|
Post by atokENSEM on Jan 3, 2005 12:44:32 GMT 8
Hah...itu kte takleh nk ckp...tp...aku ade gk bace artical pasal bnde nie....asl bencane je...Tuhan marah....itu pon tak tau la....tp...klu kte tgk pon...mmg tande2 Allah murka kt manusia nie....die mcm2 bnde smpai Allah perintah laut je laksanakn hukumn die....tak tau ahh...p.k2 ahh..... tanda2 akhir zaman akan tiba...
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 4, 2005 7:56:41 GMT 8
tanda2 akhir zaman akan tiba... yap....kengkadang terp.k gk kan....mcm kte nie x sempat je kan...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 4, 2005 13:29:48 GMT 8
yap....kengkadang terp.k gk kan....mcm kte nie x sempat je kan... ish!jgn ckp cmtu..semppat kalo kite mula dgn saat ni..
|
|
|
Post by enigma on Jan 4, 2005 18:34:05 GMT 8
salji pon dah turun kat negara arab skarang nih.....pk kan lah apa sebabnya..
|
|
jey'z
Senior Student
Naruto-Kun
Posts: 346
|
Post by jey'z on Jan 5, 2005 8:31:11 GMT 8
salji pon dah turun kat negara arab skarang nih.....pk kan lah apa sebabnya.. itu semua kehendak Allah... jd kita sama2 renung dan fikirkan...
|
|
|
Post by enigma on Jan 5, 2005 12:14:57 GMT 8
bukan tu saja kehendak Allah...mungkin ader lagi kehendak Allah yg belom manusia tunaikan....beringat sebelum telambat....
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 5, 2005 17:02:03 GMT 8
20 BUDAK MANGSA TSUNAMI ACEH KINI DILAPOR DISELUDUP KUALA LUMPUR: Polis Republik Indonesia (Polri) berjaya menggagalkan satu percubaan pihak tertentu, yang berselindung di sebalik tiga badan kebajikan, untuk menyeludup 2,500 bayi dan anak yatim mangsa tsunami di Aceh keluar dari Medan, Indonesia untuk tujuan didagangkan.
Bagaimanapun, laporan Jakarta Post semalam memetik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Medan sebagai berkata, 20 kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun termasuk bayi, berjaya diseludup badan kebajikan itu keluar dari Aceh untuk diperdagangkan di Bandung dan Malaysia.
Seorang pegawai Yayasan Sepakat Aceh, Masriza, berkata: “Saya difahamkan 20 kanak-kanak itu dilarikan dari kem penempatan sementara oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sudah dihantar ke Malaysia dan Bandung oleh badan kebajikan beralamat di Jalan Selam, Medan, Sumatera Utara.”
Pihak berkuasa Malaysia ketika dihubungi lewat malam tadi, bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan itu.
Bayi dan anak yatim yang diselamatkan itu adalah sebahagian daripada 9,000 mangsa tsunami di Aceh termasuk orang dewasa yang cuba diseludup sindiket berpangkalan di Bandar Polonia, Medan dan Sumatera Utara, dipercayai untuk dijadikan pelacur dan dijual sebagai anak angkat.
Manakala orang dewasa pula diculik untuk dijadikan buruh paksa atau dibunuh untuk mendapatkan organ dalaman bagi tujuan perubatan.
Sukarelawan Coalitas Masyarakat Sivil Untuk Korban Bencana Gempa Bumi dan Tsunami pula mendakwa, 80 kanak-kanak berusia empat hingga lima tahun, diselamatkan polis ketika cuba diseludup di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta.
NGO berpangkalan di Aceh itu juga menganggarkan 30,000 mangsa tsunami termasuk sebahagian besar kanak-kanak dan bayi, kini diancam kegiatan culik.
Semua mangsa yang berjaya diselamatkan itu, kini ditempatkan di rumah kebajikan kerajaan di Medan.
