|
Post by duo on Dec 22, 2003 12:53:32 GMT 8
nukanla nak kata kaum adam ni tak bershopping..tapi memang lumrah kaum hawa lebih siket dalam bab2 shopping nii.. btol tak? sape sokong kami angkat tangan.... ;D ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 22, 2003 14:58:26 GMT 8
Terima Kasih Kepada Semua Wanita
terima kasih tidak terdaya untuk kubalas budimu kerana kaulah yang memanusiakan aku
terima kasih keluh kesahmu bertahta ibadah kusanjungi ketabahanmu menghadapi ombak menghadapi ribut, petir sentiasa dengan senyuman terukir dibibir
mulia hatimu ikhlas budimu menghulur nasihat berbuah berkat
terima kasih kesempurnaan berlaku keranamu
|
|
|
Post by duo on Dec 22, 2003 16:46:40 GMT 8
sama-sama ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 23, 2003 1:05:56 GMT 8
aik!laki ke ko ni duo..@pempuan..@mak nyah@les... ;D
|
|
|
Post by enigma on Dec 23, 2003 8:42:49 GMT 8
mana2 pun blh kot...
|
|
|
Post by duo on Dec 23, 2003 11:33:29 GMT 8
btol tu...mane2 pon bole...dunia tanpa sempadan..kahkahkah ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 26, 2003 0:53:05 GMT 8
astarfirallah al azim duo...mane leh 2 jantina dalam satu nyawa..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 28, 2003 6:30:56 GMT 8
.:: Aurat Wanita ::. AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI
1. Bulu kening -Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) -"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian - "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31
5. Gigi - "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan Tangan - "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.
7. Tangan - "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
8. Mata - "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
9. Mulut (suara) - "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.
10. Kemaluan - "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
11. Pakaian - "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.
12. Rambut - "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
p/s: bace kaum hawa..jangan tak baca..
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 29, 2003 12:22:58 GMT 8
ala...tau la tok...tp,ape peranan org laki klu tgk pompuan yg dikasihi..cth,mak ,kakak,adik atau awek melanggar aurat2 sekalian...ke suke coz nmpk cantik...ke sekadar memandang atu mengutuk je...so,ape peranan kaum hawa agaknye ye...
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 30, 2003 0:09:13 GMT 8
|
|
|
Post by enigma on Dec 30, 2003 16:36:24 GMT 8
ala...tau la tok...tp,ape peranan org laki klu tgk pompuan yg dikasihi..cth,mak ,kakak,adik atau awek melanggar aurat2 sekalian...ke suke coz nmpk cantik...ke sekadar memandang atu mengutuk je...so,ape peranan kaum hawa agaknye ye... x paham la cuak...
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 15:54:06 GMT 8
Assalamualaikum....
Marilah kita sama2 merenung sedikit peringatan di bawah utk pengiktibaran bersama terutama utk kita kaum HAWA....ingatlah sahabatku,
Sejambak bunga yang segar jika diletakkan di atas meja untuk hiasan tentu nampak cantik dan menarik meja itu. Orang yang memandang akan dapat menikmati kecantikan dan kesegaran bunga yang dihias. Kerana pandainya orang yang empunya bunga, maka akan jadi perhiasan mata ramai. Dan dihargai kecantikannya. Apa jadi kalau bunga itu dihias dalam tandas? Tentu hilanglah kemegahannya sebagai bunga yang dipuja kecantikannya dan orang akan mengatakan alangkah tidak siumannya atau kurang akal bagi orang yang tidak pandai menghargai bunga secantik itu lalu diletakkan di tempat yang sehina itu.
Wanita ibarat bunga, antara perhiasan dunia yang amat memikat lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw bermaksud:
"Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya itu ialah perempuan yang solehah (perempuan yang baik tentang agama, rumahtangga, pergaulan dan sebagainya)." Riwayat Muslim
Sesuatu perhiasan yang disayangi dan mahal harganya tentulah akan diletakkan di tempat yang terpelihara atau tersembunyi. Agar pencuri tidak berpeluang mengambilnya. kalaupun didedahkan di depan umum akan diletakkan kawalan rapi agar terpelihara keselamatannya. Lebih
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 15:58:00 GMT 8
samb
Lebih tinggi nilai perhiasan tadi maka makin ketatlah kawalan dibuat. makin ramailah orang yang menghargainya dan makin sulitlah untuk mendapatkannya.
