|
Post by atokENSEM on Dec 16, 2003 1:31:47 GMT 8
Format Cakera Keras Apabila anda nak format hard disk, anda boleh guna cara saya untuk mempercepatkan hard disk [taip] FORMAT X: /Z:64 [ENTER] (X: adalah drive letter HD anda & 64 bermakna 64 block dlm satu cluster ia adalah 32 pada keadaan normal) Apabila anda nak format dengan cepat: [taip] FORMAT X: /Q [ENTER] (X: adalah drive letter HD anda) Apabila anda nak habuskan segala data dlm HD (data dlm hd anda "fully unrestoreable") Banyak digunakan dlm HD baru atau dicerobohi virus [taip] FORMAT X: /U [ENTER] (X: adalah drive letter HD anda) Apabila anda nak format dgn "surface test" (ini dapat kesan bad sektor) Format X: /F [ENTER] (X: adalah drive letter HD anda) Apabila anda perlukan contoh Format C: /U /Z:64
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 20, 2003 4:57:33 GMT 8
Microsoft tawar harga istimewa kepada pelajar, guru
MICROSOFT Malaysia Sdn Bhd menawarkan edisi Microsoft Office Guru dan Murid 2003 pada harga istimewa RM199 di PC Fair selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Setiap pek dijual membenarkan murid dan guru untuk memuaturunkan lesen sama pada tiga komputer peribadi atau laptop, bermakna pengguna menikmati produk berkenaan pada harga RM66 bagi setiap PC.
Pengarah Organisasi Pemasaran Bisnes, Microsoft Malaysia, Christopher Yong berkata:
“Pendidikan terus menjadi tumpuan utama Microsoft. Ini adalah sumbangan kami dalam merapatkan jurang digital antara guru dan murid.”
Edisi guru dan murid, seperti Microsoft Office 2003, banyak memberi penekanan terhadap pembelajaran. Ia mengandungi banyak sumber-sumber maklumat, termasuk kamus dan tesaurus, perkhidmat penterjemahan, MSN® Search, MSN Money Stock Quotes, serta Microsoft Encarta® Encyclopedia.
“Ia menggunakan perantara sama dengan Office 2003 maka memberi anda akses mudah terhadap aplikasi, mengelakkan anda daripada keperluan membelajar program baru.
“Dengan penekanan terhadap masyarakat celik IT, kami berharap pelajar dan guru akan mengambil kesempatan daripada peluang baik ini,” kata Yong.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 20, 2003 4:58:28 GMT 8
Perkhidmatan internet Jaring diyakini lebih mantap
PERKHIDMATAN internet Jaring kepada pelanggannya tidak akan tergugat walaupun rundingan di antara syarikat penyedia perkhidmatan internet unggul negara itu dengan TMNet Sdn Bhd (TMNet) dikatakan akan selesai menjelang Mac depan.
Ketua Eksekutif Jaring, Dr Mohamed Awang Lah berkata, walaupun akan berlaku penggabungan atau sebaliknya, Jaring akan tetap meneruskan perkhidmatan serta komited kepada pelanggan sekali gus membuktikan syarikat berkeyakinan tinggi untuk terus menyediakan perkhidmatannya.
Malah beliau menegaskan perniagaan Jaring tidak akan mengalami sebarang perubahan akibat perkara itu sebaliknya syarikat terus membuktikan komitmennya dengan berjaya menunjukkan prestasi yang hebat dalam sebahagian operasinya sepanjang tahun lalu.
“Laporan terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai statistik industri telekomunikasi sepanjang dua suku lalu menunjukkan pelanggan Internet negara mencatat pertumbuhan yang perlahan dengan peningkatan hanya antara dua peratus atau tiga peratus bagi setiap suku dan ini adalah satu kenaikan yang kecil atau lembap.
“Namun begitu, daripada perspektif Jaring, syarikat berjaya mencatat pertumbuhan jumlah pelanggannya lebih tinggi daripada pertumbuhan industri. Malah perkhidmatan tambah nilainya seperti VPN mencatat peningkatan pelanggan antara empat hingga lima peratus tahun ini berbanding tahun lalu.
