|
Post by atokENSEM on Dec 26, 2003 2:54:20 GMT 8
ANGGOTA polis memeriksa dua daripada empat kenderaan yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer 425.5 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Bukit Beruntung, semalam. KUALA KUBU BARU: Lima orang termasuk tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Unit Penguat Kuasa Maritim Jabatan Perdana Menteri (JPM), terbunuh dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 425.5 Lebuh Raya Utara Selatan di sini, petang semalam. Dalam kejadian berhampiran susur keluar Bukit Beruntung pada jam 1.20 petang itu, Proton Wira kenderaan rasmi JPM yang dinaiki empat anggota TLDM berkenaan dihempap sebuah Toyota Unser yang terbabas dari arah bertentangan. KEADAAN sebuah daripada empat kereta yang terbabit dalam nahas dekat Bukit Beruntung yang mengorbankan lima orang. Sebuah Proton Perdana yang cuba mengelak kereta mangsa pula kemek selepas melanggar bahagian belakang lori ayam. Tiga anggota terbabit, Mohd Kamal Mamat, 38, Shahrul Hafizi Hashim, 28 dan Noor Junaizah Zakaria, 25, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi, hanya dikenali Mohd Zulhelmi, cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Slim River. Dua mangsa lain yang terbunuh dikenali James Michael a/l GWE Michael, 45 dan anaknya, Steven Jeyaseelan, 13. Kedua-duanya juga mati di tempat kejadian manakala isteri Michael, Angeline Aranusalam, 45, cedera ringan. Michael sekeluarga yang menaiki Toyota Unser, dalam perjalanan dari Bukit Mertajam ke ibu negara manakala empat anggota itu dari Kuala Lumpur ke pangkalan TLDM Lumut. Nahas itu dipercayai yang ketiga membabitkan ramai kematian pada musim perayaan ini, selepas kemalangan dua bas yang meragut 15 nyawa di Jalan Kuala Lipis-Merapoh pada 30 November lalu serta sebuah kereta dan trailer mengorbankan lima sekeluarga di Bangi pada 22 November. Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Shamsuddin Mat, yang ditemui pemberita berkata kemalangan terbaru itu dipercayai berlaku apabila Angeline yang memandu Toyota Unser berkenaan, gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan. “Kenderaan itu kemudian melambung ke arah bertentangan dan menghempap Proton Wira yang membawa empat anggota TLDM. “Pada masa sama, anak Michael tercampak keluar,” katanya pada sidang media di Hospital Kuala Kubu di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Superintendan Hussin Mat Junus. Shamsuddin berkata, anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat dan mangsa yang tersepit. Beliau berkata, semua mangsa yang terbunuh dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk dibedah siasat manakala pemandu dan penumpang Proton Perdana serta lori ayam tidak mengalami sebarang kecederaan. Pemandu Proton Perdana, Azmi Johan, 37, yang ditemui berkata kejadian berlaku begitu pantas dan beliau nyaris melanggar kenderaan mangsa kerana dilindungi sebuah trailer di hadapan. “Bagaimanapun, saya sempat mengelak ke kiri dan melanggar lori yang membawa ayam. Saya bersyukur terselamat dalam kejadian itu,” katanya yang dalam perjalanan ke Ipoh kerana urusan kerja. Pemandu trailer, Abu Haniffah Harun, 27, pula berkata dia terkejut apabila Toyota Unser itu melambung dan menghempap sebuah kereta di hadapan kenderaannya. “Saya bernasib baik sempat mengelak kerana ketika itu tidak memandu laju. Saya lihat kereta berkenaan gagal dikawal dan melanggar besi penghadang jalan. Katanya, kereta itu melambung secara terbalik dan menghempap Proton Wira di hadapan trailernya. “Saya memberhentikan kenderaan di tepi dan cuba memberi bantuan tetapi agak terlambat kerana mangsa sudah meninggal di tempat kejadian manakala yang cedera dibawa ke hospital oleh sebuah ambulans yang secara kebetulan lalu di situ,” katanya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 26, 2003 2:57:13 GMT 8
Pekerja kilang dituduh bunuh bayi Haslinda Yaakob dituduh membunuh Mohammad Shawal Abdullah yang baru dilahirkannya di Nombor 129 Blok 6, Felda Jelai 3, Gemas, Tampin antara jam 8.40 malam 15 Disember dan 12.15 tengah hari 16 Disember lalu. SEREMBAN: Seorang pekerja kilang berusia 20 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya minggu lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati. Ketika tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Ahmad Faizadh Yahaya, Haslinda yang berseluar jeans dan memakai kemeja, cuma mengangguk sebagai tanda faham. Mahkamah bagaimanapun tidak mengambil sebarang pengakuan daripada tertuduh. Ahmad Faizadh menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Tampin. Kes itu sepatutnya disebut di Mahkamah Majistret Tampin, tetapi Majistret Lisah Che Mat bercuti. Ahmad Faizadh membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Ahmad Kamar Ahmad Abbas supaya tertuduh dihantar ke Penjara Kajang sementara kesnya disebut semula. Sebelum itu, berlaku kekecohan di bilik bicara Mahkamah Majistret Tampin apabila teman lelaki Haslinda, Mohd Razif Isa, 23, cuba meminta maaf daripada tertuduh. Ketika itu Haslinda menunggu untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban dan Mohd Razif yang turut berada di situ, tiba-tiba memohon maaf di atas keterlanjurannya. Mohd Razif: “Aku minta maaf. Aku tunggu sampai kau keluar.”
