Bacalah. Mungkin ianya satu pembalasan... ... . kerana
>kealpaan manusia... bacalah ia buat peringatan kita
>Bersama... ..mudah-mudahan... semuga ada perubahan
>diri... .
>
>Keheningan pagi membuat Kamal sentiasa terkenangkan
>sesuatu. Pengalaman manis dan pahit masih kukuh di
>ingatan. Dan seperti biasa Kamal akan melayani
>lamunannya sebaik saja terjaga dari tidur.
>
>Mak Senah ibu Kamal menjalankan rutinnya menyuruh
>Kamal segera bersiap untuk membantunya di kebun. Kamal
>menarik nafas dalam-dalam kerana satu jadual yang
>terpaksa di ikut setiap hari.Selesai saja bersarapan
>mereka memulakanlah rutin kehidupan seperti biasa.
>Kadang-kala terasa bosan juga di hati Kamal, tetapi
>apakan daya itu saja yang dapat dilakukan. Namun
>begitu, jauh di sudut hati Kamal dia sentiasa berdoa
>dan berharap agar hidupnya akan berubah satu hari
>nanti.
>
>Kebun mereka tidak berapa jauh dari rumah, lebih
>kurang 15 minit berjalan kaki. Sedang mereka berjalan
>kaki di sebatang denai,tiba-tiba satu cahaya muncul di
>hadapan mereka. Hati mereka menjadi kaget kerana tidak
>pasti dari manakah datangnya cahaya itu. Dan tak
>semena-mena badan Kamal mula melayang-layang di udara
>dan Mak Senah pengsan waktu itu juga. Kamal ingin
>menjerit tetapi halkumnya bagaikan disekat. Dia cuba
>meronta untuk melepaskan diri tetapi sia-sia.
>Tiba-tiba badannya mula bercahaya secara
>beransur-ansur dan akhirnya sama dengan cahaya
>tersebut.
>
>Seketika selepas itu badan Kamal mula merekah-rekah.
>Darah segar memancut-mancut dari liang-liang tubuhnya.
>Kesakitan yang amat mula terasa di seluruh anggota.
>Urat-urat kaki dan tangan membengkak dan pecah. Darah
>lebih banyak keluar dari tubuh badan Kamal.
>Otot-ototnya membesar dan terkoyak secara
>tiba-tiba.Kamal
>masih tidak mampu menjerit namun begitu matanya
>semakin segar menonton penyeksaaan pada dirinya.
>Tiba-tiba kulit badannya tersiat-siat. Setiap sel-sel
>kulitnya seperti dirobak-rabik dan kelihatan daging
>putih yang tidak berkulit lagi.
>
>Darah mula terbit dicelah-celah daging badan Kamal.
>Pedih dan ngilu tidak dapat dibayangkan lagi.Kamal
>tidak terdaya lagi. Dia tidak mampu menahan apa-apa
>penyeksaan yang dilakukan kepada dirinya. Dengan tidak
>semena-mena,larutan garam disimbah ke badannya yang
>tidak berkulit itu. Air garam itu mula menusuk ke
>dalam dagingnya menambah kepedihan yang sedia ada.
>"Argh... ... Argh,... .." Itu saja yang mampu
>dikeluarkan dari hati kecilnya. Peristiwa sadis ini
>dengan tiba-tiba datang dan menyeksa dirinya. Secara
>perlahan-lahan badan Kamal yang terapung diletakkan
>semula dengan tiba-tiba. Duri-duri semalu sedang
>menunggu tubuh Kamal untuk dijamah. Kamal tidak tahan
>dengan penyeksaan itu lagi dan dia pun pengsan.
>Biarlah hilang ingatannya supaya segala kepahitan,
>kesakitan dan kesengsaraan dap at dilupai. Malam itu
>gempar satu kampung apabila para penduduk terjumpa Mak
>Senah pengsan bersama satu makhluk yang lain. Kamal
>tidak dapat dicam lagi oleh para penduduk kerana rupa
>bentuk fizikalnya telah berubah. Tok Imam segera
>dipanggil untuk melihat apakah makhluk itu. Tok Imam
>ternampak satu tanda di dada Kamal dan akhirnya Tok
>Imam dapat mengenali Kamal. Malam itu juga Tok Imam
>mengumumkan kepada penduduk kampung bahawa makhluk itu
>adalah Kamal dan kini ia telah berubah.
>
>Hidup Kamal kini betul-betul telah
> >
> >
> >
> >
> >berubah... .berubah... ... ... .
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >... ... ... . menjadi... ... ... ... ... ... .
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >... ... ... . Power ----- Rangers.
>
>
>
>Kushuk dan tawadukkk nampakk bila membaca... ... ... .
;D