|
Post by atokENSEM on Feb 2, 2004 20:17:22 GMT 8
hai s.girlz..dah pandai buat lawak skrg.. ;)suspen juga citer tu...tapi atok dah baca dah kisah tu kat laman taukei kedai..
|
|
|
Post by john on Feb 3, 2004 11:26:50 GMT 8
rasanye crite tu dah pernah post.... tapi tak ingat kat mana...
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 3, 2004 12:30:21 GMT 8
Kalau sampai Ipoh Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 3, 2004 12:31:59 GMT 8
Ingat!, Seperti Bom Tangan Apabila beberapa orang pekerja sebuah restoran nasi kandar menghadiri satu Seminar Kebakaran & Keselamatan di Penang, mereka melihat pegawai bomba membuat demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api (fire extinguiser) dengan begitu berminat sekali.
"Cabut pin ini seperti mencabut pin bom tangan," pegawai itu menerangkan. "kemudian tekan di sini untuk mengeluarkan 'foam'nya." terang pegawai itu lebih lanjut.
Tidak lama kemudian, seorang pekerja restoran nasi kandar berkenaan telah dipilih untuk mengawal kebakaran di tempat letak kereta.
Disebabkan kegugupannya, dia terlupa untuk mencabut pin alat pemadam api tersebut. Pegawai itu kemudiannya memberikan klunya, "Ingat !, seperti bom tangan.". Seperti timbul satu keyakinan baru kepada pekerja restoran nasi kandar itu, ia pun dengan segera mencabut pin dan melontarkan alat pemadam api itu ke dalam kawasan kebakaran tersebut.
Demikianlah adanya...
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 3, 2004 12:35:16 GMT 8
Bertuah punyer Boboi! Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke, mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer..sesuka hati dia jerit kat mak dia... "mak..boboi nak kencing!!!".
Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi, "Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?". Boboi pon mengangguk tanda paham.
Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya. Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi. Budak boboi nih bukan tau orang tua tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya... "Nenek...Boboi nak nyanyi!!".
Neneknya membalas "Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!", terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah... "Um..yerlah..boboi.boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye....."
mesti korang bleh agak ape yg berlaku seterusnya kan.. hihihihi
|
|
|
Post by john on Feb 3, 2004 12:52:51 GMT 8
misti telinga nenek dia rasa panas.....hawhawhawhawhaw ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 13:36:59 GMT 8
misti telinga nenek dia rasa panas.....hawhawhawhawhaw ;D mesti pekak tinga nenek tu.. p/s:bkn nenek atok ha..
|
|
|
Post by john on Feb 3, 2004 16:18:53 GMT 8
mesti pekak tinga nenek tu.. p/s:bkn nenek atok ha.. hawhawhaw....haaaa atok cube mengkaverlain nenek yg dah terkena cecair panas cucunya....hawhawahw ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 3, 2004 19:43:50 GMT 8
hawhawhaw....haaaa atok cube mengkaverlain nenek yg dah terkena cecair panas cucunya....hawhawahw ;D ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 3, 2004 22:20:27 GMT 8
Ehwan dgn 100 ekor ayam Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.
Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...
Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."
Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"
Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...
Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"
Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 3, 2004 22:20:53 GMT 8
Pelatih Baru Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...
"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.
"Tidak" Jawab Rosman.
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.
"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 4, 2004 0:53:30 GMT 8
hawhawhaw....haaaa atok cube mengkaverlain nenek yg dah terkena cecair panas cucunya....hawhawahw ;D hehehe bukan nak cover ma..mane ade cucu atok name boboi..
|
|
|
Post by duo on Feb 4, 2004 9:21:47 GMT 8
kahkahkah atok kena bahan... abis cucu atok nama dia apa? naqiu? ;D
|
|
|
Post by KomOt on Feb 4, 2004 10:35:02 GMT 8
kahkahkah...kelakar siott kisah ni..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 4, 2004 19:36:06 GMT 8
kahkahkah atok kena bahan... abis cucu atok nama dia apa? naqiu? ;D takpe..kena bahan skali skala... ;)nagiu?hehehe..bkn ma..
|
|