|
Post by kAsuTbAtA on Jun 24, 2004 18:14:25 GMT 8
ler...jgn la give up camtuh....kt UIA nih leh apply utk Nov intake lah...try lah.....apply kt sini.....aku cadangkan korang apply jer kt sini......insyaAllah leh dapat.....tapi kena cepat la.....dateline utk submit application tu 31 july nie... form mmg da ade kat tangan..tp pikir 4 tahun tu..pikir balik la..tahniah enigma..kemsalam kat damba kasih tau..
|
|
|
Post by KomOt on Jun 28, 2004 5:03:49 GMT 8
Bermuda Triangle
> Bermula dari Florida, membawa ke Miami, Puerto Rico dan seterusnya ke > Pulau > Bermuda, bentuk terkuat yang diketahui oleh manusia telah terhasil iaitu > tiga segi. Piramid berbentuk tiga segi, maka ia kukuh hingga kini. Kalau > kita ambil kayu dan ikatkan menjadi bentuk tiga segi ia sentiasa lebih > kuat > daripada yang berbentuk empat segi. Begitulah istimewanya tiga segi tetapi > dalam masa yang sama ia juga menyimpan misteri. > > Bermuda Triangle berbentuk tiga segi dan ia cukup menakutkan. Anda tentu > pernah mendengar tentang misterinya Bermuda Triangle. Paling tidak > kehilangan skuadran TBM Avengers sebaik sahaja berlepas dari Fort > Lauderdale, Florida pasti mendatangkan pelbagai tanda tanya. > > Apa yang ada di Bermuda Triangle? > > Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan arah > ke > utara. Anda dikira 'hilang' . Satu lagi tempat dikenali sebagai "Devil's > Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak di luar dari kawasan > pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki keanehan serupa. > > Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000 kaki, > sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris kelihatan okey. > Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana mereka berada. Semuanya > kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu sahaja, seolah-olah tidak > pernah > wujud sebelum itu. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ia jatuh ke laut atau > menghadapi apa-apa kesukaran. Ia tiba-tiba ghaib! > > Apa yang sebenarnya telah berlaku? > > Teringat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa > Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, "Apabila salah seorang berada > di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar, lalu > bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari dirinya > terletak > di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia > berdiri (meninggalkan tempat itu)." > > Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang > paling > digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda Triangle? Kawasan > ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan antara benua Amerika > Utara > dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua > arus > - panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara. > > Dengan hadis ini maka terjawablah misteri Bermuda Triangle. > Perkara-perkara > aneh yang berlaku itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara > panas > dan sejuk dan 'istana' syaitan yang mungkin tersembunyi di situ. > > Berdasarkan sebuah buku bertajuk "Dajjal akan Muncul dari Kerajaan Jin di > Segi tiga Bermuda" oleh Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir yang > mendedahkan bahawa kawasan Bermuda Triangle adalah kawasan jin di mana > dari > situlah akan muncul dajjal. Jika benar dakwaan buku ini, tidak syak lagi > apa > yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. itu nyata mendahului zaman. Sekali gus ia > membuktikan Islam memiliki semua jawapan untuk semua persoalan. > > Masihkah hendak berdolak-dalik? Mari sama-sama merenung dan melihat.
|
|
|
Post by KomOt on Jul 1, 2004 8:47:18 GMT 8
SAKA
saka ni sebenarnya adalah gangguan makhluk halus yg diwarisi secara tidak langsung drp org yg terdahulu, ayah/ibu secara keturunan yg mengambil/membela makhluk ni utk tujuan tertentu. apabila seseorg tu mengambil/membela makhluk ni secara otomatik makhluk ni jadikan pemiliknya sebagai rumahnya. lazimnya makhluk halus ni diambil bagi tujuan tertentu misalnya utk: - perniagaan sbg pelaris - jenis mensihir - mengurut - bomoh - kecantikan (susuk) - menjaga harta sprt tanah, rumah dsb (penunggu) - mensihir - atau seseorg tu pernah disihir
manusia tidak bole bersahabat, minta tolong, atau mempunyai sebarang hubungan dgn gangguan makhluk halus. ia bukan saja memudaratkan kesihatan tetapi juga menyesatkan (syirik). makhluk ni ada 3 golongan jin, syaitan, iblis. contoh terbaik kisah nabi sulaiman yg mana jin ni dijadikan hamba bukan sahabat apatah lagi masuk dlm badan.
