|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 17:57:35 GMT 8
Sambungan internet yang perlahan sering membuatkan kita rasa marah dan kecewa. Anda boleh menggunakan pemproses yang berkuasa tinggi, skrin monitor yang besar dan memori yang amat besar tetapi ia tidak membantu untuk mengurangkan masalah modem yang perlahan. Tingkatkan kelajuan Perkakasan lama akan memperlahankan sambungan. Anda boleh dapatkan modem 56 Kbps dan sokongan V.90 yang diiktiraf oleh kebanyakan ISP. Jika anda dapati modem anda perlahan dan tidak memberikan persembahan yang sepatutnya maka anda hendaklah pergi ke laman web pengeluar dan dapatkan maklumat mengenai V.90. Kebanyakan modem 56 Kbps yang mempunyai piawai K56flex atau X2 akan menerima peningkatan kepada V.90. Salahkan ISP Sambungan yang lemah biasanya adalah kesalahan penyedia perkhidmatan internet (ISP) anda. Masalah mungkin timbul daripada masalah talian yang anda dail. Cuba tukar nombor yang anda dail (jika ada). Jika sambungan masih bermasalah, cuba tukar ISP. Jika masih serupa, sabar aje la! Port Periksa port modem yang dipasang adalah betul. Jika anda memasang modem luaran pastikan port tersebut adalah 9,600 baud. Untuk setkan port, klik Start, Settings, Control Panel, dan dwi-klik Modems. Pilih modem, klik Properties dan perhatikan kemasukan Port. Pada tempat yang sama, perhatikan Maximum Speed samada ia dua kali kelajuan modem anda. Contohnya pengguna modem berkeupayaan 56Kbps hendaklah memilih 115,200. Akhir sekali klik kanan pada My Computer, Properties, pilih Device Manager, dan kemudian Ports. Pilih port untuk modem anda dan klik Properties, Port Settings. Tentukan Bits Per Second sama dengan penentuan (setting) port dan klik OK. DUN anda Penentuan registri boleh memberikan kesan kepada kelajuan sambungan internet anda dan cubaan untuk mengubahsuainya adalah berisiko. Anda boleh dapatkan perisian TweakDUN (http://www.pattersondesigns.com/tweakdun) bagi membolehkan anda mengubahsuai keupayaan sambungan anda untuk kawalan sepenuhnya. Perisian lain yang serupa ialah SpeedNet (http://brock.iwz.com/speednet.htm). Cache peribadi Semua tapak web mempunyai sambungan kepada kemasukan Domain Naming System (DNS) dan ia disaimpan dalam pelayan jarak jauh. Apabila anda pergi ke laman tersebut, kemasukan DNS itu akan dicapai daripada pelayan. Capaian DNS ini akan melambatkan sambungan. Anda boleh mengurangkan masalah ini dengan menggunakan perisian yang menyimpan maklumat DNS dalam komputer anda supaya anda boleh mencapainya dengan cepat. Perisian seperti FastNet99 (http://www.geocities.com/TimesSquare/Stadium/1851) adalah salah satu daripadanya. Ketahuilah Perkakasan dalam Windows 95/98 (Win 9x) akan memberitahu anda mengenai keupayaan sambungan. Perisian NetMonitor (http://www.kissco.com/freenetmon_info.html) mengesan jejak sambungan dan memeriksa samada perlunya pencepat web atau tidak. Melebar capaian Talian telefon analog biasa memindahkan maklumat pada kadar 53Kbps. Untuk mencepatkan capaian anda boleh dapatkan perkhidmatan jalur lebar atau jalur asas. Sambungan ISDN (Integrated Services Digital Network) menggunakan teknologi jalur lebar untuk memberikan kadar capaian sehingga 128Kbps. Sambungan untuk jalur lebar adalah seperti xDSL atau perkhidmatan modem kabel yang mempunyai kadar capaian daripada ratusan Kbps hingga Mbps. Anda boleh pergi ke laman-laman berikut untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan jalur lebar : Jaring (http://www.jaring.my) dan TimeNet (http://www.time.net.my).
_______
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 17:58:24 GMT 8
Laman-laman hobi menarik Selamat bertemu lagi dalam Jejak Siber. Kali ini kita meluncur dalam dunia hobi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan citarasa. Mari kita lihat laman-laman menarik ini. Kapalterbang kertas Saya rasa ramai di antara pembaca ada membuat kapalterbang kertas dan mencampakkannya ke rakan atau bermain dengan rakan-rakan. Jika anda mahu meningkatkan keupayaan anda melipat kapalterbang anda boleh ke laman web ini. Terdapat banyak maklumat mengenai pembangunan kapalterbang kertas dan rekod-rekod dunia mengenai kapalterbang kertas. Ia juga mempunyai maklumat mengenai aerodinamik dan sumber pengajar. Anda juga boleh mendapatkan sejarah kapalterbang kertas di laman ini. www.geocities.com/CapeCanaveral/1817Persatuan filateli Amerika Persatuan ini telah wujud sejak 1886 dan berhubungan dengan pengumpul setem dari lebih daripada 110 negara. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai persatuan, keahlian dan kebaikan laman ini. Anda boleh mendapatkan juga senarai penjual setem, buku, produk filateli dan berita semasa dunia filateli. www.stamps.orgPersatuan Yo-Yo Amerika Yo-yo pernah menjadi kegilaan para remaja tempatan. Ramai rakyat tempatan juga mahir memainkan yo-yo dengan gaya dan kemahiran yang tinggi. Laman ini merupakan sebuah laman yang segalanya mengenai yo-yo. Saya agak kagum dengan laman ini yang mengandungi sejarah yo-yo, cara-cara bermain yo-yo dan juga pelbagai artikel mengenai yo-yo. Tahukah anda terdapat juga kajian fizik mengenai yo-yo? www.ayya.pd.netLaman origami Joseph Wu Origami merupakan sebuah seni lipatan kertas yang boleh membentuk objek dari negara Jepun. Lipatan kertas ini mampu menghasilkan objek-objek yang menarik seperti naga, bunga, kuda dan seumpamanya. Laman ini mengandungi sejarah origami, makumat mengenai persatuan origami, pelbagai foto origami dan cara-cara membentuk origami sendiri. www.origami.vancouver.bc.caMatchbox Adakah di antara anda suka mengumpul kereta kecil daripada Matchbox? Laman ini merupakan sebuah laman yang mampu memberitahu segala yang anda mahu tahu mengenai Matchbox. Laman ini penuh dengan galeri gambar, sambungan laman dan maklumat mengenai salah satu permainan yang paling popular di dunia. Tahukah anda era kereta mainan Matchbox bermula pada tahun 1947? Saya pun baru tahu! www.shabbir.com/matchbox/mbmenu.htmlTreasureNet Laman ini merupakan sebuah laman buat pemburu harta karun serta peminat barangan lama. Laman ini mengandungi pelbagai artikel berkaitan carian, penemuan dan pemuliharaan barangan. Terdapat juga maklumat mengenai buku-buku, peta-peta dan pelbagai majalah berkaitan. Laman ini juga memaparkan pelbagai foto bersejarah dan mendapatkan