|
Post by KomOt on Apr 13, 2004 10:26:31 GMT 8
Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai oleh Nya kerana digunakan untuk perbuatan yang melanggar perintah-Nya. Inilah istidraj. Rasullulah saw bersabda : "Bila kalian melihat Allah memberi nikmat kepada hamba-Nya yang selalu berlaku maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Ada orang yang sholat 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan saja, bahkan puasa hari Isnin Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa saja. Bahkan tidak sedikit yang mengalami situasi sulit. Sementara ada pula orang yang seumur hidup tidak solat, puasa pun tak pernah, rumahnya sangat besar dan indah, kereta bersusun, wang melimpah-ruah dan hidup di dalam kekayaan serta kemewahan. Bila
ditanya, apakah kalian tidak takut mati? Ada yang menjawab, "Aaahh? semua orang juga akan mati. Dan kalau masuk neraka, akan masuk sekali beramai-ramai." Inna lillah?. Demikianlah kesombongan manusia!
Manusia yang diistidraj oleh Allah adalah manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasakan bahawa Allah menyayanginya. Bahkan mereka memandang hina kepada orang yang membuat amal-ibadat. "Dia tu siang malam ke masjid, tapi masih tak mampu beli kereta. Sedangkan saya selalu pergi berpesta dengan kereta mewah. Tak payah bersusah-payah beribadat, tapi rezeki tetap datang juga," hatinya berkata-kata.
Ingat, kadang-kadang Allah memberi nikmat yang banyak dengan tujuan untuk memberi pelajaran, menguji dan bahkan menghancurkan orang yang diberi-Nya.
Seorang salafushalih dalam kitab Nashaihul Ibad, pernah mengatakan, "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya". Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah mendapat (nikmat) bersayap, anai-anai akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, ada yang mencuba hendak melawan Allah swt.
Seperti Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit. Allah memberinya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai ia merasa angkuh dan besar kemudian mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang pernah cuba membakar Nabi Ibrahim a.s. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya dalam sebuah riwayat disebutkan ia menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk yang masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya saja harus dibawa 40 ekor unta. Tapi lihatlah. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama hartanya akibat terlalu takabur.
Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayangkan kita. Jadi, jika kita kaji, terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita selama ini. Mengapa orang kafir hidup kaya-raya manakala orang yang berbuat maksiat siang dan malam, hidup senang-lenang & mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah kepada mereka bukanlah pemberian yang diredhai oleh Allah kerana semuanya digunakan bertujuan untuk kemaksiatan. Rupa-rupanya semua anugerah dan nikmat itu adalah untuk menghancurkannya.
Lalu, untuk apa maknanya hidup tanpa keredhaan Allah?
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 14, 2004 3:04:44 GMT 8
"Artinya : Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkan". (Al-Hasyr : 7)
Wanita itu menjawab : "Ya", Ibnu Mas'ud berkata : "Sesungguhnya Rasulullah Shallalahu 'alaihi wa sallam telah melarang hal itu".
Berkata Imam Syafi'i : "Al-Qur'an juga telah menerangkan bahwa sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah memberi petunjuk pada jalan yang lurus, Allah berfirman.
"Artinya : Tetapi kami menjadikan Al-Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus (Yaitu) jalan Allah". (Asy-Syura : 52-53).
