Tips Dating13 Sebab Anda Mesti Menolak Dia Selepas 1st Date1. Dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih daripada 10 kali setiap
10 minit.
2. Daripada ceritanya kepada anda, jelas dia kaki joli dan kaki makan
angin. Sudahlah begitu, daripada banyak tempat pelancongan dan percutian
di dunia, katanya, dia paling suka ke Thailand dan bila dia beritahu yang
dia pernah hadapi masalah ketika menjalani ujian darah, anda patut
pertimbangkan masak-masak mana tahu dia HIV positif.
3. Dia (lelaki) lebih pendek daripada anda. Masalahnya, dia betul-betul
pendek dan cuma setinggi celah ketiak anda, dan anda menyedarinya bila
semua orang tersenyum-senyum memandang anda berjalan disampingnya.
4. Bila dia beritahu anda, isterinya yang tidak pernah memahaminya, yang
tidak pernah menjaga kebajikannya, dan tidak pernah menghargainya sebagai
suami, ruparupanya si isteri sedang sarat mengandung-anak kesembilan. ;D
5. Bila anda perasan biji matanya macam hendak terjojol keluar bila
melihat semua wanita cantik@manis@seksi melepasi meja makan anda berdua.
6. Tangannya miang-miang mahu pegang tangan dan pinggang anda walaupun
baru satu jam anda berkenalan dengannya.
7. Bila dia beritahu yang dia sebenarnya, bukannya ada hati dan hendak
sangat bertemujanji dengan anda, tetapi buat juga, kerana kasihan, anda
yang beria-ria sangat mahu menemuinya.
8. Kawan-kawan anda yang mengenalinya memberitahu, dia menghidapi penyakit
kelamin yang kronik.
9. Dia langsung tidak bagi peluang anda bercerita tentang diri anda
ataupun tentang famili anda, kerana dia rasa cerita tentang familinya
lebih menarik dan lebih penting.
10. Bila anda pesan Coke dan dia memesan Carlsberg.
11. Bila dia cakap gedegang-gedegung macam tin kosong konon bapanya ada
bisnes minyak dan datuknya orang paling kaya di Sarawak, tapi bil makan
sampai, dia buat tak tahu.Anda juga yang terkorek-korek cari duit dalam
tas tangan. ;D
12. Dia beritahu yang hatinya sangat-sangat terluka, dan dia masih lagi
bersedih kerana putus cinta dengan gadis yang sedang hamilkan anak luar
nikahnya.
13. Dia kata yang dia impikan seorang isteri yang taat setia dan rela
menjadi surirumah sepenuh masa.Tetapi daripada apa yang anda faham dia
sebenarnya kata dia sedang mencari tukang masak, tukang cuci, tukang
kemas, tukang gosok, tukang picit, tukang sental, pendek kata semuanya
tukangla dan katanya lagi-dia juga sedang cari kilang buat anak.
wassalam..