Post by atokENSEM on Feb 9, 2004 1:36:59 GMT 8
Anda pasti inginkan sebuah komputer yang paling berkuasa untuk membolehkan anda melakukan pelbagai tugas dengan komputer itu. Anda boleh melakukan suntingan kepada imej, suntingan video, melayari web, bermain permainan komputer dengan lancar, mendengar serta menyunting lagu kegemaran di
samping mempunyai ruang simpanan yang luas. Lebih baik jika anda boleh menonton TV dan mendengar radio menerusi PC.
Berikut adalah perisian dan perkakasan yang dicadangkan untuk sebuah PC idaman yang berkuasa. Anda boleh pergi ke kedai komputer untuk mendapatkan harga sebenar jika anda mahukan pc seperti ini.
1. Windows XP Pro. Walaupun anda menggunakan PC ini dirumah dapatkan Win XP Pro dan tidak menggunakan Win XP Home. Win XP Pro menyediakan kawalan perisian yang lebih baik di samping beberapa ciri tambahan seperti Remote Desktop, Encrypting File System, Roaming Profiles, SNMP, and Network Monitor.
2. Sebuah pemacu DVD±RW dan CD-RW untuk salinan fail. Anda boleh mendapatkan sebuah pemacu Kombo.
3. Monitor 21-inci atau lebih besar lagi baik. Ini akan memberikan anda keluasan dalam paparan dan juga ketajaman dari segi warna dan grafik.
4. Gunakan pemproses yang amat berkuasa iaitu Pentium 4 3.0 GHz ke atas atau AMD Athlon XP 2800+ ke atas. Oleh kerana anda akan menggunakan perisian yang dahagakan kuasa seperti Adobe Photoshop, Windows Media Encoder, dan 3DS max. Jika anda inginkan kelancaran dalam permainan komputer pemproses yang berkuasa tinggi adalah penting.
5. Table lukisan seperti Wacom untuk suntingan foto. Jika anda tidak mahu menggunakan pun tak mengapa.
6. Papan kekunci yang ergonomik dengan kekunci boleh diprogramkam.
7. Tetikus optikal dan jangan gunakan tetikus yang menggunakan bebola.
8. Pastikan ynag anda mempunyai sekurang-kurangnya enam port USB 2.0 dan 2 port FireWire dengan port output NTSC. Anda boleh dapatkan pembaca kad yang mampu membaca kad-kad seperti CompactFlash, Memory Stick, MultiMediaCard, Secure Digital, SmartMedia, dan xD yang dimuatkan pada panel hadapan CPU. Segala port ini juga penting untuk penggunaan kamera digital atau video digital.
9. Dapatkan sekurang-kurangnya dua cakera keras yang lajunya sekurang-kurangnya 7,200 rpm dan jangan beli yang kurang dari itu. Dapatkan saiz yang besar sekurang-kurangnya 40GB tetapi lebih baik dapatkan saiz yang 120GB dengan konfigurasi RAID 0.
10. Gunakan kad grafik yang canggih dan berkuasa dengan memori sekurang-kurangnya 128MB. Antara kad yang dicadangkan ialah ATI Radeon 9500 Pro, nVidia GeForce4 Ti 4200, nVidia GeForce FX 5800 Ultra, ATI Radeon 9800 Pro atau Matrox Parhelia. Pastikan juga yang kad ini menyokong lebih daripada satu monitor.
11. Jumlah memori juga hendaklah tinggi, kalau boleh maksima mencapai 2GB DDR434 atau DDR400, DDR434 adalah memori yang terpantas buat masa kini.
12. Gunakan cipset terbaik seperti Intel 875P yang mempunyai sistem bas 800-MHz, dwi saluran DDR 400 RAM, SATA RAID, dan 8X AGP.
13. Pastikan ia ada sambungan Integrated 10/100/1,000 Ethernet untuk rangkaian dan talian jalur lebar (broadband).
14. Dapatkan pembesar suara yang power dan yang bersama subwoofer. Pilihlah yang ada sistem 2.1, 3.1 atau 5.1 baru best heheheh...
15. Pastikan juga kad bunyi anda power juga di samping ada ciri-ciri multimedia untuk memudahkan anda menyunting audio. Kalau hendak yang best dapatkan Creative Labs Sound Blaster Audigy 2.
Harga : RM5,000 hingga RM10,000
p/s : perghhhhhhhhh giler laa... kalau dapat komputer camni... mesti tak kuar rumah atok... hahahahah power giler... lelagi kalau ada line streamyx perghhhhhhhhhhhhhhhh.... layan!!
Petikan : Majalah PC November 2003