|
Post by StRiDeR on Mar 4, 2004 22:08:15 GMT 8
waaaa...panjangnye...tak larat plak nak bace.. x pe...baca lah pelan2...nie pun dah seringkas yg mungkin...x leh nak pendek kan lagi dah...
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 5, 2004 3:53:28 GMT 8
.:: Persahabatan ::.
Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.
11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 7, 2004 11:57:23 GMT 8
Rahsia pucuk pegaga
Pegaga merupakan salah satu ulam tempatan yg mendpt pengiktirafan pertubuhan2 kesihatan di dunia sbg herba berpotensi tinggi. Ianya telah digunakan sbg penawar sejak beribu2 thn yg lalu.
Secara tradisional, ia digunakan untuk awet muda & panjang usia. Pada peringkat awalnya kegunaannya adalah sbg pembersih darah semulajadi & diuretic.
Setiap bhg pegaga adalah bernilai utk perubatan. Hinggakan buahnya yg kecil juga dijadikan campuran dlm bedak sejuk utk melicinkan & menghilangkan jerawat di muka. Sebenarnya pegaga lebih dpd itu, dgn teknologi moden ia mula dikaitkan sbg tonik utk otak, sistem saraf & rawatan utk tekanan darah tinggi.
Pegaga juga boleh mengembalikan keremajaan & utk meningkatkan meditasi. Manakala dlm perubatan Cina mereka percaya pegaga boleh memberikan usia yg panjang. Mereka memanggilnya sbg 'fountain of youth'.
Kajian moden yg dijlnkan mendapati pegaga boleh bertindak sbg astringent, tonik, perangsang, alternative, antirheumatic, antiseptic, antipasmodic, diuretic, nervine, sedative (ubat pelali), ubat cacing & digunakan utk menentang batuk kokol.
Malahan terdpt juga kajian yg telah dilakukan bhw herba ajaib ini membantu wanita lepas bersalin lebih cepat sembuh berbanding rawatan lain.
Pegaga juga dijadikan sbg rawatan harian utk melegakan & mengurangkan masalah sistem pernafasan termasuk melegakan sesak nafas semasa selsema & infeksi sistem pernafasan.
Kegunaannya dlm perubatan moden lebih meluas lagi. Ekstrak dr pegaga mengandungi glycosides antaranya berupaya menjadi penawar luka, aktiviti antiinflammatory & dlm dos yg byk boleh menjadi sedative (ubat pelali).
Selain dpd itu, pegaga juga didapati boleh merawat penyakit kusta & tibi. Ianya juga merangsang pembentukan lipid & protein yg amat berguna utk kulit. Pegaga juga mengandungi vitamin A, B, D dan K, mineral, kalsium & magnesium.
Tidak hanya tertumpu sbg herba awet muda, tetapi telah dikomersilkan sbg tonik utk otak & menguatkan sistem saraf. Beberapa kajian telah membuktikan pegaga sbg makanan utk otak. Telah digunakan utk merawat sesetengah keadaan yg berkaitan dgn sistem saraf spt kebimbangan, tekanan & depression.
Ia juga amat berguna utk meningkatkan tumpuan mental, merawat keletihan (mental & fizikal). Juga dilaporkan pegaga boleh membantu meningkatkan daya ingatan, mengembalikan tenaga & utk menggalakkan bersantai atau berehat. Manakala dlm kajian lain pula didapati pegaga boleh meningkatkan kemahiran belajar & menyimpan memori.
Kajian yg dijlnkan amat besar manfaatnya. Pegaga kini menjadi herba pilihan utama bagi kebanyakan pengkaji utk menguatkan & membantu otak, meningkatkan ingatan & menentang keletihan & kelesuan.
Dari kajian yg dijlnkan menjadikan pegaga herba ulung utk kanak2 ADD (Attention Deficit Disorder). Ia mempunyai kesan merangsang kecekapan otak utk memfokus semasa menenangkan & relaks kpd sistem saraf yg terlalu aktif.
