|
Post by enigma on Dec 12, 2003 10:14:20 GMT 8
sory la....bukannye ape nak jwb permsalahan cuak kat atas tu jer..
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 12, 2003 12:18:24 GMT 8
thanks ye sesape yg dah tlg cuak....tp,cuak fobia ngan org yg dah p'nah tpu kite...kat dpn kite,muke die manis giler...kalah muke erra fazira....kat blkg kite,die kunyah kite idup2...mcm ne tu....cuak t'tekan seolah2 cuak slu t'tindas....cuak rs cuak xde la bt salah ngan die....pnjm brg die pun x....klu korang kat tmpt cuak skang,ape yg krg buat ha.........
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 12, 2003 15:55:02 GMT 8
.:: Kenal peribadi melalui tulisan ::.
Pertama Tekanan
i. Tekanan yang kuat Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. · Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. · Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit
Kedua Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat Semua huruf ditulis dengan bulat · Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper Tulisan yang angular dan sharp · Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga Kecondongan
i. Condong ke kanan · Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri · Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak · Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur · Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umuratau macam oarng perempuan datang bulan (maaf)
Keempat Kerapatan
i. Jarang-jarang · Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat · Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor a) Besar, panjang dan sempurna · Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna · Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin,tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi · Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah · Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah · Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan Tulisan mencerminkan peribadi dan kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup
Dr Fadzilah Kamsah
atok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 12, 2003 23:54:06 GMT 8
.:: Tidor Kena Impit ::.
Perkara ini memang senang nak timbul bukan sahaja pada budak-2 yang dok kat hostel .....tapi kat rumah pun saya selalu kena ......lagi lah kalau penat sikit ........dan lepas tu tidor jer ................ha memang benda tu akan datang lah ..................so sebelum tidur (especially kalau saya penat) saya selalu lah gunakan petua nie yang pertama sebelum tidur ambik air sembahyang .............kendian baca Al-Fatihah sekali dan 4 Qul sekali ............kemudian tiup kedua telapak tangan itu tiga kali (buat macam meludah kat telapak tangan) lepas tu sapu seluruh badan dengan telapak tangan tadi tu dari kepala sampai ke kaki kecuali ke dua lobang najis dan telapak kaki ...................dengan cara jangan sampai masa sapu keseluruh badan itu telapak tangan terlapas dari badan kita ......jadi kalau dah sentuh kepala kemudian pi muka kendian pi leher kendian pi tangan kendian pi perut dan .......sampai kat kaki.......buat benda tu sebanyak 2 kali (start dari baca Al-Fatihah) ......masa sapu nie tak yah lah nak bukak baju ..buat jer dari atas baju Insyaallah anda akan terlepas dari segala gangguan syaitan , etc semasa tidur................dan sebaik-2 baca gak ayat kerusi 3x.
kendian amalan lain yang boleh dibuat iaitu ..
*bagi salam ketika nak masuk rumah ............... *baca Bismallahirrohmanirrohim (atau ayat kerusi) ketika hendak menutup tingkap atau pintu .... *baca dzikir mathurat setiap pagi dan petang ........... dzikir mathurat nie ....diambik dari surat Al-Baqarah ..iaitu 5 ayat pertama, ayat kerusi, dua ayat setelah ayat kerusi dan tiga ayat terakhir . insyaallah kalau buat menda nie suma syaitan tak kan kacau kita *baca dzikir fatimah uth hilangkan penat ........... 1. baca : Subhanallah (tasbih) 33x 2. baca : Alhamdulillah (??) 33x 3. baca : Allahuakbar (Takbir) 34x insyaallah bangun tidur badan akan terasa labih sehat.
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 13, 2003 12:54:51 GMT 8
Atok....saye nak tany skit? Ader tak tip utk kurang kan stress atau tak nak asyik susah hati? Kalo atok tak tau tanye la nenek k.
Sebab orang pompuan ni cepat susah hati. Bende senang pun susah hati...ini pulak benda susah.Tolong ek?
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 13, 2003 14:00:26 GMT 8
to: dollygurl
20 cara terbaik beristirahat
- Membaca buku-buku yang berbentuk fiksyen serta buku-buku berunsur hiburan boleh menolong menenangkan fikiran.
- Mendengar lagu-lagu kegemaran anda. Biarkan muzik lunak yang berkumandang di sekeliling anda itu menjadi halwa telinga dan seterusnya membuatkan diri anda berasa tenang dan selesa.
- Menonton filem yang menarik di rumah ataupun pawagam, sama ada bersendirian atau berkumpulan boleh membantu.
- Adakan sesi karaoke bersama teman-teman anda dan menyanyilah ramai-ramai. Tetapi lakukan sesi ini pada waktu yang bersesuaian dan tidak mengganggu jiran tetangga anda!
- Bersenam merupakan salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan contohnya berjoging atau berlari.
