|
Post by enigma on Apr 18, 2004 19:42:38 GMT 8
bagus artikel tu eureka...sesungguhnye manusia itu berada dlm kelalaian berpesan-pesan la sesame kite... insyaAllah..
|
|
|
Post by KomOt on Apr 19, 2004 10:32:02 GMT 8
mane dpt artikel ni?mcm kat sengkarai.com je.. mane ade amik kt sengkarai..member bg email la..tu yg terus post kt sini..
|
|
|
Post by enigma on Apr 19, 2004 11:59:55 GMT 8
Tiga Nasihat
Pada suatu hari, ada seseorang menangkap burung. Burung itu berkata kepadanya, "Aku tak berguna bagimu sebagai tawanan. Lepaskan saja aku. Nanti aku beri kau tiga nasihat."
Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.
Orang itu setuju, lalu ia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."
Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Disampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti."
Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang! Dalam diriku terdapat dua permata besar, kalau saja tadi kau membunuhku, kau akan memperolehnya."
Orang itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya, namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"
Si burung menjawab, "Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padaku agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Aku pun tidak cukup besar untuk menyimpan dua permata besar! Kau tolol! Oleh karenanya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 19, 2004 18:31:58 GMT 8
MUTIARA MINDA Teringat pesan ayahanda... "Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat... Peringatan buat diriku yang sering lupa........ Adakah kita seorang Islam? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan... Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang? Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... * kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan? Siapa Kita? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!! Siapa kita.... ? Wallahu'alam - JKIM : ibu utama A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu: 1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP. 3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran. C) Beberapa kata renungan dari Qur'an : Orang yang tidak melakukan sholat pada : Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran: Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 19, 2004 23:59:19 GMT 8
.:: 44 tahun berdiri atas kubur ::.
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :
1. Para Nabi 2. Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan- kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yangdifirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
|
|
|
Post by enigma on Apr 20, 2004 0:12:15 GMT 8
10 peringatan bumi
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 20, 2004 0:18:35 GMT 8
hanya Engkaulah yg Maha Mengetahui..
|
|
|
Post by enigma on Apr 20, 2004 0:46:02 GMT 8
ader lg....
7 Kalimat untuk diamalkan
Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut. 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 20, 2004 14:23:45 GMT 8
Harimau,tali,buaya,tikus dan madu..
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.
Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.
Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.
Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."
Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.
Astaghfirullah...
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 20, 2004 14:31:07 GMT 8
hanya Engkaulah yg Maha Mengetahui.. dan Engkaulah yg Maha Agung..
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 20, 2004 14:37:56 GMT 8
The Power of Allah (God) Let us think about ..... 1. Why a nun can be covered from head to toe and she's respected for devoting herself to God, but then a Muslimah does that, she's considered "oppressed"? 2. Why a Jew can grow a beard and he's just practicing his faith, and when a Muslim does that, he's an extremist? 3. When a western woman stays at home to look after the house and kids she's sacrificing herself and doing good for the household, but when a Muslim woman does so, she "needs to be liberated"? 4. Why is it that when a child dedicates himself to a subject, he has potential, and when a child dedicates himself to Islam, he is labeled hopeless? 5. When a Christian kills someone, religion is not mentioned, (i.e. Ireland and the IRA) but when a Muslim is charged with a crime, it's Islam that goes to trial? 6. Why is it after all that, Islam is still the fastest growing religion in the world? After all above happened... Take 60 seconds and give this a shot! Let's just see if Satan stops this one. All you do is : 1. Say: a- Subhaan-Allah b- Alhamdu-Lillah c- Allaahu-Akbar d- Laa Ilaaha Illa-Allaahu - Muhammad-ur-Rasoolullah e- Allaahumma Salli Alaa Sayyidina Muhammad wa Alaa Aalihi wa Sabbihi Wasallim 2. Then: Send it on to five other people or more. Within hours, five people have prayed and you caused a multitude of people to pray to Allah, 3. Then: Sit back and watch the power of Allah work in your life for doing the thing that you know HE loves.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 21, 2004 13:24:54 GMT 8
Touching Story of Kyle
