|
Post by enigma on Jan 9, 2004 16:34:08 GMT 8
hehheh..kesian pompuan tu...
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 21:20:26 GMT 8
Seorang pegawai polis menyiasat punca kematian 3 orang lelaki sekaligus.
POLIS: Mengapa ketiga tiga mayat tu tersenyum? PENJAGA: Lelaki pertama baru nak akad nikah.Tiba-tiba dia diserang strok. Lelaki kedua menang loteri dan mati diserang sakit jantung. Lelaki ketiga disambar petir. POLIS: Hah! Kenapa disambar petir pun senyum? PENJAGA: Masa itu dia ingat orang sedang ambil gambarnya. Sangkanya cahaya petir tu flash kamera.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 21:20:46 GMT 8
Satu hari waktu aku baru saja sampai dari Segamat, aku singgah sekejap kat City Square. Aku nak beli barang sikit. Masa aku tengah belek-belek barang kat satu kedai tu, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus berlari ke tandas kat level satu. Masuk saja kat situ, aku tengok ada 3 bilik air. Satu tu pintunya bertutup, so aku pegi yang disebelahnya.
Baru saja aku duduk, aku terdengar suara dari sebelah "Ha,camna sekarang?" Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal, lagi-lagi kat dalam tandas ni. Ntah macammana, aku jawab juga "Ok gak ler". Lepas tu, suara tu tanya lagi "Ko nak pegi mana ni??" Iskk.. Aku mula rasa musykil skit tapi aku kata "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit". Lepas tu, suara tanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" Aku selamba jer jawab. 'Lepas aku abis beli barang, aku chow la".
Lepas tu, aku dengar lagi suara orang sebelah tu berkata "Hei, aku call ko balik lepas ni lah. Tiap kali aku tanya soalan kat ko, orang yang kat toilet sebelah aku ni asyik jawab jer! Hampeh! Sapa tah yang cakap ngan dia…" Adush…malunya aku.
Moral: Jangan menyampuk time orang bercakap... ;-)
|
|
|
Post by enigma on Jan 10, 2004 8:30:53 GMT 8
Kisah2 lucu….
The Airline my wife worked for had install a voice activated computer programs for employees to use in checking for available seats. The first time I got a chance to try it, I could’t get out of the program,and the following dialodue ensued.
Me: “ End.” (No response).” Finish.” (Again) nothing) “Quit” Computer : “What is your departure city?” Me (in frustration): “nowhere” Computer: “ Do you mean Newark? Is that correct?” Me: “no” Computer : “Maybe it’s New York? Me: “no!” Computer: “ I am sorry. I do not understand you.” Me: “goodbye” Computer : “ I am sorry we do not fly to Dubai”……….
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 12:15:27 GMT 8
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang beserta 2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan." "Mmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikanlah kipas Helikopter tu..."
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 12:18:11 GMT 8
Pada Zaman Dulu La....
Cerita ini mengisahkan 3 ekor beruk yang bersahabat baik. Ke mana saja pasti mereka bersama. Buat apa-apa pun sentiasa bertiga. Andaikata tak cukup seekor pasti tak ceria jadinya.
Maka jadilah cerita, apabila pada suatu hari datang pemburu haram menangkap dua ekor daripadanya. Seekor lagi berjaya melarikan diri setelah ternampak 2 rakannya telah ditangkap. Maka tinggallah seekor lagi keseekoran dan bersendirian. Teman-teman haiwan yang lain berasa sedih melihat dengan apa yang terjadi pada beruk berkenaan. Makan tak lalu, tidur tak lena. Wajahnya sugul sekali. Maka bermesyuaratlah sekalian haiwan untuk membincangkan masalah ini. Satu keputusan kemudian berjaya diperolehi. Lalu diwakilkan sang kancil untuk melakasanakan rancangan mereka.
Kancil mengajak beruk ke suatu tempat yang agak jauh sekali dari tempat mereka. Malah suasana di sana jauh berbeza. Lalu sang Kancil pun menunjukkan tangannya ke arah satu objek. Si beruk ni pun tersenyum dan bergembira.
Nak tahu kenapa?. Sebab Sang Kancil membawa si beruk ke sebuah cermin tinggal. Lalu terpantul bayang beruk itu di cermin tersebut. Dan siberuk menyangkakan itu rakannya. Kemudian dia bertanya kepada Sang Kancil di mana lagi seekor?
Sang Kancil menjawab "Beruk. Seekor lagi rakanmu sedang membaca cerita ni".
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 12:21:04 GMT 8
Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.
Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?" Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya. Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?" Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isetri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu." Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi. "Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi. Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?
Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?,
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"
ahakssssssssssssssss....
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 12, 2004 0:26:33 GMT 8
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang beserta 2 orang kenamaan jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi al-Fatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu disoalsiasat oleh polis, "Cuba ceritakan apa yang terjadi untuk memudahkan siasatan." "Mmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya rasa sejuk sangat. Jadi, saya matikanlah kipas Helikopter tu..." yang gi off kan kipas tu apesal.. patutlah terhempas helipkopter tu..
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 23:26:53 GMT 8
Lady : Is this my train?
Station Master : No, it belongs to the Railway Company.
Lady : Don't try to be funny. I mean to ask if I can take this train to Kuala Lumpur.
Station Master : No Madam, I'm afraid it's too heavy.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 23:27:59 GMT 8
BANYAK SANGAT
Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..