Berikutan perkembangan itu, pihak berkuasa Indonesia kini mengetatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu masuk utama di Sumatera dan Pulau Jawa bagi mengelak kegiatan penyeludupan manusia itu berleluasa.
Arahan mengetatkan kawalan berkenaan dikeluarkan Markas Besar Polri.
Ketua Bahagian Jenayah dan Penyiasatannya, Jeneral Suyitno Landung dipetik stesen televisyen SCTV menerusi siaran Liputan 6 semalam sebagai berkata, pihaknya mengambil langkah mengetatkan kawalan di lapangan terbang dan pelabuhan serta sempadan bagi membanteras kegiatan penyeludupan kanak-kanak Aceh.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan pihaknya, ada pihak tertentu berselindung di sebalik badan kebajikan cuba mengaut keuntungan dengan membawa keluar kanak-kanak Aceh untuk diseludup keluar dan diperdagangkan di luar negara.
“Setakat ini, tiga badan kebajikan yang beroperasi di Bandar Polonia, Medan dan Sumatera Utama dikesan membawa keluar kanak-kanak dari kawasan bencana gempa bumi dan ombak besar tsunami di Aceh.
“Kawalan ketat di semua pintu masuk dan balai polis di daerah di Indonesia sudah diarah mengetatkan kawalan dan pemeriksaan,” katanya.
Kenyataan itu sekali gus mengesahkan laporan Harian Metro semalam mengenai ribuan bayi dan kanak-kanak yatim mangsa bencana tsunami di Aceh, diculik sindiket tertentu untuk dijadikan pelacur atau dibunuh untuk mendapatkan organ dalaman.
Kejadian sama turut dilaporkan di Khao Lak, Thailand, apabila seorang kanak-kanak warga Sweden berusia 12 tahun diculik dari katil hospital ketika menerima rawatan akibat kecederaan dalam tragedi ombak besar yang melanda kawasan peranginan itu, 26 Disember lalu.
Harian Metro memetik Pengarah Program Pendidikan Damai di Aceh, Dr Asna Husin, sebagai berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia yang mendedahkan perkembangan itu bimbang bayi dan kanak-kanak kehilangan ibu bapa itu dijual kepada bukan Islam untuk dijadikan anak angkat, sekali gus menyebabkan mereka ditukar agama.
Sementara itu, Sukarelawan Coalitas Masyarakat Sivil Untuk Korban Bencana Gempa Bumi dan Tsunami, Muhammad Taufik Abda, mendakwa dua kes penyeludupan bayi dan kanak-kanak mangsa tsunami dipatahkan pasukan polis Indonesia, baru-baru ini.
“Kira-kira 80 kanak-kanak berusia sekitar empat dan lima tahun cuba diseludup keluar untuk dijual di Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta, Indonesia baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Katanya, selain bantuan Polri untuk mencegah penyeludupan mangsa berkenaan, pihaknya dengan kerjasama Pemuda Aceh dan Masyarakat serta Aceh Sepakat membuat pemantauan di pintu masuk utama ke Aceh.
“Langkah ini bagi mengelak mangsa terutama kanak-kanak dan bayi diseludup pihak tertentu,” katanya.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Kedutaan Indonesia, di sini, Budhi Rahardjo ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung penyeludupan keluar bayi dan anak yatim dari Aceh itu.
Menurutnya, kerajaan Indonesia akan menjaga kebajikan mangsa terbabit yang kehilangan ibu bapa dalam bencana alam itu.
“Kemungkinan bantuan diperlukan anak yatim terbabit ialah pendidikan dan keperluan harian untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Noro Mudiyanto Adisasmito, berkata NGO itu mungkin membangkitkan isu mengenai penyeludupan manusia di Aceh bagi menarik perhatian pemerintah supaya menjaga kebajikan mangsa terbabit.
Katanya, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan mengenai kes itu.