maklumat mengenai penjual atau peraih barangan lama. www.treasurenet.comUnderWater World Laman ini menyediakan sebuah pengalaman menarik berkaitan dengan dunia lautan dalam. Laman ini memaparkan ikan-ikan, tumbuhan laut dan melawat dunia ikan di seluruh Amerika. Antara laman yang menarik ialah Minnesota Lake, Mississippi River, Gulf of Mexico, dan Caribbean Reef. UnderWater World memaparkan pelbagai fakta menarik dan foto yang cantik. Ia merupakan bahan pendidikan yang baik untuk kanak-kanak. www.underwaterworld.comDunia pengumpul Apa sahaja yang dikumpul, tidak kira kekotak susu, kad telefon, buku komik atau kad sukan. Ia juga mempunyai carian untuk penjual barangan lama, lelongan, panduan harga, iklan percuma dan perjumpaan antarabangsa pengumpul. www.wwcd.comArtis animasi Selain daripada rekabentuk grafik, animasi juga adalah sebuah cabang seni untuk dunia rekabentuk berkomputer. Laman ini adalah sebuah laman dedikasi kepada dunia kerjaya artis animasi. Jika anda seorang professional atau pelajar animasi atau peminat animasi, laman ini adalah untuk anda. Terdapat pelbagai jenis bahan dan tutorial untuk anda gunakan. www.animationartist.comSumber seni internet Sebuah laman yang mendakwa mempunyai panduan yang lengkap kepada dunia seni visual. Setiap hari laman ini dikemaskini dengan memaparkan galeri, artis, muzium, sekolah dan pameran. Selain itu terdapat artikel, reviu dan berita semasa. Terdapat juga artikel-artikel menarik mengenai lukisan terkenal yang dicuri dan lukisan yang tidak boleh dipamerkan! artresources.comGaleri siber Eindhoven Laman ini memaparkan hasil seni beberapa artis dari Belanda dan beberapa artis jemputan daripada Amerika Syarikat. Antara yang dipaparkan di sini ialah lukisan dan seni digital. www.cage.nl___________
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 17:59:40 GMT 8
Pilihan Pelayar Web Anda sering dengar nama seperti Internet Explorer dan Netscape, Netscape dan Internet Explorer. Kemudian apabila orang bercakap tentang perang pelayar web hanya kedua-duanya sahaja yang disebut akan menguasai dunia. Gabungan kedua-dua pelayar tersebut menguasai lebih 90% daripada pasaran pelayar web. IE dan Netscape berjaya mendominasi kerana ia telah diuji dicuba serta disokong oleh syarikat besar. Microsooft menyokong IE manakala America Online dan Sun Microsystems memiliki Netscape. Pelayar lain yang terdapat ialah Opera dan NeoPlanet. Kedua pelayar ini telah dilabel sebagai pelayar web alternatif yang baik. Namun begitu ia tidak digunakan secara meluas memandangkan hanya 10% pasaran sahaja bagi kedua-dua pelayar web ini. Pembangun web tidak menguji laman web mereka di NeoPlanet atau menggunakan Opera sebagai keserasian pelayar. Walaupun keduanya tidak mempunyai kesinambungan seperti Netscape dan IE tetapi ia masih mampu mengugat jika anda lihat pada ciri-ciri yang ada pada mereka. Mari kita lihat keempat-empat pelayar web ini dan keupayaan serta kelemahan mereka. Opera 4.02 Opera sering diletakkan sebagai pelayar ketiga selepas IE dan Netscape. Pelayar ini dihasilkan oleh Opera Software dari Norway dan ia digemari oleh para pelayar yang mahukan pelayar web yang ringkas dan cepat melayari web. Opera tidak dibebani dengan pelbagai jenis ciri dan ia bergantung kepada asasnya yang mempunyai ciri yang sering digunakan dan mudah guna. Saiz Opera ialah 2MB bagi versi biasa dan 9MB untuk versi berkeupayaan Java. Opera membolehkan anda mengawal sepenuhnya menu dan anda boleh letakkanya di mana-mana bahagian skrin yang anda mahu. Bebutang yang paling menarik terdapat pada Opera ialah paparan skrin penuh. Apabila ikon ini diklik pelayar akan memenuhi skrin dengan semaksima yang mungkin dan laman web akan dipaparkan dalam skrin yang kecil sahaja. Ciri senarai laman-laman web Opera dikenali sebagai Hotlist dan ia akan diletakkan pada sebelah kiri pelayar web. Hotlist membenarkan anda memilih tiga jenis ciri iaitu Bookmarks, E-mail, dan Contacts. Ciri Bookmarks kelihatan seperti Windows Explorer dan dilengkapi dengan ikon-ikon berwarna kuning dan petanda ( + ) dan ( - ). Manakala ciri E-mail dan Contacts pula kelihatan seperti Microsoft Outlook dan Netscape Messenger. Anda boleh gunakan E-mail jika anda mahukan sebuah perisian yang lengkap dan mempunyai antaramuka yang mudah serta tidak memerlukan fungsi yang istimewa. Fungsi Progress dalam Opera merupakan sebuah ikon yang terletak pada sebelah kiri yang membenarkan anda memindah terima laman web samada dengan imej atau tidak. Ikon lain pula membenarkan anda menukar ciri-ciri teks laman yang anda mahu atau kekal ciri laman tersebut. Ciri ini membolehkan anda memaparkan dan membaca dengan mudah. Ikon Printview juga sebuah ciri yang membezakan Opera dengan pelayar web lain kerana ia akan menukar seluruh pelayar web sebagai skrin previu dokumen sebelum mencetak. Anda boleh menukar peratusan pemaparan dengan pilihan daripada 20% hingga 1,000%. Kelemahan Opera ialah harganya. Walaupun anda boleh memperolehi perisian ujian percuma untuk 30-hari daripada Opera tetapi anda hendaklah mendaftar dengan harga USD39. Ia mungkin tidak mahal tetapi ada pelayar web lain yang percuma. NeoPlanet 5.2. Jika Opera adalah pelayar web yang ringan dan mudah digunakan manakala NeoPlanet pula adalah sebuah pelayar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. NeoPlanet digelar "Internet Desktop" dan ia mempunyai ciri integrasi e-mel, pesanan langsung (instant messaging), chat, carian dan pelanggan carian (search clients). Saiz NeoPlanet adalah 6.1MB sahaja dan ianya percuma. Jika anda bosan dengan warna dan paparan pelayar web anda, NeoPlanet membolehkan anda menukar paparan dan ciri-ciri pelayar web menurut mood anda. Ciri ini dikenali sebagai "Internet Fashion" dan ia membolehkan anda menukar rupa pelayar web dengan menggunakan "skins". Ia tidak serupa dengan tema desktop. Skin baru akan memberikan ciri-ciri seperti warna, set ikon dan animasi tetikus yang berkainan. Kesemua ciri-ciri paparan laman boleh diubah melainkan ruang paparan laman web. Anda boleh mendapatkan lebih daripada 500 jenis skin secara percuma daripada laman web NeoPlanet. NeoPlanet mempunyai sebuah ruanng Channel pada sebelah kanan pelayar dan ia boleh dipadam jika mahu. Channel memudahkan pengendalian pautan web yang dikendalikan