|
Post by StRiDeR on May 24, 2004 22:31:35 GMT 8
atok slalu langgan majalah pc..strider ade langgan ke? kadang2 jer, tok...
|
|
|
Post by StRiDeR on May 27, 2004 10:07:18 GMT 8
Telefon Universal Masa Depan -- Pergabungan Rangka, utusan 23/05/04
PADA masa ini, kita sebenarnya dilingkungi oleh pelbagai jenis gelombang radio yang disambungkan kepada pelbagai produk atau peralatan elektronik sama ada untuk siaran televisyen, radio serta peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit.
Peralatan komunikasi sahaja mempunyai pelbagai saluran wayarles seperti yang digunakan dalam telefon bimbit, Internet wayarles, Bluetooth, sistem penentu kedudukan global (GPS) dari satelit dan sebagainya.
Melihat kepada jenis telefon bimbit sahaja, kita memerlukan pelbagai jenis telefon untuk menyokong rangkaian GSM, GPRS, EDGE, 3G, WCDMA dan pelbagai akronim lagi yang kadang-kala mengelirukan kita.
Untuk mengakses Internet secara wayarles pula, kita perlu menggunakan peranti atau komputer yang menyokong rangkaian WiFi atau dikenali sebagai Hotspot apabila ia diakses di tempat awam.
``Pergabungan ciri-ciri komunikasi suara dan data mewujudkan pelbagai rangkaian wayarles dan peranti untuk menyokong pelbagai kegunaan,'' kata Ketua Pegawai Teknologi, Intel Corporation, Pat Gelsinger.
Beliau berkata, Intel sedang berusaha untuk menyepadukan pelbagai teknologi wayarles tersebut ke dalam satu peranti yang mana pelbagai fungsi wayarles atau radio diletakkan ke dalam satu cip.
``Ini akan menjadikan kesemua rangkaian radio akan berkomunikasi antara satu sama lain yang inisiatifnya dikenali sebagai `Radio Free Intel','' katanya.
`Radio Free Intel' merupakan wawasan teknologi untuk menyepadukan pelbagai fungsi radio berkos rendah ke dalam produk silikon yang dibuat oleh Intel.
Ia akan menjadi landasan teknologi bagi membolehkan hasrat untuk melihat suatu hari nanti kesemua peralatan pengkomputeran boleh berkomunikasi dan boleh digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa.
``Ia akan dikenali sebagai era comm-puting (komunikasi + komputer),'' katanya pada Pesta Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa Intel (Intel ISEF) 2004 di Portland, Oregon, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Pengurus Program, Makmal Teknologi Sistem, Intel Corporation, Bryan Peeble berkata, sebelum ini, kebanyakan peranti wayarles berkomunikasi secara terus atau sehala.
Misalnya, telefon berkomunikasi dengan telefon, komputer dengan telefon (melalui Bluetooth dan inframerah), satelit dengan alat penerima isyarat dan sebagainya.
Tidak lama lagi, terdapat beberapa peranti yang telah boleh berkomunikasi dengan satu alat seperti telefon, alat GPS dan komputer yang boleh berkomunikasi dengan satelit.
``Bagaimanapun, di masa depan hanya satu peranti yang mempunyai pelbagai fungsi (seperti telefon, komputer, GPS dan sebagainya) akan berkomunikasi dengan pelbagai alat lain dalam sistem yang bersepadu,'' katanya kepada pemberita yang melawat pejabat Intel di Portland.
Beliau berkata, apabila pengguna telah bersedia untuk melangkah ke era seterusnya seperti melakukan persidangan video secara terus melalui telefon bimbit, mungkin mereka boleh memilih sama ada untuk menggunakan rangkaian WiFi atau 3G.
Selain daripada WiFi yang merupakan rangkaian kawasan setempat wayarles (WLAN), Intel juga akan memasukkan fungsi WiMax yang merupakan rangkaian kawasan luas wayarles ke dalam produk prototaip yang sedang dibangun sekarang dikenali sebagai Universal Communicator.
Beliau berkata, telefon yang mampu menampung pelbagai aplikasi tersebut seharusnya mempunyai `kuasa' tanpa mengira rupa bentuknya.
Selain itu, ia juga harus mampu memilih rangkaian terbaik yang terdapat berhampiran pengguna seperti mencadangkan untuk menggunakan WiFi, 3G, WiMax dan sebagainya.
