|
Post by siamangManja on Jan 14, 2004 12:59:44 GMT 8
wah hebat....cerite lu orang memang lucu sampai lucut seluar wa...tapi korang tau tak rasulullah pun pernah membuat lucu tau... satu hari datang seorang nenek mengadap baginda lalu bertanya adakah nenek tergolong dalam golongan orang yang masuk syurga...jawab baginda tiada orang seperti nenek di dalam syurga itu nanti...lalu menangislah si nenek itu tadi...lalu baginda meneruskan hujahnye bahawa apa yang dimaksudkan tadi ialah semua ahli syurga tiada yang tua tapi muda² belaka dan nenek juga akan menjadi muda kembali...maka tersenyumlah kembali si nenek setelah memahami apa yang disampaikan oleh baginda.... sekian hmmmmm.....
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Jan 14, 2004 13:47:55 GMT 8
Setiap daripada kita pasti pernah bermimpi tetapi tahukah kita rahsia di sebalik mimpi kita itu. Sama samalah kita lihat rahsia beberapa contoh mimpi:
1. mimpi dipatuk ular jika anda bermimpi seperti ini maka ia menandakan rumah anda berselerak dan kemungkinan ada ular dalam rumah anda
2. mimpi jumpa harta karun jika anda bermimpi jumpa harta karun maka jangan sesekali mengambil harta karun tersebut kerana harta karun tersebut Ahmad Albab yang punya
3. mimpi berkelah di pantai Mimpi ini sangat bahaya kerana kemungkinan besar kawasan rumah anda akan menghadapi masalah gangguan air dalam masa 2 tiga hari lagi
4. mimpi membela kambing jika bermimpi seperti ini maka kemungkinan besar anda tidak mandi sebelum tidur. maka bau bau kambing terbawak bawak sehingga dalam mimpi anda.
5. mimpi laila seperti lagu yang dinyayikan oleh yasin
6. mimpi gigi patah bangun jer pagi tengok cermin memang sah gigi dah takde.... tu laa malas gosok gigi...
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 21:37:33 GMT 8
Buncit kerana hisap jari ********************
"Tak baik hisap jari,nanti perut buncit," itulah kata-kata si ibu setiap kali anak kecilnya Amin menghisap jari.Tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan anaknya daripada terus- terusan berbuat begitu.Alhamdulillah, kata-kata si ibu dapat menakutkan anaknya. Amin tidak lagi meng- hisap menghisap jari." Nanti perut Amin buncit..." katanya apabila ditanya tentang tabiat itu.
Suatu hari si ibu dikunjungi rakannya. kebetulan tamu itu sarat mengandung. Si Amin tiba-tiba menjerit sebaik keluar dari bilik. "Haaaa! Amin tahu pasal apa perut makcik tu buncit" katanya sambil terus berlalu. Ibu Amin dan rakannya hanya berpandang-pandangan..
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 22:06:39 GMT 8
JGN BERMAIN2 NGAN JIN!!!
3 orang sahabat karib memiliki kegemaran berlainan. Si A suka main
>
> perempuan, si B suka minum minuman keras, dan si C suka segala
jenis
>
> rokok.
>
> Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan-jalan tanpa tujuan... tiba²
>
> ketiganya bertemu dengan sebuah lampu aladdin. Lalu salah seorang
>
> mengambilnya dan menggosok²kannya. Sejurus kemudian asap keluar dan
>
> berganti menjadi jin yang ganas.
>
> Lalu jin tersebut tertawa: "Hahaha," dan
>
> berkata: "Akulah Jin Afrit." "Kerana kamu telah membebaskan aku
maka
>
> aku
>
> akan tunaikan apa saja permintaanmu" Lalu mereka memilih mengikuti
>
> kegemaran masing². Berkata si A, "Aku mau perempuan² muda dari
>
> berbagai
>
> bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan
>
> jangan
>
> ganggu aku selama 10 tahun." Pufff dengan sekejap mata jin itu
>
> menyempurnakan permintaan si A.
>
> Berkata si B, "Aku mau semua jenis arak
>
> dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan
>
> dalam
>
> sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun." Pufff
>
> dengan
>
> sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si B.
>
> Berkata pula si C.
>
> "Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama
>
> sepuluh
>
> tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku
>
> selama
>
> 10 tahun." Pufff dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan
>
> permintaan si
>
> C.