cara hidup manusia dengan makhluk ni adalah serupa dr segi makan, minum, sakit, bekerja dsbnya. jika manusia bekerja dlm bidang tertentu sprt jurutera, komputer, dsbnya makhluk ini juga mempunyai pekerjaan sprt mensihir, melaris, mencantik, menurunkan hujan, menggoda dsbnya. nisbah manusia dgn makhluk ni adalah 1:9, bermakna bilangannya adalah jauh lebih banyak dari manusia.
makhluk ni bila ada dlm badan manusia akan membuat kerosakan serupa manusia bila menduduki rumah akan ada kerosakan. saka sihir pula adalah makhluk hasil dari perbuatan sihir/disihir. bila seseorg disihir sejumlah bilangan makhluk ni dihantar pd org tertentu. makhluk ni akan melakukan seperti yang disuruh dan jumlahnya bergantung pd jenis bomoh. ada yg menghantar 300 / 500 makhluk utk sekali sihir, dan bende ni akan melakukan kerosakan luaran juga dalaman org yg disihir. setelah terkena sihir org ni akan mempunyai masalah kesihatan yg tidak bole dikesan. saka sihir ni bole mensihir organ dalaman mereka yg disihir. contohnya jantung, buah pinggang, hati, rahim, dsbnya. bole mengakibat keguguran, sukar mengandung, kanser dan pelbagai masalah lain.
mereka yg ada saka sihir bole mengakibatkan pasangan mereka mendapat penyakit kanser. kanser rahim, payudara, mati pucuk dsbnya. ini berlaku apabila berlaku sentuhan, makhluk ni akan cuba merosakkan tisu/sel pasangan dgn mencucuk2. org yg terkena akan merasa sakit, sejuk, pedih dsbnya. setelah berlaku beberapa kali akhirnya sel2 akan mati dan akan dikenali dgn pelbagai nama saintifik sprt fibroid, kanser dsbnya.
rasulullah melarang keras umatnya yang memakai sebarang bende (kertas/tangkal) yg dijadikan azimat bagi melindungi diri dr sebarang musibah sbb ia adalah syirik. sebaliknya tuntutlah ilmu tassawuf/kerohanian utk melindungi diri kerana hanya Allah yg patut ditakuti. ada 2 cara utk keluarkan gangguan makhluk halus ni: 1/ pengambilan myk habbatus sauda 2/ secara kerohanian myk habbatus sauda adalah yg terbaik sbb disamping bole mengeluarkan makhluk ni ia juga bole merawat tubuh seseorg akibat kerosakan (penyakit) yg dilakukan. bilangan saka adalah 300 ke atas dan bole meningkat bergantung pd jenis & amalan seseorg.
mereka yg terkena sihir tak bole diubati/dirawat dgn myk habbatus sauda semata. perlu dibuka simpulan sihir ni oleh mereka yg ada ilmu kerohanian islam. mereka yg terkena sihir ni juga kena minum myk habbatus sauda bagi memulihkan masalah kesihatan akibat perbuatan sihir.... jika mereka yg disihir tak dirawat/dikeluarkan makhluk ni, makhluk ni akan bermaharajalela dlm tubuhnya dan melakukan lebih byk sihir pd organ2 dalaman sbb sihir adalah pekerjaannya.
saka sihir yg ada dlm diri seseorg mampu mensihir sesiapa saja...
|
|
|
Post by enigma on Jul 2, 2004 10:50:02 GMT 8
form mmg da ade kat tangan..tp pikir 4 tahun tu..pikir balik la..tahniah enigma..kemsalam kat damba kasih tau.. ok...takpelah....msk mana2 pon..janji bleh blaja...
|
|
dheartyuiam
New Student
be the best among the best!
