|
Post by Dexter love cats on Jan 10, 2005 8:53:39 GMT 8
salji pon dah turun kat negara arab skarang nih.....pk kan lah apa sebabnya.. tu lagi tande2 bsar tu....mmg pelik bt org yg kurang beriman....
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 10, 2005 15:00:06 GMT 8
salji pon dah turun kat negara arab skarang nih.....pk kan lah apa sebabnya.. a'ah!atok pun ade dpt artikel ni..
|
|
syacruise
Junior Student
ishk..org nak naruto..dpt kakashi plak...tak per ar...
Posts: 70
|
Post by syacruise on Jan 10, 2005 16:56:47 GMT 8
salji pon dah turun kat negara arab skarang nih.....pk kan lah apa sebabnya.. semakin d pk semakin menakutkan......sesungguhnya Allah itu maha bekuasa....
|
|
jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Jan 11, 2005 8:29:15 GMT 8
semakin d pk semakin menakutkan......sesungguhnya Allah itu maha bekuasa.... mmg... tu laa kebesaran Allah... kt xleh nak menafikannya... semuanya dtg dari kehendakNya yg maha kuasa... Allahuakbar!!...
|
|
syacruise
Junior Student
ishk..org nak naruto..dpt kakashi plak...tak per ar...
Posts: 70
|
Post by syacruise on Jan 11, 2005 8:39:56 GMT 8
mmg... tu laa kebesaran Allah... kt xleh nak menafikannya... semuanya dtg dari kehendakNya yg maha kuasa... Allahuakbar!!... Allahuakbar..!!
|
|
jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Jan 11, 2005 9:04:03 GMT 8
cuba lihat gambar ombak tsunami yg melanda sri lanka... gambar nie diambil dari satelit... jika dilihat dgn teliti... bentuk ombak tu.. menyerupai.. kalimah ALLAH.. dlm bahasa arab... sila lihat... sila lihat gambar nie dlm bentuk menegak.. dan dapat dilihat kalimah ALLAH... sila perhatikannya... globalsecurity.org/eye/andaman-sri-lanka.htm
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 11, 2005 11:05:28 GMT 8
Lebih 200 hadapi krisis kebuluran di dua pusat perlindungan Oleh ZULKIFLEE BAKAR dan SYAHRIL A. KADIR Wajah anak yatim Aceh. ANDA ACEH 10 Jan. - Lebih 200 anak-anak yatim Aceh mangsa tsunami yang mengorbankan ibu bapa mereka di dua pusat perlindungan di sini sedang menghadapi krisis kebuluran. Anak-anak itu yang berusia antara setahun dan 13 tahun, hanya menjamah makanan dua kali sehari iaitu roti pada pagi dan nasi pada petang. Pada malam, mereka terpaksa berlapar. Ramai yang menangis, tetapi rumah kebajikan itu tidak boleh berbuat apa-apa. Bekalan makanan amat terhad. Kanak-kanak itu yang kelihatan masih keliru kerana kehilangan sanak saudara dan orang yang paling dikasihi, buat masa ini berada dalam lindungan Pesantren Babul Maghrifah dan Babul Najah di Cot Keueung, Kuto Baro di sini. ``Jika kami tidak mendapat bekalan makanan dan kelengkapan memasak selewat-lewatnya minggu depan, anak-anak yatim ini akan kebuluran. ``Sekarang pun bekalan kami semakin berkurangan,'' kata Timbalan Pengurus kedua-dua pesantren tersebut, Umi Sapura Abu Bakar dalam nada sebak kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pengurusan pesantren (madrasah) bagi mendapatkan bekalan makanan dan peralatan memasak daripada pasukan bantuan, namun segala-galanya tidak berhasil. Ini berpunca daripada kerenah birokrasi di pusat pengumpulan dan pengedaran makanan di Pengkalan Udara Sultan Iskandar Muda Blang Bintang. Utusan Malaysia difahamkan bukan sahaja kedua-dua pesantren itu, malah beberapa penempatan mangsa tsunami yang mempunyai anak-anak yatim turut menghadapi pelbagai masalah termasuk terpaksa berasak-asak dalam khemah yang sempit. Umi Sapura membuat kenyataan itu bukan sekadar rekaan tetapi ia adalah fakta dan ini terbukti apabila beras seberat 70 kilogram yang diserahkan oleh wakil kerajaan Malaysia kepada mereka semalam sudah habis dimasak kepada anak-anak yatim itu. Menurut Umi Sapura, bekalan makanan di situ bukan sahaja untuk anak-anak yatim tersebut malah untuk hampir 3,000 lagi mangsa tsunami yang turut berlindung di kedua-dua pesantren berkenaan selepas kehilangan tempat tinggal berikutan bencana itu. ``Kami sudah berusaha sedaya-upaya untuk mendapat bekalan makanan daripada pasukan bantuan tetapi semua gagal, kesudahannya anak-anak yatim semakin kelaparan kerana kita terpaksa mengurangkan jumlah makan seharian,'' katanya. Ketika masalah makanan masih menghantui pesantren itu, anak-anak yatim berkenaan berhadapan dengan satu lagi keadaan apabila pihak berkuasa tidak menyediakan sebarang khemah untuk mereka, akibatnya kesemua mereka terpaksa berhimpit-himpit dalam bilik asrama yang ruangnya terlalu sempit. Bilik yang pada asalnya hanya layak diduduki oleh enam orang kini didiami oleh 12 orang dan mereka juga tidak menukar pakaian sejak hari pertama memasuki pesantren itu pada 27 Disember lalu. Lebih menyedihkan mereka tidur tanpa tilam, bantal mahupun selimut. Apa yang ada pada mereka hanyalah baju yang dipakai dan diganti sejak dua minggu lalu. - Utusan
