|
Post by KomOt on Sept 6, 2004 14:10:58 GMT 8
Syeikh Abdul Kadir
Syeikh Abdul Kadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.
Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.
Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut-pengikutnya.
Moral & Iktibar Ilmu Agama perlu dituntut meskipun terpaksa berjalan jauh. Kata-kata ibu menjadi pendorong dan perangsang dalam hidup. Berkata benar adalah satu kekuatan yang boleh memberi keinsafan kepada orang lain. Niat yang baik dan ikhlas mendapat keberkatan daripada Allah.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 6, 2004 14:18:29 GMT 8
Tafsir Talqin
> Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat > dengan > Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, > Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang > baik > dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur > sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, > dan > sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa > sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah > Taala. > Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan > kembali menghadap hadirat Allah Taala. > > Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin > IBUSAYA, > hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa > bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri > Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan > sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu > Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada > kamu > 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar > dan > Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu > berdukacita > dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. > > Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu > hamba > Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka > menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: > > Siapakah Tuhan kamu? > Siapakah Nabi kamu? > Apakah agama kamu? > Apakah kiblat kamu? > Siapakah saudara kamu? > Apakah pegangan iktikad kamu? > Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? > > Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat > dan > sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, > janganlah > cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. > Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam > agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan > solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan > mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang > yang > beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku > mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah". > > Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang > paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam > Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula > untuk berkumpul di Padang Mahsyar. > > Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, > soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, > bangun > dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan > berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala > amalan > kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan > neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu > juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang > di > dalam kubur. > > Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu > disisi > Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua > yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah > Taala > menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada > kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan > akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima > segala > amal kebajikan kamu. > > Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak > disiksa > mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. > > Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal > mursalinwalham > dulillahi rabbil alamin. > > Al-Fatihah.. > > Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" > > Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar > berada > di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, > yang > ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati > dengan kesabaran." > > Surah Al-A'sr
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 7, 2004 1:57:20 GMT 8
takut hambo membacanya,..
|
|
|
Post by KomOt on Sept 8, 2004 16:41:05 GMT 8
aku selalu gi dgr org baca talqin untuk jenazah..insaf aku..seram meremang pn ade gak..tp best..ia buat aku sedar diri..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Sept 8, 2004 19:14:41 GMT 8
aku selalu gi dgr org baca talqin untuk jenazah..insaf aku..seram meremang pn ade gak..tp best..ia buat aku sedar diri.. elok la tuh..mmg tujuan talqin tu untuk menyedarkan manusia yg masih bernyawa utk segera menginsafi kesilapan...
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 4:19:52 GMT 8
insaflah..mulai skrg..
|
|
|
Post by KomOt on Sept 13, 2004 16:01:06 GMT 8
10 CARA MEMENANGI HATI MERTUA
"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."
Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.
Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 17, 2004 12:08:19 GMT 8
Manfaat Surah Yassin Manfaat Surah Yassin" : RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin karena ia mengandung keberkatan", yaitu: 1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang. 2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh. 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit,terhindar dari pada penyakitnya. 11.Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. 12.Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya". 13.Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil. 14.Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
Post by dEw@[CrOnIc$] on Sept 18, 2004 5:28:43 GMT 8
ini atok kena baca ni....senang sikit
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 19, 2004 4:36:12 GMT 8
[quote author=dEw@[CrOnIc$] link=board=students&thread=1094082756&start=293#19 date=1095456523] ini atok kena baca ni....senang sikit[/quote]
hehehe...tgh nak khatam lah ni..
|
|
|
Post by KomOt on Sept 21, 2004 13:46:17 GMT 8
Wanita Di sisi Lelaki... Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mampu untuk meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptanya begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya.
Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita...
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak lurus, malah membengkokkan.
Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 21, 2004 13:47:35 GMT 8
Anak-anak tidak tahu menjaga adab ketika khatib berkhutbah
Rata-rata diperhatikan sepanjang saya berada di mana-mana masjid di Negeri Sembilan ini ketika khatib sedang membacakan khutbah Jumaat maka kanak-kanak yang berada di saf-saf belakang selalunya akan membuat bising dengan bermain-main, bercakap-cakap, bergurau, tolak menolak dan sebagainya. Perkara ini seakan-akan sudah menjadi lumrah budaya anak-anak orang Melayu apabila pergi menunaikan sembahyang Jumaat. Mungkin ada segelintir kecil sahaja anak-anak yang tahu menjaga adab tidak membuat bising ketika khatib sedang berkhutbah. Juga selalunya anak-anak yang duduk bersama orang tua mereka selalunya akan duduk tanpa menggangu konsentrasi jemaah lain.