Berkata Imam Syafi'i : "Kewajiban bagi manusia yang hidup di zaman Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan bagi manusia yang hidup setelah beliau adalah kewajiban yang sama, yaitu diwajibkan bagi tiap-tiap manusia untuk taat kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 14, 2004 21:53:58 GMT 8
Kisahnya bermula dgn kehidupan sepasang suami isteri >> >yg baru mendirikan rumahtangga.Leman tidaklah begitu >> >arif mengenai soaljawab agama.Tapi tidaklah sampai >> >Muqaddam pun tak boleh nak baca.Si Leman ni yg dia >> >tahu soal kerjanya sahaja manakala sang si Lijah pula >> >mempunyai pengetahuan yg luas krn minat membaca. >> >Mereka berdua ni masing-masing bekerja dan sibuk dgn >> >kerjaya masing-masing. >> > >> >(Flash back)Masa berkawan(masa cintan-cintun)mereka >> >tak lama.Mengingatkan godaan syaitan & iblis tu >> >byk...jadi mereka pun taklah lama2 berkawan.Terus >> >jadik,kahwin. >> > >> >Jadi,bermulalah ceritanya.... >> >Lepas kahwin,kehidupan mereka spt biasa.Mcm org tak >> >kahwinlah juga.Kerja di ofis sudah 8 jam.Perjalanan >> >pergi ofis pergi-balik adalah dekat 2 jam.Tu...tak >> >termasuk "jammed"lah kan.Jadi masa manalah mereka nie >> >nak mesranya. >> > >> >Sampai rumah sudah jam 8 mlm.Ofis sudahlah lain-lain. >> >Makan makan kadang2 "lauk tunjuk" saja.Lepas makan mlm >> >cuma ada 2 jam nak berehat. Apalah sangat yg boleh >> >dibuat dlm 2 jam tu...tambah2 lagi dgn perut yg dah >> >kenyang. >> > >> >Si Lijah nie lama-kelamaan jemu.Yalah...org baru >> >kahwin kan! Suami asyik kerja sahaja.. >> >Duit tu..mmglah perlu tp takkanlah isteri kat rumah >> >lupa. >> > >> >Satu hari tu...si Lijah nie termenung panjang mcm >> >ma...na nak didik si suami supaya ingat ckit kat org >> >rumah.Lama berfikir dptlah ideanya. >> > >> >Esoknya,Lijah balik awal dari ofis.Tak sempat nak >> >letak punggung terus ke dapur siapkan minum >> >petang.(Petang taklah petang jugak,Lijah sampai rumah >> >pun sudah jam 6 ptg)Ingatkan si suami nanti balik >> >kot2lah lapar,buatlah jugak minum petang ngan kerepok >> >goreng utk alas perut sebelum makan malam. >> > >> >Siap hidang minum petang atas meja,Lijah terus menuju >> >ke bilik air."Bersiram".Selepas itu,dia pun berehat >> >menantikan si suami tercinta. >> > >> >Mcm biasa,Leman sampai rumah jam sudah pukul 8 >> >mlm.Sebaik sahaja pintu rumah di buka,Lijah >> >menyambutnya dgn sapaan manja dan mesra. >> > >> >"Yang sudah balik"sapa Lijah. >> > >> >"Penat ye sayang"sambungnya lagi. >> >Lijah menyambut beg yg dibawa suaminya sambil satu >> >ciuman singgah di pipi Leman. >> > >> >Leman kehairanan. >> > >> >"Biang tebiat ke si Lijah nie"bisik hatinya. >> > >> >Tapi kerana terpandangkan hidangan yg terhidang di >> >atas meja,Leman lupa terus apa yg terjadi.Pada masa yg >> >sama Lijah berlalu meninggalkan Leman menjamu selera >> >sendirian.Sementara dirinya terus berlalu ke bilik air >> >mengambil wuduk memandangkan waktu magrib sudah lama >> >memasuki waktunya. >> > >> >Selesai mengambil wuduk,Lijah memasuki kamar tidurnya >> >dan terus menghamparkan dua sejadah di atas lantai >> >kamarnya.Selepas mengenakan telekung sembahyang,dia >> >duduk di sisi katilnya sambil memerhatikan suaminya >> >menjamu selera melalui pintu bilik yg terbuka. >> > >> >"Yang,yang...."panggil Lijah dgn lembut. >> > >> >Leman pun menoleh ke arah Lijah.Di tangannya masih >> >memegang cawan teh yg baru hendak di minum bagi >> >menyudahi minum petangnya itu. >> > >> >"Erm......"ringkas jawapannya. >> > >> >"Sayang dah habis minum??"soal Lijah. >> > >> >"Kita sembahyang jemaah ya sayang,sejadah sudah Lijah >> >hamparkan,menunggu imamnya sahaja"jelas Lijah. >> > >> >Leman pada mulanya