|
Post by atokENSEM on Dec 9, 2003 1:29:07 GMT 8
Platform Microsoft nadi kenderaan pada masa depan
PENGELUAR perisian utama dunia, Microsoft Corp (Microsoft) yang menjadikan setiap komputer di rumah menggunakan sistem operasinya (OS) kini menyasarkan OS itu digunakan dalam setiap kenderaan.
Naib Presiden Microsoft (Unit Perniagaan Automotif), Dick Brass berkata, syarikat kini menyasarkan untuk menjadikan setiap kenderaan di dunia ini akan mempunyai salah satu daripada OS Microsoft di dalamnya.
Katanya, kereta yang dibekalkan dengan OS Microsoft boleh ‘bercakap’ apabila tiba masanya untuk membuat penukaran minyak selain memberitahu pemandu mengenai keadaan jalan rosak di hadapan serta mengenal pasti laluan alternatif.
“Malah melalui penggunaan OS Microsoft juga membolehkan kenderaan itu membuat pembayaran tol secara automatik manakala perisian yang mengendalikan sistem brek akan mempertingkatkan keupayaannya secara wayerles,” katanya.
Platform Microsoft kini sudah pun ada dalam 23 jenis model kereta berlainan termasuk BMW 7 series, Citroen, Daimler, Fiat, Volvo, Hyundai, Mitsubishi, Subaru dan Toyota.
Brass berkata, kini ada 50 juta kenderaan di seluruh dunia dan 50 juta kenderaan baru dihasilkan setiap tahun mengatasi perkembangan pasaran untuk komputer desktop.
Katanya, mikro pemproses kini menguasai sebahagian besar fungsi kenderaan dan sudah bertahun Microsoft terbabit dalam telematik automotif, konsep penggabungan komputer dan telekomunikasi.
“Pemandu kini banyak membuang masa mereka dalam perjalanan selain sering keliru dengan pelbagai peralatan termasuk alat peninjau telapak yang menyediakan laporan trafik daripada Jabatan Pengangkutan.
“Pengenalan TBox Microsoft yang boleh diperoleh dalam masa 12 hingga 36 bulan lagi, membolehkan pengguna dihubungkan dengan pelbagai alat yang menyediakan data trafik terkini dan alat ini mempunyai pemproses, memori dan pemacu keras,” katanya.
Brass menegaskan pemandu boleh menggunakan sistem ini mewujudkan sistem kenderaan untuk abad ke-21 selain membantu mengurang kesesakan lalu lintas.
Sysbug-A virus baru menyamar gambar lucah
PENGGUNA Windows dinasihati agar berhati-hati apabila menerima mel elektronik (e-mel) yang memiliki lampiran wendynaked.jpg.exe kerana ia adalah sejenis virus dikenali sebagai Sysbug-A Trojan yang melakukan penyamaran berbentuk gambar untuk memastikan dapat memasuki sistem komputer mangsa dan seterusnya menguasai komputer berkenaan
Virus Sysbug-A Trojan dipercayai disebarkan ke seluruh dunia menggunakan perisian spam dengan strategi utama untuk menjangkiti seberapa ramai pengguna internet.
Perunding Teknologi Kanan Sophos, Graham Cluely, berkata kaedah penyebaran menggunakan perisian spam digunakan kerana penulis virus kini mendapati ia teknik berkesan untuk menyebarkan virus selepas teknik lain seperti e-mel.
“Penulis virus memanfaatkan teknik berkenaan sebagai usaha untuk menipu pengguna Internet untuk membenarkan kod virus berkenaan memasuki sistem komputer dan seterusnya menguasainya terutama komputer yang menggunakan sistem operasi Windows,” katanya.