“Sehubungan itu, apa saja perkara yang membabitkan perkhidmatannya, Jaring akan memberikan sepenuh komitmen sekali gus memberi jawapan positif kepada pelanggan, rakan niaga dan pembekal yang selama ini inginkan kepastian,” katanya kepada media sempena majlis rumah terbuka Jaring dan penyampaian anugerah penghargaan rakan niaga di Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Beliau berkata demikian apabila diminta memberi penjelasan terkini mengenai usaha penggabungan Jaring dan TMNet selain mengulas kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho yang mengatakan mengatakan rundingan penggabungan kedua-dua pihak itu berjalan lancar dan dijangka selesai Mac depan.
Bagaimanapun Dr Mohamed menegaskan bahawa beliau tidak tahu mengenai penggabungan yang akan selesai menjelang Mac ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Tan.
Katanya, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu kerana semuanya membabitkan isu pemegang saham.
“Yang pastinya, Jaring yang kini mempunyai kira-kira 800,000 pelanggan komited dalam meneruskan perkhidmatannya sama ada membabitkan pengguna, rakan niaga serta pembekal dan daripada kejayaan yang dicapainya, ia menunjukkan Jaring sentiasa maju dengan perkhidmatan yang disediakan,” katanya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 23, 2003 1:31:37 GMT 8
Perkhidmatan internet Jaring diyakini lebih mantap
PERKHIDMATAN internet Jaring kepada pelanggannya tidak akan tergugat walaupun rundingan di antara syarikat penyedia perkhidmatan internet unggul negara itu dengan TMNet Sdn Bhd (TMNet) dikatakan akan selesai menjelang Mac depan.
Ketua Eksekutif Jaring, Dr Mohamed Awang Lah berkata, walaupun akan berlaku penggabungan atau sebaliknya, Jaring akan tetap meneruskan perkhidmatan serta komited kepada pelanggan sekali gus membuktikan syarikat berkeyakinan tinggi untuk terus menyediakan perkhidmatannya.
Malah beliau menegaskan perniagaan Jaring tidak akan mengalami sebarang perubahan akibat perkara itu sebaliknya syarikat terus membuktikan komitmennya dengan berjaya menunjukkan prestasi yang hebat dalam sebahagian operasinya sepanjang tahun lalu.
“Laporan terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai statistik industri telekomunikasi sepanjang dua suku lalu menunjukkan pelanggan Internet negara mencatat pertumbuhan yang perlahan dengan peningkatan hanya antara dua peratus atau tiga peratus bagi setiap suku dan ini adalah satu kenaikan yang kecil atau lembap.
“Namun begitu, daripada perspektif Jaring, syarikat berjaya mencatat pertumbuhan jumlah pelanggannya lebih tinggi daripada pertumbuhan industri. Malah perkhidmatan tambah nilainya seperti VPN mencatat peningkatan pelanggan antara empat hingga lima peratus tahun ini berbanding tahun lalu.
“Sehubungan itu, apa saja perkara yang membabitkan perkhidmatannya, Jaring akan memberikan sepenuh komitmen sekali gus memberi jawapan positif kepada pelanggan, rakan niaga dan pembekal yang selama ini inginkan kepastian,” katanya kepada media sempena majlis rumah terbuka Jaring dan penyampaian anugerah penghargaan rakan niaga di Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Beliau berkata demikian apabila diminta memberi penjelasan terkini mengenai usaha penggabungan Jaring dan TMNet selain mengulas kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho yang mengatakan mengatakan rundingan penggabungan kedua-dua pihak itu berjalan lancar dan dijangka selesai Mac depan.
Bagaimanapun Dr Mohamed menegaskan bahawa beliau tidak tahu mengenai penggabungan yang akan selesai menjelang Mac ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Tan.
Katanya, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu kerana semuanya membabitkan isu pemegang saham.
“Yang pastinya, Jaring yang kini mempunyai kira-kira 800,000 pelanggan komited dalam meneruskan perkhidmatannya sama ada membabitkan pengguna, rakan niaga serta pembekal dan daripada kejayaan yang dicapainya, ia menunjukkan Jaring sentiasa maju dengan perkhidmatan yang disediakan,” katanya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 24, 2003 4:02:30 GMT 8
Longhorn (Bajakan) Sudah Beredar di Malaysia
Peluncuran resmi baru akan dilakukan Microsoft tahun 2005
infokomputer.com, Sistem operasi Windows (bajakan) terbaru sudah beredar di Malaysia, satu tahun lebih cepat dari rencana Microsoft yang baru akan memasarkannya secara resmi tahun 2005.
