|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:31:22 GMT 8
ADAKAH AKU DIKASIHI RAMAI?
Aku telah menemui sebuah rumah yang usang, dimana rumah berkenaan berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa, di serambi rumah berkenaan terdapat beberapa orang anak kecil yang nampaknya lesu dan letih.
Lalu aku menghampiri rumah berkenaan dan bertanya kepada kanak- kanak berkenaan, lalu keluar si kakaknya yang agak-agak berumur dalam lingkungan 11tahun. Aku bertanya " mana emak? "
Lalu dijawab budak itu emak pergi menoreh, dan mana bapa, dia mengatakan bapanya pergi kerja. Habis adik yang kecil ini duduk dengan siapa, disitu terdapat seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini duduk dengan sayalah" cakap budak berkenaan.
Saya bertanya lagi berapa orang adek-beradek, lantas dijawab oleh budak itu "sepuluh", dan adik ni yang ke berapa , "saya yang kelapan ". Mana abang abang kamu pergi, dia memberi tahu pergi menolong emak menoreh.
"Adik puasa hari ini?" , dijawab pula budak berkenaan , "sama saja pakcik puasa atau tidak sebab kami hanyak makan 1 kali sehari". Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu, lalu aku bertanya lagi adik bersekolah dimana", saya tidak bersekolah sebab ibubapa saya tidak mampu". Bapa kerja apa? ,"tangkap ikan disungai untuk dijadikan lauk untuk berbuka puasa ".
Budak berkenaan memberi tahu saya lagi, lebih baik bulan puasa dari bulan lain kerana pada bulan berkenaan saya dapat merasakan kuih, sebab selalu sahaja orang hantar.
Memandangkan keadaan berkenaan, aku meninggalkan keluarga berkenaan,kebetulan disimpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan, aku membeli satu kilo tulang lembu dan rempah sup serta 10 kg beras untuk disedekahkan kepada keluarga berkenaan.
Bila saja aku beri segalanya kepada keluarga berkenaan, kanak kanak berkenaan melompat kegembiraan dengan kata "yeh yeh kita dapat makan daging malam ni". Aku bertanya kepada sikakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang pula saya dapat makan daging lembu.
Seminggu kemudian aku datang lagi kerumah berkenaan, apabila anak-anak dirumah melihat aku datang, mereka menyambut dipintu rumah lagi, kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu beliau. Sungguh menyedihkan cerita yg kudapati........Anak yang berumur 4 tahun memberitahu aku, yang sudah seminggu dia makan sup tulang yang aku berikan haritu, tiap tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik, budak berumur 4 tahun itu memberitahu aku. Aku bertanya kepada emaknya macamana dia buat, hari mula-mula tu kita rebus tulang berkenaan, dia memberitahu anak-anak jangan buang tulang yang di makan berkenaan.
Lalu beliau mengutip kesemua tulang yang telah dimakan tadi dan direbus semula untuk malam keesokannya, bagitulah setiap hari, katanya tak boleh makan isi boleh akan air rebusan tulang itu sudah memadai bagi anak-anaknya.
Aku bertanya lagi upah menoreh berapa makcik dapat, cuma RM3.00 sehari dan ayahnya berkerja macamana, kalau dapat ikan dijadikan lauk untuk dimakan setiap hari.
Cukup sedih memikirkannya. Berpeluangkah kita merasa air rebusan sup tulang sahaja sepanjang hayat kita? Atau kita buangkan saja isinya semata- mata kerana TAK SEDAP?
Mudah-mudahan menjadi tauladan bagi kita dan hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada kita. Hidup kita susah hidup orang lebih lagi.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:32:37 GMT 8
KITA tidak perlu kepada jampi mentera untuk mempengaruhi orang supaya sukakan kita. Kita akan tetapi disukai orang apabila kita pandai ....
KITA tidak perlu kepada jampi mentera untuk mempengaruhi orang supaya sukakan kita. Kita akan tetapi disukai orang apabila kita pandai berbudi bahasa dengan mereka dan apabila kita sentiasa bersedia membaiki kekurangan-kekurangan dan kecacatan budi bahasa kita.
