Post by titaniya on Feb 2, 2005 16:41:16 GMT 8
!eureka! said:
surat dari siapa ini??Nama saya Cinta, bukan Tsunami. Ia hanya gelaran yang umat saudara
berikan kepada kami. Apa yang saya lakukan adalah kerana cinta dan
kerana itu nama saya adalah Cinta.
Amat sukar untuk saya menulis e-mel kepada saudara. Pertama, dengan
tindakan saya itu, sebahagian daripada umat saudara akan menganggap
saya sebagai musuh. Kedua, ia tidak pernah dilakukan saudara saya
terdahulu untuk berhubung dengan manusia selepas memuntahkan
kemarahan.
Namun, masa berganjak dan teknologi juga berubah, lalu sekarang ia
memungkinkan kami berhubung dengan manusia melalui internet tanpa
perlu bertentang mata.
Fahami saya, pasti saudara akan menerima tindakan saya yang
mengorbankan puluhan ribu manusia. Bahkan, Setiausaha Agung pertubuhan
kemanusiaan anda, Kofi Annan jangka melewati ratusan ribu.
Jangan tanya saya, angka setepatnya kerana sewaktu saya dilanda
kemarahan, sudah saya tinggalkan akal saya di 3.267° Utara, 95.821°
Timur; seperti yang dilakukan pemimpin manusia saudara – George W
Bush
yang tercirit akalnya di White House dan Tony Blair di No 10 Downing
Street, apabila kedua kepala kongsi itu melancarkan keganasan ke atas
Afghanistan serta Iraq.
Mengapa saya begitu marah dan panasaran? Saya tidak boleh memberikan
sebab yang objektif. Hanya saya mahu jelaskan – hanya kami golongan
ombak besar dan bencana alam lain yang berhak menghapuskan manusia
kerana kami bukan manusia, tidak juga makhluk yang mengaku bukan
manusia biasa.
Sekiranya saudara melihat sasaran kemarahan saya, saudara tentu faham
tindakan saya.
Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tidak berhak membiarkan
puluhan rakyat di selatan negaranya terkorban. Thaksin tidak berhak
membiarkan manusia ghaib tiba-tiba tanpa alasan yang benar dan tanpa
sebab yang jelas. Hanya kami umat ombak besar yang berhak merentap
jiwa dan menelannya ke dalam tubuh kami tanpa perlu mengembalikannya
atau pun hany memuntahkannya selepas itu.
Di Indonesia, tidak ada pemimpin dan tentera yang berhak melancarkan
operasi ketenteraan hingga menyebabkan ratusan ribu orang awam
terkorban. Acheh, bukan bumi berdarah di tangan mereka kerana kami
terpaksa membasuhnya dengan kasar kerana darah tak pernah berhenti
mengalir.
Kerajaan didominasi Sinhalese dengan puak pemisah Tamil tidak berhak
mengotorkan bumi Sri Lanka dengan darah, kerana kami umat ombak besar
terpaksa menyucikannya dengan tubuh kami. Penyucian yang kami lakukan
terpaksa pula menelan korban kerana kami tidak akan menghantar memo
terlebih dulu.
India perlu berhenti daripada meratah bumi Jammu dan Kashmir sehingga
mengorbankan jiwa yang tak berdosa atau kami umat ombak besar terpaksa
meratah pesisiran pantainya, lalu menghenyakkan tulang-temulang
manusia ke dasar perut kami.
Mungkin saudara bertanya, "Mengapa Malaysia?" Maafkan kerana saya
terpaksa menjawab, apabila kami menzahirkan kemarahan, tidak ada
sempadan yang dapat menghalang daripada sampai ke segenap manusia,
termasuk yang tidak ada kena-mengena dengan kemarahan kami itu.
Atau dalam perkataan manusia seperti saudara, "Collateral damage."
Manusia seperti saudara memerlukan sebab sebelum melakukan pembunuhan,
peperangan dan keganasan. Apabila saudara menemukan sebab itu, kalian
terpaksa mencipta bukti dan merancang strategi untuk melaksanakannya.
Selepas itu, kalian menghidupkan api peperangan dan mengorbankan
hingga puluhan ribu atau ratusan ribu – sebelum kalian
mengisytiharkan
kemenangan dan keamanan di atas timbunan tubuh manusia.
Kami, umat ombak besar tidak perlu apa yang kalian lakukan itu.
Seperti saya, yang saya perlukan hanya sedikit esakan ibu kami, Bumi
dengan kadar 9 skala Ritcher, sebelum saya melepaskan kemarahan selaju
800 kilometer sejam dan sejauh lebih 4,500 kilometer.
Saya tidak perlukan bukti dan strategi, sebaliknya saya hanya
membiarkan fitrah menggerakkan kemarahan itu. Saya tidak memilih siapa
yang harus dihukum kerana kesalahan perlu ditanggung umat manusia
seluruhnya.
Saudara mungkin tertanya, "Adakah selayaknya nama saya sebagai Cinta?"
Sebelum saudara mempersoalkannya, anggaplah saja saya seperti seorang
anak yang melihat ibu bapa yang dicintainya dibunuh di depan mata;
zaman kanak-kanaknya diragut di muncung senjata dan harapan sudah lama
berkecai. Kanak-kanak itu membesar dengan cintanya yang hilang dan
marah pada dewasanya adalah kerana cinta.
Sayalah Cinta yang terpaksa mengorbankan puluhan ribu jiwa manusia!
Saya yang bertanggungjawab,
Cinta aka Tsunami
160 kilometer dari barat Sumatera, Indones
dpt kat mane letter nih...
ngarut jer..
br2 ni dlm paper ade org india kasi name baby dia Tsunami..
sbb lahir time bencana tu...
berani sungguh...uncle tuh...
Si cinta ni plak ...
mintak jauh la...
NAUZUBILLAHIMINZALIQ