Cabaran juga untuk memastikan yang telefon atau produk tersebut boleh menampung pelbagai aplikasi seperti transaksi data, mampu menampung saliran video, mengenal lokasi dan sebagainya.
Model yang ingin dibangunkan juga akan menggunakan konsep `Infofueling' iaitu sistem pemindahan data yang pintar.
``Misalnya, apabila kita menerima panggilan telefon di kawasan Hotspot, telefon seharusnya boleh mengakses Internet dan memindah-terima e-mel dan sebagainya secara automatik bagi menjimatkan pengguna,'' kata Peeble.
Selepas meletak telefon dan sambungan Internet diputuskan, pengguna seterusnya boleh memeriksa e-mel dan bahan-bahan yang dipindah-terima ke telefon secara luar talian (offline).
Bagaimanapun, Intel tidak merancang untuk membina perkakasan atau telefon tersebut tetapi hanya membangunkan prototaip `Universal Communicator' bagi menjadi landasan pembangunan teknologi oleh mana-mana pihak yang berminat.
``Matlamat kami ialah untuk membangunkan seni bina dan landasan teknologi untuk peranti boleh pegang yang mempunyai akses telus kepada pelbagai rangkaian dan perkhidmatan,'' katanya.
Setakat ini, prototaip Smart Communicator generasi pertama yang telah siap dibangunkan Intel mampu menyokong rangkaian WiFi (802.11b), telefon bimbit GSM, GPS dan Bluetooth.
Telefon konsep ini menggunakan cip pemproses Intel PXA 27x (`Bulverde') yang merupakan cip Intel Xscale generasi hadapan.
Makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) Intel akan terus memajukan prototaip `Universal Communicator' bagi membolehkan menampung lebih banyak rangkaian di masa depan berbanding empat rangkaian di masa sekarang.
``Kami akan membuat bentuk baru, memasukkan rangkaian 3G, WiMax, seni bina radio baru, ciri-ciri keselamatan, pengurusan pelbagai rangkaian dan pengurusan kuasa untuk produk prototaip yang dijangka dikeluarkan pertengahan tahun depan,'' kata Peeble.
Dari segi bentuk, Intel mungkin juga akan cuba membangunkan telefon universal ini dengan bentuk yang lebih menarik seperti boleh dipakai seperti jam tangan atau rantai.
Sememangnya, dunia telekomunikasi dan pengkomputeran masa depan sungguh menarik dan ditunggu-tunggu oleh para pengguna apabila kesemua impian dan wawasan Intel ini menjadi kenyataan.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 28, 2004 13:12:13 GMT 8
nape?mahal sgt ye magazine tu?
|
|
|
Post by StRiDeR on May 28, 2004 16:23:53 GMT 8
nape?mahal sgt ye magazine tu? bukan nya sebab mahal...tapi kena tgk gak isi kandungan dia...yg saya suka keluaran time hujung tahun ngan awal tahun...sebab dia ader review macam peralatan komputer....n dia ader buat rating...aper yg bagus n x bagus...lebih kurang cam tue laa...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jun 2, 2004 11:28:15 GMT 8
bukan nya sebab mahal...tapi kena tgk gak isi kandungan dia...yg saya suka keluaran time hujung tahun ngan awal tahun...sebab dia ader review macam peralatan komputer....n dia ader buat rating...aper yg bagus n x bagus...lebih kurang cam tue laa... betul tu strider..
|
|
|
Post by atokENSEM on Jul 16, 2004 9:30:17 GMT 8
Perlukah kita gunakan antivirus?
Banyak pihak menyarankan penggunaan perisian antivirus terkini untuk memastikan keselamatan komputer. Persoalannya, perlukah atau tidak kita menggunakan perisian sebegini rupa? Memang tiada jawapan mudah, namun sebagai pengguna kita seboleh-bolehnya tidak mahu membelanjakan duit tanpa justifikasi tetapi pada masa yang sama ingin meminimakan risiko tersebut. Tetapi bagaimana ya?
Di sini diturunkan beberapa tips dan saranan mudah yg boleh kita amalkan :-
1. Jangan sekali-kali menggunakan MS Outlook atau Outlook Express. Sebagai ganti gunakan Pegasus Mail, TheBAT atau Eudora, yg mempunyai ciri-ciri terbaik Outlook untuk menghantar dan menerima gambar serta teks dsb.