tak endahkan sangat ajakan Lijah. >> >Tapi Lijah tidak berputus asa. >> > >> >"Yang.........Magrib sudah nak habis nie.Marilah kita >> >berjemaah"ajak Lijah lagi. >> > >> >"Abg panaslah Lijah,nantilah kejap lagi"jawab >> >Leman.Entahlah jawapan tersebut samada Leman taknak >> >bersembahyang atau kerana ego. >> > >> >"Tak mengapalah...Lijah tunggu Yang.Yang mandilah >> >dulu"gesa Lijah. >> > >> >Mahu tak mahu Leman bangunlah juga meninggalkan minum >> >petangnya.Dicapainya tuala menuju ke bilik air. >> > >> >Lama juga Lijah menanti Leman selesai mandi.Dalam >> >hatinya berkata,Leman sengaja melambat-lambatkan >> >mandinya.Mungkin sengaja agar Lijah tak menantikannya >> >dan terus sembahyang tanpa dia.Tapi Lijah cekalkan >> >hati,biarpun dia tahu waktu hampir berlalu.Ditunggunya >> >juga Leman sehingga dia selesai mandi. >> > >> >Sebaik Leman keluar dari bilik air,"Jah tak sembahyang >> >lagi ka?"tanyanya. >> > >> >"Jah tunggu yang....Sejadah pun dah memanggil-manggil >> >pak imamnya"jawab Lijah lembut. >> > >> >"Marilah yang..."sambungnya. >> > >> >Oleh kerana tak mahulah dikatakan tak tahu >> >bersembahyang atau nak jaga air muka,Leman pun >> >mengimamkan solat Magrib tersebut meskipun waktunya >> >hampir berlalu. >> > >> >Semasa solat Magrib tersebut berlangsung,Lijah tahu >> >suaminya tidak dapat meneruskan beberapa surah.Mungkin >> >dia terlupa.Bisik hatinya. >> > >> >Selesai sembahyang,Lijah menadah tangan menunggukan >> >bacaan doa suaminya.Sekali lagi Leman terlupa.Tak >> >apalah.Bisik hatinya lagi. >> > >> >Selesai sahaja Lijah bersalaman sambil mencium tangan >> >suaminya tercinta.Akhirnya berjaya juga cubaan >> >pertamanya mengajak suaminya berjemaah.Walaupun dalam >> >hatinya hampir terketawa dlm solat. >> > >> >Keesokannya,dia buat perkara yang sama. >> > >> >Selesai berjemaah,Lijah pun bertanya kpd suaminya, >> >"Yang....doa yang tak baca lagi,mcm mana Lijah nak >> >mengaminkan?" >> > >> >"Abg terlupa doa tu..Lijah,dah lama abg tak >> >membacanya"jawab Leman mahu tak mahu. >> > >> >"Tak apalah nanti abg hafal kembali"jelasnya lagi. >> > >> >"Ijah.....Muqaddam ari tu mana Lijah simpan"sambung >> >Leman. >> > >> >"Abg nak buat apa dgn Muqaddam tu?"soal Lijah. >> > >> >"Adalah"balas Leman. >> > >> >Lijah mengambil Muqaddam yg berada dlm >> >simpanannya.Lalu diserahkan kepada Leman.Segera itu >> >Lijah meninggalkan Leman sendirian di kamarnya. >> >Dalam hati Lijah,ada rasa sedikit gembira.Leman >> >berjaya juga di ubah. >> > >> >Keesokannya perkara yg sama berulang lagi. >> > >> >Kali ini,Lijah mengajak Leman membaca Yasin >> >bersama-sama.Pada mulanya Leman enggan tapi Lijah >> >memujuk. >> > >> >"Kalau yang tak dapat nak baca,tak mengapa....Kita >> >baca sama2,kita kongsi buku Yasin.Mana Lijah tak >> >tahu,Yang ajarkan.Mana sayang tak tahu,Lijah >> >ajarkan"jelas Lijah. >> > >> >Dan mlm itu...sekali lagi Lijah berjaya mendidik >> >suaminya. >> > >> >Hingga keesokannya,Lijah tidak perlu lagi menantikan >> >Leman utk solat berjemaah tetapi keadaan sebaliknya >> >pula berlaku.Leman menghamparkan dua helai sejadah dan >> >mereka berjemaah bersama-sama.Dulu Leman pulang lewat >> >tetapi sekarang dia pulang awal.Dulu Leman,balik kerja >> >terus terlentang (tidur)tapi sekarang dia sudah tahu >> >mengatur waktu yg terlalu sedikit itu.Dulu Leman >> >terlupa surah tapi sekarang dia sudah boleh membaca >> >surah yang panjang sedikit. >> > >> >Dan hari ke hari berikutnya,sebaik sahaja Lijah >> >melihatkan suaminya memasuki kamar dan menghamparkan >> >sejadah,terus sahaja Lijah menyapa dgn gurauan >> >"Kita jemaah ye sayang"senyumnya. >> > >> >Leman membalas senyuman yang diberikan tanda kepuasan yg sama.