menerusi topik, folder dan sambungan terbaik. Jika anda memilih sebuah saluran, NeoPlanet akan memaparkan sebuah senarai lama web yang boleh anda pilih. Selain daripada melayari web, e-mel merupakan aplikasi internet yang sering digunakan dan ciri ini terdapat dalam NeoPlanet. Anda boleh mencapai akaun e-mel POP3 sama seperti Microsoft Outlook atau Netscape Mail. Anda boleh mengimport ciri-ciri e-mel daripada sebarang perisian e-mel lain. NeoPlanet juga mempunyai sebuah ciri yang dipanggil Communities iaitu sebuah ciri yang menyerupai ICQ atau Instant Messenger. Ciri ini mempunyai kaitan dengan Lycos Communities di mana anda boleh menghantar dan menerima mesej. Anda juga melakukan chat satu dengan satu bersama rakan anda atau menggunakan bilik chat peribadi. NeoPlanet mempunyai beberapa ciri yang boleh membantu anda melakukan penyelidikan menerusi internet. NeoPlanet mempunyai sebuah medan carian dalaman yang terletak di sebelah medan lokasi. Anda juga boleh memilih untuk melakukan carian dengan HotBot atau Lycos dan carian akan dilakukan serta hasilnya akan dipaparkan pada tetingkap tertentu. Ia juga memaparkan maklumat tambahan daripada rakan maklumat seperti Rolling Stone, Business Week, and Merrill Lynch. NeoPlanet juga mempunyai Download Manager yang memudahkan anda melakukan perpindahan fail tanpa sebarang gangguan dan ia juga membolehkan anda menyambung semula perpindahan fail jika terputus. Anda juga boleh menjadualkan perpindahan fail dan menentukan fail tersebut dipindahkan kepada folder tertentu. Fungsi Dailer pula adalah menyerupai Dial-Up Networking tetapi dengan ciri tambahan yang dipanggil Modem Speed Booster bagi menambah kecepatan modem. Satu ciri yang kurang memuaskan yang ada pada NeoPlanet ialah ia memerlukan Internet Explorer 4.0 atau terkini untuk membolehkan ia berfungsi. Adakah NeoPlanet pelayar web atau penghias rupabentuk? Netscape 6.1 Netscape 6.1 (http://home.netscape.com) merupakan antara yang terbaru dilancarkan. Ia hanya menggunakan nama Netscape sahaja dan tidak lagi Navigator. Ia memaparkan enjin pemapar laman yang baru (Gecko), ciri-ciri baru dan rupa yang baru. Dua sebab utama pengguna memilih Netscape ialah sudah biasa dengannya dan ia bukan dari Microsoft. Jika anda terdapat dalam dua kategori pengguna tersebut maka anda pasti akan menyukai Netscape 6.1. Ia mempunyai rupa yang moden dan bergaya walaupun anda masih boleh menggunakan paparan klasik. Ia juga mempunyai Themes yang menyerupai skin NeoPlanet dan ia boleh dipindah terima daripada laman web Netscape.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 18:00:20 GMT 8
Netscape telah menambah sebuah tetingkap khas di sebelah kiri yang serupa dengan Opera Hotlist, NeoPlanet Channel dan IE Explorer. Netscape menamakannya My Sidebar dan ia mempunyai bahagian-bahagian seperti Search, Stocks, dan News. Ruang Search Netscape mempunyai kaitan dengan direktori Netscape Web dan juga enjin pencari Google. My Sidebar juga bergabung dengan AOL Instant Messenger di mana anda boleh memuatkan senarai rakan-rakan pada Buddy List. Netscape telah meningkatkan ciri keselamatan dan peribadi dalam Netscape 6.1. Ia mempunyai Password Manager yang membenarkan anda memasukkan nama pengguna dan kata laluan untuk laman-laman web tertentu. Aapbila anda kembali ke laman itu ia pasti akan mengisi ruang itu secara automatik. Anda juga boleh membentuk sebuah kata laluan utama bagi mengelakkan pengguna lain menggunakan komputer anda. Ia juga mempunyai Cookie Manager yang membenarkan anda memaparkan dan membuang cookies iaitu maklumat daripada laman web yang dihantar ke pelayar web untuk disimpan dalam komputer pengguna. Ia membenarkan anda mengawal cookies dan mengubahsuai cookie tersebut. Anda juga boleh menerima dan menolak cookies daripada laman-laman tertentu menurut kehendak anda. Akhir sekali Netscape 6.1 mempunyai Forms Manager yang membolehkan data daripada borang-borang disimpan untuk membolehkan ia mengisi data yang serupa ke dalam borang yang lain secara automatik. Netscape 6.1 juga mempunyai ciri Autotranslation kerjasama dengan Alis Technologies. Anda hanya perlu memilih laman web yang anda mahu terjemah dan pilih menu View dan Translate. Kemudian Netscape akan memaparkan jenis terjemahan yang anda mahu iaitu Portugis, Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis, Jepun dan China. Netscape 6.1 mempunyai sokongan pembangun laman web yang baik. Netscape Gecko, enjin yang menjalankan pelayar adalah serasi dengan piawai enjin terkini. Dengan enjin ini para pembangun laman web tidak lagi perlu membinanya dari kosong. Oleh kerana enjin Gecko adalah sumber terbuka (open source), pembangun perisian boleh menggunakannya secara percuma dan ini akan menyaksikan kehadiran aplikasi berasaskan Gecko seperti aplikasi Internet atau pelayar web atau perisian peranti telapak. Netscape 6.1 masih mempunyai integrasi e-mail(Mail), pengurusuan maklumat (Address Book) dan rekaan laman web (Composer). Ia juga mampu bersambung kepada PDA. Netscape juga mempunyai sokongan platfrom seeprti Windows, Macintosh, dan Red Hat Linux. Netscape mempunyai saiz kira-kira 9.5MB. Microsoft Internet Explorer 5.5. IE 5.5 adalah yang terbaru daripada Microsoft dan ketika artikel ini ditulis IE 6.1 masih dalam ujian. IE sering dipasang bersama dengan Windows dan ia merupakan ciri penting untuk Windows 98. IE merupakan pendahulu pasaran pelayar web dan sering menentukan piawai yang tinggi untuk pelayar web yang lain. Ia masih boleh didapati secara percuma daripada Microsoft. IE merupakan sebuah pelayar web yang memampatkan pelbagai ciri ke dalam sebuah tetingkap yang kecil. Ia mempunyai carian web, senarai laman web, senarai sejarah pelayaran web dan sistem pesanan terus dalam sebuah tetingkap kecil. IE 5.5 mempunyai penyunting laman web, previu cetakan dan sokongan piawai laman web seperti CSS. IE juga telah meningkatkan masa pindah terima dan membenarkan aliran media dengan lebih baik. IE mempunyai saiz yang paling besar antara keempat-empat pelayar web iaitu 18MB! . Antara keempat-empat pelayar web anda boleh memilih mana-mana menurut citarasa anda sendiri. Anda boleh gunakan Netscape atau IE atau NeoPlanet jika anda mahukan yang lengkap. Jika anda mahu yang ringkas dan berkuasa anda boleh gunakan Opera.