- Menari juga adalah kaedah bersenam. Anda tidak perlu menjadi Ricky Martin untuk melakukannya.
- Anda tidak perlu membeli-belah. Cukup sekadar menjamu mata menyaksikan barangan yang dipamerkan, ia boleh memuaskan hati.
- Bersiar-siar di taman sambil menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam semula jadi.
- Bersembahyang dan mendekati tuhan boleh memulihkan semangat dan memberikan ketenangan kepada anda.
- Menyertai chat di Internet untuk mendapatkan teman baru atau berbual dengan teman lama anda melalui telefon.
- Sesi gelak ketawa. Ajaklah teman-teman baik berkumpul untuk minum teh tarik misalnya, dan berkongsi kisah-kisah silam yang melucukan.
- Menulis surat kepada teman anda yang tidak mempunyai kemudahan Internet atau kepada teman yang sudah lama tidak anda hubungi. Berkomunikasi secara ini mungkin boleh membantu anda meluahkan perasaan dengan lebih terperinci berbanding menggunakan kaedah percakapan.
- Menyimpan diari. Menulis dikatakan satu cara terapi bagi orang yang sukar mengatakan apa sebenar yang mereka fikirkan. Mencatatkan apa yang berlaku kepada diri anda bukan sahaja dapat membantu anda mengenali diri malah dapat juga memastikan apa yang tersirat di hati dan minda anda.
- Bermain dengan binatang peliharaan anda. Jika tidak mempunyai binatang peliharaan, inilah masanya untuk anda mendapatkannya. Anda boleh memilih sebarang haiwan untuk dijadikan peliharaan, contohnya kucing, ikan, arnab, ular atau apa sahaja yang menjadi kesukaan asalkan ia tidak menyusahkan orang lain!
- Percutian di destinasi tertentu dapat memberikan ketenangan di samping anda berpeluang memulihkan tenaga. Anda akan lebih bermotivasi untuk memulakan tugas sekembalinya daripada percutian.
- Bercucuk tanam sama ada sayur-sayuran, buah-buahan atau bunga-bungaan. Anda pasti merasakan satu kepuasan apabila melihat tanaman bercambah dan membuahkan hasil.
- Memancing. Carilah satu tempat yang sunyi untuk melakukan aktiviti ini. Sama ada berteman atau tidak, ia terpulang kepada anda. Anda boleh memancing di tepi sungai, di laut atau kolam-kolam menangkap ikan komersial seperti yang terdapat di bandar-bandar besar. Tidak kira di mana anda dapat mencampakkan mata kail anda itu, pastikan ia tidak menyalahi undang-undang.
- Bermain dengan anak-anak. Anak adalah anugerah Tuhan dan kehadiran mereka mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak hanya untuk bekerja.
- Tidur yang mencukupi adalah amat mustahak. Badan yang letih akan dipulihkan pada waktu kita tidur. Tidur seketika (nap) pada waktu tengah hari dapat juga membantu, itupun sekiranya anda berpeluang berbuat demikian!
- Memastikan keadaan mental dan fizikal yang mantap adalah tanggungjawab anda.
Jika rehat diperlukan pastikan ia benar-benar berlaku. Jika anda rasakan gaya rambut yang baru, diurut atau mencantikkan kuku tangan dan kaki anda boleh menenangkan, lakukannya! ;D
|
|
|
Post by enigma on Dec 13, 2003 14:32:01 GMT 8
hmmmm kalo anda stress sesangat...cubalah petua2 d atas.....ada antaranya berkesan...tak tipu.... ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 14, 2003 5:15:00 GMT 8
cubalah dollygurl..insyaallah menjadi!
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 14, 2003 7:03:02 GMT 8
tok?ade lagi tips menghadapi tekanan.. Bagaimana Menghadapi Tension: Tegangan dan Tekanan Setiap hari, ada-ada sahaja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi. Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga.
Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa.
Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk menghilangkan tension ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib 'malang' yang pasti menimpa kita? Antaranya ialah:
1. Mengenali diri kita sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campurtangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat olehTuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu,Tuhan jugalah yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa. Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu clan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan.
2. Setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Antaranya ialah:
a. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik dari Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati. Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya.
b. KalauTuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan juga. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkanTuhan tidak membantu kita.
c. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.
d. Apabila berhadapan dengan ujian, waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati kita, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi is akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan.
Penyakit-penyakit inilah yang membuatkan kita tension. Bila tension, barulah kita tahu kita siapa. Kalau sebelum ini nampak lemah lembut, bila tension kita boleh jadi marah-marah tak tentu pasal. Kalau selama ini nampak sabar sahaja, bila tension kita boleh bertindak di luar batasan. Pendek kata, segala sesuatu yang ditimpakan ke atas kita adalah untuk kebaikan diri kita. Dia mahu mendidik setiap kita agar kita kembali kepadaNya sebagai hamba yang diredhai-Nya. Dengan ini, kita akan terselamat dari kemurkaan-Nya.