CD bermuatan software keluran Microsoft yang berkode Longhorn ini sudah dijajakan para pembajak di wilayah selatan negeri jiran ini dengan harga US$ 1,58 per kepingnya. Padahal, Windows XP—versi yang sedang beredar saat ini—dijual dengan harga lebih dari US$ 100 di AS.
Longhorn bajakan tersebut diperlihatkan dalam sebuah konferensi untuk para programmer Microsoft di Los Angeles, AS, Oktober lalu. Jonathan Selvasegaram, pengacara yang mewakili Microsoft menyatakan, “ Ini bukan ready product. Kendati bisa dioperasikan, saya rasa terlalu beresiko untuk menginstallnya di komputer.”
Software bajakan ini ditemukan di sebuah komplek perbelanjaan terbesar di Johor Baru, berdampingan dengan ribuan program-program komputer, CD musik dan DVD bajakan lainnya.
Pembajakan seperti ini memang tergolong epidemik di Asia, kendati Malaysia berhasil menyita ribuan CD ilegal sejak bulan Mei. Perdagangan AS mengalami kerugian hingga US$ 316 juta di tahun 2001 dan US$ 242 juta tahun lalu di Malaysia.
Longhorn adalah sistem operasi teranyar dari Microsoft yang menjanjikan metoda-metoda baru dalam hal penyimpanan file, link ke Internet, keamanan yang lebih terjaga dan gangguan reboot yang lebih sedikit, demikian menurut Microsoft. Peluncuran Longhorn, yang tidak akan dilakukan Microsoft sebelum tahun 2005, disebut-sebut Bill Gates akan menjadi launching software terbesar yang pernah dilakukan Microsoft di dekade ini.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 26, 2003 4:39:39 GMT 8
WinXP – mencuba ciri-ciri tersembunyi
Apabila sistem operasi (OS) baru seperti Windows XP diperkenalkan di pasaran, bakal penggunanya hanya diberitahu mengenai fungsi-fungsi utamanya sahaja. Manakala, fungsi-fungsi lain (terutamanya yang kecil, tersembunyi dan dianggap kurang penting) mungkin hanya boleh diketahui setelah penggunanya mencuba, menkaji dan menerokai OS tersebut dengan lebih mendalam. Di bawah ini disenaraikan sebahagian kecil fungsi-fungsi yang dimaksudkan, dan anda berpeluang mencuba sendiri sekiranya menggunakan WinXP.
* Clipbook Viewer Fungsi Clipboard Viewer dalam WinXP yang dipanggil “Clipbook Viewer”, jarang tersenarai pada menu Help, dan tidak dipasang secara automatik apabila meningkat upaya kepada WinXP. Jika Windows diminta memasangnya dari cakera padat (CD), ikonnya juga tidak muncul pada menu. Sedangkan, pemapar mudah ini membolehkan anda melihat kandungan “clipboard”, selain menawarkan beberapa fungsi tambahan yang menarik. Berikut adalah cara untuk menempatkan ikon baru Clipbook Viewer di dalam senarai menu Start. 1.Klik bebutang menu Start dan buka My Computer. 2.Buka pemacu C: anda (ia tersenarai dalam bahagian Hard Disk Drives). 3.Dwiklik pada folder Windows. 4.Dwiklik pada folder System32. 5.Gelonsor ke bawah sehingga anda menemui fail bernama Clipbrd . 6.Heret dan letak fail Clipbrd itu pada bebutang Start.
Lepaskan bebutang tetikus anda apabila ia berada di atas bebutang Start. Ini akan meletakkan ikon pintasan Clipbook Viewer pada menu Start. Apabila anda membuka menu Start, ikon program Clipbrd akan terpapar pada bahagian atas. Jadi, untuk melihat apakah yang tersimpan di dalam Clipboard, dwiklik pada ikon ini. Tetingkap Clipbook Viewer akan muncul, membolehkan anda melihat apa isinya .
* Message Service Anda mungkin pernah mengalami sistusi di mana tetingkap mesej muncul secara tiba-tiba (popup message) di atas skrin komputer anda. Sungguhpun tetingkap mesej tersebut tertera perkataan "Messenger Service" di bahagan atasnya, ia sebenarnya tiada kaitan berkaitan dengan aplikasi Windows Messenger. Ia merupakan sebahagian daripada apa yang dipanggil "Message Service" atau "Net Send" – ciri Windows berkaitan yang direka untuk membolehkan pentadbir rangkaian menghantar mesej kepada pengguna menerusi rangkaian.