Beliau berkata, walaupun Sysbug-A merebak dengan kadar yang agak pantas dalam Internet, ia masih lagi tidak dapat menandingi virus Swen-A dan Mimail yang merebak dan menjangkiti pengguna Internet di seluruh dunia
atok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 9, 2003 1:30:57 GMT 8
SONY Ericsson Z 600 miliki pelbagai warna. Produk Baru: Z600 sasar eksekutif muda
SONY Ericsson (Sony Ericsson), memperkenalkan telefon selular berbentuk clampshell Z600 yang antara lain membenarkan pengguna menukar penutup mengikut cita rasa mereka, memiliki 65,536 warna dan aplikasi pengimejan mudah guna. Pengguna kini boleh bertukar penutup mengikut kesesuaian mereka. Penutup yang memiliki pelbagai warna seperti biru, merah dan hijau muda mampu memberikan anda kepelbagaian warna yang boleh disesuaikan mengikut perasaan anda. Kamera berkenaan juga dilengkapi dengan kamera digital yang membolehkan gambar diambil sama ada secara menegak atau mendatar. Gambar yang diambil itu mudah dihantar kepada rakan atau saudara mara kerana telefon itu turut memiliki teknologi QuickShare dan Bluetooth. Dengan adanya teknologi generasi ketiga (3G), gambar yang diambil menggunakan kamera digital kini boleh dihantar dengan mudah. Tidak ketinggalan gambar berkenaan boleh disertakan dengan suara dan teks yang boleh dihasilkan mengikut kreativiti pengguna. Ia juga mempunyai aksesori seperti Gameboard EGB-100 iaitu peranti kawalan untuk games yang ada di dalam telefon itu. Pengguna yang memanfaatkan gameboard EGB-100 amat mudah untuk bermain games perlumbaan kereta. Harga runcit yang ditawarkan ialah RM1,699 atok..
|
|
|
Post by turtle on Dec 9, 2003 2:01:43 GMT 8
pasal virus tu, aku penah gak dapat, tapi bkn name wendynaked.jpg.exe tapi osamaLaden.bla2
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 9, 2003 17:55:41 GMT 8
ye ke osama laden ...tapi ni atok copy kat majalah pc! Ujian siber dedahkan kelemahan perkongsian maklumatJABATAN Keselamatan Dalam Negara Amerika Syarikat yang melaksanakan ujian simulasi serangan siber ke atas industri perbankan dan utiliti negara berkenaan mendapati wujud kelemahan ketara berhubung komunikasi antara pihak yang diserang dengan kerajaan. Ketua Bahagian Keselamatan Siber Kebangsaan, Amit Yoran, berkata ada kelemahan ketara industri berkenaan terutamanya untuk berkongsi maklumat penting dan sensitif antara industri dan kerajaan ketika berlakunya krisis. “Wujud jurang antara kerajaan dengan swasta didedah oleh simulasi itu, pengaliran maklumat antara pelbagai sektor tidak selancar seperti diharapkan. Penilaian yang boleh diberikan terhadap kemampuan Amerika Syarikat menangani permasalahan serangan siber ialah B+, lebih baik daripada jangkaan peribadi,” katanya. Simulasi serangan yang dikenali sebagai ‘Livewire’ itu direka untuk mengganggu perkhidmatan komunikasi pada keseluruhan sektor hingga menyebabkan timbul keadaan panik dan huru hara pada orang ramai dan seterusnya menyebabkan mereka kehilangan keyakinan kepada kerajaan. Ia direka untuk mewujudkan senario sebenar serangan siber ke atas bank, syarikat tenaga serta industri minyak dan gas. Beliau berkata, antara kelemahan ketara hasil daripada serangan berkenaan ialah ketidakpastian syarikat atau industri yang boleh dihubungi jika serangan berkenaan berlaku pada tengah malam dan siapa yang perlu dihubungi untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat lebih terperinci. “Latihan itu mengesahkan lagi teori yang menyatakan sistem komunikasi di Amerika Syarikat adalah saling bergantung antara satu sama lain dan sebarang gangguan misalnya, bekalan elektrik yang terputus boleh menyebabkan sistem komunikasi menjadi lumpuh,” katanya. Yoran berkata, amat penting sekali perkongsian maklumat antara semua agensi kerajaan dan pihak swasta pada ketika berlakunya krisis bagi memastikan pengurusan krisis dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan mengelakkan kerosakan dan kehilangan keyakinan orang ramai kepada kerajaan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 10, 2003 18:38:34 GMT 8
Longhorn tiruan beri risiko kepada pengguna
PENGGUNA yang menggunakan versi sistem operasi (OS) tiruan Longhorn menanggung risiko sendiri kerana Microsoft Corp (Microsoft) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku dalam penggunaannya.
Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Butt Wai Choon berkata, Longhorn tiruan yang dijual itu bukannya produk lengkap sepenuhnya dan ia memang tidak sesuai untuk digunakan oleh pengguna biasa atau di sektor perniagaan.
Katanya, versi Longhorn yang diperkenalkan itu masih dalam kod pembangunan (developer codes) menjadikannya tidak sesuai untuk penggunaan ramai.
“Microsoft sedar mengenai kegiatan menjual salinan tiruan Longhorn ini dan memberi amaran bahawa pengguna yang menggunakan salinan tiruan Longhorn itu terpaksa menanggung risiko sendiri selain terdedah kepada pelbagai kemungkinan,” katanya kepada Berita Komputer di Kuala Lumpur, minggu lalu.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai wujudnya penjualan Longhorn tiruan di Malaysia.
Longhorn tiruan itu dikesan dijual di Johor Bahru dengan harga RM6 seunit. Produk berkenaan dijangka tersedia sepenuhnya seawal-awalnya menjelang 2005. Satu rangkaian sindiket dipercayai terbabit dalam wujudnya bahan tiruan ini.
Butt berkata, dalam menangani masalah ini, Microsoft bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memastikan pelanggan dan sektor perniagaan sentiasa diberi perlindungan.
Sehubungan itu, beliau menyarankan semua pihak terbabit dalam membanteras kegiatan haram ini, bukan hanya bergantung sepenuhnya kepada kerajaan dan pemilik hak ciptanya saja.
“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan KPDNHEP untuk memastikan pelanggan dan rakan niaga dilindungi selain yakin kerajaan sedang berusaha keras untuk mengatasi kegiatan ini,” katanya.
Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Dr Sulaiman Mahbob berkata, perkara berkaitan Longhorn tiruan itu kini dalam bidang kuasa pihak peguam kementerian untuk diambil tindakan selanjutnya terhadap mereka yang terbabit.
Katanya, siasatan sudah dilakukan mengenai perkara itu dan laporan juga sudah diperoleh dan sudah diserahkan kepada pihak peguam bagi tindakan selanjutnya.
“Kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terbabit dalam kes ini berdasarkan undang-undang akta hak cipta,” katanya kepada media selepas melancarkan kenderaan Ronda Tulen, Khamis lalu di Kuala Lumpur.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 10, 2003 18:39:51 GMT 8
Sobig cecacing paling hebat
CECACING Sobig-F diiktiraf sebagai virus yang paling bahaya tahun ini dengan mencatat hampir 20 peratus daripada keseluruhan kod bahaya yang menyerang sistem komputer, mengatasi MSBlast mengikut laporan Sophos.
Dalam senarai 10 virus utama 2003 Sophos, Sobig mengatasi MSBlast untuk muncul sebagai virus paling bahaya tahun ini dengan 20 peratus manakala MSBlast mencatat hanya 15 peratus.
Dalam senarai ketiga ialah cecacing Nachi yang turut menyertai Sobig dan MSBlast untuk menjadi Ogos sebagai bulan paling teruk dalam sejarah virus dunia.
Penganalisis Sophos, Chris Belthoff berkata, kejayaan dalam menghasilkan banyak gangguan menyebabkan Sobig terpilih untuk mengungguli anugerah Cecacing Paling Hebat Tahun Ini.