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 11, 2005 11:07:42 GMT 8
Bantuan RM20,000 untuk setiap mangsa terkorban Oleh FAUZIAH AROF NAJIB Tun Razak menyampaikan buku akaun BSN berjumlah RM20,000 kepada Lim Kok Eng, 29, pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa tsunami di Dewan Perda, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, semalam. Lim kehilangan ibunya dalam tragedi pada 26 Disember lalu itu. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Abdul Rashid Abdullah (kanan). PUTRAJAYA 10 Jan. - Waris terdekat mangsa tsunami yang terkorban dalam bencana ombak besar itu di beberapa buah negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia pada 26 Disember lalu akan diberi sumbangan RM20,000 bagi setiap ahli keluarga yang meninggal. Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat yang bersidang hari ini memutuskan perkara tersebut dan bantuan berkenaan akan disalurkan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, sumbangan yang diharapkan dapat meringankan beban keluarga mangsa yang terkorban itu akan diberi bermula hari ini secara berperingkat-peringkat. ``Sekiranya suami terkorban, isteri mangsa akan menerima sumbangan itu manakala sekiranya anak, wang berkenaan akan disalurkan kepada ibu atau bapa mangsa,'' kata Najib, selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut di pejabatnya di sini, hari. Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah wakil-wakil Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan empat kerajaan negeri yang terlibat dalam bencana tersebut. Sebanyak 68 orang terkorban dalam tragedi tsunami di Malaysia bulan lalu yang membabitkan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Bencana yang berpunca daripada gempa bumi di dasar laut berhampiran pulau Sumatera itu setakat ini dilapor menyebabkan kematian lebih 155,000 orang, terutamanya di Aceh, Indonesia. Dalam pada itu, Najib memberitahu, jawatankuasa berkenaan juga memutuskan sebanyak 206 penternak ikan laut yang terjejas pendapatannya akibat bencana itu turut layak mendapat bantuan RM500, setiap seorang. Beliau berkata, taksiran kerugian yang telah dibentangkan oleh Jabatan Perikanan adalah sebanyak RM530,000. Sehubungan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, jawatankuasa berkenaan bersetuju untuk memberi wang ehsan sebanyak RM500 setiap seorang kepada penternak ikan laut. ``Di samping itu, sebanyak 102 pesawah yang terbabit dalam kejadian itu juga akan diberi bantuan sebanyak RM500 seorang,'' katanya. Najib menambah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang menjalankan tafsiran keseluruhan. ``Oleh itu, sebaik sahaja mereka selesai membuat taksiran, maka Jawatankuasa Bencana Negara sekali lagi akan bersidang untuk menentukan sumbangan terakhir yang akan kita sampaikan berdasarkan taksiran tersebut,'' ujar beliau. Dalam pada itu, kata Najib, kerajaan akan menentukan kaedah-kaedah dan prinsip yang akan digunakan untuk sumbangan terakhir ini. ``Seperti mana yang pernah saya katakan, misalnya jika sesebuah rumah itu musnah, kita akan membuat taksiran kos untuk menggantikan rumah musnah itu dan kita juga akan menentukan bot-bot yang perlu diganti dan banyak mana wang boleh keluarkan daripada Tabung Bencana Negara ini,'' katanya. Menurutnya, keputusan untuk mengambil tindakan membaik pulih bot dan peralatan mencari ikan telah pun diambil berdasarkan keputusan segera yang dibuat oleh Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). ``Ini bermakna jika mereka terpaksa import pukat atau sebagainya mereka boleh melakukannya. ``Menjelang bulan Mac ini kita jangka urusan membaik pulih bot akan selesai sepenuhnya,'' katanya. Dalam pada itu Najib berkata, jawatankuasa tersebut juga telah menetapkan supaya peruntukan tambahan diberikan kepada setiap negeri. ``Kedah akan diberikan peruntukan tambahan RM1 juta lagi yang menjadikan keseluruhannya RM4 juta, Pulau Pinang daripada RM3 juta kepada RM4 juta, Perlis daripada setengah juta kepada RM1 juta, Selangor dan Perak masing-masing daripada RM250,00 kepada RM1 juta,'' katanya.