Posts: 2
|
Post by dheartyuiam on Jul 2, 2004 12:49:31 GMT 8
Sejarah telah mencatat beberapa nama wanita terpandang yang di antara mereka ada yang dimuliakan Allah dengan surga, dan di antara mereka ada pula yang dihinakan Allah dengan neraka. Karena keterbatasan tempat, tidak semua figur bisa dihadirkan saat ini, namun mudah-mudahan apa yang sedikit ini bisa menjadi ibrah (pelajaran) bagi kita. Waanita Yang Beriman Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam : "Seutama-utama wanita ahli surga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fathimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiyah binti Muzahim." (HR. Ahmad)
1.Khadijah binti Khuwailid
Dia tumbuh dalam lingkungan keluarga yang terhormat sehingga mendapat tempaan akhlak yang mulia, sifat yang tegas, penalaran yang tinggi, dan mampu menghindari hal-hal yang tidak terpuji sehingga kaumnya pada masa jahiliyah menyebutnya dengan ath thahirah (wanita yang suci). Dia merupakan orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa Muhammad tanpa banyak membantah dan berdebat, bahkan ia tetap membe-narkan, menghibur, dan membela Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam di saat semua orang mendustakan dan mengucilkan beliau. Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwa dan hartanya untuk kepentingan dakwah di jalan Allah. Ia rela melepaskan kedudukannya yang terhormat di kalangan bangsanya dan ikut merasakan embargo yang dikenakan pada keluarganya.
Pribadinya yang tenang membuat-nya tidak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan mengikuti kebanyakan pendapat penduduk negerinya yang menganggap Muhammad sebagai orang yang telah merusak tatanan dan tradisi luhur bangsanya. Karena keteguhan hati dan keistiqo-mahannya dalam beriman inilah Allah berkenan menitip salamNya lewat Jibril untuk Khadijah dan menyiapkan sebuah rumah baginya di surga. Tersebut dalam sebuah hadits dari Abu Hurairah, ia berkata: "Jibril datang kepada Nabi kemudian berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah datang membawa bejana berisi lauk pauk, makanan dan minuman. Maka jika ia telah tiba, sampaikan salam untuknya dari Rabbnya dan dari aku, dan sampaikan kabar gembira untuknya dengan sebuah rumah dari mutiara di surga, tidak ada keributan di dalamnya dan tidak pula ada kepayahan." (HR. Al-Bukhari).
Besarnya keimanan Khadijah pada risalah nubuwah, dan kemuliaan akhlaknya sangat membekas di hati Rasulullah sehingga beliau selalu menyebut-nyebut kebaikannya walau-pun Khadijah telah wafat. Diriwayatkan dari Aisyah, beliau berkata:
"Rasulullah hampir tidak pernah keluar dari rumah sehingga beliau menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu maka aku berkata: Bukankah ia seorang wanita tua yang Allah telah meng-gantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau? Maka beliau marah sampai berkerut dahinya kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya. Sungguh ia telah beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku, dan dengannya Allah mengaruniakan anak padaku dan tidak dengan wanita (istri) yang lain. Aisyah berkata: Maka aku berjanji untuk tidak menjelek-jelekkannya selama-lamanya."
2.Fatimah
Dia adalah belahan jiwa Rasulullah, putri wanita terpandang dan mantap agamanya, istri dari laki-laki ahli surga yaitu Ali bin Abi Thalib. Dalam shahih Muslim menurut syarah An Nawawi Nabi bersabda: "Fathimah merupakan belahan diriku. Siapa yang menyakitinya, berarti menyakitiku." Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama ayah dan suami tercinta. Dia korbankan segala apa yang dia miliki demi membantu menegakkan agama suami. Fathimah adalah wanita yang penyabar, taat beragama, baik perangainya, cepat puas dan suka bersyukur.
3.Maryam binti Imran
Beliau merupakan figur wanita yang menjaga kehormatan dirinya dan taat beribadah kepada Rabbnya. Beliau rela mengorbankan masa remajanya untuk bermunajat mendekatkan diri pada Allah, sehingga Dia memberinya hadiah istimewa berupa kelahiran seorang Nabi dari rahimnya tanpa bapak.
4.Asiyah binti Muzahim
Beliau adalah istri dari seorang penguasa yang lalim yaitu Fir'aun laknatullah 'alaih. Akibat dari keimanan Asiyah kepada kerasulan Musa, ia harus rela menerima siksaan pedih dari suaminya. Betapapun besar kecintaan dan kepatuhannya pada suami ternyata di hatinya masih tersedia tempat tertinggi yang ia isi dengan cinta pada Allah dan RasulNya. Surga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan yang ia rasakan di dunia sebagai akibat meninggalkan ke-mewahan hidup, budaya dan tradisi leluhur yang menyelisihi syariat Allah ia telan begitu saja bak pil kina demi kesenangan abadi. Akhirnya Asiyah meninggal dalam keadaan tersenyum dalam siksaan pengikut Fir'aun.