Begitulah juga sepatutnya wanita. Wanita Allah ciptakan berbeca dari lelaki. Dari segi fizikal dan fitrah yang Allah jadikan berbeza antara lelaki dan perempuan itu ada tujuan dan maksudnya. Tidak lain dan tidak bukan agar terbezanya tugas antara kedua makhluk Allah itu.
Wanita Allah anugerahkan dengan sifat-sifat tertentu seperti pemalu, lemah-lembut, penyabar, berhalus, kuat perasaan, mempunyai fizikal yang lemah, pendek akalnya dan sebagainya. Semuanya itu mempunyai maksud, iaitu untuk menyeimbangi lelaki yang Allah jadikan kuat fizikalnya, panjang akalnya, kasar dan tegas tingkah lakunya dan sebagainya.
Dengan sifat lemah lembut dan sabar yang dimiliki oleh seorang wanita menyebabkan ia mampu melayan ragam anak-anak; mampu berdepan dengan suaminya dengan baik. Halus perasaan membolehkan ia cepat memahami hasrat dan masalah yang dialami oleh suaminya. Sifat berhalus menyebabkan wanita mampu melakukan kerja-kerja remeh seperti menjahit, menyulam, memasak dan menghias rumahtangga. Sifat sabar membolehkan wanita melakukan kerja-kerja yang berulang-ulang atau yang sama setiap hari seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya tanpa jemu-jemu. Kurang akalnya wanita menyebabkan mereka suka jadi orang yang dipimpin; lemah dari segi fizikal menyababkan mereka memerlukan pada seorang lelaki sebagai pelindung diri.
Justeru kerana itu, Allah yang menciptakan kita, tentunya Dia Maha Mengetahui di mana lebihnya wanita dari lelaki, untuk dimanfaatkan; dan di mana kurangnya wanita di sisi lelaki agar kekurangan itu boleh diisi oleh lelaki. Oleh sebab itu Allah tidak membebankan wanita dengan tugas yang berat-berat yang mana hanya akan menyusahkan wanita dan tidak akan ada kemampuan mereka untuk melaksanakan dua kerja dalam satu masanya.
Sebagai bukti kasih sayang-Nya, Allah tidak bebankan wanita mencari nafkah, tidak disuruh membanting tulang empat kerat yang lemah untuk tujuan itu; semuanya itu tanggungjawab lelaki.
Persamaan hak di sisi Allah antara lelaki dan wanita, itulah persamaan hak yang patut dituntut dan dijadikan impian setiap wanita. Allah sendiri menyatakan di dalam Al Quran yang Ia tidak melebihkan seseorang dengan seseorang yang lain melainkan dari segi taqwanya. Begitu juga Allah tidak membezakan jantina samada lelaki dan perempuan; semuanya sama pada pandangan Allah sekiranya mereka beriman dan bertaqwa. Firman Allah yang membawa maksud:
"Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan, baik lelaki atau perempuan sedangkan dia orang yang beriman maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidaklah mereka teraniaya sedikit pun." An Nisa: 124
|
|
|
Post by eat_theDay on Dec 31, 2003 15:58:53 GMT 8
..tapi memang lumrah kaum hawa lebih siket dalam bab2 shopping nii.. btol tak? sape sokong kami angkat tangan.... ;D ;D ha....yg ni mmg aku sokong 100% ......biasak la org pompuan mmg kaki shopping ;D sebut je shopping mesti senyum sampai ke telinga.....meskipun hanya diajak utk window shopping...hahahah..... tapi pegi shopping ni mmg best gile...bole beli ape yg kite nak....tapi yg x best nye....penat yg x terhingga ngan bile duit dah abis....hmmmm...padan muke aku!! hahaha
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 15:58:55 GMT 8
