|
Post by KomOt on Sept 24, 2004 10:13:34 GMT 8
Israk > > Pada 27 Rejab, umat Islam memperingati peristiwa > israk dan mikraj. Peristiwa luar biasa yang dialami > Nabi Muhammad s.a.w berlaku pada saat-saat akhir > dakwah beliau di Makkah pada tahun ke 10 dan ke 11 > kerasulan beliau. > > Israk artinya perjalanan pada waktu malam dari > Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul > Maqdis dengan menunggangi binatang Buraq. Sepanjang > perjalanan itu baginda diiringi malaikat Jibril dan > Israfil. > > Di beberapa tempat tertentu yang mulia dan > bersejarah, Rasulullah diarahkan oleh Jibril supaya > berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat. Antara > tempat-tempat itu: > > 1 Negeri Thaibah (Medina) - tempat Rasulullah akan > melakukan hijrah > > 2 Bukit Tursina - tempat Nabi Musa a.s. menerima > wahyu dari Allah > > 3 Baitul-Laham - tempat Nabi Isa a.s. dilahirkan > > > Beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang > perjalanan: > > - Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil > tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang > baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. > Hal ini berlaku berulang-ulang. Menurut Jibril: > Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang > digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda > bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. > > - Tempat yang berbau harum. Menurut Jibril: Itulah > bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak > Fir'aun) bersama suami dan anak-anaknya dibunuh oleh > Fir'aun tetapi tetap teguh beriman kepada Allah (tak > mau mengakui Fir'aun sebagai Tuhan) > > - Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala > mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh > kembali, lalu dipecahkan lagi. Demikian dilakukan > berkali-kali. Menurut Jibril: Itulah orang-orang > yang berat kepala mereka untuk bersolat. > > - Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan > mereka dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti > binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu > dari neraka Jahannam. Menurut Jibril: Itulah > orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta > mereka. > > - Satu kaum yang memakan daging mentah yang busuk > sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Menurut > Jibril: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan > zina sedangkan lelaki dan perempuan itu > masing-masing mempunyai isteri/suami. > > - Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan > dilontarkan ke batu. Menurut Jibril: Itulah orang > yang makan riba. > > - Lelaki yang menhimpun seberkas kayu dan dia tak > berdaya memikulnya. tap ditambah lagi kayu yang > lain. Menurut Jibril: Itulah orang yang tak dapat > menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang > lain. > > - Suatu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir > mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap > kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali > seperti biasa. Menurut Jibril: Itulah orang yang > membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia > sendiri tidak melakukannya. > > - Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan > kuku tembaga mereka. Menurut Jibril: Itulah orang > yang memakan daging manusia (mengumpat) dan > menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. > > - Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang > sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. > Menurut Jibril: Itulah orang yang bercakap besar > (takabbur). Kemudian menyesal tapi sudah terlambat. > > - Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan > pelbagai hiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. > Menurut Jibril: Itulah dunia. Jika Rasulullah > memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan > mengutamakan dunia daripada akhirat. > > - Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan > menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah tidak > menghiraukannya. Menurut Jibril: Itulah orang yang > mensia-siakan umurnya sampai ke tua. > > - Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah > untuk bertanyakan sesuatu. Menurut Jibril: Itulah > gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat > hari qiyamat. > > Setibanya di Masjidil Aqsa, Rasulullah turun dari > Buraq, masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat > dua rakaat dengan semua anbia dan mursalin menjadi > makmum.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 24, 2004 13:03:02 GMT 8
Ketua Pemberontak Dan Khalifah Umar
PADA zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, beberapa pemberontakan berlaku hingga menggoncang pemerintahannya. Kekejaman pihak pemberontak terhadap rakyat membuatkan pemerintah bertekad untuk menghapuskannya. Mereka yang enggan menyerah diri akan menerima hukuman mati.
Pada suatu hari, seorang pemberontak ditangkap dan dijatuhi hukuman pancung.
Tukang pancung bersiap sedia untuk memulakan hukuman mati itu.
Selaras dengan peraturan, orang yang dihukum diberikan peluang menyampaikan permintaan terakhir. Lantas Umar pun berkata: “Hai pemberontak ganas, apakah permohonanmu yang terakhir?
“Kuberikan kesempatan untuk menyampaikan keinginanmu sebelum kepalamu berguling ke bawah.”
Balas pemberontak:”Terima kasih Amirul Mukminin. Saya hanya inginkan semangkuk air sejuk.”