________
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 18:01:33 GMT 8
Utiliti berguna untuk PC anda WinFM Aliran audio dan radio internet adalah menarik tetapi agak sukar untuk mencari dan mengendalikan radio internet kerana terlalu banyak radio internet. Adalah lebih mudah untuk mengendalikan radio kereta daripada radio internet. WinFM telah direka untuk mencari siaran dalam talian dan menguruskannya seperti anda menguruskan lagu-lagu MP3. Setiap kemasukan mempunyai maklumat mengenai stesyen, frekuensi, format siaran dan URL. WinFM memerlukan Win98/Me/NT/2000. www.inklineglobal.com2xExplorer Perisian ini adalah sebuah pengurus fail aplikasi seperti Norton Commander. Ia mempunyai keupayaan pemaparan jenis fail, maklumat fail dan paparan susur galur fail. Ia juga mempunyai pemapar teks atau editor teks di samping keupayaan sambungan folder untuk menyimpan salinan. personalpages.ps.ic.ac.uk/~umeca74Agent Ransack Periisan ini mempunyai enjin pencari yang berkuasa dan mampu mencari apa sahaja di dalam komputer atau rangkaian. Anda boleh mencapai apa sahaja yang disenaraikan walaupun rangkaian yang tidak dibenarkan. Anda juga boleh menyimpan carian untuk rujukan masa hadapan. www.agentransack.comCatFish 1.9 Perisian ini menyimpan maklumat direktori yang pernah anda masuki. Ia memaparkan segala arkib laluan yang pernah anda lalui dan ini membolehkan anda mencari semula laluan itu. Perisian ini kecil dan tiada sebarang proses pemasangan kompleks diperlukan. Ia mempunyai keupayaan simpanan arkib untuk cakera dan CD-ROM. Sesuai untuk penyimpan MP3! www.equi4.com/catfishPowerDesk 4 Perisian ini adalah sama dengan 2xExplorer dan ia akan menggantikan Windows Explorer. Fungsi PowerDesk perisian ini mampu melakukan pelbagai tugas paparan dan mampu melakukan tugas copy, rename, delete dan move dengan mudah. PowerDesk juga mampu memampatkan dan mengekstrak fail seperti zip dengan menggunakan pelbagai media. www.ontrack.com/freesoftware EnZip 3.00 Perisian pemampat fail ini adalah mudah digunakan dan ia mempunyai fungsi yang baik. Antaramuka yang digunakan oleh Enzip adalah menarik dan ia mempunyai wajah yang serupa dengan WinZip. EnZip bergabung amat baik dengan Windows. Ia mempunyai arkib penerimaan dan penghantaran fail. Ia juga mampu mengendalikan fail dari cakera atau CD-ROM. Percuma lak tu! www.cpam.freeserve.co.uk CubicEye CubicEye membenarkan anda melayari web dalam bentuk 3D dan menempatkan laman web dalam bentuk kuib. Laman web berlainan akan dimuatkan pada permukaan yang berlainan dan anda boleh memutarkan kuib itu untuk memaparkan sebarang laman web yang anda mahu. Anda boleh menarik keluasan kuib untuk memaparkan lebih laman web. Namun begitu CubicEye memerlukan kuasa komputer yang tinggi. Sistem minima yang sesuai ialah Pentium III, 128MB RAM, dan kad video pencepat Direct3D dengan 8MB atau 16MB video RAM. Selain itu ia memerlukan DirectX 7, Internet Explorer 5.5 dan Windows 98 atau terkini. CubicEye Viewer adalah percuma; pelayar CubicEye berharga USD14.95 (8MB) atau $19.95 (16MB) dan ia mempunyai pelbagai jenis ciri tambahan. www.2ce.comWindows Scheduler Lakukan Backup, periksa e-mel dan buang fail TMP adalah di antara tugas yang boleh dilakukan oleh perisian ini. Terdapat tiga fungsi perisian ini iaitu Task Reminder, Application Launcher dan Window Watcher. Sebuah perisian yang berguna untuk pengguna yang mahu cepat menggunakan komputer dan malas untuk mengetuk keyboard! www.splinterware.comVoquette Media Manager Voquette Media Manager menguruskan kandungan audio anda di samping megendalikan aliran audio dan MP3. Ciri yang membuatkan Voquette berbeza daripada yang lain ialah keupayaan merakam kandungan. Ciri ini memuaskan untuk aliran video atau audio menerusi internet. Anda boleh menentukan masa dan URL tertentu dan ia akan merakamnya seterusnya menyimpannya ke dalam cakera keras anda. Ia mampu merakam sehingga dua jam aliran bahan. Voquette mampu memainkan Windows Media, MP3, atau RealAudio tetapi tidak menyokong aliaran video. Perisian ini memerlukan Windows 9x, Windows NT, atau Windows 2000 dan Internet Explorer atau Netscape Navigator 3.0 atau lebih. www.voquette.com____________
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 18:02:49 GMT 8
Tingkatkan multimedia Multimedia juga wujud dalam internet dan ia memberikan kesan menarik kepada laman web. Video, muzik dan klip video dalam pelbagai format. Segalanya melibatkan beberapa kelengkapan seperti pelayan untuk menyimpan klip video dan juga capaian internet. Mainkanlah Pemain multimedia seperti Windows Media Player boleh memainkan fail MP3 iaitu sebuah format fail muzik yang memampatkan audio kepada bunyi yang berkualiti tinggi. Namun begitu perisian itu tidak dapat menyaingi perisian seperti Winamp dan Sonique (http://www.sonique.com). Kebanyakan pemain seperti ini mempunyai keupayaan untuk memaparkan kulit CD, nota lagu dan pencipta lagu. Produk seperti Winamp membolehkan anda membangunkan kulit (skins) bagi mencantikkan rupa perisian. Ia juga mempunyai beberapa perisian tambahan (plug-in) bagi menambahkan keupayaannya. Anda boleh dapatkan Winamp di www.winamp.com. MP tiga Anda boleh dapatkan banyak MP3 di dalam internet dan hampir kesemuanya adalah salinan tidak sah. Ini akan membuatkan syarikat rakaman marah dan artis mereka kehilangan mata pencarian. Untuk mendapatkan MP3 yang sah, berita industri MP3, perisian dan fail percuma pergilah ke MP3.com di www.mp3.com. Banyak format Terdapat banyak pemain media yang boleh memainkan pelbagai format fail. Namun begitu setiap kali anda memasang pemain media yang baru ia akan cuba mengawal seberapa banyak jenis fail yang ia boleh. Dalam masa yang sama anda boleh memilih jenis fail yang anda mahu pemain itu kawal. Anda boleh lakukan ini semasa anda memasang perisian itu atau menerusi bahagian pencirian (preference atau options) perisian. Kualiti video Anda boleh melakukan beberapa perkara untuk meningkat kualiti video. Anda boleh tentukan