Dari Abu Hurairah, Nabi Shallallahu alaihi wasalam berkata: "Fir'aun memukulkan kedua tangan dan kakinya (Asiyah) dalam keadaan terikat. Maka ketika mereka (Fir'aun dan pengikutnya) meninggalkan Asiyah, malaikat menaunginya lalu ia berkata: Ya Rabb bangunkan sebuah rumah bagiku di sisimu dalam surga. Maka Allah perlihatkan rumah yang telah disediakan untuknya di surga sebelum meninggal." Wanita yang durhaka 1. Istri Nabi Nuh 2. Istri Nabi Luth
Mereka merupakan figur dua orang istri dari para kekasih Allah yang tidak sempat merasakan manisnya iman. Hatinya lebih condong kepada apa yang diikuti oleh orang banyak daripada kebenaran yang dibawa oleh suaminya. Mereka justru membela kepentingan kaumnya karena tidak ingin dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang yang selama ini mencintai dan menghormati dirinya. Maka kesenangan sesaat ini Allah gantikan dengan kebinasaan yang didapat bersama kaumnya. Istri Nabi Nuh ikut tenggelam oleh banjir besar bersama kaumnya yang menyekutukan Allah dengan menyembah patung-patung orang shalih, sedangkan istri Nabi Luth ditelan bumi karena adzab Allah atas kaumnya yang melakukan liwath (homoseksual).
Semua cerita ini telah Allah rangkum dalam sebuah firmanNya yang indah dalam surat At-Tahrim ayat 10-12, yang artinya: "Allah membuat istri Nuh dan istri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang shalih di antara hamba-hamba Kami, lalu kedua istri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah: dan dikatakan (kepada keduanya) : Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka). Dan Allah membuat istri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisimu dalam Surga.
Dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang dhalim. Dan Maryam puteri Imran yang memelihara kehor-matannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari roh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan kitab-kitabnya dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat." Semoga kisah para wanita ini bisa menjadi pelajaran bagi para wanita zaman ini untuk berkaca diri, kira-kira saya termasuk golongan yang mana? Apakah golongan yang dicintai Allah atau yang dimurkaiNya? Bagi wanita yang belum berumah tangga, saat ini merupakan kesempatan besar baginya untuk memperbanyak amalan shalih dan mendekatkan diri pada Allah, bukannya justru menghabiskan masa mudanya dengan hura-hura dan kegiatan lain yang tidak bermanfaat.
Dan bagi mereka yang sudah berumah tangga, selain menjaga keistiqomahannya dalam berIslam dia juga diberi beban tambahan oleh Allah untuk membantu suami menjalankan agamanya. Istri yang demikian meru-pakan harta yang paling berharga. Dari kisah mereka, kita juga bisa mengambil pelajaran bahwa dalam keadaan bagaimanapun, hendaknya ketundukan kepada syariat Allah dan RasulNya harus tetap di atas segala-galanya. Asalkan berada di atas kebenaran, kita tidak perlu takut dibenci oleh masyrakat, sahabat, maupun orang yang paling istimewa di hati kita. Justru kewajiban kita adalah menunjukkan yang benar kepada mereka. Dengan begitu kita akan mendapatkan cinta sejati .. cinta Allah Rabbul 'alamin. Mudah-mudahan kita selalu diberi keistiqomahan untuk menapaki dan mengamalkan syariat yang haq (benar) walaupun kita seorang diri. Amin. (Faradillah)Maraji': Ahkamun Nisa', Ibnul Jauzi. Fathul Bari, Ibnu Hajar Al-Atsqalani. Tuhfatul Ahwadzi, Al Mubarakfuri. Wanita-wanita Shalihat Dalam Lintas Sejarah Islam, Muhyidin Abdul Hamid.