Sepanjang tahun ini, syarikat antivirus berjaya mengesan lebih 7,000 virus, cecacing dan ‘trojan horse’ baru. Hanya sebahagian daripadanya memberi kesan yang besar kepada sistem komputer dan 10 virus utama mencatat 75 peratus daripada keseluruhan serangan yang dilaporkan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 12, 2003 5:31:03 GMT 8
Bersiap Menyambut Penerus Windows XP
Windows versi baru tidak akan meluncur sampai beberapa tahun mendatang, tetapi bentuknya sudah mulai kelihatan. PC World telah memeriksa versi pra-beta dari penerus Windows XP, bernama kode Longhorn, yang beredar di Internet.
Sistem file baru yang dijanjikan Bill Gates - yang akan memberi user satu rute ke data tanpa peduli bagaimana data dibuat atau di mana data tersebut disimpan - ternyata belum direalisir pada kode alfa yang dilihat PC World. Akan tetapi Longhorn Build 3683 memang memiliki beberapa tweak yang menarik - kebanyakan masih dalam tahap pembangunan - yang menunjukkan arah Microsoft.
Yang paling menarik adalah elemen desktop baru yang disebut Sidebar. Elemen ini memungkinkan Anda untuk menempatkan item-item yang sering dipakai, termasuk taskbar, aplikasi yang baru saja diluncurkan, dan jam, ke jendela vertikal yang transparan pada sisi kiri atau kanan layar.
Salah satu elemen opsional Sidebar, atau “tiles” memungkinkan Anda berpindah di antara beberapa desktop virtual - fasilitas standar dari antarmuka grafis yang datang bersama Linux, tetapi tersedia untuk Windows hanya pada beberapa driver grafis dan utiliti pihak ketiga. Dengan menggunakan tile Desktop Manager Sidebar, Anda bisa menggeser aplikasi yang sedang bekerja dari satu desktop virtual ke yang lain. Artinya Anda bisa menggunakan beberapa program sekaligus dengan lebih sedikit penampilan di layar.
Sebuah theme baru, disebut Plex, menawarkan gaya jendela yang lebih bundar, sementara kotak dialog Display Setting yang belum berfungsi tampak mirip dengan antarmuka Aqua milik Apple OS X.
Cuma belum jelas bagaimana perubahan tersebut akan membantu Anda menemukan program, e-mail, atau data Web secara lebih mudah, atau bagaimana mereka akan masuk ke dalam sistem file baru. Juga tidak jelas kapan kita akan melihat Longhorn, dan apakah ‘ia’ akan menjadi pemenang seperti Windows 98SE atau justru produk gagal seperti Windows Me? Menurut analis Gartner, Michael Silver, Longhorn bisa saja baru diantarkan ke pasar pada tahun 2005, dan di antara waktu itu Microsoft mengeluarkan sesuatu, misalnya Windows XP Second Edition.