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 11, 2005 11:09:56 GMT 8
Zulkifli sebak terima bantuan RM100,000 ZULKIFLI Mohd Noor tidak dapat menahan kesedihan melihat buku akaun BSN yang bernilai RM100,000 yang disampaikan oleh Najib Tun Razak atas kehilangan lima anaknya dalam bencana tsunami. BALIK PULAU 10 Jan. - Zulkifli Mohd. Noor, yang kehilangan lima orang anak sekelip mata dalam tragedi ombak besar tsunami tidak dapat menahan rasa sebak dan hiba sebaik sahaja menerima bantuan ehsan wang tunai berjumlah RM100,000 hari ini. ``Saya tak mahu sikit pun duit ini, (sebaliknya) saya akan berikan (peruntukan) kesemuanya untuk dua orang lagi anak saya yang tinggal demi masa depan mereka. ``Terima kasihlah kepada kerajaan,'' kata pemandu bas kilang berusia 42 tahun itu dalam nada suara tersekat-sekat ketika ditanya pemberita mengenai wang yang diterimanya dari Tabung Bantuan Mangsa Tsunami Malaysia itu. Zulkifli sebelum itu menerima akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM100,000 daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis penyampaian bantuan wang ehsan kepada waris 36 lagi mangsa tsunami yang turut terkorban. Majlis yang diselubungi kesedihan di kalangan mereka yang hadir itu berlangsung di Dewan Perda, Teluk Kumbar di sini petang ini, sejurus selepas Najib pada sidang akhbar di Kuala Lumpur mengumumkan bantuan sebanyak RM20,000 untuk setiap mangsa yang terkorban akibat bencana itu. Dalam tragedi 26 Disember lalu, Zulkifli dan isterinya, Jamilah Majid, 39, tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan lima daripada tujuh anak mereka setelah dipukul dan dihanyutkan ombak besar ketika berkelah di Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong di sini. Walaupun pasangan itu cuba menyelamatkan anak mereka, namun ombak besar secara tiba-tiba itu menyebabkan mereka hanya mampu melihat kelima-limanya hilang dibawa arus. Lima anak Zulkifli yang terkorban ialah Siti Nurain, 17, Mohd. Shukri, 12, Siti Nur Shuhada, 10, Siti Nur Atikah, 9 dan Siti Suraya, 5. Anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, 1. Zulkifli turut kehilangan anak saudaranya, Erdawati Shamimi, 23, dalam kejadian itu, yang hamil enam bulan. Pihak media yang menemu bual Zulkifli selepas majlis petang ini tidak sanggup meminta beliau meneruskan komennya berikutan keadaannya yang terlalu sebak. Pemandu bas kilang itu juga kelihatan masih belum pulih dari kecederaan di bahagian pinggang yang dipercayai dialaminya ketika berhempas-pulas untuk menyelamatkan anggota keluarganya dalam kejadian tersebut.
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 11, 2005 11:11:28 GMT 8
Malaysia, AS bekerjasama wujudkan sistem amaran awal KUALA LUMPUR 10 Jan. - Malaysia akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mewujudkan sistem amaran awal bagi mengesan kejadian gempa bumi yang mengakibatkan bencana tsunami seperti yang melanda beberapa negara Asia pada 26 Disember lalu.
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dengan AS dan keputusan lanjut mengenainya termasuk kos pembiayaannya akan diketahui kemudian.