2. Tidak membuka atau membaca mel-mel dari sumber yg tak dikenali. Padamkan terus tanpa membaca mel-mel yang anda ragui kesahihan serta sumbernya, terutamanya dari penghantar mel "spammers".
3. Memasukkan perisian firewall seperti Zone Alarm, atau Tiny Firewall untuk mencegah penggodam daripada memasuki komputer dan meletakkan perisian jahat seperti trojan atau jalan belakang serta mencuri kata laluan anda.
4. Attachment berbentuk Word atau Excel? Beritahu sahaja sesiapa yang ingin menghantarkan attachment bahawa anda hanya menerima fail dalam bentuk RTF (rich text format) sebagai ganti Word, ataupun CSV (comma separated values) untuk Excel. Untuk membukanya, klik kanan pada attachment tersebut pilih MS Word atau Excel. Senangkan...
5. Padamkan opsyen Javascript atau Vbscript dalam pelayar web anda. Kurang skrin popup timbul, serta memudahkan pelayaran anda ke tempat-tempat yang dituju. Laman web juga lebih cepat dipindahkan.
6. Padamkan perisian wscript.exe dan cscript.exe di dalam direktori Windows Mengelakkan skrip-skrip jahat seperti virus AnnaKournikova.vbs contohnya daripada dijalankan tanpa pengetahuan kita.
7. Menggunakan mel berasaskan web seperti hotmail.com, yahoo mail dsb Mempunyai ciri terkini seperti penapis mel tak diingini, pengimbas virus serta melihat maklumat mel tanpa membukanya terlebih dahulu.
8. Mengelakkan diri dari melayari laman web warez, yg tak masuk akal ataupun lucah melampau.
9. Memadamkan opsyen berkongsi fail dan pencetak di dalam rangkaian Dapat mencegah kemasukan tanpa kebenaran ke dalam pemacu yg dikongsi bersama serta mengelakkan penyebaran perisian jahat.
Tiada jaminan 100%, tetapi sehingga kini bilangan jangkitan dalam lebih sepuluh tahun pengalaman menggunakan komputer adalah satu atau dua sahaja. Hebatkan... tanpa mengeluarkan duit sesen pun untuk membeli perisian antivirus. Anda pula bagaimana?
|
|
|
Post by atokENSEM on Jul 16, 2004 9:33:45 GMT 8
Platform Microsoft nadi kenderaan pada masa depan
PENGELUAR perisian utama dunia, Microsoft Corp (Microsoft) yang menjadikan setiap komputer di rumah menggunakan sistem operasinya (OS) kini menyasarkan OS itu digunakan dalam setiap kenderaan.
Naib Presiden Microsoft (Unit Perniagaan Automotif), Dick Brass berkata, syarikat kini menyasarkan untuk menjadikan setiap kenderaan di dunia ini akan mempunyai salah satu daripada OS Microsoft di dalamnya.
Katanya, kereta yang dibekalkan dengan OS Microsoft boleh ‘bercakap’ apabila tiba masanya untuk membuat penukaran minyak selain memberitahu pemandu mengenai keadaan jalan rosak di hadapan serta mengenal pasti laluan alternatif.
“Malah melalui penggunaan OS Microsoft juga membolehkan kenderaan itu membuat pembayaran tol secara automatik manakala perisian yang mengendalikan sistem brek akan mempertingkatkan keupayaannya secara wayerles,” katanya.
Platform Microsoft kini sudah pun ada dalam 23 jenis model kereta berlainan termasuk BMW 7 series, Citroen, Daimler, Fiat, Volvo, Hyundai, Mitsubishi, Subaru dan Toyota.
Brass berkata, kini ada 50 juta kenderaan di seluruh dunia dan 50 juta kenderaan baru dihasilkan setiap tahun mengatasi perkembangan pasaran untuk komputer desktop.
Katanya, mikro pemproses kini menguasai sebahagian besar fungsi kenderaan dan sudah bertahun Microsoft terbabit dalam telematik automotif, konsep penggabungan komputer dan telekomunikasi.
“Pemandu kini banyak membuang masa mereka dalam perjalanan selain sering keliru dengan pelbagai peralatan termasuk alat peninjau telapak yang menyediakan laporan trafik daripada Jabatan Pengangkutan.