Windows ada kalanya menggunakan khidmat ini untuk memberitahu pengguna bahawa tugasan mencetak selesai, atau jika bekalan kuasa terputus dan Uninterruptible Power Supply (UPS) pula mengambil alih. Ada juga program pihak ketiga yang menggunakan khidmat ini untuk menghantar mesej kepada pengguna apabila sesuatu berlaku, contohnya virus menyerang. Jadi, cara paling pantas untuk menangkis penghantar “spam”, dengan cara memasang Windows XP Service Pack 1 dan mengaktifkan Firewall di dalam WinXP.
Service Pack 1 memiliki banyak pembetulan bagi inXP, termasuk keupayaan Firewall menapis kehadiran spam "Message Service" yang tidak diingini daripada Internet. Selain mengizinkan Message Service aktif, ia juga mengizinkan program komputer menggunakan khidmat ini bagi mesej yang diizinkan sahaja. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mematikan terus “Message Service” sekaligus menghalang program yang baik atau sebaliknya daripada menggunakan Message Service ini. Berikut adalah langkah-langkahnya.
1.Klik Start, kemudian klik Control Panel. 2.Dwiklik pada Administrative Tools. 3.Dwiklik Services. 4.Dwiklik Messenger dalam senarai Services. 5.Klik bebutang Stop, kemudian klik bebutang OK.
* Ikon pembesar suara Bagi memastikan bahagian dekstop WinXP kelihatan lebih kemas, pengaturcara telah membuang ikon kecil pembesar suara yang biasanya terletak di sisi jam di bahagian Taskbar. Dengan sekali klik pada ikon ini, anda boleh mengubah pelaras kekuatan bunyi dengan pantas dan mudah. Ini mungkin tidak begitu penting bagi sesetengah orang, namun ia merupakan cara terpantas untuk mengakses tetingkap pelaras bunyi. Bagi menempatkan ikon kawalan itu kembali di sisi jam, berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan.
1.Buka Control Panel dari menu Start. 2.Klik ikon Sounds Speech and Audio Devices. Langkah ini mungkin tertaluk kepada ketetapan Control Panel, kerana anda mungkin perlu mengklik pada ikon Sounds and Audio Devices. 3.Klik di dalam kekotak berlabel "Place volume icon in the taskbar" apabila muncul tetingkap berlabel Sounds and Audio Devices Properties. 4.Klik bebutang OK, dan ikon kecil berupa pembesar suara sepatutnya muncul di sisi jam.
|
|
|
Post by turtle on Dec 26, 2003 5:58:08 GMT 8
thanx atok, especially ntok info nie
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 27, 2003 4:13:32 GMT 8
same2..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 28, 2003 6:19:56 GMT 8
RedHat Enterprise Linux V.3 Untuk eServer IBM
Red Hat Enterprise Linux v.3, yang merupakan seri terbaru dari Red Hat, kini tersedia di seluruh jajaran produk eServer IBM.
Red Hat Enterprise Linux ditawarkan dalam bentuk paket, bersama server xSeries dan BladeCenter dari IBM. Paket ini akan mengemas Red Hat Enterprise Linux AS, ES dan WS, serta, nantinya, Red Hat Enterprise Linux v.3 terbaru.
Red Hat Enterprise Linux v.3 akan meliputi seluruh platform eServer IBM berarsitektur Linux tunggal -- iSeries, pSeries, xSeries, zSeries, BladeCenter (termasuk BladeCenter JS20 yang berbasis teknologi POWER), Clusters 1350 dan 1650, e325, IntelliStation dan TotalStorage.
IBM Global Services memberikan dukungan terhadap Red Hat Enterprise Linux v.3 antara lain lewat layanan dukungan terkelola Red Hat Network. Red Hat dan IBM Global Services menyediakan layanan ujung-ke-ujung yang relatif lengkap untuk para pelanggan berupa pengetahuan teknis Linux dan sumber daya engineering. Kedua perusahan ini juga mengkolaborasikan dan memaketkan penawaran layanan dan konsultasi IBM dan Red Hat, sehingga tersedia dukungan satu atap guna memenuhi kebutuhan pelanggan akan Linux.
Sementara untuk peranti lunak, IBM menyediakan dukungan terhadap Red Hat Enterprise Linux 3 di seluruh portofolio peranti lunak utamanya yakni WebSphere, DB2, Lotus, Tivoli dan Rational. Saat ini, IBM mendukung software yang berjalan pada Red Hat Enterprise Linux, dengan lebih dari 200 produk piranti lunak yang mendukung distribusi tersebut.