Haslinda: “Tidak payah tunggu-tunggu. Kau kahwin saja dengan makwe (teman wanita) kau dekat (Felda) Palong 9 itu. Kau lelaki tidak bertanggungjawab, buat apa aku kahwin dengan kau. Lebih baik aku cari lelaki lain.”
Mohd Razif yang sebelum ini ditahan reman, dibebaskan tanpa syarat selepas didapati tidak terbabit dalam kes pembunuhan itu.
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 26, 2003 18:44:47 GMT 8
o.......mcm tu...nasib baik kan.......
|
|
GtiTurbo
Junior Student
higher rev ! ! ! ! ! !
Posts: 71
|
Post by GtiTurbo on Dec 26, 2003 23:53:48 GMT 8
Sini aku nak tanya pendapat korang semua, nape semua kereta baru senang sgt hancur bila terlibat dgn kemalangan. ???bukan apa, kebykan kereta baru di agung2kan dgn sistem keselamatan yg canggih dan termaju. tapi aku tengok berkecai juga. cthnya Toyota unser tu. tak jadi kereta dah. lebih baik pakai keta lama. body pun kuat dan kukuh.(berdasarkan pengalaman aku la) dulu aku pernah eksiden coz bawak laju (80kmj) waktu hujan dan langgar pokok, aku tengok keta aku cuma kemek sikik je . tapi bila aku pakai keta baru, baru terseret sikit dah remuk. bukan aku nak suruh korang bawak laju langgar pokok pulak tau. cuba anda semua renungkan tauuuuuuuuuu
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 27, 2003 2:15:53 GMT 8
atok rase..tgk pd kemalangan gak!kalo mcm keta unser ni..accident sbb keta tu melambung2 dan terguling2 pastu hempap keta dr laluan arah berlainan..tu yg remuk tu! important.. atok tgk berita tadi..lori langgar 9biji moto..4 mati dan y lain selamat..yang kesian nye..ade mangsa yang mati tersepit bawah lori tu..mesti bdn mangsa tu berkecai kt bawah lori tu.. so..kpd yang bwk moto tu,berhati2 lah mase park moto kat tepi jln..kalo boleh..turun lah dari moto bile park tepi..ok?lgpun..itu dah ajal mangsa yang mati dlm accident tu..esok atok post kan gambar kemalangan tu..ok? [glow=red,2,300]berhati2 di jalan raya..pandu cermat jiwa selamat..[/glow]
|
|
|
Post by enigma on Dec 27, 2003 8:43:53 GMT 8
tul tu tok....keta kalu lengkap dgn kawalan keselamatan camna pun....kalo org yg bawak keta tu bawa macam ribut......hmmm dah tentulah remuk teruk bila exident.....tp kalo bawak dgn cermat....rasenyer tak delah nk exident sampai hancur keta...dan penumpangnya sekali.....
pasal keta lama dan keta baru ni...enigma pun perasan gak...keta lama cam nissan sunny.tu ..walupun dah lama...tp bleh tahan bodynya kalu nk dibandingkan dgn keta ..wira....bila kena langgar jer...remuk teruk.....walaupun exident nyer tak lah teruk mana....
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 27, 2003 12:45:12 GMT 8
Benda2 macam ni takleh nak kata la.Kalau dah sampai ajal dia,nak buat camne.Bawak slow kene hon,bawak laju kene la saman.