“Pengenalan TBox Microsoft yang boleh diperoleh dalam masa 12 hingga 36 bulan lagi, membolehkan pengguna dihubungkan dengan pelbagai alat yang menyediakan data trafik terkini dan alat ini mempunyai pemproses, memori dan pemacu keras,” katanya.
Brass menegaskan pemandu boleh menggunakan sistem ini mewujudkan sistem kenderaan untuk abad ke-21 selain membantu mengurang kesesakan lalu lintas.
Sysbug-A virus baru menyamar gambar lucah
PENGGUNA Windows dinasihati agar berhati-hati apabila menerima mel elektronik (e-mel) yang memiliki lampiran wendynaked.jpg.exe kerana ia adalah sejenis virus dikenali sebagai Sysbug-A Trojan yang melakukan penyamaran berbentuk gambar untuk memastikan dapat memasuki sistem komputer mangsa dan seterusnya menguasai komputer berkenaan
Virus Sysbug-A Trojan dipercayai disebarkan ke seluruh dunia menggunakan perisian spam dengan strategi utama untuk menjangkiti seberapa ramai pengguna internet.
Perunding Teknologi Kanan Sophos, Graham Cluely, berkata kaedah penyebaran menggunakan perisian spam digunakan kerana penulis virus kini mendapati ia teknik berkesan untuk menyebarkan virus selepas teknik lain seperti e-mel.
“Penulis virus memanfaatkan teknik berkenaan sebagai usaha untuk menipu pengguna Internet untuk membenarkan kod virus berkenaan memasuki sistem komputer dan seterusnya menguasainya terutama komputer yang menggunakan sistem operasi Windows,” katanya.
Beliau berkata, walaupun Sysbug-A merebak dengan kadar yang agak pantas dalam Internet, ia masih lagi tidak dapat menandingi virus Swen-A dan Mimail yang merebak dan menjangkiti pengguna Internet di seluruh dunia
atok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Jul 16, 2004 9:36:45 GMT 8
Ujian siber dedahkan kelemahan perkongsian maklumat
JABATAN Keselamatan Dalam Negara Amerika Syarikat yang melaksanakan ujian simulasi serangan siber ke atas industri perbankan dan utiliti negara berkenaan mendapati wujud kelemahan ketara berhubung komunikasi antara pihak yang diserang dengan kerajaan.
Ketua Bahagian Keselamatan Siber Kebangsaan, Amit Yoran, berkata ada kelemahan ketara industri berkenaan terutamanya untuk berkongsi maklumat penting dan sensitif antara industri dan kerajaan ketika berlakunya krisis.
“Wujud jurang antara kerajaan dengan swasta didedah oleh simulasi itu, pengaliran maklumat antara pelbagai sektor tidak selancar seperti diharapkan. Penilaian yang boleh diberikan terhadap kemampuan Amerika Syarikat menangani permasalahan serangan siber ialah B+, lebih baik daripada jangkaan peribadi,” katanya.
Simulasi serangan yang dikenali sebagai ‘Livewire’ itu direka untuk mengganggu perkhidmatan komunikasi pada keseluruhan sektor hingga menyebabkan timbul keadaan panik dan huru hara pada orang ramai dan seterusnya menyebabkan mereka kehilangan keyakinan kepada kerajaan. Ia direka untuk mewujudkan senario sebenar serangan siber ke atas bank, syarikat tenaga serta industri minyak dan gas.
Beliau berkata, antara kelemahan ketara hasil daripada serangan berkenaan ialah ketidakpastian syarikat atau industri yang boleh dihubungi jika serangan berkenaan berlaku pada tengah malam dan siapa yang perlu dihubungi untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat lebih terperinci.
“Latihan itu mengesahkan lagi teori yang menyatakan sistem komunikasi di Amerika Syarikat adalah saling bergantung antara satu sama lain dan sebarang gangguan misalnya, bekalan elektrik yang terputus boleh menyebabkan sistem komunikasi menjadi lumpuh,” katanya.