>
> Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk
>
> membuka
>
> pintu gua masing² sebagaimana yang dijanjikan. Maka jin tersebut
>
> pergi
>
> membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan
>
> keadaan
>
> kurus kering, berdiri pun tidak mampu kerana tiada tenaga sebab
>
> hari² hanya
>
> memuaskan nafsu dengan perempuan.
>
> Tiba² si A pun jatuh ketanah lalu mati.
>
> Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka
maka
>
> keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari² mabuk.
>
> Jalan
>
> pun terhuyung-hayang. Tiba² si B pun jatuh ketanah lalu mati.
>
> Setelah itu
>
> jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua.
>
> Tiba² si C keluar dalam
>
> keadaan sihat walafiat dan terus menampar si jin. Sambil memaki² si jin ia berkata: "JIN BODOH... APINYA MANA?!
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 22:13:44 GMT 8
warna surat cinta ---------------------
Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?" >Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu" >Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?" >Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu" >Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?" >Ena : "Asmara Yang Membara" >Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?" >Ena: "Suci, Bersih dan Jujur " >Ani : "Kalau kertasnya Kuning?" >Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang" >Ani : "Kalau Merah Jambu?" >Ena: "Sedang Jatuh Cinta" >Ani : "Kalau kelabu?" >Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih" >Ani : "Kalau kertasnya Hitam?" >Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 19:45:55 GMT 8
Zaman berkembar
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.” “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” “Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang. “Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?” Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 19:51:50 GMT 8
Malu sendiri...
Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.
NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.
Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat "HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."JElasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi. "Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"
"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 19:54:12 GMT 8
Mary Sue
Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.
Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.
"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"
"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 16, 2004 21:12:26 GMT 8
Muka Seposen ;D ---------------------- Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi. Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas. Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni? Anak : Tak. Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang? Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen. Ayah : Tambang bas berapa sen? Anak : 60 sen. Ayah : Man ada berapa sen? Anak : 50 sen saja. Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang? Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen. Ayah :
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 16, 2004 21:23:43 GMT 8
Bodoh vs Sengal ---------------------
Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata,"Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa bodoh.
Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia". Dia memanggil driver dia dan berkata,"Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo". Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta.
Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!". Leman berlari ke bosnya. "Apahal tuan?". Bosnya berkata, "Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak". Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik ke rumah bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu lagi, "Tengok! Si Leman ni mmg bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkanlaa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha...".
Petang itu, bertemu la dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,"Lu tau ka, gua punya bos aa... maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?".
Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul".
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 16, 2004 21:28:56 GMT 8
> > >1. Hujan > > > > > >CIKGU: Arip,kenapa kamu datang lewat hari ini?? > > > > > >ARIP : Hujan lebat cikgu...... > > > > > >CIKGU: Semalam,kenapa awak tak hadir?? > > > > > >ARIP : Hujan,cikgu...... > > > > > >CIKGU: Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari hujan?? > > > > > >ARIP : Banjir, cikgu > > > > > >CIKGU: @#%#@&%#@$
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 17, 2004 20:54:37 GMT 8
LAJU
Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.
Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain"
Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.
Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?"
"Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain"
"lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan. "Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah.
Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukannya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.
" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan
"Oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi.Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 18, 2004 6:23:52 GMT 8
Bodoh vs Sengal --------------------- Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata,"Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa bodoh. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia". Dia memanggil driver dia dan berkata,"Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo". Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta. Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!". Leman berlari ke bosnya. "Apahal tuan?". Bosnya berkata, "Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak". Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik ke rumah bosnya. Bosnya berkata kpd bos satu lagi, "Tengok! Si Leman ni mmg bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkanlaa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha...". Petang itu, bertemu la dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,"Lu tau ka, gua punya bos aa... maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?". Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul". lawak2... ;)mane dpt citer lawak ni!
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 18, 2004 9:51:13 GMT 8
lawak2... ;)mane dpt citer lawak ni! ala...tok...banyak ader kat internet...x pun kawan citer ngan e-mail diorang bagi...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 18, 2004 17:59:47 GMT 8
ala...tok...banyak ader kat internet...x pun kawan citer ngan e-mail diorang bagi... Ooo..kirekan,copy and paste lah ni ye..biasalah tu!memperbanyakkan lg,pengetahuan..la katakan!
|
|