petua untuk tidak boros dalam pemakaian - beli baju kat bundle dan pakai sampai koyak rabak petua untuk berhenti merokok - berjanji dengan Tuhan kamu yang kamu tidak akan merokok lagi petua untuk mudah didampingi orang lain - tak perlu banyak bercakap tapi jangan eksyen dan berlagak petua untuk jd poyo - mengaku pada kawan2 bahawa anda hensem/cantik petua untuk ilangkan sakit kepala - makan panadol patua untuk jd sihat - banyakkan bersenam petua untuk jd gagah perkasa - bykkan buat latihan kat gym petua untuk m'punyai rambut panjang - jangan potong rambut petua untuk m'punyai rambut pendek - potong laa petua untuk m'punyai rambut kema - sikat rambut elok2
sebenarnye byk lagi petua kami nak kongsi ngan kawan2 tapi lain kalila ek?
petua paling penting untuk mencapai/mendapatkan apa sekalipon - tadahkan tangan pada yang Maha Esa, mulakan dengan memujinya, kemudian berdoalah, dan akhir sekali pohon agar doa anda diperkenankan olehNya...Insyaallah...
wallahualam.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 20, 2003 2:56:15 GMT 8
to: duo ni petua warisan turun temurun ni.. to: satriaMIVEC and enigma jgn gado2lah.. :(atok mmg buncit pun! ;Daah sbb nenek masak sedap gile!tu yg tak tahan tu..tapi silap atok gak..atok suka makan bersulam tu perut buncit tu but.............................still ensem ;D
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 20, 2003 11:19:31 GMT 8
ye ke tok...perut atok ni buncit ke....xpe...nenek ttp suke...die kate,comel....
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Dec 20, 2003 15:16:14 GMT 8
dah tua2 pun ensem..mesti pakai susuk ni! ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 18:52:28 GMT 8
Iklan "Janda anak 7" mengalahkan "mak su timah"Iklan petronas punya cerita KUALA LUMPUR 29 Nov. - Berkorban apa sahaja demi ibu tercinta, termasuk menggembirakan hati ibu dengan bersama-samanya pada hari yang mulia. Inilah mesej yang cuba disampaikan oleh penerbit dan penulis skrip iklan hari raya Petronas, Hafis Ibrahim supaya tradisi menyambut hari kebesaran bersama- sama keluarga diteruskan walau apa halangan sekalipun. Beliau berkata, amalan pulang ke kampung untuk berhari raya harus dilihat sebagai peluang untuk semua adik-beradik berkumpul dan berbaik-baik dalam menggembirakan hati ibu. ``Saya tidak mahu amalan balik kampung semasa hari raya dipandang ringan oleh golongan muda-mudi khususnya mereka yang sering berjauhan dengan ibu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia.
Iklan berkenaan yang berjaya menarik perhatian ramai, memaparkan seorang ibu tunggal yang mempunyai tujuh orang anak lelaki sedang bersiap untuk menyediakan juadah Aidilfitri. Si ibu kemudiannya mengeluh apabila mendapati anak-anak beliau gagal menyediakan daging, hati dan limpa seperti yang dimintanya. Setelah gagal mencari daging, hati dan limpa di merata-rata tempat termasuk pasar, anak-anaknya akhirnya membawa pulang seekor lembu menyebabkan si ibu pengsan kerana terkejut tetapi kemudian terharu dengan sikap anak-anaknya. Aksi dalam iklan itu disudahi dengan ungkapan: ``Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Petronas.'' Hafis, 23 yang baru enam bulan bekerja dengan agensi pengiklanan Leo Burnett menambah, penggambaran iklan berkenaan dilakukan di Kampung Sungai Beng, Lenggong, Perak. ``Setelah empat hari meninjau tempat-tempat yang sesuai saya akhirnya tertarik untuk merakamkan iklan berkenaan di sebuah rumah di tepi Tasik Raban,'' katanya lagi.
Menurutnya, beliau hanya mengambil masa selama 10 minit untuk menulis skrip iklan tersebut dan proses penggambaran mengambil masa empat hari. Iklan berkenaan melibatkan 40 orang krew dan kesemua pelakon adalah dari Kuala Lumpur, kata Hafis. Beliau menambah, ketujuh-tujuh pelakon kanak-kanak lelaki di dalam iklan berkenaan bukan adik-beradik sebenar. ``Kesemua pelakon kanak-kanak memberikan kerjasama yang baik, kecuali kanak- kanak paling muda iaitu yang berusia enam tahun dan menjadi adik bongsu di dalam iklan tersebut,'' jelas beliau.
Hafis menambah adik bongsu tersebut yang agak nakal, pada mulanya tidak mengikuti skrip yang diberikan supaya memberitahu abangnya bahawa terdapat buaya di dalam sungai tersebut. ``Sebaliknya dia mengatakan terdapat tupai air dan ular dan binatang-binatang lain di dalam sungai tersebut menyebabkan babak itu terpaksa diulang selama enam atau tujuh kali sehinggalah dia benar-benar mengatakan terdapat buaya di dalam sungai itu,'' jelasnya. Tambah Hafis, babak adik bongsu berkenaan yang tergelincir ketika mengejar keenam-enam abangnya pula sebenarnya tidak ada di dalam skrip.``Dia sebenarnya tergelincir ketika penggambaran dibuat dan kami akhirnya mengambil keputusan untuk mengekalkan babak tersebut,'' katanya lagi yang tertarik dengan karektor kanak-kanak tersebut kerana begitu bersahaja.
Satu lagi masalah yang dihadapi oleh beliau ialah melatih lembu yang digunakan di dalam iklan tersebut untuk menaiki rakit. ``Kami akhirnya terpaksa menggunakan lembu lain apabila lembu yang kami bawa enggan naik rakit kerana mungkin takutkan air,'' kata Hafis lagi. Tambahnya, pasar yang dilihat di dalam iklan berkenaan dibina oleh krew penggambaran iklan dan beliau berterima kasih kepada penduduk Kampung Sungai Beng yang memberikan kerjasama dalam membantu penggambaran iklan tersebut.
Ditanya mengenai perasaan beliau apabila mendapati iklan tersebut berjaya menyentuh perasaan ramai penonton, Hafis berkata, beliau begitu gembira kerana itu bermakna iklannya mempunyai nilai sentimental. ``Saya suka menghasilkan iklan yang mempunyai mesej atau nilai kemanusiaan, unsur humor dan pengajaran selain membawa imej penaja atau unsur komersial,'' kata beliau.
Hayati iklan yg menyentuh jiwa ini....
...Suatu hari di sebuah kampung, 2 hari sebelum ketibaan Hari Raya Aidilfitri..... "Ayam berapa ekor? ...5 mak..."
"Ketupat berapa dah siap? ...20 mak..."
"Kelapa dah parut? ....Dah mak..."
"Daging...?" (tak berjawab)..... "Hati...?" (tak berjawab)..... "Limpa...?" (tak berjawab).....
"Hmm... apa la nak jadi dengan korang ni..."
(Naik sampan)... "Lembu ada lagi Pak Mat?"....
"Nih, lembu tengah dok baca artikel jer, pemaleh nak kerojer!!!!" Heheh, jangan marah...
|
|