Yoran berkata, amat penting sekali perkongsian maklumat antara semua agensi kerajaan dan pihak swasta pada ketika berlakunya krisis bagi memastikan pengurusan krisis dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan mengelakkan kerosakan dan kehilangan keyakinan orang ramai kepada kerajaan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jul 16, 2004 9:40:41 GMT 8
Format Cakera Keras
Apabila anda nak format hard disk, anda boleh guna cara saya untuk mempercepatkan hard disk
[taip] FORMAT X: /Z:64 [ENTER] (X: adalah drive letter HD anda & 64 bermakna 64 block dlm satu cluster ia adalah 32 pada keadaan normal)
Apabila anda nak format dengan cepat: [taip] FORMAT X: /Q [ENTER] (X: adalah drive letter HD anda)
Apabila anda nak habuskan segala data dlm HD (data dlm hd anda "fully unrestoreable") Banyak digunakan dlm HD baru atau dicerobohi virus [taip] FORMAT X: /U [ENTER] (X: adalah drive letter HD anda)
Apabila anda nak format dgn "surface test" (ini dapat kesan bad sektor)
Format X: /F [ENTER] (X: adalah drive letter HD anda)
Apabila anda perlukan contoh
Format C: /U /Z:64
|
|
|
Post by atokENSEM on Jul 16, 2004 9:43:19 GMT 8
Perkhidmatan internet Jaring diyakini lebih mantap
PERKHIDMATAN internet Jaring kepada pelanggannya tidak akan tergugat walaupun rundingan di antara syarikat penyedia perkhidmatan internet unggul negara itu dengan TMNet Sdn Bhd (TMNet) dikatakan akan selesai menjelang Mac depan.
Ketua Eksekutif Jaring, Dr Mohamed Awang Lah berkata, walaupun akan berlaku penggabungan atau sebaliknya, Jaring akan tetap meneruskan perkhidmatan serta komited kepada pelanggan sekali gus membuktikan syarikat berkeyakinan tinggi untuk terus menyediakan perkhidmatannya.
Malah beliau menegaskan perniagaan Jaring tidak akan mengalami sebarang perubahan akibat perkara itu sebaliknya syarikat terus membuktikan komitmennya dengan berjaya menunjukkan prestasi yang hebat dalam sebahagian operasinya sepanjang tahun lalu.
“Laporan terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai statistik industri telekomunikasi sepanjang dua suku lalu menunjukkan pelanggan Internet negara mencatat pertumbuhan yang perlahan dengan peningkatan hanya antara dua peratus atau tiga peratus bagi setiap suku dan ini adalah satu kenaikan yang kecil atau lembap.
“Namun begitu, daripada perspektif Jaring, syarikat berjaya mencatat pertumbuhan jumlah pelanggannya lebih tinggi daripada pertumbuhan industri. Malah perkhidmatan tambah nilainya seperti VPN mencatat peningkatan pelanggan antara empat hingga lima peratus tahun ini berbanding tahun lalu.
“Sehubungan itu, apa saja perkara yang membabitkan perkhidmatannya, Jaring akan memberikan sepenuh komitmen sekali gus memberi jawapan positif kepada pelanggan, rakan niaga dan pembekal yang selama ini inginkan kepastian,” katanya kepada media sempena majlis rumah terbuka Jaring dan penyampaian anugerah penghargaan rakan niaga di Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Beliau berkata demikian apabila diminta memberi penjelasan terkini mengenai usaha penggabungan Jaring dan TMNet selain mengulas kenyataan Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho yang mengatakan mengatakan rundingan penggabungan kedua-dua pihak itu berjalan lancar dan dijangka selesai Mac depan.
Bagaimanapun Dr Mohamed menegaskan bahawa beliau tidak tahu mengenai penggabungan yang akan selesai menjelang Mac ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Tan.
Katanya, beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu kerana semuanya membabitkan isu pemegang saham.
“Yang pastinya, Jaring yang kini mempunyai kira-kira 800,000 pelanggan komited dalam meneruskan perkhidmatannya sama ada membabitkan pengguna, rakan niaga serta pembekal dan daripada kejayaan yang dicapainya, ia menunjukkan Jaring sentiasa maju dengan perkhidmatan yang disediakan,” katanya.