Sekarang periksalah diri anda dengan menyemak senarai pertanyaan di bawah ini. Berikan 5 markah kepada tiap-tiap satu jawapan “Ya” kemudian jumlahkan semua hasilnya.
(1) Bila anda mengucap “Selamat pagi” atau “Assalamualaikum’ adakah anda cuba sebutkan ucapan-ucapan itu dengan secara sungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati?
(2) Adakah anda penuh bersemangat dalam menghadapoi soal-soal hidup anda sehari-hari?
(3) Adakah anda sentiasa mengatakan kata-kata anda biarpun dalam perkara-perkara yang sehabis kecil?
(4) Adakah anda mencuba dengan jujur untuk melihat segi-segi kebaikan orang-orang yang anda temui?
(5) Adakah anda banyak mengorakkan senyum?
(6) Adakah anda benar-benar mudah dalam memberi kepujian dan sanjungan kepada orang-orang lain?
(7) Adakah anda boleh tahan berbulan-bulan tanpa meradang atau merungus?
(8) Adakah anda tidak suka memberati dan menyusahkan orang lain dengan kerja-kerja anda?
(9) Adakah anda dapat mengingat dengan baik nama-nama orang dan rupa paras mereka?
(10) Adakah anda sangat bercermat melahirkan mana-mana perasaan tidak setuju dan prasangka-prasangka anda bila bercakap-cakap dengan orang lain?
(11) Adakah anda selalu tidak suka menyenda-nyenda dan mempermain-mainkan orang?
(12) Adakah anda lebih dahulu memeriksa diri sebelum hendak menyampuk atau memotong percakapan orang?
(13) Adakah anda suka mengambil kesempatan untuk bertemu dengan orang-orang?
(14) Adakah anda selalu menjaga kebersihan dan kesiapan pakaian dan tubuh badan anda?
(15) Adakah anda menjauhi kata-kata yang kasar dan kesat dalam percakapan anda?
(16) Adakah anda seringkali bersedia untuk menolong orang lain?
(17) Benarkah anda tidak menaruh syak kepada orang lain mencari rahsia anda atau mengumpat anda dari belakang?
(18) Adakah anda selalu bertimbangrasa terhadap perasaan-perasaan orang lain?
(19) Adakah anda cuba bersikap mesra dengan siapa-siapa sahaja yang berkenalan dengan anda?
(20) Adakah anda menegur kesalahan-kesalahan orang lain dengan secara lembut dan tidak langsung?
Jika jumlah markah jawapan itu lebih dari 75, maka ini menunjukkan bahawa anda seorang yang amat dikasihi ramai. Jumlah markah 60-75 menunjukkan juga bahawa anda dikasihi ramai, tetapi masih ada titik-titik kelemahan budi bahasa yang boleh diperbaiki oleh anda. Jumlah markah antara 35-55 adalah merupakan satu hasil yang sederhana yang menunjukkan bahawa anda mungkin mempunyai kawan, teman dan sahabat handai yang sukakan anda, tetapi meskipun demikian namun anda belum boleh disifatkan seorang yang dikasihi ramai. Jumlah markah bawah dari 35 menunjukkan anda mempunyai titik-titik budi bahasa yang lemah yang menyebabkan anda kurang dikasihi orang dan menyebabkan anda hidup terasing dan keseorangan.
"
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 19, 2003 3:34:02 GMT 8
Ketam Melayu & Ketam Cina
Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina
?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina.......sana dalam bekas tak ada tutup...ketam melayu la....
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina.
Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.
Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, dia mahu dia sorang aje boleh berjaya. Orang lain jangan.
Itulah hakikat sebenar sekarang ini. Kalau camni...camne Melayu nak maju?
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Dec 19, 2003 16:23:47 GMT 8
NI LAWAK KE MOTIVASI?
|
|
|
Post by enigma on Dec 19, 2003 16:28:43 GMT 8
la... takkan x termotivate lagi kot? ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 20, 2003 3:37:46 GMT 8
lawak motivasi..kot!
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 20, 2003 11:52:03 GMT 8
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 19:40:35 GMT 8
lawak motivasi pun leh la.. APA ADA DENGAN CINTA ??
Apabila bicara tentang cinta, semua orang kata TAHU. Walhal masih ramai yang cetek tentang CINTA. Diri sendiri berada diawangan dan delima antara tuntutan perasaan, keluarga atau nafsu.