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 15, 2004 15:20:01 GMT 8
waa..pjgnye...cut2 le ckit...
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 15, 2004 17:01:42 GMT 8
waa..pjgnye...cut2 le ckit... kalo cut..lari lah jalan citer die..
|
|
|
Post by KomOt on Apr 15, 2004 18:03:04 GMT 8
tu la pasal..kang kalau cut,jadi citer lain lak..ape la ko ni..
|
|
|
Post by KomOt on Apr 15, 2004 18:05:37 GMT 8
Buat renungan bersama. Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk. > >1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. > >2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher >dan topi > (sesuai dengan kehendak barat). > >3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. > Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum >yang pertama di Ankara. > >4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya >tidak cenderung > kepada pakaian moden." > >5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. > >6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. > >7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan >membuang unsur-unsur > Arab dan Parsi. > >8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. >Hakikatnya mereka diarah > mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. > >9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan >terang-terangannya mengatakan > bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu >dihapuskan >untuk kemajuan. > >10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. > >11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan. > >12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang >barat. > >13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan >gereja. > >14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. > >15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir >miskin. > >16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. > >17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada >huruf Latin. > >18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila >salah seorang askarnya ditanya > "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar >tersebut menjawab > "Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan >jawapan yang diberikan oleh askar itu. > > > Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan Di saat kematiannya, Allah >telah datangkan beberapa >penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat >menanggung seksaan dan azab >yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah : > >1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa >gatal-gatal seluruh badan. > >2. Sakit jantung. > >3. Penyakit darah tinggi. > >4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa >diarahkan kepada bomba > untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan >untuk meletak ketulan-ketulan > ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. > > Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. >Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit >sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak >tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah >menghantar beliau ke tengah >lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938,beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar ) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 16, 2004 3:26:00 GMT 8
mane dpt artikel ni?mcm kat sengkarai.com je..
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 16, 2004 14:51:25 GMT 8
mane dpt artikel ni?mcm kat sengkarai.com je.. ye la tu kot...atok ni kasi pecah la...sian die...
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 16, 2004 18:55:19 GMT 8
TUJUH PERKARA GANJIL DI DALAM KUBUR Jika ada masa terluang, bacalah risalah ini sebagai pelajaran kita yang maseh hidup. TQ. TUJUH PERKARA GANJIL Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk kenyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut. Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Seungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi. " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya." "Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut. " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi. " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan disisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 16, 2004 19:03:18 GMT 8
TUJUH PERKARA GANJIL DI DALAM KUBUR Jika ada masa terluang, bacalah risalah ini sebagai pelajaran kita yang maseh hidup. TQ. TUJUH PERKARA GANJIL Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk kenyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." " Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut. Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Seungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain," Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi. " Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya." "Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut. " Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi. " Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan disisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. takutnya..
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 17, 2004 2:48:11 GMT 8
takutnya.. byk lg perkara ganjil mase dlm kubur nanti..
|
|
|
Post by enigma on Apr 18, 2004 1:26:19 GMT 8
24 Perkara Jangan Dilakukan
Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T. 2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan) 6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan. 7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan. 8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya. 11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim. 14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. 15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati. 17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita. 18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T. 19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin. 22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. 23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya. 24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~
|
|
zarts
Junior Student
-.....revolution star.....-
Posts: 78
|
Post by zarts on Apr 18, 2004 1:39:59 GMT 8
bagus artikel tu eureka...sesungguhnye manusia itu berada dlm kelalaian berpesan-pesan la sesame kite...
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 3:12:35 GMT 8
24 Perkara Jangan Dilakukan
Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T. 2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. 3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan) 6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan. 7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan. 8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya. 11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim. 14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. 15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati. 17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita. 18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T. 19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat. 20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan. 21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin. 22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. 23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya. 24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga ~
good artikel..mesti dibuat dlm mase 24jam..
|
|