Di Masjid Bandar Baru Senawang fenomena ini turut berlaku, dan saban hari Jumaat, perkara ini semakin tidak terkawal. Terfikir dalam hati saya dimanakah ayah kanak-kanak ini, adakah ayah mereka duduk di saf hadapan sehinggakan tidak mendengar bunyi bising suara kanak-kanak bermain di belakang, adakah ayah mereka ini solat Jumaat di masjid lain atau ayah mereka tidak kisah anak mereka membuat bising ketika khatib sedang berkhutbah kerana sedang dibuai mimpi ketika khatib sedang berkhutbah ? Kekadang ada juga Bilal sebelum khatib berkhutbah menyampaikan pesan kepada hadirin yang hadir supaya diam dan mendengar khutbah apabila khatib sedang berkhutbah. Tapi ianya tidak memberi kesan langsung pada anak-anak, kerana mungkin difikirkan mereka pesanan tersebut hanya untuk orang tua-tua sahaja, atau mungkin cara pesanan Bilal tadi tidak dimengerti oleh anak-anak yang hadir. Apakah semua jemaah tidak peka dengan apa yang berlaku di masjid mereka ? Tidakkah mereka merasa sedih melihat akhlak anak-anak kita yang tidak bersopan apabila berada di masjid, lebih-lebih lagi ketika khutbah Jumaat sedang dibacakan ?
Kekadang timbul perasaan sedih dan terkilan apabila saya lalu di gereja-geraja di sekitar Seremban, anak-anak orang Kristian akan datang ke gereja bersama orang tua mereka. Sedangkan kita anak-anak kita orang Melayu datang ke masjid dilepaskan begitu sahaja membuat bising sesuka hati mereka tanpa pengawasan orang tua mereka.
|
|
|
Post by KomOt on Sept 22, 2004 8:37:14 GMT 8
Assalamualaikum dan salam sejahtera > > Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang, boleh mengambil > iktibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang > berkeluarga, perlu mengajar... > > Untuk suami.. renungkanlah > > Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. > > Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah > pun tidak setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman > yang punya cita-cita menjadi solehah...Pernikahan atau perkahwinan mengajar > kita kewajiban bersama. > > Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya > Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya > Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya > Isteri adalah murid kamu mursyidnya > Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya. > > Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya . Seketika isteri menjadi > racun kamulah penawar bisanya Seandainya isteri tulang yang bengkok > berhatilah meluruskannya..Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita > perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. > kerana memiliki isteriyangtak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak > dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah saw?..Pun bukanlah Sayyidina Ali > Karamallahhuwajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... > amin. > > Untuk isteri pula.. renungkanlah... > > Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia. Suami yang menikahi kamu > tidaklah semulia Muhammad saw?..Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah > Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu > hanyalah lelaki akhir zaman yang punyacita cita membangun keturunan yang > soleh...Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. > > Suami menjadi pelindung kamu penghuninya. > Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya. > Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. > Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya. Seketika suami > menjadi bisa kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang > sabarlah memperingatkannya. Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita > perlunya iman dan taqwaUntuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt > kerana memiliki suami yang tak segagah mana. Justeru kamu akan tersentak > dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga pun > bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman > yang berusaha menjadi solehah...amin... > > > Justeru itu wahai para suami dan isteri.Jangan menuntut terlalu tinggi > seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Suami & isteri > ingatlah:Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak > semulia Rasulullah? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri > tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof > seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari suami seteguh > Ibrahim andai diri tidak sekuat Haja dan Sarah..
|
|
|
Post by KomOt on Sept 23, 2004 10:03:37 GMT 8
Khutbah Nabi Mengenai Dajjal Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."
Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Wallahu A'lam
|
|
|
Post by KomOt on Sept 24, 2004 10:13:16 GMT 8
Israk Mikraj (mikraj) > Mikraj > > Mikraj ialah perjalanan Rasulullah s.a.w ditemani > Jibril ke langit hingga sampai ke suatu tempat yang > dipanggil Sidratul Muntaha. Baginda didatangkan > Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Baginda dan > Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke > pintu langit dunia (pintu Hazhah) > > - Di langit pertama, Rasulullah berjumpa dengan Nabi > Adam a.s. Di situ juga Baginda dapat melihat > orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan > melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka > sangat hodoh dan buruk. > > - Di langit kedua, bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi > Yahya > > - Di langit ketiga, bertemu dengan Nabi Yusuf > > - Di langit keempat, bertemu dengan Nabi Idris > > - Di langit kelima, bertemu dengan Nabi Harun yang > dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil > > - Di langit keenam, bertemu dengan Nabi-Nabi dan > umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 > orang yang masuk syurga tanpa hisab. > > - Di langit ketujuh, bertemu dengan Nabi Ibrahim > yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh > beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah saw, Nabi > Ibrahim bersabda: > > "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. > Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka > berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam > tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA > BILLAH" > > - Di langit kelapan, yang disebut 'Al-kursi' yang > berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. > Rasulullah saw menyaksikan pelbagai keajaiban pada > pokok itu: Air sungai yang tak berubah, sungai susu, > sungai arak dan sungai madu lebah. Pokok yang buah, > daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna > dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. > Unggas-unggas emas berterbangan. > > Semua keindahan itutak terperi oleh manusia. Baginda > Rasulullah saw dapat menyaksikan pula sungai > Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya > baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta > dengan Malaikat penunggunya. > > - Di langit kesembilan, Rasulullah antara lain > melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur > Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering > basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid > dan tidak memaki ibu bapanya. > > - Di langit kesepuluh, baginda Rasulullah sampai di > Hadhratul-Qudus dan Hadhrat RAbbul-Arbab lalu dapat > menyaksikan Allah swt dengan mata kepalanya, lantas > sujud. Di sinilah, antara lain, umat Islam > difardhukan solat 50 waktu. > > Selesai munajat, Rasulullah dibawa menemui Nabi > Ibrahim, kemudian Nabi Musa, yang kemudiannya > menyuruh Rasulullah merayu kepada Allah agar diberi > keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. > > Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali > dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan > memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan > mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. > > > Selepas Mikraj > > Rasulullah turun ke langit dunia semula. Seterusnya > turun ke Baitul Maqdis. Dengan menunggang Buraq, > Baginda pulang ke Makkah pada malam yang sama. > > Dalam perjalanan ini Baginda bertemu dengan beberapa > peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi peristiwa > Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu. > > > Batu Shakrah, Haram Al-Shariff > (sumber: Bait Al-Maqdis, Masjid Al-Aqsa dan Batu > Bergantung oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas) > > Batu bergantung disebut dalam bahasa Arab sebagai > Kubbah As-Shakra dan dalam bahasa Inggeris The Dome > of The Rock. Ada cerita-cerita yang mengatakan > bahawa batu ini terangkat ke atas ketika Rasulullah > melepaskan kaki Baginda dari batu ini untuk > melakukan mikraj ke Sidratul Muntaha. Batu ini > dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu mikraj > tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak > tangan Jibril dikatakan masih ada dan dinamakan > Kafdf Sayyidina Jibril. > > Bagaimana pun, menurut Sayyid Muhammad bin Alwi > Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah, mereka > yang berkata bahawa batu ini bergantung di antara > langit dan bumi adalah tidak benar kerana kisah ini > tidak tersebut dalam alQuran atau dalil-dalil yang > kuat. > > Batu ini panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki dan > berbentuk hampir separuh bulatan. Di tengah-tengah > batu ini terdapat satu lubang yang turun ke bawah > menuju ke sebuah gua kecil. > > > Masjidil Shakrah > (Dome of The Rock) > > Ada sesetengah riwayat mengatakan bahawa Khalifah > Omar ibnul Khathab ra mengerjakan solat berhampiran > batu "shakhrah" setelah tentera Islam menawan kota > Baitul Makdis dari tentera Romawi Byzantine (636 > Masehi)
|
|