One day, when I was a freshman in high school, I saw a kid from my class was walking home from school. His name was Kyle. It looked like he was carrying all of his books. I thought to myself, "Why would anyone bring home all his books on a Friday? He must really be a nerd." I had quite a weekend planned (parties and a football game with my friend tomorrow afternoon), so I shrugged my shoulders and went on. As I was walking, I saw a bunch of kids running toward him. They ran at him, knocking all his books out of his arms and tripping him so he landed in the dirt. His glasses went flying, and I saw them land in the grass about ten feet from him. He looked up and I saw this terrible sadness in his eyes. My heart went out to him. So, I jogged over to him and as he crawled around looking for his glasses, and I saw a tear in his eye. As I handed him his glasses, I said, "Those guys are jerks. They really should get lives." He looked at me and said, "Hey thanks!" There was a big smile on his face. It was one of those smiles that showed real gratitude. I helped him pick up his books, and asked him where he lived. As it turned out, he lived near me, so I asked him why I had never seen him before. He said he had gone to private school before now. I would have never hung out with a private school kid before.. We talked all the way home, and I carried his books. He turned out to be a pretty cool kid. I asked him if he wanted to play Football on Saturday with me and my friends. He said yes.. We hung all weekend and the more I got to know Kyle, the more I liked him.. And my friends thought the same of him.. Monday morning came, and there was Kyle with the huge stack of books again. I stopped him and said, "Boy, you are gonna really build some serious muscles with this pile of books everyday!" He just laughed and handed me half the books. Over the next four years, Kyle and I became best friends. When we were seniors, began to think about college. Kyle decided on Georgetown, and I was going to Duke. I knew that we would always be friends, that the miles would never be a problem. He was going to be a doctor, and I was going for business on a football scholarship. Kyle was valedictorian of our class. I teased him all the time about being a nerd. He had to prepare a speech for graduation. I was so glad it wasn't me having to get up there and speak. Graduation day, I saw Kyle.. He looked great. He was one of those guys that really found himself during high school. He filled out and actually looked good in glasses. He had more dates than me and all the girls loved him! Boy, sometimes I was jealous.. Today was one of those days. I could see that he was nervous about his speech. So, I smacked him on the back and said, "Hey, big guy, you'll be great!" He looked at me with one of those looks (the really grateful one) and smiled. "Thanks," he said. As he started his speech, he cleared his throat, and began. "Graduation is a time to thank those who helped you make it through those tough years. Your parents, your teachers, your siblings, maybe a coach... . but mostly your friends. I am here to tell all of you that being a friend to someone is the best gift you can give them. I am going to tell you a story." I just looked at my friend with disbelief as he told the story of the first day we met. He had planned to kill himself over the weekend. He talked of how he had cleaned out his locker so his Mom wouldn't have to do it later and was carrying his stuff home. He looked hard at me and gave me a little smile. "Thankfully, I was saved. My friend saved me from doing the unspeakable." I heard the gasp go through the crowd as this handsome, popular boy told us all about his weakest moment. I saw his Mom and dad looking at me and smiling that same grateful smile. Not until that moment did I realize it's depth. Never underestimate the power of your actions. With one small gesture you can change a person's life. For better or for worse. God puts us all in each other's lives to impact one another in some way. Look for God in others.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 23, 2004 9:14:13 GMT 8
Tazkirah-Iblis Menipu Ketika Mati
Syaitan dan iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia sejak terjadinya dengan setitik mani sehingga ke akhir hayat seseorang hamba Allah itu.
Malah, paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi tujuh golongan dan rombongan.
Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada perdaya syaitan di waktu maut."
Rombongan Satu Datang iblis dengan banyaknya serta pelbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat. Disebabkan orang dalam sakaratul maut itu pada masa hidupnya tamak dan haloba kepada barang-barang itu, maka diraba dan disentuhnya barangan iblis itu, dan pada waktu itu nyawanya terputus dari tubuh. Inilah dikatakan mati lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Inilah jenis mati fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan Dua Datang iblis kepada orang dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai binatang ditakuti seperti harimau, singa, ular dan kala jengking berbisa. Apabila orang dalam sakaratul maut itu memandang binatang itu, dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Seketika itu juga akan putus nyawa dari badannya. Maka matinya disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t. Matinya sebagai fasik dan munafik, dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan Tiga Datang iblis mengacau dan memperdayakan orang dalam sakaratul maut dengan menyerupai binatang yang menjadi minat orang hendak mati itu. Kalau orang itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang itu meraba-raba binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia mati, maka matinya dalam keadaan lalai dan lupa kepada Allah S.W.T. Matinya adalah mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.
Rombongan Empat Datang iblis menyerupai orang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya. Orang dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya. Waktu itulah maut datang dan matilah ia sebagai mati fasik dan munafik, dan nerakalah tempatnya.