|
|
|
Post by turtle on Dec 12, 2003 10:37:09 GMT 8
Thx for the info
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 12, 2003 16:53:19 GMT 8
u're welcome.. New Virus/Worm Alert: W32/Pandem-B ,W32/Agobot-QPerhatian: Jika anda menerima email msg dgn subjek:"Microsoft Security Bulletin" dan msg text : "Unchecked Buffer in Windows Explorer Could Enable System Compromise (329390)" SILA DELETE SERTA MERTA dan JANGAN sesekali CLICK ATTACHMENT tersebut (PATCH.ZIP) W32/Pandem-B Aliases W32.Pandem.B.Worm, W32.Squirm@mm Type Win32 worm Detection A virus identity file (IDE) file which provides protection is available now from the Latest virus identities section, and will be incorporated into the October 2003 (3.74) release of Sophos Anti-Virus. At the time of writing Sophos has received no reports from users affected by this worm. However, we have issued this advisory following enquiries to our support department from customers. Description W32/Pandem-B is a worm which spreads via email, by copying itself to the shared folders of various peer-to-peer networks (e.g. KaZaA, Morpheus, eDonkey2000) and by via IRC channels. The worm displays the messages "Security Patch 329390 Patching system... Wait" and "Security Patch 329390 Patched. Thanks for using Microsoft Windows". W32/Pandem-B then drops the file ZLIB.DLL (a legitimate compression plugin) into the Windows system folder and copies itself to the Windows folder as CPUMGR.EXE. The worm creates the following registry entry to run itself on system restart: HKLM\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run\CPU Manager = <Windows>\CPUMGR.EXE The worm also drops PHOTO.ZIP (a zipped copy of the worm called COOL.SCR), CPUMGR.DLL (an encoded copy of the worm) and PDMN.SMT (a text file containing the SMTP domain) in the Windows folder. Emails sent by the worm have the following characteristics: From: support@microsoft.com Subject line: "Microsoft Security Bulletin" Message text: "Unchecked Buffer in Windows Explorer Could Enable System Compromise (329390) Summary Who should read this bulletin: Customers using Microsoft Windows 95,98,2K,ME,XP Impact of vulnerability: Run code of an attackers choice Maximum Severity Rating: Critical Recommendation: Customers using Microsoft Windows 95,98,2K,ME,XP should apply the patch immediately." Attached file: PATCH.ZIP (containing PATCH_329390.EXE). W32/Pandem-B also attempts to copy itself to several locations within peer-to-peer shared folders, for example: c:\program files\gnucleus\downloads\incoming\ICQ Hack.exe c:\program files\grokster\my grokster\Connection Booster.exe c:\program files\gnucleus\downloads\incoming\Hotmail Hack.exe c:\program files\gnucleus\downloads\incoming\Norton keygen-All vers.exe c:\program files\KaZaa Lite\My Shared Folder\Hacker.scr c:\program files\KaZaa Lite\My Shared Folder\credit card.exe c:\program files\BearShare\Shared\Cracks Collections.exe c:\program files\icq\shared files\Matrix Reloaded.scr W32/Pandem-B also allows unauthorised access to the computer over a network. The worm listens on port 61282 for commands from a remote attacker. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Semua pengguna dinashiat supaya tidak menggunakan/uninstall semua 'Relay Chatting' spt IRC, Yahoo Messenger,Windows Messenger dan lain-lain yang sama waktu dgnnya. PERHATIAN: Untuk mengelakkan terkena jangkitan pada virus ini, para pengguna (Win2003,Win2K, XP dan NT shj) diminta supaya: 1. Install DCOM RPC Patch (utk Win2K/XP/NT shj) - iaitu patch yang sama digunakan utk mengekang virus Blaster dan Welchia/Naichi. (Jika Win2K - buka folder Win2K dan run fail "Win2K-KB823980-x86-ENU") (Jika WinXP - buka folder WinXP dan run fail "WinXP-KB823980-x86-ENU") (Jika WinNT - buka folder WinNT dan run fail "WinNT-Q823980i KB823980-x86-ENU") 2. Run "Windows Automatic Update" utk mendapatkan patches terbaru dari Microsoft (Termasuk patch "Unchecked Buffer in Locator Service Could Lead to Code Execution (810833)" pada MS03-01 buletin di bawah Windows Automatic Update boleh di 'run' dari Interner Explorer.Buka IE,dari menu, pergi ke Tools>Windows Update.