Semoga kita semua dibawah lindungan ALLAH SWT sentiasa.. Wallahualam...
|
|
|
Post by feimaumania on Jul 5, 2004 9:42:44 GMT 8
ler...jgn la give up camtuh....kt UIA nih leh apply utk Nov intake lah...try lah.....apply kt sini.....aku cadangkan korang apply jer kt sini......insyaAllah leh dapat.....tapi kena cepat la.....dateline utk submit application tu 31 july nie... eh yeke...sbb ade bdk kate kat aku mase die nak amik...orang tu tanye u ni foreigner ke...sbb form tu hanye layak utk foreigner je...kire m'sian tak leh..tu pun bdk ni cong kate die foreigner pas tu sampai naik ke org atas call..bahas2 punye bahas..baru dapat.. tu baru nak form blum apply lg....
|
|
|
Post by kiasannaluri_cute on Jul 8, 2004 15:23:56 GMT 8
a'kum...renungan bersama
ANDAI ANDA TERPAKSA PERGI!!!
Syukurilah nikmat cantik yang telah ALLAH anugerahkan kepada anda. Syukuri juga nikmat tampan jika kesempatan itu diberikan kepada anda. Wajah yang cantik dan tampan akan semakin cantik jika dibalut dengan ketulusan. Apakah anda tidak menyedari akan hal ini?Tatkala airmata mencucur laju, bukankah baik jika diganti dengan hilai tawa? Semasa anda mengkhianati cinta seseorang, anda sudah mewarisi sifat kezaliman. Bukankah indah hidup anda jika amalkan tolenrasi dan saling menyayangi?
Wahai wanita dan lelaki, runtuhkanlah tembok egomu, jalanilah hidup sebagaimana seorang yang meminjam waktu walau sedikit. Tempoh untuk kita sama-sama melayari hidup tidak lama. Nafas yang ditarik boleh terhenti tiba-tiba. Mengapa menukar asal kejadian anda yang putih bersih itu kepada hitam pekat lagi berkarat.
Hidup bukanlah terlalu lama untuk kita rencahi ia dengan tutur kata yang membisakan hati penerima. Hidup bukan juga lama untuk kita rencahi ia dengan titik-titik hidup dalam sejarah hidup kita. Lelaki dan wanita adalah makhluk dari spesies yang sama. Sama-sama punya perasaan, sama-sama ingin hidup bahagia dan ceria. Mengapa saling gagal memahami? Mengapa terlalu mementingkan diri padahal dia yang terluka adalah sama-sama bergelar manusia.
Wahai setiap yang bernama lelaki an juga wanita, air mata anda bagaikan mutiara di tengah padang pasir yang luas. Usah terlalu mudah menumpahkanya untuk satu berita sedih tapi bangkitkan untuk membuktikan anda tidak lemah hanya oleh ujian perasaan. Dia yang mengecewakan anda bukanlah insane terbaik. Biar dia pergi hari ini daripada besok hari, kerana setiap yang bernama setiap hari itu adalah kelukaan yang lebih dalam.
Setiap kekecewaan hari ini sebenarnya lebih baik daripada hari esok, sebab kekecewaan hari ini pastinya tidak sedalam hari yang mendatang. Semakin dalam rasa cinta dan sayang ada semakin sakitlah apabila anda dikecewakan.
|
|
|
Post by enigma on Jul 9, 2004 5:34:01 GMT 8
eh yeke...sbb ade bdk kate kat aku mase die nak amik...orang tu tanye u ni foreigner ke...sbb form tu hanye layak utk foreigner je...kire m'sian tak leh..tu pun bdk ni cong kate die foreigner pas tu sampai naik ke org atas call..bahas2 punye bahas..baru dapat.. tu baru nak form blum apply lg.... ler...takdelah camtuh...kalo aku g amik skang ni..mesti dapat nyer...ader lg lah...
|
|
|
Post by KomOt on Jul 9, 2004 10:05:09 GMT 8
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.
Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan.Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.
"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.
"Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih.
Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.
"Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung. "Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah!" "Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja. "Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. "Inilah! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni,tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan kemarahannya yang terpendam. "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.Naim cuma tersenyum.
"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat,Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat-pisat Raiz bangun. "Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya. "Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan!
Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! Kenapa pulak ada kat sini?! Raiz keliru. "Rumah Naim? Kau biar betul! Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?" "Budak ni... bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.
Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya semalam? Raiz tidak dapat menjawab, sehinggalah dia terduduk di sisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. "Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye.Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang la rumah aku ye!"
Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah. "Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!"
|
|
|
Post by KomOt on Jul 16, 2004 10:31:41 GMT 8
kiamat dah dekat.... Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari- Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." -Abu Hurairah r.a- Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" -Ibnu Majah- Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -Riwayat Nasai.- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik."Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim- Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." -Riwayat Ahmad- Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad- Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda- tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -Riwayat Thabrani- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" -Sahih Muslim- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -Riwayat Ahmad- Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai. -Sahih Muslim-
|
|
|
Post by feimaumania on Jul 19, 2004 9:09:18 GMT 8
ler...takdelah camtuh...kalo aku g amik skang ni..mesti dapat nyer...ader lg lah... amik kan la....sempat lg ke ha...due date ble
|
|
|
Post by KomOt on Jul 22, 2004 7:16:38 GMT 8
Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu." Apa Yang Akan Ditanya: * Dalam sehari ada 24 jam.? * Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. * Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ? Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan: * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab: "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi." Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak." Simpanlah baik2 email ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat,Insyaallah.
|
|
|
Post by KomOt on Jul 22, 2004 7:20:17 GMT 8
CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR..... >saya terima info ni dari rakan > >Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan >sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, >untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. > >Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi >meninggalkan mak yang kesorangan. >Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh. >Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka.... >pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... >dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. >Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus menangis. > >Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah >syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga >kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih >terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil >mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah >ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih >dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat. > >Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata >kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta >honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah >sihat...dah selera makan. >Pastu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah >dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah >ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. >Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. >Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan >aku, >sebaliknya buat sijil kematian abah. > >Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau >mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah >masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. >Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. >Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah. > >Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah.Pertama kali naik van jenazah, >pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 hari, >pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, >ertama kali menjirus air mawar...semuanya pertama kali. >Dan pertama kali juga takkan jumpa abah lagi. > >Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. >Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... >pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... >aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula.Ciuman ini adalah >ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah >besar sudah lama tidak mencium pipinya.Ya Allah..tuhan segala alam... >aku dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya. >hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. > >Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong...... >setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang. > >Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. >Abah seorang pendiam...... sabar.. dan alim.... >Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan >dilakukannya. >Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada >abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan >abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan >emak...yang sentiasa berterus terang.... >seringkali tidur di peha. > >Kelmarin aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. >Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. >Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila >aku beli kereta. Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria >hijau 1.6..... >abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam >1.00 >pagi >aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan >anaknya. >Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah >catat >Kak Se keguguran..... >Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua >bila baca dairi tue.... > >Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka >mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang >lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya >sahaja. >Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap >pasal >anaknye. >Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang". >Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir aku >bukan anak yang baik. > >Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, >rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku >nota kuliah subuh abah yang terbaru..... >catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur" >... >abah gariskan perkataan ingat kubur.... >dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk >meninggal.Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di >kubur dan api neraka.Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti >dia dukung... >bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama. >Kini semuanya tiada. > >YaALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa >Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi >abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... >abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang >aru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan >untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah. > >Tok Imam ada cakap kat kami...."kubur ayah dikorek...pastu ditanam... >tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang pemurah.... >sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak >cukup >tanah." >"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal" "Abah kamu waktu >dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...perkara itulah >menyedapkan hati kami.... >untuk jadi seperti abah.... > >Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....aku memulangkan semula duit >masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira >kutipan >Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis.... >"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu"......... > >Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau kerja >apa sekali pun.... > >Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku .... >Talkin buat abah masih segar... >"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu >bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar" dan kita yang >hidup akan pergi juga....Lelaki berat tanggungjawabnya.... suami menanggung >dosa isteri dan anak-anak.....isyaAllah selaku anak-anak kami telah >dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak >mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..Mak juga seorang yang dan >solehah....saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam >menentukan Al -Mizan.. > >Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... >tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri >takut tak tenang hati teringat abah. > >Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....jadikan >iktibar..... cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir. > >Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.Tunjukkan.
|
|
|
Post by feimaumania on Jul 24, 2004 11:07:26 GMT 8
Assalamualaikum... tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-) Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran" "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???/ Kenapa gelak? tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak? Wallahualam..
|
|
|
Post by enigma on Jul 26, 2004 6:12:57 GMT 8
Assalamualaikum .... Hanya Ingin Mengingatkan ...
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar: Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan
Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan:
1) Biarkan e-mel ini dalam mailbox anda.
ATAU ....
2) Forward e-mel ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah,redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
Wassalam
|
|