Post by SweetGirlz on Dec 6, 2003 4:06:19 GMT 8
sy copy artikel ni..bclah ye!
Bukan senang untuk membuatkan wanita memahami diri lelaki kerana sifat wanita itu sendiri yang terlalu kompleks dan sikapnya yang sukar diduga menyebabkan ramai lelaki pening dan akhirnya mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Apatah lagi apabila kedua-duanya menjadi suami isteri dan suami semakin tidak memahami kelakuan dan tabiat isterinya yang tidak sama sebelum dan selepas perkahwinan. Jangan bimbang kerana ia normal, mungkin ada beberapa tip di bawah yang sesuai untuk anda manfaatkannya.
1. Terima isteri anda seadanya.
Yang terpenting bagi anda ialah mengetahui mengenai sikap dan tabiatnya. Bukan mengubah personalitinya menjadi orang lain. Selain merasakan anda tidak menyukai personalitinya, dia juga mungkin menaruh syak wasangka jika anda menegurnya secara drastik. Sebaik-baiknya tegur secara berhemah untuk mengelakkannya daripada merasa tersinggung.
2. Sanggup memberi untuk menerima.
“Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa”, lagu ini jelas membayangkan pengorbanan yang harus dilakukan oleh anda kepada insan tersayang. Seorang isteri yang baik akan berasa terharu dengan apa yang dilakukan oleh suaminya, jadi dia akan membuat yang terbaik untuk rumah tangganya.
3. Jangan mencurigainya.
Sekiranya anda tidak mempercayai isteri anda, janganlah mengharapkan sesuatu yang sempurna dalam rumah tangga. Jangan terlalu mencurigainya tetapi janganlah pula memberi kebebasan yang sewenang-wenangnya. Seimbangkan kedua-duanya dan isteri anda pasti menyanjung anda sebagai hero idamannya.
4. Mengalah bukan bererti kalah.
Dalam rumah tangga, perang mulut memang biasa. Dalam berumah tangga, memberi kemenangan yang mudah kepada isteri anda sewaktu bertikam lidah bukannya maknanya anda kalah. Ini kerana dalam kehidupan berumah tangga, kedua-dua mempunyai hak untuk menegakkan kebenaran. Dalam sebuah perkahwinan, ada dua kuasa iaitu pertama, kuasa untuk suami iaitu memulakan dan menyuarakan, manakala kuasa kedua pula untuk isteri sama ada bersetuju atau tidak. Tidak salah untuk anda mengalah kepadanya tetapi dalam masa yang sama anda menang kerana berjaya membuatkan si dia mendengar hujah anda.
5. Menegur dengan lembut.
Ramai lelaki yang tidak senang dengan sikap wanita yang suka berleter dan mengambil masa yang lama untuk bersolek lantas mengambil keputusan untuk berdiam diri dan bersikap tunggu dan lihat. Sebenarnya ia salah kerana menggalakkan wanita menggunakan kesempatan tersebut. Apa yang perlu anda lakukan ialah menegurnya dengan lembut tentang sikapnya yang menyusahkan anda.
6. Senyuman adalah tanda kasih yang tidak ternilai.
Jangan anggap ianya sesuatu yang remeh. Cuba anda pulang dari pejabat dengan muka yang masam mencuka. Isteri anda mungkin tidak senang melihat keadaan tersebut dan mungkin juga berasa kecil hati dengan sikap anda. Percayalah, senyuman yang ikhlas akan menerbitkan perasaan kasih sayang yang tidak tergambar dengan kata-kata."
Andainya perempuan tahu...
"Andainya perempuan tahu...
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...
Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita.. sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. Bila lelaki cakap.. "Emm..tengoklah dulu" ..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa... yang lain hanya kawan.. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja... Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih.. cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti... Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! "
p/s:kalu lelaki bc artikel ni..jgn mare ye!