“Hanya semangkuk air dingin? Bukan makanan yang lazat?” tanya khalifah kehairanan.
“Tidak tuanku. Hanya semangkuk air sejuk,” jawab pemberontak itu.
Ucap khalifah:”Baik, akan kupenuhi permintaanmu.” Beliau kemudian memerintahkan supaya dibawakan semangkuk air sejuk untuk pemberontak itu.
Selepas pemberontak menerima air itu, dia dengan ketakutan dan penuh curiga berkata: “Apakah tuanku mahu berjanji apabila air dalam mangkuk ini belum saya minum, tuanku tidak akan memerintahkan tukang pancung untuk memancung leher saya?”
“Tentu sekali. Jika air dalam mangkuk itu belum kau minum, engkau tidak akan dipancung,” sahut khalifah memberikan jaminannya.
Tidak semena-mena, pemberontak itu membuang air dalam mangkuk berkenaan hingga habis lantas berkata: “Janji adalah janji tuanku dan janji harus ditepati. Bukankah demikian, wahai pemimpin orang beriman?”
Khalifah masih tidak dapat memahami tindakan pemberontak yang membuang air sejuk serta pertanyaannya itu, namun Umar tetap menjawab: “Pasti. Janji harus ditepati. Itulah keadilan.”
Pemberontak itu berkata:”Tadi tuanku berjanji jika air dalam mangkuk belum saya minum, tuanku tidak akan melaksanakan hukuman pancung ke atas saya.
“Air itu sudah saya tumpahkan dan sekarang air itu kering di tanah hingga saya tidak dapat minum untuk selama-lamanya. Hal ini bermakna, tuanku tidak akan memancung saya sesuai dengan janji tuanku tadi.”
Khalifah mengerutkan kening seketika lantas tidak dapat menahan diri daripada tertawa. Beliau kemudiannya membebaskan pemberontak berkenaan daripada hukuman mati.
Pada waktu lain, seorang pemberontak juga bakal menerima hukuman pancung tetapi ketika hukuman hampir dilaksanakan, beliau menangis teresak-esak.
Dengan wajah sinis, khalifah berkata: “Seorang pemberontak yang kononnya gagah berani menangis kerana menghadapi kematiannya? Apakah kau sudah menjadi tikus yang pengecut dan takut mati?”
Pemberontak itu menyahut: “Demi Allah wahai Amirul Mukminin, saya tidak menangis kerana takut mati.
Ajal adalah ketentuan dan mati pasti akan ditempuh oleh mereka yang pernah hidup.”
Khalifah kehairanan sambil bertanya:”Jadi mengapa engkau menangis?”
“Saya menangis lantaran saya akan mati ketika tuanku sedang murka,” balas pemberontak tadi.
Mendengar jawapan itu, Umar tertunduk lantaran teringatkan ajaran Islam melarang umatnya melakukan sesuatu atas dasar marah dan Rasulullah pun melarang sesuatu keputusan dijatuhkan ketika seseorang marah.
Ketika salah seorang ketua pemberontak bakal dihukum pancung, beliau pun berkata kepada khalifah: “Wahai Amirul Mukminin, tuan sudah diberi kemenangan, maka anugerahilah saya yang kalah dengan sesuatu yang melebihi nilai kemenangan.”
“Apakah maksudmu?” tanya khalifah.
“Berikan saya keampunan dan kesempatan untuk bertaubat serta memperbaiki kesalahan,” kata pemberontak itu.
“Tidak, engkau dihukum kerana engkau bersalah serta menolak untuk menyerah diri dan itulah keadilan,” kata Umar.
Pemberontak itu kemudian berkata:”Kata-kata tuanku memang benar, tetapi bukankah tuanku pernah menyatakan bahawa ada yang lebih tinggi harganya daripada keadilan iaitu memberi kemaafan?
“Maafkanlah saya kerana Allah cinta kepada orang yang lemah, kalah dan berdosa.”
Khalifah akur dengan kata-kata pemberontak itu hingga ketua pemberontak berkenaan dibebaskan dengan harapan dapat menempuh jalan yang benar kemudian hari.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 26, 2004 17:43:23 GMT 8
:)Kejayaan, Kekayaan, Kasih Sayang dan Kebahagiaan Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan : "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah." Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!" Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?" Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya: "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita." Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan : "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?" Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan,yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 30, 2004 1:44:10 GMT 8
BERKORBAN ITU INDAH
Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga dimana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.
"Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang
"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.
"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.
"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."
"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.
Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terimakasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.
Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.
Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama?Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.
Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.
Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.
Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.
Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara. Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.
Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi.
|
|
|
Post by KomOt on Oct 4, 2004 10:47:24 GMT 8
Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan > > > Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu > hari pernah didatangi > > > seorang lelaki yang wajahnya kusam dan > keningnya selalu berkerut. > Dengan > > > > murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang > hidup saya, rasanya > tak > > > > pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang > lain sudah lelap, saya > > > masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, > saya sudah mengaji. Saya > > > juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. > Tetapi mengapa saya > selalu > > > > malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" > > > > > > > > Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki > penampilanmu dan rubahlah > roman > > > > mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk > dunia yang miskin namun > > > wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. > Sebab menurut Rasulullah, > > > salah satu tanda penghuni neraka ialah muka > masam yang membuat orang > > > curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun > berjanji akan > memperbaiki > > > > penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. > Setiap kesedihan diterima > > > dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah > sesudah itu ia tak pernah > > > datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian > selalu dijaga. Sikapnya > > > ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum > bersahabat. Roman mukanya > > > berseri. > > > > > > > > Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, > awal keberhasilan > suatu > > > > pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan > penuh senyum.Bahkan > > > Rasulullahmenegaskan, senyum adalah sedekah > paling murah tetapi > > > paling besar pahalanya . > > > > > > Demikian pula seorang suami atau seorang > isteri. Alangkah celakanya > rumah > > > > tangga jika suami isteri selalu berwajah > tegang. Sebab tak ada > persoalan > > > > yang diselesaikan dengan mudah melalui > kekeruhan dan ketegangan. Dalam > > > hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah > cerah, Insya Allah, > apapun > > > > persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang > dinamakan keluarga > > > sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan > kasih sayang.
|
|
|
Post by KomOt on Oct 11, 2004 14:56:51 GMT 8
Khutbah Rasulullah SAW Menyambut Bulan Suci Ramadhan
Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah.
Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu ALLAH dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.
Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.
Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdo'a pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih;
Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.
Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.
Sahabat-sahabat lain bertanya: "Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan: Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walau pun hanya dengan seteguk air.
Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.
Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.
Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain.
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu.
Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin berkata: "Aku berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi: Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 12, 2004 16:41:38 GMT 8
Assalamu'alaikum, > > > > > > Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan > > langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu > > lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. > > > > Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha > > illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: > > > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > LAA ILAAHA ILLALLAH > > Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada > > rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, > > hanya untuk usaha kita yang sedikit dan sambil lewa. > > > > Laa ilaaha illalLah! > > Wassalam.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 12, 2004 20:21:29 GMT 8
Hadis: Berpegang Teguh Dengan Sunnah..
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
Penerangan Hadis:
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).
Riwayat: H.R. Abu Daud dan Tirmizi
|
|
scorpio
Junior Student
scorpio n batman together with you
Posts: 139
|
Post by scorpio on Oct 14, 2004 13:08:58 GMT 8
>Peliknya umatku.... >Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan >aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi, pukul 3 pagi >akan jadi terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu >sahur cukup menyeksakan baginya. > >Peliknya umatku.. >menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia >air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turut menangis namun, >berapa sgt umatku yg sudi melinangkan air matanya sbg taubat kpd yg >Esa?berapa sgt umatku yg menangisi kerana kematian seseorang ulama dan >solehin? > > >Peliknya umatku.... >sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji penyanyi pujaan >terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dan nombor >undian. tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit utk >dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku utk menghulurkan >seringgit dua ke jalan Allah. > >Peliknya umatku.... >gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main piano sedih sekali dia >pabila anaknya tak dpt masuk Akademi Fantasia. Malaysian Idol, namun, tak >ramai umatku yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yg >resah jika anaknya tidak tahu sujud kpd yg Esa. > > >Peliknya umatku.... >sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang konsert hiburan.. >sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan >sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah >dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf walaupun 5 minit >cuma. > >Peliknya umatku.... >setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat >kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi >bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk >nafsu,baca aje dah le. > >Peliknya umatku.... >setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 mlm pd >hari merdeka, >pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak ramai-ramai..tak kira >jantan betina >detik saat jam 12 ,saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam >besar. sedihnya..tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih >awal di masjid > >Peliknya umatku.... setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan >tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang >yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah. > > >Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan...... > > >
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 19, 2004 23:48:46 GMT 8
Rahsia Sujud Di Dalam Solat
Pernahkah kita terfikir setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda. Firman Allah SWT yang bermaksud:- " Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi'li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud.