Rombongan Lima Datang iblis menyerupai sanak-saudara orang hendak mati itu, seperti ayah ibunya, dengan membawa makanan dan minuman. Orang dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa iblis yang menyerupai si ayah dan ibu. Berkata ia dengan merayu: "Wahai anakku, ini saja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." Dia pun sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya sampai, lalu matilah dia dalam keadaan kafir, kekal ia dalam neraka dan terhapus semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan Enam Datang iblis menyerupai ulama yang membawa banyak kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini. Oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat itu, maka hilang rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datang pula iblis menyerupai ulama dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat supaya kamu mati dalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang dalam sakaratul maut itu: "Aku tidak tahu."
Ulama iblis kemudian berkata: "Ketahuilah, aku ulama yang tinggi dan hebat, baru kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi. Cuba kamu lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui zat Allah S.W.T hendaklah kamu patuh kepada kami." Ketika itu orang dalam sakaratul maut itu memandang ke kanan dan ke kiri dan dilihatnya semua sanak-saudaranya dalam kesenangan syurga (syurga palsu yang dibentangkan iblis bagi mengacau orang dalam sakaratul maut). Kemudian orang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu: "Bagaimanakah zat Allah?"
Iblis berasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulama palsu:
"Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, orang dalam sakaratul maut itu dapat melihat satu benda sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata iblis: "Itulah dia zat Allah yang patut kita sembah."
Berkata orang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia daripada sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda besar ini." Dalam keraguan itu, Malaikat Maut datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal dalam neraka dan terhapus segala amalan baik selama hidupnya di dunia.
Rombongan Tujuh Rombongan iblis yang ketujuh ini membabitkan 72 barisan, kerana dia menepati iktikad Nabi Muhammad s.a.w bahawa umat Nabi akan terbahagi kepada 73 puak (barisan).Satu puak saja yang benar (ahli sunnah waljamaah) manakala 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa iblis akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam, yang setiap satu berlainan dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajar orang yang hampir meninggal dunia akan talkin: "Laa Ilaaha Illallah" untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah." "
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 26, 2004 2:14:56 GMT 8
LIMA SIFAT MANUSIA MENGHADAPI KESUSAHAN DAN KESENANGAN
Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutamana dalam menghadapi kesusahan musibah, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.
1. Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datangnya dari Allah sebagai ujian. Mereka berkata gempa bumi, banjir, hama, kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam, alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir seperti itu juga. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah S.W.T.. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja kepada mereka, sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka) Allah meteraikan atas hati mereka serta pendengaran mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Al-Baqarah 2:6-7.).
2. Golongan kedua ialah orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya, Ketika dia memperolehi nikmat daripada Allah kerana apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka, mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan. Firman Allah S.W.T.: "Dan diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula ia ditimpa kesusahan berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya, itulah kesesatan yang jauh terpesong."(AlHajj22:11-12.). Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan, dia akan berasa sombong, kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar. Firman Allah: "Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka jadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)." (Surah Fussilat 41-49.). "Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, kedapatan dia sangat-sangat berputus asa, lagi sangat-sangat tidak bersyukur." (SuraH Hud 11:9.).
3.Golongan ketiga ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, mala petaka, kemiskinan mereka mengingat Allah Tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan) samaada ia sedang berbaring, duduk atau berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpa." (Yunus 10:12.).
4. Golongan yang keempat ialah orang-orang yang apabila memperolehi kenikmatan lupa kepada Allah, tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah. "Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat 41-51.). Dia tidak mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut, mereka sibuk memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran dirumahnya. Sebelum itu tidak pernah ada orang yang mengaji Al-Quran dirumahnya.
5. Golongan yang kelima ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuatannya. Apabila ditimpa malapeta atau kesusahan dia tetap bersabar. Imannya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun susah.
Demikianlah lima sifat golongan manusia dalam menghadapi ujian dari Allah. Kebanyakan mereka mengelabah dan akhirnya tewas dalam ujian dari Allah. Bahkan kebanyakan merasakan bahawa apa yang berlaku pada dirinya bukan dari Allah, dan dengan itu mereka lupa memohon pertolongan Allah, berlindung denganNya. Bahkan mereka menyingsing lengan, mengerah tenaga dan hawa nafsu untuk menghadapi ujian tersebut.
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 26, 2004 23:01:44 GMT 8
emmmmm...zzzzzzz
|
|