Dengan dukungan Red Hat yang diperluas ke seluruh server IBM, IBM juga menjadi perusahaan penyedia berbagai jenis peranti lunak untuk xSeries, iSeries, pSeries dan zSeries yang berjalan pada Red Hat Enterprise Linux.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 1, 2004 17:34:15 GMT 8
Peluang pekerjaan dalam industri komputer
"ANAK ku, pastikan kamu memilih kursus berkaitan teknologi maklumat! Pilihlah jurusan yang terbaik!"
Semua ibubapa pasti bersikap sedemikian. Di atas sebab-sebab yang praktikal, mereka cuba mempengaruhi anak mereka di dalam memilih kursus profesional ini dengan berbekalkan kepercayaan yang "aliran teknologi maklumat" akan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas. Walaupun ini benar, di dalam dunia kerjaya, untuk menjadi seorang pengaturcara komputer atau pakar teknologi maklumat tidaklah semudah mendapat segulung ijazah teknologi maklumat.
Walaupun keadaan ekonomi beransur pulih, cabaran kerjaya sentiasa membayangi pakar teknologi maklumat. Bidang ini sungguh mencabar di mana mereka yang bercita-cita perlu membuat keputusan yang bijak: Anda perlu mencari tempat yang sesuai untuk menimba ilmu dan kepakaran di dalam dunia pengaturcaraan komputer atau ketinggalan. Mereka yang berjaya adalah meraka yang merebut peluang untuk mengembangkan kepakaran profesional mereka di samping menyiapkan diri mereka sebagai pakar pengaturcara komputer kerana kerjaya ini tergulung di dalam salah satu industri terpenting negara.
Mengapa anda ingin menjadi pengaturcara komputer? Adakah wujud peluang yang besar di dalam bidang ini di Malaysia? Mari kita lihat sebahagian daripada statistik yang diterbitkan oleh Impact Survey 2003 Koridor Raya Multimedia (MSC).
Menurut laporan tersebut, pada tahun 2002, seramai 17,000 orang pakar teknologi maklumat bekerja di MSC. Pada bulan Mei 2003, sebanyak 17,854 peluang kerjaya telah diisi, and jumlah ini diramalkan akan meningkat kepada 21,270 pada penghujung 2003. Manakala untuk tahun 2004, jumlah pekerjaan diramalkan akan meningkat kepada 22,398. Tidak perlu diperkatakan lagi, jumlah kekosong yang perlu diisi adalah banyak.
Sebagai contoh, pengaturcaraan komputer diramalkan untuk membentuk 23 peratus jumlah pekerjaan di bidang teknologi maklumat untuk tahun hadapan. Ia adalah komponen terbesar di dalam kerjaya teknologi maklumat and ia adalah bidang pekerjaan yang diramalkan mempunyai pertumbuhan yang terbesar, meningkat tiga peratus daripada 20.1 peratus pasaran kerjaya teknologi maklumat untuk tahun 2001.
Petanda berbeza
Walaupun analisis menunjukkan petanda yang baik, hakikatnya hanya terdapat 30 peratus syarikat teknologi yang mencatatkan keuntungan pada tahun 2002. Disamping itu, ramalan menunjukkan MSC berkemungkinan mempunyai 71 peratus syarikat yang mencatatkan keuntungan pada penghujung tahun ini. Sesuatu yang menarik, tetapi ini masih belum berlaku lagi.
Laporan tersebut juga mendedahkan satu statistik yang penting. Hanya terdapat 3,278 pereka perisian komputer pada punghujung tahun lepas (2002) - daripada 12,782 pekerja teknikal. Hanya empat peratus. Apa yang lebih membingbangkan lagi, kebanyakan pakar perisian ini adalah dari India, bermakna penyelesaian sebenar adalah diimpot dari luar negara. Ini adalah peratusan yang meneydihkan.
Ringkasnya, Malaysia amat memerlukan pakar pengaturcara komputer yang sebenar. Walaupun kebanyakkan institusi pengajian tinggi menghasilkan banyak graduan tahun demi tahun, graduan yang betul-betul bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan amatlah sedikit.