Taufik bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dengan menyatakan NGO di Aceh bukan mengada-adakan isu mengenai penyeludupan bayi dan kanak-kanak untuk diperdagangkan.
Konsul Besar Malaysia di Medan, Mohd Yusof Abu Bakar ketika dihubungi pula mengakui Polri membuat pengawalan ketat di Medan sebagai langkah mengelak penyeludupan kanak-kanak dan bayi keluar dari Aceh.
Katanya, semua orang yang masuk dan keluar dari daerah berkenaan kini diperiksa rapi dan satu-satu jalan yang boleh dilalui untuk tiba di Medan ialah melalui pesawat.
“Menggunakan pesawat cara paling selamat untuk masuk dan keluar sebab itu kawalan diperketatkan di lapangan terbang Medan.
“Kami tidak mengetahui mengenai adanya kes penculikan kanak-kanak dan bayi tetapi dimaklumkan kawalan adalah ketat.
“Ada juga kemungkinan berlaku kes seumpama itu kerana masing-masing cuba untuk mengaut keuntungan atas tragedi di Aceh,” katanya.
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 5, 2005 17:02:56 GMT 8
KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur kepada Allah kerana keluarga saya selamat daripada bencana itu,” kata waris generasi ketujuh legenda Mahsuri, Aishah Nawawi, 20, ketika menceritakan kejadian ombak besar tsunami yang melanda kampung halamannya di Phuket, Thailand, baru-baru ini. Semua ahli keluarga Aishah yang tinggal di Kampung Kamala, kira-kira dua kilometer dari pantai Phuket, terselamat daripada bencana tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa di pulau peranginan itu.
Aishah yang kini menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, bapanya, Wan Nawawi Wan Hashim, ibu, Sumaini Abdul Karim dan adik, Mohd Jihan terselamat.
Beliau bagaimanapun turut bersimpati terhadap mangsa bencana dan berharap mereka tabah menghadapi ujian Tuhan itu.
Sementara itu, ibu saudara sepupu kepada Aishah, Azizah Abdul Samad, ketika dihubungi Harian Metro di Phuket, semalam turut menyampaikan berita gembira itu.
Azizah, 45, berkata beliau bersyukur kepada Allah kerana tiada kerosakan harta benda dan korban nyawa di kalangan keluarga waris Mahsuri.
Menurutnya, walaupun jarak rumah keluarga Aishah hanya kira-kira dua kilometer dari pantai Kamala, tragedi itu tidak menimpa kampung itu.
“Semua anggota keluarga Aishah termasuk ibu bapa dan adiknya selamat dalam tragedi itu. Tragedi itu tidak menjejaskan langsung kampung halaman kami,” katanya.
Azizah yang bertugas di sebuah hotel di pulau peranginan itu adalah sepupu kepada ibu kandung Aishah. Bapanya berketurunan Jawa dari Batu Pahat, Johor manakala ibunya adalah penduduk tempatan Phuket.
Katanya, kali terakhir dia melawat keluarga Aishah pada Ahad lalu dan mereka sekeluarga meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun kebanyakan kawasan di pulau peranginan itu musnah berikutan tragedi tidak diduga itu.
“Masa kejadian itu, Aishah tiada di Phuket dan masih di Kuala Lumpur menyambung pelajaran di UIAM.
“Bagaimanapun, kami sudah memaklumkan kepada Aishah mengenai keadaan anggota keluarganya selepas kejadian itu,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.
Kisah Aishah pernah menarik perhatian umum di Malaysia kira-kira lima tahun lalu selepas dia didakwa sebagai waris generasi ketujuh Mahsuri, legenda Langkawi yang terkenal dengan darah putih yang mengalir dari tubuhnya ketika dihukum bunuh.
Mahsuri juga terkenal dengan sumpahannya yang Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan’ berikutan fitnah `bermain kayu tiga’ dengan Deramang sepeninggalan suaminya, Wan Derus kerana pergi berperang.
