Dialog Cinta Zaman Sains dan Teknologi
>
>Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi
>isipadu
> jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
>
>Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk
>menjalankan
> tindak balas penggantian ke atas diriku.
>
>Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini,
kerana aku
>dan dia
> masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
>
>Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg
> kuberikan.
>
>Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
>
>Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan
>masih lagi
> belum sahih.
>
>Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas
>cintaku
> bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
>
>Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg
> mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
>
>Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan
>perolakan.
>
>Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami
>rintangan?
>
>Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan
>rintangan itu.
>
>Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
>
>Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan
>menggunakan
> mikroskop cahaya.
>
>Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak
balas
>dengannya.
>
>Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah
menggunakan
>hukum-
> hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
>
>Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
>Masihkah
> kau tidak percaye?
>
>Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
>
>Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita
>harus
> mengalami pecutan yg seragam.
>
>Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
>
>Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
>
>Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum
mendarabkannya
>dengan
> 6x10'23.
>
>Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku
melebihi
>tekanan
> udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami
hemolisis.
>
>Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami
plasmolisis.
>
>Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,
tetapi
>rupa-rupanya
> kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........
>
>
>Moral of the story:
>Berhati-hati biler bercinta dgn mathematician, physic'ns, chemist,
>biologist & yg sewaktu dgn nyer.............
>Pastikan score exam giler2 & hafal sumer formula dlm kepala........
;D ;D ;D