monitor kepada warna 16-bit atau 24-bit. Anda boleh kemaskini pemacu (driver) video dan terdapat beberapa fail pemacu yang bertentangan dengan beberapa jenis pemain media. Jika pemain anda mempunyai bebutang Zoom, jangan gunakannya kerana ia mungkin akan melambatkan aliran video. Tambah ruang Untuk meningkatkan kualiti mainan audio untuk aliran media semasa perpindahan fail, anda boleh tingkatkan ruang buffer. Buffer ini membolehkan sambungan yang perlahan untuk memainkan klip video atau audio berkualiti tinggi dengan menyimpan sebahagian daripada failnya di dalam komputer. Dengan itu jika buffer itu dapat ditingkatkan maka lebih baik kualiti yang anda dapat. Radio internet Jika anda mahu mendapatkan stesyen radio dalam talian anda boleh gunakan Internet Explorer (versi 5.0 ke atas). Untuk mendapatkan keupayaan radio, klik kanan pada bahagian menu dan pilih Radio. Pilih Radio Station Guide daripada menu Radio Stations dan anda boleh pilih lebih daripada 300 radio stesyen. Ikut masa Jika anda masih ada masalah untuk memindah terima fail multimedia yang besar, anda boleh cuba petua ini. Jika anda cuba alirkan fail dan ia menjadi sebuah masalah anda boleh cuba dapatkannya semasa masa tidak sibuk iaitu selepas 5 pm hingga 11 pm atau dapatkan modem atau talian yang lebih laju. Pastikan yang anda boleh dapatkan perisian versi terbaru yang anda gunakan termasuklah fail pemacu untuk video atau audio. Dua lagi perkara yang perlu ditingkatkan ialah peningkatan RAM atau menambah keupayaan CPU. Setelah anda lakukan peningkatan anda pasti akan dapat merasakan perubahannya. Tayangkan Satu cara untuk mencari multimedia dalam internet ialah menerusi tiga laman terbesar iaitu Apple, RealNetworks, and Microsoft di mana ketiga-tiga mempunyai pemain mereka sendiri. Laman-laman ini mempunyai media yang percuma termasuklah radio, klip video, konsert, televisyen dan sukan. Anda boleh pergi ke laman-laman berikut QuickTime Showcase (http://www.apple.com/quicktime/hotpicks/), RealNetworks' Real Guide (http://realguide.real.com), dan WindowsMedia.com (http://windowsmedia.Microsoft.com/default.asp).
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 29, 2004 18:03:28 GMT 8
Memindah terima dengan lancar Internet menyediakan sebuah kebaikan yang memudahkan anda bertukar-tukar fail. Dengan sekali klik sahaja anda boleh mengambil dokumen penting, program baru dan sebarang fail komputer dengan mudah. Ia juga berfungsi untuk menghantar fail kepada sesiapa sahaja yang mempunyai capaian internet. Fail di mana sahaja Mulakan carian fail anda di Download.com dan kemudian cuba pula Tucows.com. Akhirnya cubalah Dave Central dan kemudian baca reviu yang dipaparkan dengan teliti. Terputus ke? Pernahkah anda terputus sambungan semasa proses pindah terima? Ia merupakan sebuah masalah yang biasa ketika pindah terima dan terdapat beberapa perisian yang boleh mengelakkanya. Anda boleh memasang perisian yang boleh menyambung semula perpindahan terima fail yang terputus. GetRight daripada Headlight Software boleh didapati daripada www.getright.com. Ia juga boleh memberhentikan perpindahan fail setelah ia lengkap dan melakukan perpindahan fail menurut jadual yang telah anda tetapkan. Talian jelas Satu cara untuk mengelak daripada talian terputus ialah memadamkan ciri tunggu panggilan. Apabila ia sedang digunakan dan seseorang melakukan panggilan, talian itu akan terputus. Klik Start, Click Start, Settings, Control Panel dan buka Modems. Pilih General dan klik Dialing Properties. Kemudian pilih kekotak To Disable Call Waiting dan pilih kod tertentu daripada senarai. Klik Apply untuk menyimpan perubahan. Sambungkan kembali Terdapat sesetengah penyedia internet akan memutuskan sambungan yang kurang aktif. Aktiviti merupakan jumlah permintaan yang dikehendaki oleh pengguna dan jumlah klik yang dilakukan dalam setiap 30 minit. Jika anda memadamkan masa putus (timeout) dengan menukar penentuan dalam perisian yang digunakan untuk bersambung kepada ISP. Anda boleh rujuk kepada penyedia internet anda untuk mendapatkan penjelasan mengenai prosedur ini. Sebuah perisian yang boleh membantu anda membohongi ISP ialah StayOn Pro, perisian shareware (http://www.stayonpro.com). Perisian ini akan membuat klik atau permintaan secara automatik untuk anda. FTP Alamat web biasanya bermula dengan "http" atau Hypertext Transfer Protocol, iaitu sebuah piawai yang digunakan oleh pelayar web bagi mengecam laman web. Pengguna biasa tahu bagaimana hendak memindah terima fail dengan mengklik pada sambungan HTTP tetapi penggunaan FTP (File Transfer Protocol) adalah lebih baik kerana ia lebih cepat ketika menghantar atau menerima fail. Kebanyakan pelayan FTP syarikat membolehkan hanya capaian kepada fail dan dokumen tertentu sahaja. Manakala ruang FTP untuk tapak web boleh dicapai dengan menaip FTP pada ruang alamat. FTP sendiri Penggunaan perisian khas untuk mencapai FTP selain menggunakan pelayar web membolehkan anda dapat menggunakan ciri-ciri khas FTP. Anda boleh mencuba perisian dari Ipswitch Inc. iaitu WS_FTP LE (http://www.ipswitch.com). Perisian ini percuma dan mudah digunakan serta cekap melakukan perpindahan fail. Anda boleh dapatkan perisian lain yang daripada Tucows atau Dave Central. Dua tugas Pengguna modem biasanya mempunyai hanya satu talian dan sering terlepas panggilan penting jika perpindahan fail itu mengambil masa yang lama. Anda boleh gunakan CallWave (http://www.callwave.com), yang akan bertindak sebagai mesin penjawab jika anda sedang menggunakan talian untuk pelayaran web. Gunalah GoZilla Perisian utama yang amat berkuasa untuk melakukan perpindahan fail ialah Go!Zilla (http://www.gozilla.com), yang akan mengelakkan masalah perpindahan fail. Ia mempunyai banyak perkakasan dan pilihan seperti penyambungan perpindahan fail jika talian terputus, penjadualan perpindahan fail dan mencari sambungan terpantas. Ia akan memutuskan talian atau menutup komputer jika perpindahan fail tamat. Perisian ini percuma!