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 5, 2005 17:03:54 GMT 8
GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun masih trauma walaupun bencana ombak besar tsunami sudah lebih seminggu berlaku. Kanak-kanak itu, Azlee Samsudin, masih demam panas dipercayai akibat terkejut dengan kejadian itu.
Ketika ditemui di rumahnya di Tanjung Bungah, di sini, semalam, ibu kanak-kanak itu, Fazilah Ahmad, 46, berkata keadaan anaknya agak lemah dan masih trauma akibat kejadian itu.
Menurutnya, walaupun dia sudah membawa anaknya untuk rawatan ke klinik, keadaannya masih tidak berubah menyebabkan keluarganya bimbang dengan keadaannya.
Katanya, ketika kejadian ombak besar itu berlaku, dia bersama suaminya, Samsudin Md Sharif, 48, seorang nelayan sedang duduk di luar rumah yang menghadap laut melihat anaknya bermain.
“Ketika itu laut tenang dan tidak nampak sebarang tanda atau perkara pelik berlaku cuma angin tidak bertiup sekitar jam 1 tengah hari itu.
“Ketika itu, Azlee memberitahu saya mungkin terdapat sebuah kapal selam sedang datang ke kawasan rumah mereka dan menyuruh kami melihat ke arah laut.
“Ketika itulah saya lihat satu objek putih yang ini belum pernah dilihat seumur hidup lalu memberitahu suami mengenainnya,” katanya.
Fazilah berkata, tidak lama kemudian objek putih itu semakin hampir dengannya disusuli ombak besar menyebabkan mereka berlari menyelamatkan diri ke tempat yang agak tinggi.
“Seluruh ahli keluarga kami selamat tetapi Azlee mengalami trauma akibat terkejut. Dia juga memberitahu tidak akan bermain di laut lagi selepas ini dan takut apabila memandang ke arah laut,” katanya yang mempunyai tujuh anak.
Fazilah berharap keadaan anaknya itu akan segera pulih.
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 5, 2005 17:04:50 GMT 8
SUNGAI PETANI: Jawatankuasa Bencana Kuala Muda memberi jaminan akan memastikan semua barangan yang disumbangkan syarikat korporat dan orang perseorangan diperoleh mangsa tragedi tsunami. Pengerusinya, Datuk Wan Mustafa Wan Mahmud, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kehilangan atau kecurian barang yang disumbangkan kepada mangsa.
Katanya, semua bantuan yang disumbangkan orang ramai dan pihak yang bersimpati dengan mangsa dijamin sampai ke tangan mangsa yang terbabit tetapi ia mengambil sedikit masa.
“Sehingga kini kita belum menerima laporan kehilangan atau kecurian barang bantuan daripada mangsa atau petugas di pusat pemindahan yang ada walaupun mendengar mengenai kejadian itu.
“Kita juga tidak tahu ada segelintir orang ramai di sekitar kampung mengambil kesempatan menyamar menjadi mangsa, kemudian mengambil pakaian dan makanan yang disumbangkan.
“Kita mengambil keputusan menutup pintu hadapan dan membuka pintu kecil saja di pusat penempatan Sekolah Kebangsaan Kota Kuala Muda dan meletakkan pengawal supaya mengawasi pusat itu.
“Tujuan kita menutup pintu pusat itu bukan saja untuk mengelak barang hilang tetapi memberi keselesaan kepada mangsa kerana terlalu ramai orang masuk ke pusat itu,” katanya kepada Metro semalam.
Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai kejadian ada orang menyamar sebagai mangsa untuk mendapatkan bantuan yang disediakan di pusat pemindahan sementara.
Antara barangan yang dilaporkan diambil mereka termasuk makanan, pakaian dan tilam.
Wan Mustafa berkata, pihaknya juga menjadikan Sekolah Menengah Kota Kuala Muda pusat pengumpulan sumbangan kerana sebelum ini terdapat lebih daripada satu pusat bantuan menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan.
