|
Post by atokENSEM on Dec 31, 2004 0:40:28 GMT 8
Assalammualaikum..
Atok membuka thread ni utk renungan kite sbg umat islam kepada ape yg telah berlaku pada mangsa ombak tsunami ni..terutama sekali pada umat islam yg telah menjadi mangsa dalam kejadian ni..tentu anda semua tau..bagaimana kejadian yg tak diduga ni telah berlaku di perairan negara islam terutama indonesia iaitu bandar acheh..mengikut ape yg atok perolehi dari email kawan atok yg mengatakan..kejadian di phuket disebabkan kemarahan tuhan..kerana..pada malam krismas,disitulah tempak dimana maksiat berlaku..dan di india pula,kerana pergaduhan umat islam dgn org india..dan di indonesia pula..berlaku pembunuhan umat islam sesama sendiri..ini menunjukkan kemarahan tuhan kepada kita yg melakukan kejahatan..cuma di m'sia ni,kite tak tau nape kite yg terkena tempias ombak tsunami..cuba kite carikan jawapan die!adakah di malaysia sama mcm negeri2 lain?adakah..akhir zaman akan tiba?renungkanlah...atok pesan kepada semua dan juga diri atok..insaflah!kite tak tahu ape yg akan berlaku di kemudian hari..mungkin esok atau lusa..lbh teruk drpd ni,kite tak tahu..sebelum tu..marilah kite berdoa semoga mangsa2 tragedi ombak tsunami yg masih tidak ditemui semula..akan ditemukan utk dikebumikan..atok kesal dgn sikap manusia yg hanya menanam mereka yg telah mati dlm satu tiang lahad..kite tak tahu..samada salah sorg dari mereka umat islam atau agama lain..walau pun mayat tu busuk atau reput..kite mesti dikebumikan dgn cara yg betul!bukan dgn cara yg mcm ni.. >:(lastly,sama2lah kite berdoa utk mangsa2 yg telah meninggal dunia dlm tragedi ini...Al-Fatihah
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 31, 2004 0:55:04 GMT 8
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 4, 2005 8:27:41 GMT 8
ni mcm kejadian air laut ngn sungai bertemu ni...mmg tetiap thun die akan blaku...kt China ni kan Tok?
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 4, 2005 13:11:17 GMT 8
ni mcm kejadian air laut ngn sungai bertemu ni...mmg tetiap thun die akan blaku...kt China ni kan Tok? thailand la...kejadian ombak tsunami..
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 14, 2005 8:51:53 GMT 8
thailand la...kejadian ombak tsunami.. yeke? nmpak mcm kt China je.....
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 17, 2005 18:06:58 GMT 8
yeke? nmpak mcm kt China je..... bukan...
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 18, 2005 8:38:00 GMT 8
Sbb kt China ade gk satu fenomena camtu...air laut ngn sungai btemu....so..die akan create ombak bsar....tetiap thun mesti jdik....
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 18, 2005 11:08:14 GMT 8
Sbb kt China ade gk satu fenomena camtu...air laut ngn sungai btemu....so..die akan create ombak bsar....tetiap thun mesti jdik.... oo...mcm tu..tak tau lak atok..
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 19, 2005 11:34:29 GMT 8
oo...mcm tu..tak tau lak atok.. Aha...ermm Tok.....gmbr satelit ade? amik ahh...gmpak skit
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 24, 2005 12:16:44 GMT 8
Aha...ermm Tok.....gmbr satelit ade? amik ahh...gmpak skit takde..
|
|
|
Post by Dexter love cats on Jan 26, 2005 15:51:17 GMT 8
yeke...aku nk masok kn pon xtau die nyer add...
|
|
|
Post by KomOt on Jan 28, 2005 9:09:39 GMT 8
|
|
|
Post by enigma on Jan 29, 2005 16:11:04 GMT 8
surat dari siapa ini??
Nama saya Cinta, bukan Tsunami. Ia hanya gelaran yang umat saudara berikan kepada kami. Apa yang saya lakukan adalah kerana cinta dan kerana itu nama saya adalah Cinta.
Amat sukar untuk saya menulis e-mel kepada saudara. Pertama, dengan tindakan saya itu, sebahagian daripada umat saudara akan menganggap saya sebagai musuh. Kedua, ia tidak pernah dilakukan saudara saya terdahulu untuk berhubung dengan manusia selepas memuntahkan kemarahan.
Namun, masa berganjak dan teknologi juga berubah, lalu sekarang ia memungkinkan kami berhubung dengan manusia melalui internet tanpa perlu bertentang mata.