|
|
|
Post by john on Sept 22, 2004 0:49:50 GMT 8
Package 1: Subjects related with Web enabling. - PHP - MySQL - Apache - Web Development skill by using PHP, MySQL, and Apache - Java - Java Script
Package 2: Subjects related with Web enabling. - JBuilder - Macromedia Dreamweaver - Visual Studio.Net - Macromedia Flash
Package 3: Subjects related with Multimedia. - Adobe Photoshop - Adobe Premiere - Adobe After Effect - Adobe Illustrator - Macromedia Director - 3D Studio Max - Multimedia Creating skill by using 3D Studio Max & Adobe Products
Package 4: Subjects Related with IT General skill. - Visual Basic Programming - Visual C++ Programming - System Management Skill with Linux System - System Management Skill with Windows 2000 - System Trouble Shooting Skill
Package 5: Subjects Related with Real Business - Time and Attendance System - Contents Management System (CMS)-Mambo - Catalogue System - OS Commerce - Law Information Management System - Container Tracking System For Shipping Company
Package 6: Subjects Related with Microsoft Office - Microsoft Office (Word) - Microsoft Office (Excel) - Microsoft Office (Access) - Microsoft Office (PowerPoint) - Microsoft Office (FrontPage)
Assalamu'alaikum... Aku pasti korang misti tertanya2 apa benda package2 mengarut kat atas nih...untuk pengetahuan korang, skrg ni aku (John) sedang bekerjasama dengan salah seorang seorang 1st batch punye student dari IIC.. package2 diatas ni adalah subjek2 yg telah di"pakej"kan untuk special tution/short courses untuk mana2 student IIC yg masih menuntut, sedang bekerja, ataupun tgh takde buat apa2... kira macam kelas tusyen la ni.. kelas ni diseliakan oleh Learners Transit Sdn Bhd (bertempat di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur) dgn kerjasama dari Institute Korea Computer Centre of Pyongyang... aku ngan member korang yg sorang ni nak offer kepada mereka2 yg tgh nak cari ilmu lebih tentang compurter studies ni.. aku tak leh nak taip bebanyak kat sini.. so kepada sesape yg berminat atau ingin tahu lebih lanjut, aku cadangkan korang call terus associate aku ni.. nama dia Othman Aziz dan boleh dihubungi di talian 016-6550511.. aku rasa budak2 1st batch mungkin kenal dia ni.. tu je lah buat masa ni... Assalamualaikum.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 24, 2004 11:41:07 GMT 8
john dgn othman aziz tu rapat ye?takpun john ni othman aziz...
|
|
titaniya
Junior Student
DaRe tO bE DifFeRenT
Posts: 105
|
Post by titaniya on Apr 13, 2005 11:37:05 GMT 8
10 Kelebihan Windows XP Service Pack 2 (SP2) 1. Melindungi komputer anda daripada lampiran yang merosakkan Setiap kali anda menerima sisipan/lampiran tidak selamat dan berpotensi mengandungi virus, SP2 akan memberi amaran. Virus-virus ini boleh merebak melalui Internet Explorer, Microsoft Outlook Express, dan Windows Messenger.
2. Meningkatkan privasi ketika melayari Web SP2 membantu melindungi maklumat-maklumat peribadi pada PC dengan penyelarasan keselamatan kepada fail-fail dan bahan yang dimuat turun menggunakan Internet Explorer.
3. Mengelakkan muat turun bahan tidak selamat Internet Explorer Information Bar memantau dan memberi amaran bahan-bahan yang mempunyai potensi virus setiap kali Internet Explorer memuat turun bahan-bahan tersebut. Anda diberi pilihan untuk menyekatnya daripada dimuat turun melalui fungsi ini.
4. Mengurangkan pop-up yang tidak menyenangkan Internet Explorer Pop-Up Blocker menjadikan pelayaran Internet lebih mengasyikkan tanpa gangguan iklan-iklan yang muncul setiap kali membuka laman-laman tertentu.
5. Perlindungan firewall sepanjang komputer digunakan Windows Firewall dalaman dan berkuasa ini akan diaktifkan secara semulajadi setiap kali komputer dibuka. Ini membantu melindungi Windows XP daripada virus dan cecacing yang disebarkan melalui Internet.
6. Mengawal sendiri penyelarasan keselamatan Windows Security Center membolehkan anda melihat dengan mudah status keselamatan dan menguruskan penyelarasan keselamatan utama dari satu tetingkap.
7. Mendapatkan pengemaskinian perisian dengan mudah Automatic Updates Windows XP yang ditingkatkan memudahkan anda mengakses pengemaskinian Windows. Sebagai tambahan, teknologi baru telah dimasukkan bagi membantu pelanggan dial-up mendapatkan peningkatan dengan lebih berkesan.