“Kita turut memperkenalkan sistem pas dan kupon kepada mangsa di dalam pusat itu supaya sumbangan dapat disalurkan kepada mangsa dengan lebih sempurna dan sistematik,” katanya.
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 5, 2005 17:05:56 GMT 8
KUALA LUMPUR: Sama ada benar atau tidak, satu khidmat pesanan ringkas (SMS) menawarkan anak yatim dari Aceh untuk dijadikan anak angkat kepada mana-mana pasangan atau keluarga di negara ini tersebar luas sejak semalam. Ramai pengguna telefon bimbit menerima SMS itu yang dipercayai dihantar dari seorang ke seorang yang lain tanpa menyatakan nombor telefon yang boleh dihubungi jika berminat memelihara kanak-kanak itu.
Kandungan SMS itu menyatakan ada 300 anak yatim dari Aceh yang terselamat daripada gempa bumi dan ombak besar yang melanda wilayah berpenduduk sejuta orang itu 26 Disember lalu akan dibawa ke negara ini tidak lama lagi.
SMS itu memberi amaran, jika tiada yang berminat kemungkinan anak itu dipelihara satu pertubuhan bukan Islam dan dikhuatiri akan mengkristiankan kanak-kanak terbabit.
Seorang pembaca akhbar ini yang menerima SMS itu cuba menghubungi nombor telefon yang tertera dalam SMS yang diterimanya melalui pengirim terdahulu dan dimaklumkan dia juga menerima SMS daripda orang lain.
Katanya, ramai di kalangan rakannya yang menerima SMS itu tetapi tiada seorang pun yang tahu sama ada ia benar atau tidak.
“Ramai sangat yang menerima SMS itu sehingga tiada yang dapat mengesahkan kebenarannya.
“Saya menganggap ia sebagai khabar angin kerana dalam keadaan yang berlaku di Aceh kini tidak mungkin kanak-kanak ini dapat dibawa keluar dengan mudah.
“Pada masa ini, keadaan di wilayah itu masih dalam keadaan belum selamat dan usaha mencari mayat masih dijalankan.
“Jika SMS itu benar, kenapa tidak diberikan nama atau alamat atau sekurang-kurangnya nombor telefon yang boleh dihubungi jika sesiapa berminat mengambil anak yatim itu sebagai anak angkat,” katanya.
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 5, 2005 17:07:03 GMT 8
PUTRAJAYA: Malaysia dan semua negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) akan membantu Indonesia membela nasib 35,000 anak yatim akibat mangsa tsunami di Aceh daripada jatuh ke tangan ibu dan bapa ayam serta penjual organ dalaman manusia. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata ini adalah tanggungjawab besar dan nasib kanak-kanak terbabit perlu dibela supaya mereka mempunyai masa depan sendiri.
“Ini (melacur dan menjual organ kanak-kanak) tidak boleh langsung diterima... dalam keadaan orang yang susah ini, tentulah amat sedih jika anak yatim pula dijual orang tertentu. Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam.
Harian Metro melaporkan mengenai ribuan bayi dan kanak-kanak yatim mangsa bencana tsunami di Aceh, diculik sindiket tertentu untuk dijadikan pelacur atau dibunuh bagi mendapatkan organ dalaman.
Kegiatan mengeksploitasi kanak-kanak itu dipercayai dilakukan sindiket tertentu yang menyamar waris, malah ada laporan menyatakan mereka turut merampas bayi daripada ibu yang dilanda trauma berikutan bencana berkenaan.
Pengarah Program Pendidikan Damai di Aceh, Dr Asna Husin, ketika dihubungi Harian Metro kelmarin, berkata NGO di Indonesia yang mendedahkan perkembangan itu bimbang bayi dan kanak-kanak kehilangan ibu bapa itu dijual kepada bukan Islam untuk dijadikan anak angkat, sekali gus menyebabkan mereka ditukar agama.