Fahami saya, pasti saudara akan menerima tindakan saya yang mengorbankan puluhan ribu manusia. Bahkan, Setiausaha Agung pertubuhan kemanusiaan anda, Kofi Annan jangka melewati ratusan ribu.
Jangan tanya saya, angka setepatnya kerana sewaktu saya dilanda kemarahan, sudah saya tinggalkan akal saya di 3.267° Utara, 95.821° Timur; seperti yang dilakukan pemimpin manusia saudara – George W Bush yang tercirit akalnya di White House dan Tony Blair di No 10 Downing Street, apabila kedua kepala kongsi itu melancarkan keganasan ke atas Afghanistan serta Iraq.
Mengapa saya begitu marah dan panasaran? Saya tidak boleh memberikan sebab yang objektif. Hanya saya mahu jelaskan – hanya kami golongan ombak besar dan bencana alam lain yang berhak menghapuskan manusia kerana kami bukan manusia, tidak juga makhluk yang mengaku bukan manusia biasa.
Sekiranya saudara melihat sasaran kemarahan saya, saudara tentu faham tindakan saya. Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tidak berhak membiarkan puluhan rakyat di selatan negaranya terkorban. Thaksin tidak berhak membiarkan manusia ghaib tiba-tiba tanpa alasan yang benar dan tanpa sebab yang jelas. Hanya kami umat ombak besar yang berhak merentap jiwa dan menelannya ke dalam tubuh kami tanpa perlu mengembalikannya atau pun hany memuntahkannya selepas itu.
Di Indonesia, tidak ada pemimpin dan tentera yang berhak melancarkan operasi ketenteraan hingga menyebabkan ratusan ribu orang awam terkorban. Acheh, bukan bumi berdarah di tangan mereka kerana kami terpaksa membasuhnya dengan kasar kerana darah tak pernah berhenti mengalir.
Kerajaan didominasi Sinhalese dengan puak pemisah Tamil tidak berhak mengotorkan bumi Sri Lanka dengan darah, kerana kami umat ombak besar terpaksa menyucikannya dengan tubuh kami. Penyucian yang kami lakukan terpaksa pula menelan korban kerana kami tidak akan menghantar memo terlebih dulu.
India perlu berhenti daripada meratah bumi Jammu dan Kashmir sehingga mengorbankan jiwa yang tak berdosa atau kami umat ombak besar terpaksa meratah pesisiran pantainya, lalu menghenyakkan tulang-temulang manusia ke dasar perut kami.
Mungkin saudara bertanya, "Mengapa Malaysia?" Maafkan kerana saya terpaksa menjawab, apabila kami menzahirkan kemarahan, tidak ada sempadan yang dapat menghalang daripada sampai ke segenap manusia, termasuk yang tidak ada kena-mengena dengan kemarahan kami itu.
Atau dalam perkataan manusia seperti saudara, "Collateral damage."
Manusia seperti saudara memerlukan sebab sebelum melakukan pembunuhan, peperangan dan keganasan. Apabila saudara menemukan sebab itu, kalian terpaksa mencipta bukti dan merancang strategi untuk melaksanakannya. Selepas itu, kalian menghidupkan api peperangan dan mengorbankan hingga puluhan ribu atau ratusan ribu – sebelum kalian mengisytiharkan kemenangan dan keamanan di atas timbunan tubuh manusia.
Kami, umat ombak besar tidak perlu apa yang kalian lakukan itu. Seperti saya, yang saya perlukan hanya sedikit esakan ibu kami, Bumi dengan kadar 9 skala Ritcher, sebelum saya melepaskan kemarahan selaju 800 kilometer sejam dan sejauh lebih 4,500 kilometer. Saya tidak perlukan bukti dan strategi, sebaliknya saya hanya membiarkan fitrah menggerakkan kemarahan itu. Saya tidak memilih siapa yang harus dihukum kerana kesalahan perlu ditanggung umat manusia seluruhnya.
Saudara mungkin tertanya, "Adakah selayaknya nama saya sebagai Cinta?"
Sebelum saudara mempersoalkannya, anggaplah saja saya seperti seorang anak yang melihat ibu bapa yang dicintainya dibunuh di depan mata; zaman kanak-kanaknya diragut di muncung senjata dan harapan sudah lama berkecai. Kanak-kanak itu membesar dengan cintanya yang hilang dan marah pada dewasanya adalah kerana cinta. Sayalah Cinta yang terpaksa mengorbankan puluhan ribu jiwa manusia!
Saya yang bertanggungjawab, Cinta aka Tsunami 160 kilometer dari barat Sumatera, Indones
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 31, 2005 10:05:22 GMT 8
sedih gak cite ni..
|
|
|
Post by khairazwan on Feb 2, 2005 16:24:25 GMT 8
|
|