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 27, 2003 12:57:43 GMT 8
aku sokong ko twin....dah ajal kite...tp,care kite mati je yg b'lainan....so,insap2 la kwn2 ku sekalian...aku ckp takut bl mlm minggu kat kl....ya allah...mat2 rempit mmg x syg nyawe...klu exciden mati trs xpe...ni x,klu koma atau cacat,x ke t'pakse menyusahkan org lain nak m'jagenyer...ape la....
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 27, 2003 16:52:48 GMT 8
aku sokong ko twin....dah ajal kite...tp,care kite mati je yg b'lainan....so,insap2 la kwn2 ku sekalian...aku ckp takut bl mlm minggu kat kl....ya allah...mat2 rempit mmg x syg nyawe...klu exciden mati trs xpe...ni x,klu koma atau cacat,x ke t'pakse menyusahkan org lain nak m'jagenyer...ape la.... elok ditujukan pd atok kan cuak?
|
|
|
Post by enigma on Dec 27, 2003 19:23:22 GMT 8
elok ditujukan kpd sume penunggang moto...
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 28, 2003 5:21:05 GMT 8
Empat maut dirempuh lori: Tujuh lagi cedera ketika berteduh di bawah jejambatLORI pasir yang merempuh penunggang motosikal tersadai di bawah jejambat di Kilometer 17 Lebuhraya Grand Saga, Kajang-Cheras dekat Sungai Long, semalam. – Gambar oleh Izhari Ariffin KAJANG: Empat terbunuh manakala tujuh lagi cedera termasuk satu kritikal apabila sebuah lori pasir merempuh sembilan penunggang motosikal dan dua pembonceng yang berteduh di bawah jejambat berhampiran Sungai Long di Kilometer 17 Lebuhraya Grand Saga, Kajang-Cheras dekat sini, petang semalam.
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Syamsu Rahman Saubi, 40 (warga Indonesia); Samaniah Sabri, 45; Suandi Mokhtar, 44 (kedua-duanya penduduk tetap) dan Ahmad Nizam Mohamad, 32.
Manakala yang cedera ialah Lai Kar Poh, 20; Halilah, 34; Mohd Faiz Shahrum, 22; Mohd Razif Rosli, 21; Lau Meng Ho, 27; Subli Daud, 27 dan Asrul Ahmad Fadzi, 16.
Semua mangsa yang cedera kini ditempatkan di Hospital Kajang untuk menerima rawatan.
Jurucakap polis berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 petang, ketika semua mangsa sedang berteduh di bawah jejambat berkenaan sambil menanti hujan reda yang jaraknya kira-kira satu kilometer dari Plaza Tol Kajang.
MAYAT dua daripada empat mangsa yang maut selepas sebuah lori merempuh penunggang dan pembonceng motosikal yang berteduh ketika hujan di jejambat Lebuhraya Cheras Kajang, semalam. “Secara tiba-tiba, datang sebuah lori pasir dari arah Kajang ke ibu kota, dipercayai terbabas lalu merempuh sekumpulan sembilan penunggang motosikal dan dua pembonceng yang berteduh di bawah jambatan berkenaan.
Pegawai Operasi Menyelamat Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Lt Muda Mohamed Husni Zulkifli pula berkata tiga daripada mangsa termasuk seorang perempuan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang meninggal dunia di Hospital Kajang, dekat sini.
Mohamed Husni berkata kemalangan itu berlaku semasa hujan lebat dan lori itu yang dalam perjalanan ke ibu negara dikatakan merempuh penunggang dan pembonceng motosikal yang sedang berteduh di bawah jejambat itu.
Beliau berkata lori terbabit tidak mempunyai cukai jalan dan dipandu Suhaimi Hanafi, 32, dari Sarawak dikatakan bergerak dengan laju sebelum merempuh mangsa yang sedang berteduh daripada hujan di bawah jejambat itu.
Pemandu lori itu melarikan diri tetapi berjaya dikejar oleh orang ramai sebelum polis menahan dan membawanya ke ibu pejabat polis daerah Kajang.
Keadaan di tempat kejadian agak mengerikan dengan cebisan daging dan darah bertaburan. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas beberapa jam di kedua-dua laluan.
Pihak berkuasa mengambil masa kira-kira empat jam untuk membersihkan kawasan kemalangan.