|
|
|
Post by turtle on Dec 13, 2003 2:36:08 GMT 8
mmg bahyer virus nie ek, nasib baik la aku slalu update win xp nie, kalo x mmg senang la virus terkumpul dlm pc nie
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 13, 2003 4:17:28 GMT 8
betul tu..atok nye comp. dah penoh virus!buka je internet..dah kena virus!boring gile..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 13, 2003 4:18:51 GMT 8
Perlukah kita gunakan antivirus?Banyak pihak menyarankan penggunaan perisian antivirus terkini untuk memastikan keselamatan komputer. Persoalannya, perlukah atau tidak kita menggunakan perisian sebegini rupa? Memang tiada jawapan mudah, namun sebagai pengguna kita seboleh-bolehnya tidak mahu membelanjakan duit tanpa justifikasi tetapi pada masa yang sama ingin meminimakan risiko tersebut. Tetapi bagaimana ya? Di sini diturunkan beberapa tips dan saranan mudah yg boleh kita amalkan :- 1. Jangan sekali-kali menggunakan MS Outlook atau Outlook Express. Sebagai ganti gunakan Pegasus Mail, TheBAT atau Eudora, yg mempunyai ciri-ciri terbaik Outlook untuk menghantar dan menerima gambar serta teks dsb. 2. Tidak membuka atau membaca mel-mel dari sumber yg tak dikenali. Padamkan terus tanpa membaca mel-mel yang anda ragui kesahihan serta sumbernya, terutamanya dari penghantar mel "spammers". 3. Memasukkan perisian firewall seperti Zone Alarm, atau Tiny Firewall untuk mencegah penggodam daripada memasuki komputer dan meletakkan perisian jahat seperti trojan atau jalan belakang serta mencuri kata laluan anda. 4. Attachment berbentuk Word atau Excel? Beritahu sahaja sesiapa yang ingin menghantarkan attachment bahawa anda hanya menerima fail dalam bentuk RTF (rich text format) sebagai ganti Word, ataupun CSV (comma separated values) untuk Excel. Untuk membukanya, klik kanan pada attachment tersebut pilih MS Word atau Excel. Senangkan... 5. Padamkan opsyen Javascript atau Vbscript dalam pelayar web anda. Kurang skrin popup timbul, serta memudahkan pelayaran anda ke tempat-tempat yang dituju. Laman web juga lebih cepat dipindahkan. 6. Padamkan perisian wscript.exe dan cscript.exe di dalam direktori Windows Mengelakkan skrip-skrip jahat seperti virus AnnaKournikova.vbs contohnya daripada dijalankan tanpa pengetahuan kita. 7. Menggunakan mel berasaskan web seperti hotmail.com, yahoo mail dsb Mempunyai ciri terkini seperti penapis mel tak diingini, pengimbas virus serta melihat maklumat mel tanpa membukanya terlebih dahulu. 8. Mengelakkan diri dari melayari laman web warez, yg tak masuk akal ataupun lucah melampau. 9. Memadamkan opsyen berkongsi fail dan pencetak di dalam rangkaian Dapat mencegah kemasukan tanpa kebenaran ke dalam pemacu yg dikongsi bersama serta mengelakkan penyebaran perisian jahat. Tiada jaminan 100%, tetapi sehingga kini bilangan jangkitan dalam lebih sepuluh tahun pengalaman menggunakan komputer adalah satu atau dua sahaja. Hebatkan... tanpa mengeluarkan duit sesen pun untuk membeli perisian antivirus. Anda pula bagaimana?
|
|
|
Post by enigma on Dec 13, 2003 8:42:15 GMT 8
wow best la info kat atas tu....hope kita semua dpt benefit...