Apakah yang maksudkan dengan CINTA ?
Berikut adalah Definasi CINTA..
Cinta ialah naluri atau perasaan dalaman keatas sesuatu yang nikmat baik bersifat jasmani atau rohaniah. Perasaan yang berlainan atau keinginan yang sukar digambarkan apabila jalinan hubungan antara lelaki dan wanita atau sebaliknya. Perasaan yang sukar digambarkan itulah yang dikatakan CINTA.
Cinta, asmara, kasih, sayang, suka, minat yang sinonim dengan perasaan diluahkan atau disampaikan dengan kaedah yang berbeza. Oleh kerana konteks cinta itu dari sanubari, maka itulah manusia cuba sampaikan maksudnya dan luahan perasaan itu dengan bentuk ungkapan, sebutan, tulisan puisi, sajak dan sebagainya yang bertujuan untuk menyatakan perasaan cinta mereka.
Kata pujangga Shakespeare : "Cinta dapat menjelmakan haiwan menjadi manusia dan manusia menjadi haiwan".
Demikianlah besar dan hebatnya pengaruh cinta dalam emosi manusia. Cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dikawal peranannya. Maka itulah wujud ungkapan "Cinta Itu Buta". Ia adalah suatu perasaan yang paling kuat dari semua perasaan hingga manusia boleh kehilangan kemampuan atau pertimbangan yang wajar. Lebih banyak dikuasai oleh gelora perasaan sehingga fikiran tidak keruan dan tindak tanduk celaru.
Cinta Buta juga disamakan dengan kesetiaan, kerana apabila sudah cinta terhadap seseorang, maka fikiran juga turut setuju dalam segala hal. Soal cacat, hodoh atau sebaliknya tiada dalam kamus perasaan mereka. Oleh kerana cinta itu datang dari nafsu berahinya yang hidup bergelora dari jiwanya, maka cinta itu TIDAK SAMA dengan cinta terhadap Allah.
Oleh itu, cinta boleh dipantau hanya dengan kawalan emosi dan nafsu. Yang boleh merubahkannya hanyalah diri sendiri.
Jenis-jenis Cinta
1)Cinta Sayang
Bermula dengan jalinan persahabatan yang cenderung kepada ambil berat dan timbul perasaan sayang dalam hubungan yang akrab. Bicara dengan orang yang dia merasa senang atau sukai, atau bertukar-tukar kisah peribadi untuk dikongsi bersama. Hubungan semacam ini yang mengandungi unsur akrab, nafsu berahi dan jalinan yang kuat. Cinta ini ramai tidak sedari, kerana ia lahir secara tiba-tiba.
2) Cinta Buta
Jenis cinta ini dikuasai oleh nafsu berahi. Tiada ikatan keakraban atau jalinan yang akrab. Banyak dipengaruhi oleh dorongan nafsu atau keinginan untuk memiliki secara dasar sahaja. Di lubuk hati masih lagi dalam curiga antara hendak atau tidak. Cinta ini tidak kekal lama kerana hanya pada zahir sahaja dia suka, tetapi batinnya menolak untuk terus bersama.
3) Cinta Simpati
Cinta ini lahir dari perasaan simpati semata-mata tanpa mendalami perasaan pasangan yang dicintainya. Ada juga disebabkan desakan atau tetiba terasa simpati. Cinta ini amat sukar untuk diketahui sejauh mana kekalnya pasangan bercinta. Apa pun elakkan dari cinta ini kerana ianya hanya bersifat sementara.
4) Cinta Paras Rupa
Cinta jenis ini hanya meminati seseorang hanya kerana paras rupa sahaja. Cinta ini hanya pada dasar sahaja tanpa menyelami hati budi secara dalaman. Lahir dan batin tidak akan sama, mungkin cantik diluar tetapi busuk didalam. Maka itu jangan mudah buat andaian secara luaran. Perlu selami hati budi dan nilai sejauh mana keikhlasan cintanya.
5) Cinta Romantik
Jalinan cinta ini adalah gabungan dari sifat akrab dan kasih sayang. Menyintai pasangan sepenuh hati dan tidak didorong oleh nafsu. Cinta ini cenderung dalam penyampaian perbuatan atau perhatian ambil berat. Cinta ini unik kerana gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya.