``Kita menyambut baik syor Penolong Setiausaha Negara AS bagi Asia Timur dan Pasifik, James A. Kelly kerana mereka mempunyai teknologi moden yang memerlukan kita belajar daripada pengalaman untuk menangani kebarangkalian malapetaka itu,'' katanya.
Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia di sini hari ini sebagai mengulas tawaran AS itu.
Semalam, Kelly berkata, usaha itu boleh dilakukan dengan kerjasama negara-negara serantau dan ia akan diselaraskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Katanya, ketika ini pakar-pakar dari AS terbabit dengan usaha tersebut di tempat-tempat lain termasuk menghantar delegasi ke beberapa forum berkaitan bencana tsunami, antaranya yang akan dijalankan di Kobe, Jepun.
Cadangan mewujudkan sistem itu tercetus pada persidangan mengenai tsunami di Jakarta minggu lalu yang dihadiri oleh pemimpin dari 26 negara dunia termasuk Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan.
Keperluan untuk memiliki sistem itu dibangkitkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini yang menegaskan, Malaysia akan cuba mendapatkan maklumat awal sebelum tsunami melanda dengan menggunakan alat saintifik menerusi kerjasama dengan negara lain.
Sumber Utusan Malaysia pula memberitahu, kerajaan telah menggerakkan pelan persediaan mengesan ancaman tsunami dengan menghantar para pegawai Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca ke Hawaii, AS bagi meninjau keberkesanan sistem amaran awal di sana.
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 11, 2005 11:14:35 GMT 8
Sekolah masih dipenuhi pelarian DUA buah kapal perang tentera Indonesia ini tiba di kawasan perairan Tjalang, Sumatera tiga hari lalu untuk memindahkan managsa-mangsa tsunami dan mengedarkan bantuan kemanusiaan. - Gambar AFP. ACEH BESAR 10 Jan. - Sekolah mula dibuka semula di seluruh kawasan yang dilanda tsunami di Aceh hari ini tetapi ramai pelajar yang masih dihantui bencana itu menjauhkan diri dari pekarangan sekolah yang dipenuhi pelarian. Sebilangan pelajar yang hadir meninggalkan kelas-kelas biasa untuk menyertai majlis membaca doa beramai-ramai. Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan separuh daripada 104,000 korban di Sumatera adalah kanak-kanak. Gegaran-gegaran susulan berikutan gempa bumi 9.0 pada skala Richter pada 26 Disember lalu menakutkan mangsa yang terselamat dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memulihkan keadaan terutamanya bagi kanak-kanak. ``Dengan membuka semula sekolah, kami hanya cuba menceriakan kanak-kanak. Mereka dalam keadaan sangat bersedih,'' kata Guru Besar Sekolah Rendah Guegajah, Sutrisni di Aceh Besar, tiga kilometer ke barat Banda Aceh. Hanya separuh daripada 130 pelajar di sekolah itu berhimpun di dalam dua bilik darjah yang tidak diduduki oleh keluarga-keluarga yang hilang tempat tinggal. Pelajar beruniform itu yang disertai oleh kira-kira 60 anak pelarian membaca ayat-ayat suci al-Quran. Guru akan kembali mengikuti kurikulum kerajaan dalam masa beberapa minggu akan datang, kata Sutrisni. ``Hari ini kami hanya mengajar mereka membaca doa pada waktu sukar ini,'' katanya. Kerajaan hari ini menyatakan sejumlah 420 buah sekolah musnah dan 1,000 orang guru terbunuh di Aceh. - AP
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 11, 2005 11:28:15 GMT 8
Hanyut atas rakit Oleh Norakmah Mat Youb KLANG: Seorang lagi mangsa tsunami dari Aceh diselamatkan sebuah kapal kontena kelmarin, selepas 15 hari hanyut di Lautan Hindi. ARI AFRIZAL (gambar kecil) mangsa tsunami dari Aceh yang berlindung di atas rakit diselamatkan sebuah kapal kontena selepas terapung 15 hari di Lautan Hindi. Ari Afrizal, 22, dari Desa Kabong, Krueng Sabee, Aceh Jaya, ditemui kelaparan dan mengalami luka di paha dan punggung dalam sampan berakit, oleh kapal Al Yamamah pada 12 tengah hari, kira-kira 320 kilometer dari pantai barat Sumatera. Mangsa dikatakan hanya berpaut