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 14, 2003 6:23:00 GMT 8
.:: :: Mengenal System Properties Komputer :: ::.Pernah melihat System Properties? Bukak Start -> Control Panel dan dalam tu ada System Properties, atau Right click ICON My Computer dan pilih Properties. Perasan tak ada gambar macam Monitor/TV pada sudut atas sebelah kiri? Teringin nak menukarnya? Biasanya orang akan tukar OEM logo pada bahagian bawah sebelah kiri (kalau anda punya tak ada, just create satu gambar format BITMAP, dan save jadi oemlogo.bmp, dan simpan dalam SYSTEM folder anda, nanti gambar anda akan keluar. Camana pulak nak tukar Gambar TV/Monitor kat System Properties tu? Ok, sekarang ni apa-apa hal, sediakan satu imej dalam format bitmap terlebih dahulu (sama macam oemlogo.bmp tu pun boleh). Saya andaikan yang anda nak letak gambar yang sama seperti OEMINFO kat situ! Kat dalam ni mesti ramai yang pernah dengar software Reshack atau Resource Hacker, betul? Siapa yang tak ada boleh download di SINI! Dan extract kan dia menjadi satu folder dan dah boleh guna, Click aje file ResHacker.exe tu. (Jangan bimbang, software ni VIRUS free... ) Kemudian cari fail Sysdm.cpl di dalam direktori C:WINDOWSSYSTEM kalau anda guna windows98, ME dan C:WINDOWSSYSTEM32 kalau ko guna windows 2000 dan XP. Search sahaja kalau susah sangat. Bila dah jumpa; 1. Run Reshack. 2. Pergi menu FILE pada Reshack dan click OPEN 3. Cari fail sysdm.cpl dan open. 4. Sekarang ni anda akan nampak beberapa DIREKTORI di sebelah kiri pada Reshack tu, ada BITMAP, ICON, DIALOG dan sebagainya. 5. Click tanda + disebelah BITMAP tu (orang di UK panggil expand 6. Nampak folder "1"? Ok, Expandkan dia lagi ke bawah... dan anda akan nampak nombor 1033, OK click nombor tu! Jen Jen Jeng! Nampak tak Imej Monitor tu sekarang? Itulah yang anda nak tukar, OK sekarang ni pulak cara nak replace imej tu; 1. Pegi pada MENU "Action" kat reshack dan amik "Replace Bitmap". 2. Dia akan keluar satu kotak, dan anda klik "open file with new bitmap..." dan select bitmap yang anda nak replace tu 3. Click butang "Replace" Dan anda akan tengok MENU sebelah kiri tang BITMAP tu akan "Collapsed" (naik ke atas balik dan tanda + tu keluar). Taraaa! Gambar TV tadi tu dah pun bertukar! Belum siap lagi tu!... sekarang ni pulak! kena save, tapi jangan save terus, pilih SAVE AS, dan letak kat tempat lain, letak jauh jauh, dalam drive D: ke apa ke... Nak buat benda ni jadi, restart PC anda dan masa dia nak boot ke harddisk, cepat-cepat tekan F8, dan pilih: 1. Command Prompt only untuk windows98 dan ME. 2. Pilih Save Mode with Command Prompt untuk windows2000 dan XP Sebab? file Sysdm.cpl tu adalah salah satu dari Windows File Protection dan dia tak kasi fail tu direplace, diubah ketika windows tengah beroperasi. Sebab tu kena pegi Safe Mode. Bila dah masuk dalam command prompt, Just taip command ni -> copy C:WindowsyoursystemSysdm.cpl C:WindowsyoursystemSysdm.bak dimana yang ni gunanya sebagai backup, mana la tahukan yang anda dah modified tu tak jadi plak! (NOTA: %yoursystem% tu samada anda punya folder system, SYSTEM atau SYSTEM32) OK, sekarang ni proses nak replace file original kepada file yang anda dah tukar. Pada command prompt taip aje -> copy X:Sysdm.cpl C:WINDOWSyoursystem (NOTA: X tu anda punya drive lain, atau kalau anda save dalam C:My Documents, jadilah macamni -> copy "C:My DocumentsSysdm.cpl" C:Windowsyoursystem) Siap!, Restart balik PC anda supaya dia boot macam biasa, dan check anda punya System Properties! Selamat Mencuba!
|
|
|
Post by turtle on Dec 15, 2003 1:12:48 GMT 8
hehe leh la aku tuka sys prop jadi pic aku
|
|