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 29, 2004 18:52:02 GMT 8
Internet dan orang melayu Oleh C Ramasamy
MENGAPA orang Melayu kurang menggunakan kemudahan internet? Adakah disebabkan kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar di mana kemudahan internet adalah terhad? Atau orang Melayu lebih gemar membeli peti televisyen berbanding komputer? Mungkinkah Bahasa Inggeris menjadi penghalangnya?
Semua soalan berkenaan begitu mudah untuk diutara dan diperdebatkan. Tetapi jawapan kepada soalan terbabit tidak semudah itu untuk dicari dan dipastikan.
Ini disebabkan, setakat ini, tiada kajian terperinci dari aspek sosial dilakukan untuk mengenal pasti punca penyertaan masyarakat Melayu dalam arus kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara tidak menggambarkan komposisi sebenar kaum di Malaysia.
Pada September tahun lalu, Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Chia Kwang Chye memberitahu Dewan Rakyat, berdasarkan kajian, bilangan pelanggan internet di Malaysia sehingga Jun 2003 ialah 2.73 juta orang.
Daripada bilangan itu, katanya, kaum Cina membentuk pengguna terbesar iaitu 1.42 juta orang atau 52 peratus diikuti Melayu (1.01 juta atau 37 peratus) dan India (0.2 juta atau tujuh peratus). Bakinya adalah rakyat Malaysia yang lain.
Beliau berkata, perangkaan kementeriannya juga menunjukkan 93 peratus daripada pelanggan internet tertumpu di kawasan bandar yang mempunyai 10,000 penduduk. Enam puluh peratus daripada mereka tidak terbabit dengan sektor pertanian.
Chia berkata, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor mempunyai bilangan pengguna internet yang tinggi berbanding negeri lain iaitu masing-masing 22.4 peratus, 17.4 peratus dan 9.9 peratus. Sementara Perlis mempunyai bilangan pelanggan internet paling sedikit, 0.6 peratus.
“Saya boleh kata begini. Orang Melayu mungkin tidak terdedah kepada internet. Ini mungkin kerana mereka tinggal di kawasan luar bandar atau mereka tidak memiliki komputer atau talian telefon (untuk memperolehi khidmat internet),” kata Ketua Pegawai Eksekutif TM Net Sdn Bhd, Datuk Baharum Salleh mengulas isu berkenaan.
Beliau berkata, kalaupun orang Melayu memiliki semua kemudahan itu, “mereka mungkin memberi keutamaan untuk membeli televisyen berbanding komputer.”
Sebaliknya, beliau berkata, kebanyakan orang Cina tinggal di kawasan bandar, memiliki pengetahuan mengenai teknologi komputer di samping mahir menggunakan Bahasa Inggeris yang menjadi medium perhubungan utama dunia siber.
“Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan ialah ramai orang Melayu mungkin memiliki komputer tetapi tidak mendapatkan perkhidmatan internet,” katanya.
Buah fikiran Baharum itu sama dengan pendapat Dekan Fakulti Teknologi Maklumat Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Prof Dr Khairuddin Hashim.
Beliau berkata, kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar sedangkan tempat berkenaan mempunyai kemudahan mengakses internet yang terhad.
“Faktor status ekonomi masyarakat Melayu juga perlu diambil kira. Faktor agama juga memainkan peranan. Umpamanya, kehadiran bahan lucah di internet sedikit sebanyak mengurangkan minat ibu bapa Melayu untuk melanggan perkhidmatan internet,” katanya.
Dr Khairuddin berkata, pada umumnya masyarakat Cina mempunyai lebih kesedaran terhadap kepentingan internet sebagai sumber pengetahuan terkini dan sebagai kaedah untuk perdagangan dan komunikasi global pada masa depan berbanding orang Melayu.
Satu lagi kajian yang memberikan keputusan orang Melayu adalah pengguna minoriti internet dikeluarkan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (MTMK) dan Mimos Berhad beberapa bulan sebelum Chia memberikan butirannya di Parlimen.
Penyelidikan itu dinamakan Kajian Pelanggan Internet 2002 yang membabitkan 6,287 orang, menunjukkan pengguna terbesar internet adalah kaum Cina yakni 60.3 peratus, seterusnya Melayu (28.9 peratus) dan India (empat peratus) sementara selebihnya rakyat Malaysia lain.
Kajian itu yang hanya membabitkan pelanggan internet Jaring, satu lagi pembekal perkhidmatan internet (ISP) sebagaimana TM Net, disifatkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mimos, Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen sebagai kajian pertama memberikan profil tepat mengenai pengguna internet di Malaysia.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Jaring, Dr Mohamed Awang Lah apabila diminta mengulas berkata: “Kajian terperinci mengenai perkara itu (mengapa orang Melayu kurang menggunakan internet) tidak pernah dilakukan setakat yang saya tahu. Jadi, saya tidak dapat memberi sebarang komen.”