8. Membantu melindungi alamat e-mel Ciri tambahan Outlook Express membantu mengurangkan kemasukan emel-emel tidak diingini dengan menghadkan kebarangkalian alamat emel anda digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
9. Bertindak terhadap kemusnahan disebabkan pelayar tambahan Add-On Manager di dalam Internet Explorer membolehkan anda melihat dan mengawal dengan mudah penambahan bagi mengurangkan potensi kemusnahan dan menikmati pengalaman perayauan tanpa masalah.
10. Tanpa wayar dengan lebih mudah SP2 meningkatkan sokongan untuk tanpa wayar dan meringkaskan proses pencarian dan penyambungan rangkaian di rumah mahu pun di luar.
|
|
|
Post by fizah on Apr 13, 2005 18:32:43 GMT 8
10 Kelebihan Windows XP Service Pack 2 (SP2) 1. Melindungi komputer anda daripada lampiran yang merosakkan Setiap kali anda menerima sisipan/lampiran tidak selamat dan berpotensi mengandungi virus, SP2 akan memberi amaran. Virus-virus ini boleh merebak melalui Internet Explorer, Microsoft Outlook Express, dan Windows Messenger. 2. Meningkatkan privasi ketika melayari Web SP2 membantu melindungi maklumat-maklumat peribadi pada PC dengan penyelarasan keselamatan kepada fail-fail dan bahan yang dimuat turun menggunakan Internet Explorer. 3. Mengelakkan muat turun bahan tidak selamatInternet Explorer Information Bar memantau dan memberi amaran bahan-bahan yang mempunyai potensi virus setiap kali Internet Explorer memuat turun bahan-bahan tersebut. Anda diberi pilihan untuk menyekatnya daripada dimuat turun melalui fungsi ini. 4. Mengurangkan pop-up yang tidak menyenangkanInternet Explorer Pop-Up Blocker menjadikan pelayaran Internet lebih mengasyikkan tanpa gangguan iklan-iklan yang muncul setiap kali membuka laman-laman tertentu. 5. Perlindungan firewall sepanjang komputer digunakan Windows Firewall dalaman dan berkuasa ini akan diaktifkan secara semulajadi setiap kali komputer dibuka. Ini membantu melindungi Windows XP daripada virus dan cecacing yang disebarkan melalui Internet. 6. Mengawal sendiri penyelarasan keselamatanWindows Security Center membolehkan anda melihat dengan mudah status keselamatan dan menguruskan penyelarasan keselamatan utama dari satu tetingkap. 7. Mendapatkan pengemaskinian perisian dengan mudah Automatic Updates Windows XP yang ditingkatkan memudahkan anda mengakses pengemaskinian Windows. Sebagai tambahan, teknologi baru telah dimasukkan bagi membantu pelanggan dial-up mendapatkan peningkatan dengan lebih berkesan. 8. Membantu melindungi alamat e-mel Ciri tambahan Outlook Express membantu mengurangkan kemasukan emel-emel tidak diingini dengan menghadkan kebarangkalian alamat emel anda digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 9. Bertindak terhadap kemusnahan disebabkan pelayar tambahan Add-On Manager di dalam Internet Explorer membolehkan anda melihat dan mengawal dengan mudah penambahan bagi mengurangkan potensi kemusnahan dan menikmati pengalaman perayauan tanpa masalah. 10. Tanpa wayar dengan lebih mudah SP2 meningkatkan sokongan untuk tanpa wayar dan meringkaskan proses pencarian dan penyambungan rangkaian di rumah mahu pun di luar. ok ni bagus, apa lak kelemahan sp2 ni? mesti ada kan.mind to post?
|
|
titaniya
Junior Student
DaRe tO bE DifFeRenT
Posts: 105
|
Post by titaniya on Apr 25, 2005 21:55:55 GMT 8
ok ni bagus, apa lak kelemahan sp2 ni? mesti ada kan.mind to post? Weaknesses nyer aku tak berape nmpak sgt if compared ngn advantages.. tp yg ketare SP2 ni kene sentiase nk update computer... terlalu kerap...sometimes leh every week... kerap asik kene update jerk...license agreement sP2 mesti kene configure updates whenevr it did
|
|