6) Cinta Nafsu
Cinta ini hanya dikawal atau didorong oleh perasaan nafsu berahi. Meminati pasangan lebih kepada tubuh badan berbanding untuk menikmati cinta perasaannya yang sebenar. Cinta ini tidak lama, selepas dapat apa yang dihajati, pasangan ditinggalkan. Cinta jenis ini amat mudah untuk dikenali, yang pada kebiasaannya lebih ditunjukkan dengan perbuatan sumbang tanpa kerelaan atau kebenaran pasangannya terlebih dahulu.
7) Cinta materialistik
Cinta ini juga dikenali sebagai cinta harta benda. Cinta lebih kepada duit poket atau kedudukan atau taraf individu itu. Tidak ikhlas dan tiada jalinan persahabatan yang akrab. Cinta ini penuh kepuraan atau lakonan hanya sekadar dapat memenuhi keinginan untuk mendapat sesuatu yang dia tidak mampu.
8) Cinta Biasan
Cinta ini dikenali juga sebagai cinta paksaan. Terpaksa minati pasangannya tanpa jalinan keakraban atau perasaan ikhlas untuk menerima pasangan sepenuh hati. Atas desakan atau paksaan, maka mereka teruskan hidup bersama, akibatnya pasangan merana jiwa dan batin. Ada pasangan yang berjaya ubah perasaannya dan ada juga pasangan yang sebaliknya.
9) Cinta Kecundang
Cinta ini ada unsur jalinan tetapi tanpa keakraban dan nafsu berahi, maka terjadilah cinta hampa atau cinta kecundang. Biasanya terjadi pada pasangan yang tidak mahu memahami atau menerima pasangan mereka secara rasional. Lebih banyak dikuasai oleh sifat tidak puas hati terhadap pasangan yang dikenali.
10) Cinta Sempurna
Cinta ini amat sukar dicari. Terlalu sempurna dalam penerimaan pasangannya. Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional, memberikan kesan cinta yang menarik. Insan ini cenderung dalam membelai, menyayangi, menghargai dan menghormati pasangannya. Cinta ini disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas.
~ Peringatan :
Cinta atau nafsu itu merupakan suatu keinginan yang bermula dari jiwa, mempunyai tujuan dan tugas yang berbeza. Cinta dalam bentuk kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita itu memerlukan bukti. Samada melalui kata-kata mahupun perbuatan. Banyak kita temui orang yang mengaku bahawa dia mencintai seseorang, namun hanya sekadar ungkapan sahaja, tidak terbukti secara nyata dalam bentuk cinta yang sempurna.
Apabila kita sudah jatuh cinta, elakkan diri dikuasai oleh emosi cinta. Cinta boleh menguasai manusia dan setiap perbuatan boleh menjadi luar biasa atau diluar batasan peribadi. Kita harus mengawal diri dengan tindakan yang lebih berhati-hati, tidak kira situasi samada dalam bentuk ungkapan atau perbuatan.
~ Bercinta Biarlah Berpada-pada... Dan Ingatlah Pada Cinta Yang Agung.. ~
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 21, 2003 1:51:54 GMT 8
~ Bercinta Biarlah Berpada-pada... Dan Ingatlah Pada Cinta Yang Agung.. ~ betul tu!
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 9:08:15 GMT 8
apa yg perlu anda tahu..........
KENAPA AKU DIUJI??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji?? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" ( Surah Al-Ankabut:Ayat 2-3)
KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG DIIDAMKAN??
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" ( Surah Al-Bagarah: Ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI??
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah Al_Bagarah: Ayat 286)
RASA KECIWA??
"Janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita, pada hal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" ( Surah Al-Imran: Ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaranmu ( lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya( mencapai kemenangan) ( Surah Al-Imran: Ayat 200) "Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk' ( Surah Al - Baqarah: Ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang- orang mukmim akan jiwa dan harta mereka dengan balasan mereka akan beroleh syurga(disebabkan) mereka berjuang kepada Allah' ( Surah At - Taubah: Ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
'Cukuplah bagiku Allah,.. tidak ada Tuhan selain Dia, kepadanya aku bertawakal dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar' (Surah At-Taubah: Ayat 129)
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 10:57:38 GMT 8
Pakai tudung tapi bertelanjang Itulah gaya orang sekarang Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang Yang mana kendur yang mana tegang
Baju nipis nampak bayang Peha gebu saja ditayang Lebih baik tak pakai baju senang Dah tentu boleh tunjuk terang-terang
Baju ketat seluar sendat Pakai tudung just ikat-ikat Dari mula memang bukan adat Disudut agama pun gaya tak berkat
Tudung jarang baju nipis Pakai sikit boleh nampak 'garis' Mata orang terbeliak, kita membengis Bila kena kutuk, kenapa menangis
Lengan pendek blaus gantung Jeans ketat melekat dipunggung Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung Agama tak suruh berbungkus macam pocong
Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah Kalau takat rambut orang kurang ghairah Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah Mata yang memandang boleh keluar darah
Kebaya ketat, kain terbelah Ikat tudung macam tak sudah Nak ikut suruhan agama memang tak mudah Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung Sampai tak nampak muka dan hidung Yang faham tuntutan amat beruntung Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung Cubalah sesuaikan apa yang disarung Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung' Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan Ianya lebih kepada keinsafan Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan
Asal menutup aurat itu tuntutan Kalau dianggap susah, tu sebab bosan Yang ye nya hati tak berkenan Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat Kepada agama kita taat Hidup berkat pahala berlipat-lipat Didunia selamat, di akhirat hebat
Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat Mentelah pula berfesyen tak kena tempat
Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?
Kita memang hidup dalam era serba maju Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu' Kita pun susah kenal, manusia ke hantu
Banyak salah faham bila mula bertudung Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung No more pant suit, kebaya or kebarung Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung
Bertudung bergaya biarlah yang sempurna Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa Pun tak usahlah juga terlebih gaya Islam itu suka yang sederhana
Kenalah pula kita wanita bekerjaya Fesyen busana muslimah yang paling kena Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa
Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua Kalau sendiri memandang muka pun layu je Orang dok mengata, kita pun rasa terhina Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula
Siapa kata kita tak boleh berwarna Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'
Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat Baik tak le payah berpura nak tutup aurat
Kalau dah memang rasa nak berubah Peduli kata orang bukan dia yang susah payah Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah
Bersamalah kita mengkaji semula Pakaian kita yang bagaimana gayanya Andai belum betul-betul bersedia Janganlah kita mencemar kesuciannya
Andai terasa hidayah menyinggah Lakukan yang betul mengikut sunnah Menutup aurat jangan sekali dirasa payah Mengapa diperleceh, itukan perintah
Andai dihati redha dan ikhlas Diwajah Nur terpancar jelas Walaupun bergaya tak berapa 'kelas' Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas
Harap maaflah kalau terlalu panjang Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan Berpantun seloka bukan setakat hiburan Yang mana betul jadikan pedoman. ;D
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Dec 23, 2003 12:45:46 GMT 8
banyak nye jenis cinta s.girl?! 8-)aku ni..cinta paras rupa..aku nak yg lawa je..krn aku dah terikut2 perangai pokai b,yg memilih...
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 23, 2003 20:35:06 GMT 8
s.girlz....where r u? ::)why u not reply my msg in your p.msg?
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 9:48:24 GMT 8
Anak Kecil Penjajah Kuih
Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan".
Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang."
Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini.
Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik, ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik."
Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. "Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?"
Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis".
Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan, adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang.
Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh sungguh, pastilah akan bererti besar.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 10:35:11 GMT 8
Kisah Pohon Apple Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon apel yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon apel ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan apel sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon apelt ersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon apel itu juga menyukai anak tersebut. Masa berlalu... anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon apel tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepadapohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon apel itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pohon apel itu berkata, " Kalau begitu, petiklah apel-apel yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan." Remaja itu dengan gembiranya memetik semua apel dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon apel itu merasa sedih. Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pohon apel itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon apel itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu." Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon apel itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannyamerasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu. Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon apel itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?" Tanya lelaki itu." Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakindimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apel itu." Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akaryang hampir mati..." kata pohon apel itu dengan nada pilu." Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana akusudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu." Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohon apel itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon apel itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan. Tersebut. Sebenarnya, pohon apel yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bilakita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.
|
|