Bagaimanapun, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono tidak membenarkan anak yatim itu dijadikan anak angkat oleh pihak luar kerana katanya, itu tanggungjawab pemerintah menyelamatkan, mengurus dan menjamin masa depan mereka.
Terdahulu, Abdullah melancarkan Kempen Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Tabung Tsunami, di pejabatnya, semalam.
Kempen dianjurkan bersama Yayasan Kajian dan Strategik Melayu (YKSM), Tabung Amanah Muhibah (Tamu) dan Pergerakan Puteri Umno.
Penderma boleh menaip mesej DERMA dan dihantar ke 39988 dengan kadar RM5 setiap SMS.
Abdullah yang juga Pengerusi OIC berkata, beliau akan menghubungi negara anggota pertubuhan itu bagi memohon sumbangan untuk membantu anak yatim berkenaan.
“Memang banyak (negara OIC) sudah memberi bantuan tetapi saya fikir kumpulan (anak yatim) ini perlu diberi sokongan dan saya yakin banyak pertubuhan dan badan amal Islam dunia yang mahu memberi sumbangan,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, kaedah bantuan kepada anak yatim berkenaan tidak ditentukan sama ada sekali gus atau berkala.
Sementara itu, Abdullah berkata kerajaan Malaysia akan memberi sumbangan kepada mangsa tsunami Aceh ketika beliau menghadiri mesyuarat tergempar mengenai bencana itu di Jakarta, hari ini.
“Malaysia sudah menghantar bantuan kemanusiaan ke negara terbabit termasuk dua helikopter dan sebuah pesawat,” katanya.
Beliau juga akan memaklumkan kepada Susilo mengenai cadangan ahli Tabung Kemajuan Satria (Tangkas) iaitu bekas tentera dan polis yang mahu berkhidmat di Aceh.
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 5, 2005 17:10:24 GMT 8
PM minta OIC bantu Usaha selamatkan 35,000 anak yatim piatu di Aceh Oleh Fazli Abdullah
ABDULLAH memegang poster yang ditandatangani beliau sendiri bersama Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Husainy Hashim (kanan) pada Majlis Pelancaran Kempen SMS Tabung Tsunami di Jabatan Perdana Menteri, semalam.
PUTRAJAYA: Malaysia akan meminta negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) membantu menyelamatkan kira-kira 35,000 anak yatim mangsa gempa bumi serta tsunami di Aceh.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi OIC akan menghubungi pemimpin negara anggota pertubuhan itu yang mempunyai organisasi dan badan amal, supaya menghulur sumbangan kepada anak yatim terbabit.
Perdana Menteri meminta bantuan daripada negara anggota OIC itu selepas dimaklumkan ada kumpulan yang cuba memperdagangkan kanak-kanak berkenaan.
Katanya, bantuan itu perlu berikutan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sudah memberi jaminan pihaknya bertanggungjawab terhadap anak yatim berkenaan bagi mengelak mereka menjadi mangsa.
“Ini (eksploitasi kanak-kanak itu) adalah perkara yang langsung tidak boleh diterima dan saya rasa ada cukup badan kebajikan dan pertubuhan Islam di dunia yang mahu memberi sumbangan.
“Saya tahu ada antara badan itu sudah memberi bantuan di tempat lain, tapi saya fikir mereka (anak yatim) perlu diberi sokongan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Terdahulu, Perdana Menteri melancarkan Kempen Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Tabung Tsunami (Untuk Anak Yatim, Kanak-kanak dan bantuan sukarela) anjuran bersama Yayasan Kajian dan Strategi Melayu (YKSM), Tabung Amanah Muhibah (Tamu), Puteri Umno dan Tabung Kemajuan Satria (Tangkas).
Menerusi kempen itu, orang ramai boleh menderma kepada mangsa tsunami dengan menaip perkataan ‘Derma’ dan hantarkan ke 39988. Bagi setiap SMS, penghantarnya menyumbang RM5.