pada sebatang kayu sebelum menemui sampan yang terikat dengan beberapa tong dram di bawahnya, pada hari kedua selepas dihanyutkan tsunami. “Saya nampak sampan itu beroleng-oleng di lautan. Saya naik sampan itu yang menjadi tempat saya berlindung selama empat hari. Saya hanya minum air hujan dan tidak makan apa-apa. Saya juga nampak seorang lagi mangsa yang senasib dan berpaut pada sebatang kayu. Saya mahu menolong tetapi tiada pendayung. “Saya sedih kerana tidak mampu menolongnya, apatah lagi saya nampak banyak mayat di lautan sejak hari kedua di sampan itu,” katanya di atas kapal Al Yamamah, malam tadi. Kapal yang didaftarkan di Muscat, Oman itu, dijangka tiba di Pelabuhan Barat dekat sini awal pagi ini. Ari Afrizal berkata, pada hari kelimanya di laut, beliau menemui rakit berbumbung kira-kira 10x10 meter yang digunakan untuk menangkap ikan, terapung di lautan. “Saya bernasib baik kerana dalam rakit itu ada pakaian, tiga liter air dalam tangki, 20 liter minyak tanah, lima lampu seroking (lampu isyarat di kapal), majalah dan pen serta kelengkapan menangkap ikan termasuk jala. “Saya menebar jala untuk menangkap ikan bagi dijadikan makanan tetapi tiada ikan tersangkut. Jadi, saya hanya makan isi kelapa yang terapung di laut. Itupun terpaksa mengopeknya dengan gigi. “Sepanjang tempoh itu, saya hanya bersolat dan berdoa supaya diselamatkan tetapi apabila masuk hari ke-10 saya putus asa, apatah lagi beberapa kapal yang saya nampak, tidak perasan kelibat saya,” katanya sambil menambah beliau mencatat bilangan hari di halaman majalah itu. Ari Afrizal berkata, beliau keluar dari rumah rakit dan melambai tangan sebaik mendengar hon kapal. Beliau yang bekerja sebagai tukang kayu dan akan menyambut hari jadinya 20 April ini, berkata pada hari tragedi itu 26 Disember lalu, beliau sedang membina rumah di Banda Aceh. “Saya menyelamatkan diri dengan berlari ke bukit bersama beberapa penduduk lain tetapi tidak sempat dan dihanyutkan arus ke tengah laut,” katanya. Anak ketiga dari lima beradik itu, mengalami luka di paha dan punggung, dipercayai terlanggar kayu dan serpihan barang lain ketika di lautan tetapi kecederaannya tidak serius. Sementara itu, kapten kapal berkenaan, John R Kennedy berkata mangsa yang ditemui di longitud 6.08 darjah Utara latitud 91.54 Timur, menggunakan bahasa isyarat, mengadu lapar sebaik dibawa naik ke kapalnya. “Mangsa diberikan sup serta minuman, sebelum dirawat dan berehat,” katanya. Kennedy berkata, beliau juga nampak satu rakit lain tidak lama selepas menyelamatkan Ari Afrizal, tetapi tiada penghuni dan meneruskan pelayaran ke Pelabuhan Barat. Katanya, semua 18 anak kapal warga Filipina dan dua New Zealand, termasuk beliau sendiri, membuat kutipan derma kilat sebanyak RM950 (AS$250) untuk mangsa. "Ketika dalam kapal, Ari Afrizal selalu menyatakan kebimbangannya kerana tiada dokumen perjalanan apabila diberitahu kapal itu menghala ke Malaysia," katanya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 12, 2005 19:02:24 GMT 8
cuba lihat gambar ombak tsunami yg melanda sri lanka... gambar nie diambil dari satelit... jika dilihat dgn teliti... bentuk ombak tu.. menyerupai.. kalimah ALLAH.. dlm bahasa arab... sila lihat... sila lihat gambar nie dlm bentuk menegak.. dan dapat dilihat kalimah ALLAH... sila perhatikannya... globalsecurity.org/eye/andaman-sri-lanka.htmmenakjubkan!
|
|
jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Jan 13, 2005 12:20:59 GMT 8
betul tok.. bende2 tu kite x sangka.. dan kalo dipikirkan.. mcm x caye jee.. mcm kebetulan pon ade.. tp semua tu kuasa Allah... kt xleh nak menyangkal bende2 mcm tu...
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 13, 2005 17:21:11 GMT 8
betul tok.. bende2 tu kite x sangka.. dan kalo dipikirkan.. mcm x caye jee.. mcm kebetulan pon ade.. tp semua tu kuasa Allah... kt xleh nak menyangkal bende2 mcm tu... Tande2 akhir zaman nk bt camne? Ye tak?
|
|