Kepakaran = ilmu yang diguna-pakai
Pengaturcara komputer adalah pencetus idea. Mereka adalah Newton, Einstein, Van Gogh, semua digabungkan menjadi satu. Syarikat tempatan yang lebih progresif mengamalkan polisi "pintu terbuka". Ini adalah syarkat yang digemari pekerja, iaitu mereka yang bersedia untuk mencurahkan idea mereka. Manakala syarikat yang lebih bersungguh-sungguh mengamalkan program pengurusan idea sebagai pendekatan yang lebih strategik untuk memaksimakan kebolehan pekerja mereka. Persoalannya, adakah anda boleh menjadi salah seorang dari mereka?
Pekerja moden perlu memahami kebaikan yang diperolehi daripada menguna-pakai kebijaksanaan mereka untuk membantu syarikat menambahkan pendapatan dan produktiviti, mengurangkan perbelanjaan dan memperbaiki hasil kerja. Ini adalah kunci kejayaan. Malangnya, pekerja mendapati diri mereka di dalam dilema. Pengurus sumber manusia dan ajen pencari pekerja mendapati adalah sukar untuk mendapatkan pengaturcara komputer yang berkebolehan hari ini. Maka wujudlah ungkapan "yang baik", "tidak baik" dan "buruk". Yang baik merujuk kepada peluang pekerjaan yang mencukupi sedia ntuk diisi oleh pengaturcara komputer yang berkebolehan. Tidak baik pula merujuk kepada pekerja yang meminta pendapatan yang terlalu tinggi dan tidak praktikal. Manakala yang buruk pula merujuk kepada pekerja yang tidak berkemahiran, tidak realistik dan berorientasikan ijazah.
Walaupun mempunyai ijazah adalah satu kelebihan, calon pekerja yang mempunyai kebolehan sebenar dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah adalah jenis perkerja yang dicari oleh semua syarikat. Selain daripada itu, pekerja yang mempunyai pengiktirafan industri mempunyai satu lagi kelebihan. Terdapat beberapa kelulusan yang diiktiraf seperti Miscrsoft MCSD, Cisco CCNA, Red Hat RHCE, dan lain-lain lagi. Namun, kelulusan ini hanya boleh meningkatkan kebolehan pengaturcaraan atau kebolehan teknikal seseorang.
Pengalaman sebenar = ilmu sebenar
Negara manakah hari ini mempunyai institusi pengajian yang pengeluarkan 73,500 graduan teknologi maklumat setahun? Jawapannya adalah India. Ini adalah jumlah yang tinggi jika dibanding jumlah penduduk yang celik huruf di sana, iaitu hanya sebanyak 64 peratus. Bagaimana Malaysia, sebagai sebuah negara, boleh maju dan bersaing dengan situasi ini? Mari kita kaji masalahnya.
Pertama, usahasama universiti dan industri tidak banyak disini. Kita tidak menyediakan pelajar untuk memikirkan tentang dunia yang sebenar. Pelajar-pelajar sebaliknya hanya menumpukan perhatian untuk lulus peperiksaan, daripada memperolehi pengalaman sebenar. Sebagai pemerhati di dalam industri ini, saya telah melihat projek akedemik yang tidak menguji kebolehan pelajar-pelajar, dan tidak mempunyai nilai kaji selidik yang bagus. Oleh itu, bagaimana graduan teknologi maklumat tempatan bersedia untuk menempuh dunia pekerjan sebenar?
Kedua, kebanyakkan syarikat berharap pengaturcara komputer muda diberi tugas yang mencabar sebaik sahaja mereka diambil bekerja. Ini akan lebih merumitkan keadaan dimana hanya segelintir sahaja yang akan berjaya di dalam keadaan ini. Kadangkala, pendekatan berjimat-cermat membuatkan pekerja baru yang mentah gagal sebelum mereka mendapat peluang untuk menunjukan bakat mereka. Kadang-kadang, spesifikasi pekerjaan mereka juga ditukar dengan begitu cepat. Sebenarnya, kekurangan ini bukanlah disebabkan oleh mereka sahaja. Oleh itu, persamaannya adalah seperti (tiada kerjasama dinia sebenar) + (tiada semangat kaji selidik) = tiada k-pekerja yang inovatif.
Maafkan saya, adakah anda seorang pengaturcara komputer? Seperti diperkatakan di atas, permintaan untuk perekan perisian komputer sedang meningkat. Adalah dianggarkan bahawa Malaysia memerlukan sebanyak 22,398 pekerja teknologi maklumat sehingga penghujung tahun hadapan. Untuk menjadi salah seorang daripada mereka, anda perlu mengetahui apa yang "panas" dan apa yang tidak.