"Barangsiapa yang beramal soleh lelaki mahupun perempuan sedangkan ia beriman pula maka mereka akan masuk syurga serta mendapat rezeki di sana dengan tiada terhingga." Mukmin: 40 Tugas mengandung, bersalin, mengurus rumahtangga, melayan suami, mengurus dan mendidik anak-anak sudah cukup berat dan susah untuk dilakukan oleh seorang wanita yang lemah. Sehingga kerana itu Allah mengambil kira apa yang dibuat oleh wanita itu sama pahalanya dengan lelaki yang bergelanggang di luar rumah. Hatta dalam hadis-hadis Rasulullah jelas menyebut wanita yang membasuh pakaian suami dan anak-anaknya, diberi pahala; wanita yang memasak makanan dan menghiris bawang sampai keluar air matanya juga mendapat pahala di sisi Allah; wanita yang bangun malam kerana mengurus anaknya seperti menyusu dan menyalin lampin dikatakan sama pahalanya dengan lelaki yang berjihad pada jalan Allah. Pendek kata setiap pekerjaan yang dilakukan oleh wanita di dalam rumahtangga walaupun terlindung dari pandangan orang lain, semuanya itu dikira dan dinilai oleh Allah. Walaupun perkara yang dibuat itu untuk kesenangan dan keselesaan dirinya sekeluarga, dikira ibadah selagi ia melakukan kerja-kerja itu kerana memenuhi tuntutan Allah, yakni mencari keredhaan Allah. Wanita itu walaupun di sisi manusia ia mungkin tidak terkenal sebagai seorang ahli profesional yang hebat, atau sebagai tokoh politik yang boleh menggegarkan negara atau seorang pakar dalam ekonomi dunia, atau apa saja bidang yang dimuliakan dan dianggap istimewa oleh manusia, tetapi di sisi Allah dia dikenal dan dimuliakan malaikat, para roh orang-orang soleh dan wali-wali Allah, segala makhluk Allah di darat dan di laut sentiasa mendoakan keselamatan dan keampunan untuknya. Sehingga kerana itu dia menjadi kecintaan para kekasih Allah di alam malakut. Sementara di bumi nyata dia dikasihi oleh anak-anak, suami, jiran-jiran dan kaum keluarganya kerana khidmat dan kasih sayang yang dicurahkan pada mereka. Walaupun ia tidak memiliki ijazah yang tinggi melangit, pangkat, nama tetapi tempat kebesaran telah pun menunggunya di akhirat. Itu semua dapat dicapai dengan melakukan tugas yang sudah sesuai dengan fitrah wanita dan sudah cukup untuk menjadikan syarat wanita diberi hak yang sama dengan lelaki di akhirat kelak. Sebaliknya wanita kini meminta di dunia supaya mereka disama-tarafkan dan minta diberi hak yang sama dengan lelaki di semua bidang. Lelaki jadi menteri mereka juga mahu jadi menteri, mahu jadi polis, tentera, hakim, jurutera, pegawai eksekutif. Atau mahu terlibat dalam acara-acara yang dimonopoli oleh lelaki, seperti bermain bola sepak, menunggang basikal dan sebagainya dengan alasan mereka patut diberi kesempatan untuk membuat kerja yang lelaki buat. Kononnya mahu jadi srikandi pejuang bangsa. Mereka mendakwa kaum wanita juga mempu buat apa yang lelaki boleh buat, inilah yang biasa mereka katakan (wanita boleh!) Sekiranya mereka tidak dibenarkan terlibat di bidang yang sememangnya diuntukkan pada lelaki katanya mereka telah dianak-tirikan, diskriminasi (merendah-rendahkan kaum wanita) dan bermacam-macam lagi bantahan. Mereka tidak sedar bahawa apabila mereka meletakkan diri di bidang yang tidak sesuai dengan fizikal dan fitrah mereka, maka terpaksalah mengorbankan banyak perasaan kewanitaan demi untuk menyesuaikan diri dengan tugas yang dipegang. Hal ini adalah bertentangan dengan fitrah mereka, mengabaikan tugas-tugas asas sebagai wanita terhadap anak-anak, suami dan rumahtangga, seterusnya mendedahkan diri mereka kepada pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, mendedahkan aurat dan terdedah kepada sifat keangkuhan, sombong dan bangga diri dengan jawatan atau kedudukan yang mampu mereka capai. Jadilah mereka sepertimana bunga yang diletakkan di dalam tandas tadi. Hilanglah keindahan mereka sebagai seorang wanita. Jeleklah mereka pada pandangan penghuni langit, sekali pun mereka boleh beribadah seperti ibadah para Nabi. Apatah lagi kalau mereka sampai melanggar perintah Allah, dilaknat ke atas mereka oleh setiap makhluk Allah di darat dan di laut. Umpamanya, seorang wanita yang jadi menteri, tentulah terpaksa melayan rakyatnya yang terdiri dari orang lelaki dan wanita. Jadi menteri terpaksa diiring ke sana ke mari oleh lelaki dan perempuan yang bukan suaminya. Ataupun kalau di rumah sering didatangi oleh lelaki yang menjadi rakyatnya dengan hajat itu ini. Kalau kahwin sama-sama menteri tidak apa juga. Apa halnya kalau isteri menteri tetapi suami tidak. Tentulah tidak layak si suami hendak melayan rakyat yang hendak jumpa menteri. Yang hendak diajak berbincang ialah isterinya, menteri itu bukan si suami. Ketika itu bagaimana perasaan si suami melihat isterinya berbincang dengan lelaki lain di rumahnya, kadang-kadang dari malam sampai ke pagi. Sedangkan dia terpaksa buat air dan jaga anak sebab isteri sedang berurusan. Ataupun kalau anak dan air diuruskan oleh orang gaji, tentu rakyat yang datang tadi tidak mahu mendengar buah fikiran atau keputusan yang dibuat oleh si suami yang bukan menteri. tentu keputusan dan pandangan isterinya yang lebih diharapkan dan didengar. Begitulah hina dan malangnya lelaki atau suami yang gagal meletakkan wanita di tempat yang sepatutnya. Sebaliknya berbahagialah lelaki atau suami yang pandai meletakkan wanita di tempatnya. Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah yang memuliakan wanita, kecuali orang-orang yang mulia, dan tidaklah menghinakan wanita kecuali orang-orang yang hina." Oleh itu sekiranya seorang wanita hendak menuntut hak yang sama di sisi Allah dengan lelaki, ia mestilah melakukan tugas yang sesuai dengan fizikal dan fitrah kejadian wanita. Yakni tugas yang tidak memerlukan dia setaraf dengan lelaki. Dan tentulah dalam melaksanakan tugas yang sesuai dengan fizikal dan fitrahnya itu syariat lahirnya juga dapat dijaga. Ibadah-ibadah asasnya seperti sembahyang dan puasa dikerjakan sungguh-sungguh. Ibu bapa ataupun suami ditaati dan maruah diri dipelihara dari tercemar. Maka wanita itu akan dimuliakan dan diberi pangkat yang tinggi di sisi Allah seperti mana hadis Rasulullah yang menyebut seorang wanita solehah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh. Marilah kita berusaha untuk merebut pangkat dan kemuliaan di akhirat. Kerana pangkat dan kemuliaan akhirat itulah yang boleh dibanggakan dan boleh memberi kebahagiaan yang berkekalan. Sedangkan pangkat dan kemuliaan dunia sudah banyak melalaikan dan membuat manusia lupa pada Tuhan, menjadikan mereka akan dibangkitkan hina dina di akhirat kelak. Azab neraka yang dahsyat akan menunggu-nunggu untuk memamah tubuh-tubuh mereka yang berdosa dan angkuh dengan kebolehan diri. Itulah sebenarnya yang mereka perjuangkan di dunia dulu yakni syurga dunia tetapi api neraka di akhirat. Rugilah perjuangan yang begitu..........Fikirkanlah??? [/b] note: sory terlampau pjg utk dbace,tp artikel ni bagus utk kite kaum hawa!
|
|