Menurut seorang kakitangan Grand Saga, syarikat konsesi lebuh raya itu, kemalangan itu adalah yang paling ngeri sejak lebuh raya itu dibuka.
Turut membantu mangsa kemalangan di tempat kejadian ialah anggota Persatuan Bulan Sabit Merah, bomba, polis dan kakitangan lebuh raya.
[glow=red,2,300]berhati hati dijalanraya.. ingatlah org yang tersayang..[/glow] atok..
|
|
|
Post by turtle on Dec 28, 2003 5:43:48 GMT 8
huhuh hari2 xcident, bile nak abih tataw lar
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 28, 2003 22:43:06 GMT 8
entahla.. ::)kekadang tu tgk accident..atok rase takut nak bawak keta dan moto..tapi kalo dah ajal nak buat mcm mana..duduk je dlm bilik pun leh mati!
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 29, 2003 20:38:49 GMT 8
Iran rayu bantuan dunia Bencana ini terlalu besar bagi kami: Presiden KhatamiSEORANG imam membacakan doa ketika pengkebumian mangsa gempa bumi di Bam, Iran, kelmarin. – Gambar AFP BAM: Presiden Iran, Mohammed Khatami, merayu bantuan antarabangsa ketika mengakui negaranya tidak berupaya menggerakkan operasi menyelamat di lokasi gempa bumi terburuk negara itu di sini yang dianggarkan mengorbankan dan mencederakan 70,000 orang. “Bencana ini terlalu besar untuk kami tangani. Masalahnya, kami hanya ada 30 anjing pengesan yang dihantar di tempat kejadian ketika ini,” katanya ketika mengisytiharkan hari berkabung selama tiga hari sambil mengarahkan pihak berkuasa tempatan mempercepatkan usaha menyelamat. Bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula mengeluarkan kenyataan seolah-olah menunjukkan keadaan terkawal apabila mengatakan bahawa operasi menyelamat mangsa gempa bumi di Bam tidak diperlukan lagi dan ditamatkan semalam. Sehingga kini, lebih 45 pesawat asing mendarat di Iran bagi menghantar bekalan kecemasan dan pekerja bantuan bagi membantu penduduk Bam. PEKERJA bantuan ini menggali mayat mangsa gempa bumi di Bam semalam, yang dilaporkan membunuh dan mencederakan 70,000 orang. – Gambar AFP
Tetapi, kejadian mencuri juga dilaporkan semalam kerana ramai penduduk tempatan yang kelaparan bertindak menyerbu kedai yang tidak rosak bagi mengambil makanan. Bandar Bam dianggarkan mempunyai 100,000 penduduk. Kelmarin, Menteri Kesihatannya, Dr Ahmed Pezeshkian, berkata 65 hingga 70 peratus penduduk Bam maut kerana gempa bumi sekuat 6.6 pada skala Richter itu yang melanda ketika penghuni bandar itu sedang tidur. Laporan terbaru mengatakan harapan semakin tipis untuk mengeluarkan beribu-ribu mangsa gempa yang tertimbus di Bam yang terletak di tenggara Iran iaitu 1,015 kilometer dari ibu negara, Teheran. Kemusnahan besar berlaku di wilayah itu kerana kebanyakan bangunan dibina berasaskan tanah liat dan pusat gempa bumi adalah 16 kilometer di luar bandar, kata pakar kaji gempa Amerika Syarikat, Harley Benz. Selain itu, beberapa gegaran menyusul selepas gempa bumi melanda, mencatatkan kekuatan 5.3 pada skala Richter, menurut pakar geofizik Universiti Teheran. Laporan mengenai operasi menyelamat menyatakan, anggota penyelamat terpaksa mengangkat mangsa yang cedera, meletakkan mereka di atas kayu pengusung atau di belakang trak tetapi tidak dapat diberi rawatan segera kerana beberapa hospital yang ada juga musnah. Berikutan itu, mangsa dihantar ke lapangan terbang sebelum diterbangkan ke Kerman, ibu kota wilayah yang berada 195 kilometer dari Bam mahupun bandar lain. Seorang pegawai kerajaan tempatan, Saeed Iranmanesh, memberitahu agensi berita The Associated Press (AP) bahawa 3,000 mayat sudah ditemui dan dikebumikan dan lebih 9,000 lagi yang cedera dihantar ke hospital di seluruh Iran. Awal semalam, kira-kira 150 orang termasuk seorang bayi berjaya diselamatkan daripada timbunan bangunan, kata pegawai Pengawal Revolusi, Masoud Amiri. KAKITANGAN kedutaan Iran di Kuwait semalam mengatur bekalan bantuan untuk dihantar ke Bam yang menerima bantuan dari seluruh dunia. – Gambar AFP