Sektor-sektor ini berpotensi untuk penyatuan perisian, implementasi, dan servis sama ada untuk pasaran dalam negara atau luar negara. Produk yang berorientasikan ekspot termasuk pusat panggilan dan pusat servis data, dan juga servis kejuruteraan rekaan. Peluang masih terbuka untuk pekerja mahir yang berpengetahuan di dalam bidang teknologi baru dan juga pengaturcaraan bahasa komputer yang lebih tinggi. Bahasa pengaturcaran komputer seperti C, C++, C#, Java, PHP fan Perl sudah terkenal, dan tidak akan ada titik perhentian untuk kemajuan yang dibuat didalam bidang komunikasi. Mereka yang biasa atau sedang membiasakan diri mereka dengan tahap XML dan lebih tinggi akan mengaut keuntungan. Ini adalah pekerjaan yang menanti untuk dipenuhi, didalam bidang tanpa wayar, telekomunikasi dan banyak lagi.
Semakin banyak syarikat mengamalkan sikap berhati-hati didalam proses pemilihan pekerja, maka kepada mereka yang bercita-cita janganlah berputus asa. Nasihat saya, jikalau anda memilih untuk menjadi pengaturcara komputer sebagai kerjaya, lakukan dengan bersungguh-sungguh. Ini akan mendajikan satu kelainan dan dengan kelainan yang sebenar, kita boleh industri kita ke tahap yang dihormati dan disukai ramai.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 2, 2004 19:59:02 GMT 8
memeh ade peluang s.girl..tp diploma skrg,mane laku... semua nak ijazah je..
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 3, 2004 6:09:47 GMT 8
nie ader artikel utk beginner for firewall n internet security:
Table of Contents: Page 1: — Beginners Guides: Firewalls and Internet Security
Page 2: Some General Tips
Page 3: Dealing with Anti-virus software
Page 4: Firewalls and Internet security
Page 5: Circuit level gateways
Page 6: Stateful inspection
Page 7: Configuring the Windows XP Firewall
Page 8: Configure a firewall service
Page 9: Creating your own service is easy
Page 10: Client Filtering
Page 11: Common Port Numbers
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 3, 2004 6:12:39 GMT 8
Beginners Guides: Firewalls and Internet Security -------------------------------------------------------------------------------- Even at home, your computer is vulnerable. Set up a Firewall and protect it. - Version 1.0.0 Bookmark this PCstats guide for future reference. When you use the Internet there are dangers around every corner. Viruses, malicious users, Trojan horses, Oh my! If these are just concepts to you, you are either lucky or well protected (or just un-connected). If these names trigger painful flashbacks to when your computer (and possibly your account balance) was rendered inoperable or compromised by one of the above, then join the club. Either way, securing your computer against threats from the Internet is an essential step. If you do not, you will, at some point, regret it. Guaranteed. This article is intended to provide some basic guidelines for securing your computer, and to give the reader a better understanding of how some of these technologies work. It is intended primarily for users of high-speed Internet connections, but most of the article is applicable to dial-up Internet users also. As far as the home or small business user is concerned, Internet security can be broken down into three areas; Anti-virus software, Firewall protection and Recommended practices/Common sense. To deal with the last of these three first, an essential step in securing your computer or network is understanding what actions can compromise you. What you don't know will hurt you, especially in regards to email. Some good basic security steps for dealing with email: Don't use outlook express. I know, it's convenient, and you already know how to use it, but think about this. Outlook Express is the default email client for every windows version since 98. How many Millions of people do you think are using the default email client? Right. Now if you were writing a computer virus that you wanted to spread rapidly through the Internet by emailing itself, what e-mail client would you write it for? Exactly. If you want to see for yourself, go to www.sarc.com and type 'outlook express' in the search field. There are many alternative email clients available, some of them free. Try www.eudora.com for starters. Don't open file attachments unless you are sure of the source. Email file attachments are one of the most common vectors for computer viruses. Modern antivirus software will scan incoming email as a matter of course, but you still have the possibility of a new virus that has yet to be added to the list of scanned-for viruses.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 4, 2004 5:39:00 GMT 8
mmg pun tok!diploma tak laku skrg nih,tu sy nak samb blaja lagi hingga ke tahap ijazah!
|
|
|
Post by turtle on Jan 4, 2004 5:40:58 GMT 8
phd nanak ker? hik hik hik
|
|