Selain itu ia juga dikenalpasti amat berguna utk dermatological termasuk rawatan utk radang kulit, kekurangan venous, radang localised & jangkitan serta pemyembuh selepas pembedahan. Pegaga dipercayai memberikan kesan dlm pertumbuhan atau perkembangan tisu pelbagai peringkat termasuk keratinization ( proses menggantikan kulit selepas kudis atau ulser )
Kandungan asiatocoside didlm pegaga boleh merangsang pembentukan lipid & protein yg amat berguna utk kulit yg sihat. Triterpene juga dilaporkan mempunyai kebolehan utk mengikat alanine & proline dlm struktur kalogen. Membantu synthesis callogen iaitu langkah pertama dlm proses membaik pulih tisu. Menambahkan kesan penawar dlm rawatan ulser, kulit melecur & kulit rosak.
Hasil kajian juga mendapati pegaga mempunyai kesan positif ke atas sistem peredaran dlm badan. Boleh melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan dgn cara menguatkan urat & capillaries. Amat berguna membantu merekan yg tidak aktif & hanya terlantar di katil ketika sakit. Aliran darah yg baik juga boleh membantu utk mengurangkan keadaan periodontis.
Kegunaannya utk luaran & dalaman bagi meningkatkan aliran darah ke seluruh badan. Pegaga juga digunakan utk merawat phlebitis (radang urat darah), kekejangan kaki, bengkak kaki & spider veins. Pegaga telah dikembangkan sbg tonik tenaga, aphrodisiac & utk merawat tekanan darah tinggi selain utk mengatasi masalah mental.
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 10, 2004 1:19:02 GMT 8
40 Kesilapan Mendidik Anak-Anak
40 kesilapan mendidik anak
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak'
|
|
|
Post by kuzy on Mar 11, 2004 17:59:28 GMT 8
pilih jodoh tanpa perhitung zuruat tu aper tok?
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 11, 2004 18:48:54 GMT 8
Petua : Mengelak Rambut Dari Cepat Beruban.
Kebiasaanya kita orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri, lagi pun uban tumbuh tak kira usia, ada kalanya masa remaja lagi ada yang telah beruban. Saya pernah dengar petua dari arwah nenek saya ( dia meninggal semasa berumur 102 tahun ) rambut nya masih hitam. dan dia bagi petua pada saya katanya,kalau nak lambat atau menahan uban dari tumbuh caranya : Ambil segengam biji buah betik ( banyak pun tak apa ) yang dah masak kamudian jemur ( keringkan ), kamudian goring dengan tidak mengunakan minyak sampai hangus, lepas tu tumbuk sampai betul-betul lumat, kamudian masak dengan semangkuk santan pekat sampai menjadi minyak, dan minyak inilah kita gunakan sebagai minyak rambut seharian, Insyaalah menjadi.
Pengirim : Arshad Haji Omar @ syad
|
|
|
Post by kuzy on Mar 12, 2004 9:50:58 GMT 8
pilih jodoh tanpa perhitung zuruat tu aper tok? jwbla soalan aku tok
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 12, 2004 17:14:50 GMT 8
ler...sabar lah, kuzy....nanti dia online, dia reply lah...sabar yerk....
|
|
|
Post by kuzy on Mar 12, 2004 17:45:22 GMT 8
bab2 jodoh takleh amik ringan bahaye...
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 13, 2004 20:09:40 GMT 8
Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut...
HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA WARNA: MERAH
kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA WARNA: BIRU
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang
ELAKKAN INSOMNIA WARNA: MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik... !
CERIAKAN MOOD ANDA WARNA: JINGGA Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda,cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.
LENYAPKAN KELETIHAN WARNA: HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan Selamat mencuba!
|
|
|
Post by kuzy on Mar 15, 2004 9:28:24 GMT 8
pendek kater pelangi membawa warna kehidupan
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 13:09:22 GMT 8
pendek kater pelangi membawa warna kehidupan mmm, pelangi...warna kehidupan....mungkin tul gak aper yg kau cakap nie....
|
|
|
Post by kuzy on Mar 15, 2004 13:11:07 GMT 8
sebab aku rase sumer waner kat atas ader dkat pelangi..
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 13:13:22 GMT 8
sebab aku rase sumer waner kat atas ader dkat pelangi.. tah la...yg pasal tue aku tak pasti sangat...pelangi ader berape warna ha?
|
|
|
Post by kuzy on Mar 15, 2004 13:19:09 GMT 8
7 tapi sipir die aku tak ingat... coz waktu cikgu ajar sains mase form3 aku g nengok wayang ;D
|
|