“Bayi itu tertimbus lebih 24 jam tetapi disahkan berada dalam keadaan stabil di hospital,” katanya. Pakar berkata, mangsa yang tertimbus boleh hidup sehingga 72 jam jika masih menerima oksigen. Sehingga petang, barisan kenderaan yang menunggu untuk masuk ke Bam dilaporkan berderetan sejauh dua kilometer setengah ketika penduduk Iran berkejar ke bandar itu bagi mencari sanak saudara atau menghantar bekalan makanan. Iran membuka ruang udaranya kepada semua pesawat yang menghantar bekalan kecemasan serta menggantung peraturan visa untuk pekerja bantuan asing. Kerajaan dan pertubuhan bantuan asing kini sudah menghantar pekerja bantuan, anjing pengesan dan bekalan kecemasan termasuk Amerika Syarikat yang mengetepikan perbezaan politik dengan Iran untuk turut serta dalam operasi besar-besaran di negara Teluk itu. Penduduk Bam juga menghadapi masalah kekurangan air minum sejak kelmarin. Pekerja bantuan sudah mengedarkan botol air minuman tetapi ia tidak mencukupi. Wartawan melihat sekurang-kurangnya empat remaja mencuri masuk tiga kedai di pusat bandar dan dua daripada mereka berlari keluar dengan beberapa paket biskut. Menteri Dalam Negeri Iran, Abdolvahed Mousavi Lari, berkata 31 pos kawalan polis sementara dibina di sekitar Bam bagi mengawal keselamatan awam. Hampir semua mangsa yang kehilangan rumah mereka dapat tidur dalam khemah yang disediakan agensi bantuan malam kelmarin, berbeza dengan hari pertama apabila kebanyakan mereka hanya ada selimut dan tiada tempat berteduh untuk lelap ketika suhu hampir beku. Iran mempunyai sejarah dilanda gempa bumi besar dan antaranya termasuk gempa berukuran 7.3 pada skala Richter di barat negara itu yang mengorbankan 50,000 orang pada 1990.
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 30, 2003 9:08:10 GMT 8
SILA AMBIL PERHATIAN!!
Penagih dadah di sekitar Pasar Seni di sini, mengugut mencucuk jarum suntikan yang dijangkiti virus HIV jika mangsa enggan menyerahkan wang. Mangsa yang kebanyakkannya pelancong asing, dikatakan akur dengan ugutan penagih terbabit kerana bimbang dijangkiti virus maut berkenaan.Penggunaan jarum suntikan sebagai senjata dikatakan semakin popular berbanding pisau untuk mengugut orang ramai kerana saiznya kecil, mudah dibawa dan disembunyikan walaupun dalam kotak rokok.Ketua Unit Samun, Ragut dan Selok Saku, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD)Dang Wangi, Cif Inspektor M Gunalan, berkata pihaknya menerima kira-kira 30 aduan samun di kawasan Pasar Seni sepanjang bulan ini.Menurutnya, daripada jumlah itu, dua kes dilaporkan membabitkan penggunaan jarum suntikan sebagai senjata untuk mengugut orang ramai yang melalui kawasan berkenaan"Kawasan sekitar Pasar Seni dikenal pasti sebagai kawasan paling banyak kes samun dan ragut selain Bukit Bintang,Kota Raya dan Hentian Bas Klang."Berdasarkan aduan mangsa, kami dapati penagih biasanya melakukanperbuatan itu selepas jam 3 petang. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika menggunakan laluan berkenaan," katanya selepas mengetuai operasi di sekitar Pasar Seni, petang semalam.Dalam operasi selama dua setengah jam membabitkan 25 anggota, polis menahan lima penjenayah yang dikehendaki, tujuh pendatang tanpa izin iaitu empat warga Bangladesh dan Indonesia (tiga).Selain itu, polis menahan dua pemuda untuk membantu siasatan berhubung kes samun dan 40 orang untuk pemeriksaan air kencing selepas dipercayai terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Dalam operasi itu, polis turut merampas lapan jarum suntikan yang disembunyikan dalam kotak rokok daripada tiga penagih yang ditahan.
Berhati-hati jika keluar ke bandar...
|
|