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan "rasa menghina dirinya" seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa
"Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan".
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-
"Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)". (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Cerita Sujud:
Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud apabila mereka bangun mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya jadilah ia Iblis dengan bertukar rupa. Rupanya seperti kera dan badannya seperti babi justeru para malaikat merasa kecut dan takut lantas mereka sujud sekali lagi kerana syukur tidak kena laknat oleh Allah SWT.
1. SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH) 2. SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Tatkala Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit yang ketiga para malaikat-malaikat di sana sememangnya sujud selama- lamanya tetapi dikehendaki waktu Nabi SAW sampai mestilah mengangkat kepala tanda hormat.
Apabila Nabi SAW memberi salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana menjawab salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW kemudian mereka sujud semula.
Telah bersabda Rasulullah SAW, Bumi keseluruhannya adalah masjid melainkan tempat perkuburan dan tempat mandi.
"Telah dijadikan untuk kita bumi seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud kerana rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir kerana itulah puncak ibadah kepada Allah Taala. Tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak sampai atau kena hidungnya ke bumi (tanah) seperti juga dahinya".
Oleh kerana banyak hadis menyebut tentang bumi dan kaitannya dengan sujud maka para ulama bersepakat mengatakan sekurang-kurangnya mesti sekali seumur hidup solat dan sujud di atas bumi dengan tidak berlapik dan jika banyak kali adalah lebih baik. Maka dengan sebab itulah orang-orang yang bermazhab Syiah bersolat di atas bumi atau dengan membawa kemana-mana sapu tangan yang khas ada di atasnya tanah untuk lapik sujud.
Firman Allah SWT yang bermaksud:- " Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri" (Surah As-Sajadah ayat 15).
Di dalam perlakuan sujud itu ada simbolik dan hikmah yang harus fahami dan hayati. Iaitu bersama terancap dan ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi, pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap kepada Allah SWT dan penyerahan secara total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya. Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat "jauh api dari panggang" didalam erti kata yang lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang Maha Sempurna.
Sayugia dilakukan setiap melakukan rukun sujud ketika solat sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah SWT (Al-Khaliq). Manakala tunduk meletakkan dahi ketika sujud hendaklah merasakan bahawa ia sedang menghina diri kepada suatu Zat Allah Yang Maha Agung dan apabila ia merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu ia juga harus merasai dirinya itu amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Zat Yang Maha Agung. Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah.
Dengan sujud itu bererti telah mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.
Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah dijadikan dari tanah maka setiap kali seseorang itu sujud adalah bertujuan mengasuh hatinya bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah iaitu menemui kematian seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Dengan demikian bererti sujud itu juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, "Subhana Rabbial- A'la wa-Bihamdih".
Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 3. Melegakan sakit hernia. 4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan. 6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa. 7. Meringankan bahagian pelvis. 8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud. 9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah. 10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi. 11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal . 12. Mengurangkan kegemukan. 13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh. 15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.
Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).
|
|
|
Post by KomOt on Oct 22, 2004 14:49:01 GMT 8
Mayat membaca Yasin
"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.... Ceritanya begini....
Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah....
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ....
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 22, 2004 17:49:56 GMT 8
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT : Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W,ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."! Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah! S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh AllahS.W.T seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya : 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah. 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Nov 8, 2004 1:00:23 GMT 8
Terdapat beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w telah bermimpi melihat Lailatulqadar pada tujuh hari yang terakhir. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengikut Pandanganku, mimpi kamu bertepatan dengan tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya hendaklah mencarinya pada tujuh hari yang terakhir tersebut [Sahih Muslim
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Nov 8, 2004 17:22:58 GMT 8
Rasulullah adalah Seorang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan. Sesungguhnya Malaikat Jibril telah bertemu dengan baginda setiap tahun pada bulan Ramadan sehingga berakhir Ramadan. Rasulullah membaca Al-Quran di hadapannya. Apabila Rasulullah bertemu dengan Malaikat Jibril, maka baginda adalah orang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan melebihi angin kencang yang diutuskan...........
|
|
|
Post by firdaus803 on Jan 8, 2005 21:43:44 GMT 8
begitulah kuasa Allah s.w.t
|
|