|
Post by PoKai B on Dec 19, 2003 14:46:18 GMT 8
x yah susah2....tgk jer citer aku kayer...hawhaw ;Dntah aper2 ntah aku ni....hawhaw ;D
|
|
|
Post by duo on Dec 19, 2003 14:50:16 GMT 8
kaya tak susah snagat sebenarnye kalau bijak dibelanjakan.. even zaman Rasulullah s.a.w. lagi ada para asahabat yang bergelar hartawan...hartawan yang dermawan..wallahualam
|
|
|
Post by PoKai B on Dec 19, 2003 15:07:53 GMT 8
hawhaw ;D...ntah aper2 ko ni duo..ader ker snagat...org sangat.....hawhawhaw ;D..lagi satu...ader ker asahabat....org sahabat jer....hawhawhaw ;D
|
|
|
Post by enigma on Dec 19, 2003 15:48:53 GMT 8
SEMPENA sambutan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-45 yang bermula kelmarin hingga 23 Disember ini, eloklah direnungkan beberapa ayat suci al-Quran sebagai ikutan dan teladan semua.
Antaranya Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan rasul-Nya dan (kepada) kitab (al-Quran) yang diturunkan kepada rasul (Muhammad) dan juga kepada kitab suci yang diturunkan dulu daripada itu.
“Dan sesiapa yang kufur (ingkar) kepada Allah dan malaikat-Nya, kitab-Nya dan rasul-Nya serta hari akhirat, maka sesungguhnya ia sudah sesat dengan kesesatan sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisa, ayat 136).
Ayat ini menerangkan bahawa beriman kepada kitab suci al-Quran dan menjadikan isi kandungannya sebagai pedoman dan panduan hidup adalah suatu kewajipan bagi setiap umat Islam.
Tidak ada seorang Mukmin yang boleh mengatakan bahawa kandungan dan suruhan dalam al-Quran sudah tidak sesuai pada zaman moden ini.
Bagi mereka yang mengatakan sedemikian dengan niat menghina atau memperkecilkan isi serta kandungan al-Quran, maka sesungguhnya dia adalah kalangan yang sesat di dunia dan akan dikenakan azab oleh Allah di akhirat kelak.
Untuk melihatkan bahawa seseorang benar-benar beriman dan yakin terhadap isi serta kandungan al-Quran itu perlulah memiliki beberapa kriteria dan ciri tertentu sebagai tanda dan ukuran.
Ciri pertama ialah hendaklah sentiasa membaca dan berusaha menghafal al-Quran. Dengan membaca al-Quran, ia dapat menambah kebersihan jiwa, ketenangan, keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Dengan membaca al-Quran juga, seseorang akan mendapat ganjaran pahala dan syafaat (pertolongan) daripada Allah sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud : “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
Kedua, al-Quran itu hendaklah dibaca dengan tertil yakni dengan bacaan terang, jelas dan betul mengikut ilmu tajwid.
Memperelokkan suara ketika membaca al-Quran akan menjadikan bacaan menyelinap ke dalam kalbu lalu menyentuh perasaan pendengarnya. Ciri
Ketiga, sentiasa meneliti makna-makna ayat al-Quran, memahami kandungan dan pengertian yang disampaikan dalam al-Quran itu.
Berkenaan perkara ini, Allah berfirman yang bermaksud: “Maka apakah mereka sengaja tidak berusaha memahami dan memikirkan isi al-Quran atau sudah ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran.” (Surah Muhammad, ayat 24).
Keempat, hendaklah al-Quran itu diajarkan kepada semua umat Islam. Maknanya al-Quran disebarkan dengan meluas agar mereka juga akan terus melaksanakan tanggungjawab mengamalkan serta memelihara kitab Allah itu daripada satu generasi kepada generasi lain.
Mempelajari dan seterusnya mengajarkan al-Quran itu adalah sunnah atau suruhan Rasulullah seperti anjuran Baginda melalui sabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkan kepada orang lain.”
Seterusnya hendaklah juga berusaha mengamalkan segala isi kandungan al-Quran. Inilah kelebihan dan faedah paling penting serta besar yang dapat kita nikmati dan peroleh daripada al-Quran selepas memahami isi kandungannya.
Bagaimanapun, amatlah buruk sekali jika seseorang hanya mengetahui isi kandungan al-Quran dan memperkatakannya, tetapi gagal atau tidak mahu beramal dengannya.
Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (Surah as-Saff, ayat 2 hingga 3).