"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos
Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...
Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata.."Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 23:29:05 GMT 8
MENIRU Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan. Azam dikatakan sering meniru jawapan rakannya, Azim.
Ayah Azam:Ahh! saya tak percaya anak saya meniru.Apa buktinya cikgu menuduh begitu?
Pengetua:Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.
Soalan:Namakan salah seorang sasterawan negara? Jawapan Azim:A.SAMAD SAID Jawapan Azam:A.SAMAD SAID
Ayah Azam:Laa...jawapan yang sama begitu,sudah tentu boleh berlaku kerana bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini.Sudah tentu ada yang memberi jawapan yang sama.
Pengetua:Baik,cuba encik lihat pula soalan kedua ni.
Soalan:Di mana A.Samad Said dilahirkan? Jawapan Azim:SINGAPURA Jawapan Azam:SINGAPURA
Ayah Azam:Seperti yang saya katakan tadi,jawapan yang sama antara murid sudah tentu satu kebetulan.Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak saya.
Pengetua:Kalau begitu,jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.
Soalan:Namakan salah satu novel agung karya A.Samad Said? Jawapan Azim:MAAF,SAYA TIDAK TAHU. Jawapan Azam:KALAU KAU TAK TAHU,AKU LAGI TAK TAHU!!!!
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 23:39:56 GMT 8
Kemajuan teknologi --------------------------
Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna...seorang amerika, seorang jepun dan seorang indonesia...
Dikeheningan berada didalam bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi....bip...bip....bip....orang amerika tadi terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu...kedua si jepun dan Indonesia tadi terpinga-pinga lantas si amerika ni pun berkata...."disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set...." maka kagum la si jepun dan indonesia ni...
Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut...tetiba si jepun pun mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi...ibu jari nyer diletakkan di mulut dan jari kelingkingnyer di telinga.... setelah habis menjawab maka si jepun pun berkata..." oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp..."
Melihatkan keadaan canggih manggih kedua si amerika dan si jepun.. si indonesia ni pun terpinga dan berbisik sendirian..."Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni...?" kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang....lalu si indon ni pun keluar pergi ke toilet....setelah selesai membuang... si indon ni kembali ke bilik sauna...akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer...Dengan keheranan dan jijik nyer si amerika dan si jepun pun bertanya..."kertas apa yang terjuntai kat celah tu...?" Lantas si indon ni pun jawab ngan selamber nyer...."Oh saya baru terima Fax...sekian terima kasih..."
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 13, 2004 3:11:01 GMT 8
wah hebat....cerite lu orang memang lucu sampai lucut seluar wa...tapi korang tau tak rasulullah pun pernah membuat lucu tau...
satu hari datang seorang nenek mengadap baginda lalu bertanya adakah nenek tergolong dalam golongan orang yang masuk syurga...jawab baginda tiada orang seperti nenek di dalam syurga itu nanti...lalu menangislah si nenek itu tadi...lalu baginda meneruskan hujahnye bahawa apa yang dimaksudkan tadi ialah semua ahli syurga tiada yang tua tapi muda² belaka dan nenek juga akan menjadi muda kembali...maka tersenyumlah kembali si nenek setelah memahami apa yang disampaikan oleh baginda....
sekian
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 14, 2004 12:43:12 GMT 8
An old man was sitting in a park reading the book "Learn C in 21 days".
A passer by saw him and asked "You are such an old guy, why do you bother to learn C?"
"I have heard that now communication language at heaven is only C , so after my death when I will be in heaven, I don't want to face communication problem." old man replied.
"But how come are U so sure that U will be in heaven? It could be hello also." he asked.
"Ya, doesn't matter .... I already know Java".
|
|
|
Post by enigma on Jan 14, 2004 12:53:02 GMT 8
Pada Zaman Dulu La.... Cerita ini mengisahkan 3 ekor beruk yang bersahabat baik. Ke mana saja pasti mereka bersama. Buat apa-apa pun sentiasa bertiga. Andaikata tak cukup seekor pasti tak ceria jadinya. Maka jadilah cerita, apabila pada suatu hari datang pemburu haram menangkap dua ekor daripadanya. Seekor lagi berjaya melarikan diri setelah ternampak 2 rakannya telah ditangkap. Maka tinggallah seekor lagi keseekoran dan bersendirian. Teman-teman haiwan yang lain berasa sedih melihat dengan apa yang terjadi pada beruk berkenaan. Makan tak lalu, tidur tak lena. Wajahnya sugul sekali. Maka bermesyuaratlah sekalian haiwan untuk membincangkan masalah ini. Satu keputusan kemudian berjaya diperolehi. Lalu diwakilkan sang kancil untuk melakasanakan rancangan mereka. Kancil mengajak beruk ke suatu tempat yang agak jauh sekali dari tempat mereka. Malah suasana di sana jauh berbeza. Lalu sang Kancil pun menunjukkan tangannya ke arah satu objek. Si beruk ni pun tersenyum dan bergembira. Nak tahu kenapa?. Sebab Sang Kancil membawa si beruk ke sebuah cermin tinggal. Lalu terpantul bayang beruk itu di cermin tersebut. Dan siberuk menyangkakan itu rakannya. Kemudian dia bertanya kepada Sang Kancil di mana lagi seekor? Sang Kancil menjawab "Beruk. Seekor lagi rakanmu sedang membaca cerita ni". ee....kurang asam tullah......
|
|