Ketua Jabatan Sains Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Zaitun Abu Bakar turut keberatan memberikan komen disebabkan tiada penyelidikan dilakukan berkaitan soal itu meskipun beliau bersetuju isu yang dibangkitkan itu wajar dan relevan.
“Satu kajian khusus perlu digerakkan untuk mengenal pasti sebab sebenar penggunaan internet di kalangan masyarakat Melayu rendah.
“Kita perlu jumpa orang Melayu dan tanya sebab apa mereka tidak menggunakan internet. Penyelidikan seumpama itu akan memberi sebab tepat kepada senario yang dihadapi,” cadang Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysua (UPM), Prof Madya Dr Abdul Azim Abd Ghani.
Beliau berkata, berdasarkan penemuan berkenaan, langkah wajar boleh diambil bagi membetulkan keadaan.
Menurutnya, selagi kajian seperti itu tidak dilaksanakan sebarang usaha untuk menangani permasalahan berkenaan hanya akan menjadi samar-samar saja.
Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Zaharin Yusof bagaimanapun memilih untuk melihat isu berkenaan dari skop yang berbeza.
“Barangkali isu berkenaan perlu dilihat dari sudut penggunaan internet di bandar dan di luar bandar berbanding melihatnya dari kaca mata kaum,” katanya.
Beliau berkata, seseorang boleh mentafsir statistik dengan pelbagai cara berbeza umpama bandar lawan luar bandar berbanding melihatnya dari sudut kaum.
“Seorang ahli statistik yang baik boleh membuat rumusan yang berbeza.
“Lagipun, secara matematik sesuatu kaum perlu menjadi yang terbesar. Dalam keadaan sama, apakah rumusan yang kita boleh buat daripada kenyataan bahawa lebih ramai orang muda menggunakan internet berbanding golongan tua,” soalnya.
Beliau yang sangsi kemungkinan Bahasa Inggeris menjadi penghalang kepada orang Melayu menggunakan internet berkata: “Jika itu keadaannya, ramai sahabat saya berbangsa Cina akan menghadapi masalah menggunakan internet.”
Faktor agama? Zaharin berkata: “Isu ini, saya rasa disensitifkan secara besar-besaran.”
Menurutnya, beliau kadangkala tertanya-tanya sebab apa orang menggunakan internet.
“Saya tidak fikir kebanyakan orang menggunakannya untuk tujuan produktif.
“Apa yang penting ialah persoalan untuk apa internet digunakan berbanding berapa kerap anda menggunakannya,” katanya.
Zaharin berkata, beliau lebih cenderung kepada satu penyelidikan atau debat berhubung keberkesanan penggunaan internet di negara ini.
Meskipun pendapat yang diberikan setiap tokoh dan ahli ICT terbabit berbeza berdasarkan pertimbangan dan pernilaian masing-masing namun mereka bersependapat setiap rakyat Malaysia harus dipastikan bergerak seiring dengan kemajuan negara dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Mereka khuatir seandainya ada sekelompok masyarakat tertinggal, ia akan mencacatkan pembangunan negara dan seterusnya membantut usaha melahirkan masyarakat berpengetahuan dan berdaya saing.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 30, 2004 11:48:53 GMT 8
Apakah Bluetooth? Bagaimana teknologi ini berfungsi?
Lihat di sekitar anda. Anda mempunyai papan kekunci disambung kepada komputer anda. Begitu juga sambungan tetikus, pencetak, monitor dan sebagainya. Bagaimana alatan-alatan ini dirangkai bersama? Mereka disambung dengan talian kabel. Talian kabel ini seringkali dipijak atau disengket manusia, ataupun kusut-kasat apabila terlalu panjang. Teknologi Bluetooth ini bertujuan untuk mengganti kelemahan talian kabel.
Bluetooh adalah piawai kepada chip kecil dan murah untuk alatan seperti komputer, pencetak, telefon bimbit dan sebagainya. Chip Bluetooth direka untuk menggantikan tugas kabel, iaitu, membawa informasi dan menghantarnya melalui frekuensi khas ke penerima chip Bluetooth, yang seterusnya menghantar informasi kepada alatan komputer, telefon bimbit dan lain-lain.
Dengan menggunakan chip Bluetooth, banyak idea menarik telah direka. Contohnya, anda boleh berkomunikasi dengan headset telefon bimbit anda apabila telefon anda di sebelah bilik lain. Ataupun, apabila barangan di dalam peti sejuk anda berkurangan, chip Bluetooth dapat menghubungi pembekal anda melalui internet.
|
|
|
Post by flyingboy on Apr 30, 2004 18:24:34 GMT 8
pertama sekali dia akan berfungsi sprt pc anda ataupun laptop anda cuma dia tanpa wayar dan segala maklumat diri anda sudah menjadi tidak selamat kerana boleh di hack so kalu korang nak berteknologi silakan aaa guna bluetooth
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 30, 2004 22:47:11 GMT 8
pertama sekali dia akan berfungsi sprt pc anda ataupun laptop anda cuma dia tanpa wayar dan segala maklumat diri anda sudah menjadi tidak selamat kerana boleh di hack so kalu korang nak berteknologi silakan aaa guna bluetooth setiap ciptaan manusia ader kelebihan dan kekurangan nya...tue memang x dapat dinafikan....
|
|
|
Post by atokENSEM on May 5, 2004 17:22:32 GMT 8
MyDoom lebih hebat daripada Sobig.F Oleh Khairul Anuar Abdul samad
CECACING komputer MyDoom menjadi serangan virus terbesar sehingga kini dan pakar memberi amaran keadaan yang lebih teruk dijangka akan berlaku pada masa depan.
MyDoom kini sudah mengatasi virus Sobig.F, menyebabkan aliran trafik Internet sesak dengan kira-kira 100 juta jangkitan pada e-mel dalam serangan 36 jam pertama sehingga menyebabkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat terpaksa melancarkan siasatan.
Penganalisis berkata, kesesakan atau kerosakan pada sistem rangkaian komputer mungkin hanya sebagai permulaan kepada masalah yang akan dilakukan cecacing itu pada masa depan memandangkan ia boleh memasang program pada komputer dijangkiti dan membolehkan penceroboh sistem komputer (hackers) untuk mengambil alih seterusnya melakukan serangan.
Virus itu diprogramkan untuk serangan DDos terhadap pemilik sistem operasi (OS) Unix dan ia boleh dihubungkaitkan dengan peperangan untuk sumber terbuka atau perisian percuma.