Dalam hadis ada dinyatakan suatu kisah mengenai kelebihan yang diperoleh seseorang yang membaca dan beramal dengan al-Quran.
Diriwayatkan ketika seorang insan soleh meninggal dunia, ramai ahli keluarga dan warisnya sibuk membuat persiapan bagi memandi serta menyembahyangkan jenazahnya.
Pada ketika itu, seorang yang sangat kacak dan tampan datang dan berdiri pada bahagian kepala mayat itu.
Apabila mayat dikafankan, orang kacak itu beralih pula untuk datang antara lilitan kafan dengan dadanya. Apabila mayat itu diusung ke perkuburan, orang kacak itu mengiringi hingga ke tempat pengebumian.
Sebaik talkin habis dibaca dan orang ramai mula pulang, maka datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir sedaya upaya memisahkan orang kacak itu daripada si mati supaya mudah menyoal tanpa sebarang gangguan.
Pada waktu itu orang kacak itu berkata: “Insan ini adalah sahabatku, dia adalah kawanku, aku tidak akan meninggalkannya hingga aku dapat membawanya masuk ke syurga.”
Kemudian orang kacak itu berpaling ke arah mayat lalu bersuara sekali lagi ke arah Munkar dan Nakir: “Ketahuilah bahawa akulah al-Quran, di mana dia sudah membacaku siang dan malam, kadang-kadang dengan suara perlahan dan kadang-kadang dengan suara yang kuat, jangan bimbang! Selepas pertanyaan dan soalan yang kamu berdua kemukakan dia akan kubawa ke syurga."
Keterangan hadis ini menunjukkan bahawa al-Quran mempunyai fadilat yang amat besar sebagai jaminan serta pelindung bagi pembaca yang mengamalkan segala kandungannya.
|
|
|
Post by duo on Dec 19, 2003 17:03:14 GMT 8
to: pokai B
alaaaa....biasela tu.. nak cepat..tu yang tersalah eja tu.. masa tu emas..tak gitu? tak pon pisang emas..hahahahangkiu jaya ;D ;D ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 20, 2003 2:15:55 GMT 8
Michael Jackson didakwa peluk Islam NEW YORK: Sebuah akhbar terkemuka Amerika Syarikat mendakwa, Raja Pop terkenal, Michael Jackson sudah bertukar agama kepada Islam, malam kelmarin.
New York Post memetik sumbernya sebagai berkata, tindakan penyanyi itu bertukar agama dilakukan sejajar dengan rombakan dalam senarai kakitangan yang bekerja dengannya.
Menurut laporan itu, anggota gerakan ‘Nation of Islam’ (NOI) di sini sudah lama berusaha membawa Jackson untuk menganut agama berkenaan dan berita mengenai perubahan agama itu sudah tersebar luas di kalangan penduduk Islam di situ.
Bagaimanapun, sumber terbabit tidak dapat menjelaskan sebab Jackson menyertai Islam.
Sementara itu, laman web Fox News kelmarin melaporkan, abang Jackson, Jermaine yang memeluk Islam pada 1989 sudah lama cuba memujuk adiknya memeluk agama itu. – Agensi
“Malah, beliau (Jermaine) juga bertanggungjawab di atas pelantikan seorang anggota NOI, Leonard F Muhammad sebagai pengawal keselamatan Jackson,” kata sumber itu.
Berita Jackson memeluk Islam itu tersebar ketika pendakwa raya bersiap sedia untuk memfailkan dakwaan terhadapnya berikutan kes pencabulan kanak-kanak di California dan pihak berkuasa bersetuju untuk memulangkan pasport artis itu supaya beliau dapat ke Britain, hujung minggu ini.
Jackson masih bebas selepas membayar ikat jamin sebanyak AS$3 juta (RM11.4 juta) sejurus menyerah diri kepada pihak berkuasa kepada 20 November lalu.
Dua hari selepas itu, polis menggeledah rumahnya di luar Los Ovilos, California yang terkenal dengan gelaran Neverland untuk mencari bukti untuk mendukung dakwaan yang dibuat budak berusia 14 tahuni tu.
Bagaimanapun, Raja Pop terbabit menafikan dakwaan itu.