3. Hendaklah pandai menerima ketentuan clan takdir Tuhan secara positif supaya hati kita akan tenang dan kita juga akan mendapat hasil yang positif daripadanya. Sebaliknya, kalau kita menerimanya secara negatif, hati kita akan tertekan clan tension dan sudah tentu kita juga akan mendapat hasil yang negatif.
Contohnya: Kita ditakdirkan mendapat anak-anak yang nakal. Setiap hari, ada sahaja kelakuannya yang sangat mengganggu kita. Kalau kita menerimanya secara positif, kita akan berkata kepada diri kita, "Kerana dosa akulah anak-anak aku ni nakal. Allah buat seperti ini untuk membersihkan dosa-dosa aku yang lepas."Ataupun kita boleh berkata begini, "Tuhan beri aku ujian ini untuk memberi aku pahala sabar. Kalau aku sabar, bukan sahaja aku akan dapat ganjaran di sisiTuhan tetapi yang lebih penting, aku dapat mendekatkan diri kepada Tuhan."
Kalau beginilah penerimaan kita, tentulah kita tidak akan marah-marah atau berleter-leter, merotan, memukul dan menghukum anak di luar batasan atau mengamuk-ngamuk kepada suami kita pula. Sebaliknya, kita akan terus-menerus menasihatinya dengan baik dan mendoakan anak kita agar dia menjadi anak yang soleh satu hari nanti. Dan lazimnya, berkat baik sangkanya kita kepadaTuhan, anak itu akan menjadi anak yang baik apabila dia besar. Ini selaras dengan firman Tuhan yang maksudnya: "Aku di atas sangkaan hamba-hambaKu ke atas-Ku. "
Penerimaan yang negatif pula ialah kita akan merungut-rungut kerana nasib yang ditimpakan itu, kita akan bersikap marah-marah serta melepas geram dengan menghukum anak serta terbawa-bawa sikap marah itu kepada orang lain. Hati kita mungkin berkata,"KenapalahTuhan berikan aku anak yang senakal ini," atau kita akan berkata, "Tak guna dapat anak macam ni. Bukannya menyenangkan, menyusahkan saja."Akibat didikan yang kasar itu serta sangkaan-sangkaan yang buruk terhadap Tuhan, anak itu bila besar kelak akan menjadi anak yang tidak baik akhlaknya. Tension yang kita hadapi bila anak itu kecil akan terus kita hadapi sehingga dia besar. Bukan sahaja anak kita yang rugi, kita juga akan turut rugi sama. Ini semua kerana buruk sangkanya kita clan tidak pandainya kita menerima takdir Tuhan.
Lantaran itu, terimalah segala takdir Tuhan dengan sebaiknya. Anggaplah setiap takdir itu sebagai didikan terus dari Tuhan dengan penuh kasih sayang. Dengan sikap sebegini, hati tidak akan tension, kita dapat menambah rasa kehambaan serta dapat pula mengungkai sifatsifat yang tidak baik dalam diri kita dengan lebih cepat. Malahan kits juga tidak akan mengakibatkan kesan tidak baik kepada orang di sekeliling kita.
cuba la dolygirl
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 14, 2003 18:12:13 GMT 8
betul jugak tu!
|
|
|
Post by turtle on Dec 14, 2003 18:19:23 GMT 8
trimas ntuk smua info2 di atas ;D ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 14, 2003 18:42:25 GMT 8
terima kasih diterima...
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 14, 2003 21:49:17 GMT 8
Assalamualaikum.....
Mesti ramai antara kita yang mengimpikan wajah yang berseri-seri. Caranya mudah saja. Amalkan membaca selawat nabi sewaktu membersihkan muka. Penting juga untuk diingatkan di sini, iaitu, jangan sesekali megurut muka dari atas ke bawah atau main tonyoh je. Ini akan mengakibatkan kotoran pada muka akan masuk ke dalam liang- liang yang terdapat pada muka. Selain itu, cara tersebut juga akan mempercepatkan proses penuaan. Urutan ke atas akan membantu menyegarkan wajah dan menegangkannya sekaligus menjadikan wajah berseri dan kelihatan awet muda. Ingat ye, jangan lupa baca selawat kerana banyak khasiatnya yang kadang kala kita sendiri tidak mengetahuinya. Apa yang penting, jangan cepat berputus asa bila apa yang kita usahakan tidak menjadi. Apa yang saya berikan di sini adalah sebagai panduan kepada pembaca semua berdasarkan apa yang saya alami sendiri. Tak percaya, cubalah.
|
|
|
Post by enigma on Dec 15, 2003 8:39:51 GMT 8
hehehe..nak cubalah ...
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 15, 2003 9:27:02 GMT 8
Ok atok, enigma sweetgirlz and semua la diatas tip2 dan kerjasame. Lepas ni bleh la saye cube.......
|
|