Semalam, akhbar melaporkan Susilo sebagai berkata, kerajaannya tidak membenarkan kira-kira 35,000 kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa dalam kejadian gempa bumi dan tsunami itu dijadikan anak angkat oleh pihak luar.
Keputusan itu bagi mengelak anak yatim berkenaan diperdagangkan dan Jabatan Sosial Indonesia menganggarkan 35,000 anak kehilangan ibu bapa, manakala 15,000 pelajar terjejas persekolahan mereka.
Laporan akhbar turut menyebut ribuan bayi dan kanak-kanak yatim di Aceh diculik oleh sindiket untuk dijadikan pelacur atau dibunuh bagi mendapatkan organ dalaman.
Eksploitasi kanak-kanak berkenaan dipercayai dilakukan sindiket yang menyamar sebagai waris, malah ada laporan menyatakan mereka turut merampas bayi daripada ibu yang sedang dilanda trauma berikutan bencana itu.
Sementara itu, di ibu negara semalam, pelbagai pihak menyatakan menerima SMS daripada pihak tertentu yang mendakwa mencari keluarga angkat bagi mangsa gempa bumi dan tsunami di Aceh.
Ada penghantar SMS itu mendakwa mereka wakil pelbagai pertubuhan awam, sukarela dan agama di negara ini yang terbabit dalam misi kemanusiaan di sana.
Satu daripada SMS berkenaan mendakwa mencari keluarga angkat bagi sekumpulan 300 kanak-kanak yatim piatu dari Aceh yang dijangka tiba ke negara ini tidak lama lagi.
Bagaimanapun, sehingga ini usaha Berita Harian untuk menghubungi kesahihan dakwaan itu menerusi nombor yang diberikan menerusi SMS berkenaan gagal.
Abdullah berkata, sejajar kenyataan Susilo bahawa Indonesia mahu bertanggungjawab menjaga anak yatim mangsa tragedi di Aceh, Malaysia bersedia menguruskan penghantaran bantuan daripada negara OIC ke republik itu.
“Ini menjadi tanggungjawab besar dan saya cadangkan negara OIC keluarkan bantuan supaya anak yatim di Aceh dapat dibesarkan dalam keadaan baik dan belajar serta bekerja pada masa depan,” katanya.
Perdana Menteri berkata, sesuatu yang amat menyedihkan kerana ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap anak yatim dengan menjualnya kepada pihak tidak bertanggungjawab.
“Ini tidak sepatutnya berlaku. Mungkin anak yatim itu ada saudara-mara di tempat yang tidak dilanda tsunami. Mereka mungkin mahu memelihara anak yatim itu,” katanya.
Mengenai bentuk bantuan kepada anak yatim itu, Perdana Menteri berkata, pertubuhan atau badan sukarela boleh memberi apa juga bantuan, sama ada secara sekali gus atau berkala.
|
|
zuchin
Junior Student
Di hati tetap satu
Posts: 159
|
Post by zuchin on Jan 5, 2005 17:13:29 GMT 8
Haiwan lebih awal kesan tsunami
PARIS: Banyak haiwan di pesisir pantai Lautan Hindi melarikan diri daripada tsunami 26 Disember lalu, berkat deria pendengaran yang lebih tajam daripada manusia, kata pakar zoologi Perancis.
Gambar udara Taman Negara Yala di Sri Lanka, yang disiarkan saluran televisyen antarabangsa menunjukkan taman itu dilanda ombak besar.
Namun tiada bangkai gajah, harimau bintang, rusa, anjing liar dan buaya ditemui selepas kejadian.
Siaran itu memperkukuhkan lagi kepercayaan burung akan terbang, anjing menyalak dan binatang lari secara berkumpulan sebelum berlaku gempa bumi dan letupan gunung berapi.