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 20, 2003 11:28:26 GMT 8
ye ke...xcayerla cuak....korang tau x...die tu bengang coz sume negare die dah g kecualki mekah...sbb tu la die nak msk islam agaknye....dahla bt byk jenayah sex...ish...x patut la
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 20, 2003 18:18:42 GMT 8
ye ke cuak? ::)tapi mengikut artikel atok ni..abg dia dah masuk islam..abg dia dah lama pujjuk dia...so..m.jackson hari ni,br terbuka hati nak masuk islam..but kes dia liwat bdk tu..betul ke?bg sy 90%..
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 20, 2003 19:42:35 GMT 8
biarla die sweet.....kite cter psl die,die bkn knl kite pun...tul x...
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 21, 2003 0:47:40 GMT 8
Gadis bertudung terpaksa ke sekolah Kristian PARIS: Gadis Muslim yang enggan membuka tudung seperti disyaratkan kerajaan Perancis, terpaksa meneruskan persekolahan di sekolah swasta yang kebanyakannya Roman Katolik atau berhenti sekolah. Larangan memakai pakaian atau peralatan melambangkan keagamaan seperti bertudung bagi Islam, salib bagi Kristian dan topi bagi penganut Yahudi berkemungkinan dikuat kuasakan di semua sekolah negara itu September depan. Presiden Jacques Chirac ketika membuat ucapan secara langsung meminta Parlimen menerima pakai undang-undang yang mengesahkan larangan itu. Perancis mempunyai penduduk Muslim paling ramai di Eropah Barat, iaitu kira-kira 5 juta orang. Menteri Pendidikan Luc Ferry dalam temu bual di stesen radio RTL berkata, satu rang undang-undang bertujuan mengharamkan pemakaian tudung di sekolah awam akan dibentangkan di Parlimen Februari depan. Dokumen itu dijangka diluluskan dengan mudah berikutan sokongan mantap disuarakan kerajaan dan pembangkang negara itu. Namun, cadangan itu sebaliknya mengundang kecaman dari luar Perancis. Pemenang anugerah Nobel Keamanan, Shirin Ebadi dari Iran berkata tindakan Paris itu akan hanya memberi kemenangan kepada golongan fundamentalis. Di Washington, duta Kebebasan Beragama Antarabangsa Jabatan Negara Amerika Syarikat, John Hanford berkata larangan itu harus dilaksanakan dengan syarat tidak mengetepikan hak kebebasan beragama. “Semua orang berhak mengamalkan keagamaan dan kepercayaan mereka secara aman tanpa sebarang campur tangan dan provokasi pihak lain dalam masyarakat,” katanya. Pihak berkuasa Perancis pula yakin majoriti Muslim akan akur dengan larangan itu. Mereka yang membantah, terpaksa meneruskan pendidikan di sekolah swasta yang tidak terbabit dengan larangan berkenaan. Ini termasuk kemungkinan bersekolah di sekolah Roman Katolik yang sebahagiannya dibiayai kerajaan dan menjadi sekolah swasta terbesar di Perancis.. “Ia adalah pilihan yang sukar dielak bagi kebanyakan kes,” kata Fouad Alaoui, pemimpin Pertubuhan Kesatuan Islam Perancis, kumpulan berpengaruh Muslim di negara itu. “Mungkin ada juga budak perempuan yang akan membuka tudung dan sebaliknya. Saya akan meminta mereka yang enggan berbuat demikian bersekolah di sekolah Katolik,” katanya. Sekolah Katolik mewakili 95 peratus sekolah swasta di Perancis, kata Gilles du Retail, jurucakap ibu pejabat Pendidikan Katolik. Di kawasan yang ramai penduduk Muslim seperti di Marseille atau utara Perancis, 70 peratus pelajar sekolah katolik adalah Muslim. Hanya ada dua sekolah swasta Islam di Perancis – sekolah menengah yang beroperasi tahun ini di Lille, di utara negara itu atau sekolah tinggi di luar Paris. Jacqueline Costa-Lascoux, anggota Suruhanjaya Presiden yang mengkaji isu sama ada masalah sekularisme satu ancaman di negara itu pula menuduh isu militan Islam akan dijadikan satu persoalan di sekolah Katolik. Dia juga meramalkan, lebih ramai wanita Islam akan memakai tudung secara terbuka sebagai bantahan terhadap larangan itu. Sementara itu, pemimpin Katolik pula enggan mengulas panjang rang undang-undang berkenaan. “Jangan ingat tindakan mengundi rang undang-undang itu menjadi jawapan kepada semua permasalahan,” kata Monsignor Jean-Pierre Ricard, Ketua Paderi Persidangan Katolik Perancis.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 22, 2003 13:45:54 GMT 8
mereka pandang rendah pada martabat org bertudung!!kurang ajar nye yahudi
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 22, 2003 16:24:15 GMT 8
aik s.girlz...marah nampak!relax ha..dorg tu kurang ajar pun..ade ke patut org yg btudung disuruhnye blja kt sekolah kristian?tak patut2
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 23, 2003 0:29:42 GMT 8
.:: SMS tanpa restu ::.
KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengaut keuntungan atas angin dengan menghantar pelbagai mesej termasuk berbaur lucah setiap hari tanpa persetujuan pemilik telefon bimbit.
Syarikat terbabit dipercayai memperolehi nombor telefon pemilik telefon berkenaan melalui orang dalam yang bekerja dengan syarikat telekomunikasi tertentu.
Seorang pemilik telefon bimbit terkejut apabila mendapati beliau dikatakan membuat 22 panggilan ke syarikat itu untuk mendapatkan perkhidmatan SMS dari 26 Oktober hingga 17 November lalu.
“Saya kesal kerana terpaksa membayar lebih pada SMS yang tidak pernah saya lakukan,” katanya yang enggan namanya disiarkan.
Katanya, perkara ini perlu diberikan perhatian serius kerana syarikat itu jelas menyalahgunakan teknologi untuk berniaga dan menmgaut keuntungan mudah.
Berikutan itu, beliau membuat laporan polis di Balai Polis USJ Subang Jaya.
Menuruthya, syarikat terbabit dikatakan mengenakan bayaran 30 sen hingga RM1 bagi setiap perkhidmatan yang disediakan.
Sebagai contoh, bagi perkhidmatan SMS mendapatkan tips lawak jenaka atau berbaur lucah, pelanggan dikenakan bayaran 30 sen manakala RM1 dikenakan untuk SMS ‘bintang’ iaitu mendapatkan perkembangan terkini mengenai artis tempatan.
Beliau yang menafikan pernah membuat panggilan ke syarikat itu untuk mendapatkan perkhidmatan SMS yang disediakan, kesal kerana terpaksa membuat bayaran bulanan tinggi untuk perkhidmatan yang tidak digunakan.
“Saya juga sudah membuat aduan kepada wakil syarikat telekomunikasi berkenaan dan beliau mengakui syarikat pengendali SMS itu berdaftar dengan mereka,” katanya.
Harian Metro menerima banyak aduan daripada orang ramai yang mendakwa menerima SMS itu. Bagaimanapun, mereka tidak membuat laporan polis.
Jurucakap sebuah syarikat telekomunikasi ketika dihubungi, berkata pihaknya hanya menyediakan kemudahan talian bagi syarikat pengendali SMS tetapi tidak terbabit sama sekali dengan perniagaan mereka.
“Syarikat ini hanya menyewa talian kami untuk menjalankan kegiatan menyediakan perkhidmatan SMS.
“Sekiranya ada aduan mengenai masalah seperti SMS yang tidak dikehendaki, orang ramai boleh menghubungi syarikat berkenaan supaya dapat menghentikan penghantaran mesej terbabit,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Maamor Osman, berkata, pelanggan yang menerima SMS berulang kali daripada sesetengah syarikat pengendali SMS tanpa persetujuan adalah mangsa penipuan.
“Penipuan ini melalui penyalahgunaan teknologi untuk mengambil keuntungan berlebihan.
“Saya minta mangsa membuat aduan kepada pihak berkuasa supaya satu siasatan dapat dibuat,” katanya.
Beliau juga mencadangkan kerajaan menubuhkan sebuah badan khas bagi memantau kegiatan seperti itu.
“Mereka ini (anggota badan khas yang ditubuhkan) perlu dianggotai pakar dalam bidang komunikasi agar kegiatan pihak yang ingin mengambil keuntungan atas angin ini dapat dibendung, sekali gus menjamin hak pengguna,” katanya.
|
|
|
Post by duo on Dec 23, 2003 9:54:37 GMT 8
macam2 cara orang nak buat duit skrg nih...
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 23, 2003 10:34:59 GMT 8
Nothin` sheepish about being PROTONAfter 18 years of building a National Pride, we begin to find out what a Proton car is good for, Down underThis is an ad taken by Proton Cars Australia in the recent issue of FHM magazine(Australian Edition) in conjunction with the launching of Proton Jumbuck GLSi/GLI- a variant of Proton Arena-in the Australian market.
|
|