Pengasas dan Presiden Central Command, Keith Peer, berkata orang yang melakukan perbuatan ini mempunyai niat untuk melakukan khianat dan dia boleh menggunakan komputer yang dijangkiti sebagai angkatan untuk melakukan spam atau serangan terhadap komputer lain.
Kawalan secara jauh terhadap komputer lain boleh dilakukan bagi tujuan serangan berasaskan politik atau spam dalam usaha untuk membuat peras ugut.
Perr berkata, MyDoom kini tidak menunjukkan penurunan serangan, malah mungkin bertambah hebat dengan menjadikan satu daripada setiap lapan atau sembilan e-mel sebagai mangsanya.
Katanya, virus itu menggunakan kaedah penipuan kejuruteraan sosial yang dicipta dengan teliti, menjadikan e-mel dalam bentuk error atau mesej teknikal.
Ketua F-Secure, Mikko Hyppoenen berkata, berdasarkan kepada jumlah trafik e-mel, MyDoom sudah melepasi paras serangan virus Sobig.F.
“Secara global, ia sudah berjaya menjangkiti lebih 100 juta e-mel dan 31 peratus daripadanya trafik e-mel daripada Eropah yang dijangkiti petang Rabu lalu,” katanya.
Virus Sobig.F yang menyerang pada Ogos tahun lalu menjangkiti berjuta komputer dan menyebarkan lebih 300 juta e-mel yang dijangkitinya pada minggu pertama kemunculannya.
Kebiasaannya, serangan virus komputer akan reda selepas 24 jam dan kebanyakan pengguna komputer ketika itu akan bertindak mempertingkatkan perisian perlindungan antivirus mereka.
Penganalisis menjangkakan MyDoom akan mengatasi tahap 300 juta Sobig.F dalam masa kurang tiga hari berdasarkan perkembangan semasa cecacing itu.
Hyppoenen berkata, menjelang awal Rabu lalu, dipercayai antara 390,000 atau 500,000 komputer seluruh dunia sudah dijangkiti MyDoom.
|
|
|
Post by StRiDeR on May 6, 2004 15:31:47 GMT 8
MODEM
Modem berasal daripada perkataan ?modulator? dan ?demodulator?. Ia merupakan satu peralatan elektronik yang digunakan bagi membolehkan satu komputer berhubung dengan satu komputer yang lain. Ia berfungsi dengan menukarkan denyutan-denyutan perduaan (binary pulses) yang diterima daripada komputer atau pangkalan kepada isyarat analog yang berterusan dan diterima untuk penghantaran dengan menggunakan talian penghantaran komunikasi dan sebaliknya. Proses-proses ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah-kaedah FM (frekuency modulation), AM (amplitud modulation) dan PM (phase modulation). Semua proses penghantaran maklumat ini menggunakan gelombang elektromagnetik. Ia mempunyai berbagai kelajuan iaitu dari 14400 bps (bytes per second) sehinggga yang terbaru 56600 bps.
KOMPONEN UTAMA MODEM Modem mempunyai tiga komponen utama iaitu: · Penghantar (transmitter) · Penerima (receiver) · Penyegerak/jam (clock)
Bahagian penghantar berfungsi untuk melaksanakan penghantaran data sementara bahagian penerima pula berfungsi untuk menerima data. Bahagian penghantar modem yang dipasangkan di satu penghujung talian komunikasi perlu dihubungkan dengan bahagian penerima modem yang dipasangkan di penghujung yang satu lagi itu. Penyegerak pula merupakan bahagian modem yang terpenting. Bahagian ini terdiri daripada satu pengayun (oscillator) yang berfrekuensi rendah dan bergerak pada kadar bit penghantaran (kadar baud) yang tertentu dan digunakan untuk mengawal kejituan serta mengenalpasti isyarat-isyarat data yang dihantar serta diterima dengan cara menentukan tertib dan kelajuan isyarat-isyarat yang diletakkan pada talian penghantaran.
Pada umumnya modem terbahagi kepada dua iaitu: 1. Modem dalaman (internal modem) 2. Modem luaran (external modem)
Modem dalaman merupakan modem yang dipasang di dalam komputer. Ia dipasang pada slot penyambungan di atas papan utama. Ia terdiri daripada dua jenis iaitu ISA dan PCI. Modem jenis ini selalunya mempunyai pembesar suara. Modem luaran pula terletak di bahagian luar komputer dan dipasangkan pada COM2 atau COM4 bergantung kepada jenis kabel modem tersebut. Modem beroperasi dalam tiga mod penghantaran iaitu: · Mod penghantaran separuh dupleks · Mod penghantaran dupleks penuh · Mod penghantaran simpleks
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 15:49:29 GMT 8
Gummi bears defeat fingerprint sensors --------------------------------------------------
A Japanese cryptographer has demonstrated how fingerprint recognition devices can be fooled using a combination of low cunning, cheap kitchen supplies and a digital camera.
First Tsutomu Matsumoto used gelatine (as found in Gummi Bears and other sweets) and a plastic mould to create a fake finger, which he found fooled fingerprint detectors four times out of five.
Flushed with his success, he took latent fingerprints from a glass, which he enhanced with a cyanoacrylate adhesive (super-glue fumes) and photographed with a digital camera. Using PhotoShop, he improved the contrast of the image and printed the fingerprint onto a transparency sheet.
Here comes the clever bit.
Matsumoto took a photo-sensitive printed-circuit board (which can be found in many electronic hobby shops) and used the fingerprint transparency to etch the fingerprint into the copper.
From this he made a gelatine finger using the print on the PCB, using the same process as before. Again this fooled fingerprint detectors about 80 per cent of the time.
Fingerprint biometric devices, which attempt to identify people on the basis of their fingerprint, are touted as highly secure and almost impossible to fool but Matsumoto's work calls this comforting notion into question. The equipment he used is neither particularly hi-tech, nor expensive and if Matsumoto can pull off the trick what would corporate espionage boffins be capable of?
Matsumoto tried these attacks against eleven commercially available fingerprint biometric systems, and was able to reliably fool all of them.
Noted cryptographer Bruce Schneier, the founder and CTO of Counterpane Internet Security, described Matsumoto's work as more than impressive.
"The results are enough to scrap the systems completely, and to send the various fingerprint biometric companies packing," said Schneier in yesterday's edition of his Crypto-Gram newsletter, which first publicised the issue.
|
|
|
Post by atokENSEM on May 6, 2004 15:53:51 GMT 8
setiap ciptaan manusia ader kelebihan dan kekurangan nya...tue memang x dapat dinafikan.... betul tu...tak sume manusia yg terlalu terror dan takde yg terlalu bodoh..
|
|