“Dalam apa jua yang membabitkan gegaran termasuk gempa bumi, gelombang bunyi haiwan berupaya mengesannya lebih dulu daripada manusia.
“Gajah, misalnya mempunyai keupayaan komunikasi infrasound dan boleh mengesan bunyi itu pada jarak yang agak jauh,” kata penyelidik tabiat haiwan Perancis, Herve Fritz.
Infrasound ialah istilah bunyi frekuensi rendah, selalunya di bawah 20 Hertz iaitu di bawah keupayaan manusia untuk mendengarnya.
Fritz menyebut dua teori bagaimana gajah mendapat amaran awal tsunami. Haiwan mungkin dapat mengesan gegaran bumi atau mendengar deruman ombak besar jauh sebelum tiba ke pantai.
Mamalia juga mampu mendapat amaran awal melalui gegaran bumi dan kelawar pula menggunakan sonar untuk mengesan bahaya yang bakal menimpa.
Pengarah Zoo Paris, Anne-Claude Gauthier, berkata banyak haiwan lain juga mempunyai sensor bukan berasaskan bunyian.
Ini termasuk burung merbuk yang sensitif terhadap perubahan tekanan udara, burung migrasi dan lebah yang seolah-olah mempunyai kompas kecil ketepatan tinggi yang mampu mengesan perubahan dalam kuasa magnetik bumi.
Katanya, haiwan yang hidup berkelompok seperti gajah, rusa dan burung juga mempunyai kod amaran seperti salakan yang memberi isyarat kepada kelompoknya bahawa bahaya akan menimpa. – AFP
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 10, 2005 8:51:43 GMT 8
Haiwan lebih awal kesan tsunami PARIS: Banyak haiwan di pesisir pantai Lautan Hindi melarikan diri daripada tsunami 26 Disember lalu, berkat deria pendengaran yang lebih tajam daripada manusia, kata pakar zoologi Perancis. Gambar udara Taman Negara Yala di Sri Lanka, yang disiarkan saluran televisyen antarabangsa menunjukkan taman itu dilanda ombak besar. Namun tiada bangkai gajah, harimau bintang, rusa, anjing liar dan buaya ditemui selepas kejadian. Siaran itu memperkukuhkan lagi kepercayaan burung akan terbang, anjing menyalak dan binatang lari secara berkumpulan sebelum berlaku gempa bumi dan letupan gunung berapi. “Dalam apa jua yang membabitkan gegaran termasuk gempa bumi, gelombang bunyi haiwan berupaya mengesannya lebih dulu daripada manusia. “Gajah, misalnya mempunyai keupayaan komunikasi infrasound dan boleh mengesan bunyi itu pada jarak yang agak jauh,” kata penyelidik tabiat haiwan Perancis, Herve Fritz. Infrasound ialah istilah bunyi frekuensi rendah, selalunya di bawah 20 Hertz iaitu di bawah keupayaan manusia untuk mendengarnya. Fritz menyebut dua teori bagaimana gajah mendapat amaran awal tsunami. Haiwan mungkin dapat mengesan gegaran bumi atau mendengar deruman ombak besar jauh sebelum tiba ke pantai. Mamalia juga mampu mendapat amaran awal melalui gegaran bumi dan kelawar pula menggunakan sonar untuk mengesan bahaya yang bakal menimpa. Pengarah Zoo Paris, Anne-Claude Gauthier, berkata banyak haiwan lain juga mempunyai sensor bukan berasaskan bunyian. Ini termasuk burung merbuk yang sensitif terhadap perubahan tekanan udara, burung migrasi dan lebah yang seolah-olah mempunyai kompas kecil ketepatan tinggi yang mampu mengesan perubahan dalam kuasa magnetik bumi. Katanya, haiwan yang hidup berkelompok seperti gajah, rusa dan burung juga mempunyai kod amaran seperti salakan yang memberi isyarat kepada kelompoknya bahawa bahaya akan menimpa. – AFP Subhanallah !@#......
|
|