|
Post by Abu Abdillah al-Fadhlani on Jul 8, 2003 9:51:27 GMT 8
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillah, was Solatu Wassalamu 'ala Rasulillah wa Alihi wa Manit Tabi'ahu bi Ihsan Ila Yawmid Din
Di sini ingin sekali saya mengambil kesempatan untuk menerangkan tentang cara-cara mengepos sesuatu persoalan.
Adalah menjadi harapan saya agar para pengunjung yang ingin bertanya sebarang soalan baru, agar mengepos sebagai satu topic baru, bukan sebagai reply atau respon kepada soalan lain yg telah dikemukakan.
Dgn ini, saya memohon izin dr Lilo untuk mengepos kembali soalannya yg diposkan pada 29/06/03 sebagai satu soalan baru agar para pengunjung dan pembaca yang budiman tidak bercelaru.
Sekian.
WallAhu Waliyut Tawfiq
ABU 'ABDILLAH AL-FADHLANI
8/07/03
____________________________________________
Soalan Lilo berbunyi:
Assalammualaikum....
saya muskil dengan satu benda ni... terus terang ja lah ok lah lebih kita maklum.... org lelaki (bukan di malaysia) boleh dikatakan semua orang mempuyai cincin yang berbatu... biasa lah tu.... yang saya hairan ni... kenapa banyak orang menggagap cincin tersebut seolah2 membawak keramat sehingga megagungkannya..... mintak maaf saya katakan.... pernah sekali saya terdengar rakan lelaki saya berkata..... "apa nak hairan aku ada cincin ni.. yang datuk aku bagi.... apa nak takut". siapa dia tu tak penting apa yang nak saya tahu ni kenapa dia atau sesiapa meletakan kepercayaan lebih kepada ciptaan-Nya lebih daripada Allah s.w.t
saya mintak maaf la kerana kelatanagan saya ini... saya cuma ingin tahu saja...kalau salah saya harap di betulkan......
insan cuma ingin tahu..... Wassalam.....
|
|
|
Post by Abu Abdillah al-Fadhlani on Jul 8, 2003 13:10:16 GMT 8
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillah, was Solatu Wassalamu 'ala Rasulillah wa Alihi wa Manit Tabi'ahu bi Ihsan Ila Yawmid Din.
Untuk menjawab soalan Lilo ini, saya mulai dengan sepotong ayat al-Qur'an [Yunus: 106-107]:
"Dan janganlah kamu memohon selain drpd Allah walhal ia sedikit pun boleh memberi sebarang manfaat dan mudharat. Jika kamu berbuat demikian (memohon selain dr Allah SWT) maka telah menjadikan diri kamu di antara orang2 yang zalim (krn telah membawa diri kamu ke arah Shirik). Dan jika Allah berkehendak kamu ditimpa musibah, tiada seorang pun yang mampu menyelamatkan kamu darinya melainkan Dia sahaja, dan jika Allah berkehendak kamu beroleh kebaikan maka sesiapa pun yg mampu menolak kurniaanya (kpd kamu)"
Dari ayat ini jelas, yang memberi kebaikan kpd kita dan juga yang membenarkan mudharat menimpa kita adalah haq Allah SWT sahaja! Tiada selainnya, baik berbentuk manusia, jin, syaitan, apa lagi jika ianya batu. Jika batu boleh memberi sebarang mudharat atau manfaat kpd manusia, sudah pasti batu Hajarul Aswad merupakan batu yang terbaik untuk tujuan ini. Akan tetapi lihat sahaja kata2 'Umar al-Khattab r.a. kpd batu tersebut apabila beliau mahu melakukan kucupan terhadap Hajarul Aswad, sebagai satu ikutan kpd sunnah Rasulullah s.a.w. selesai Towaf di Ka'abah:
"Wahai batu (Hajarul Aswad). Sesungguhnya aku pasti bahawa engkau ini hanyalah batu (biasa), tidak berupaya memberi ku sebarang manfaat (jika aku mengucup mu) dan tidak pula memberiku sebarang mudharat (jika aku tidak mengucup mu) Kalau tidak aku melihat yg Rasulullah (s.a.w) telah mengucup mu, nescaya aku tidak akan mengucup mu"[Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Inilah sikap para sahabat Rasulullah s.a.w yang patut kita contohi. Ini krn mereka tahu hanya Allah SWT yang berkuasa di dlm menetukan Qada dan Qadar, baik dan buruk. Ini krn Allah SWT telah berfirman, [al-Hadid:22]:
"Tidak akan menimpa sesuatu musibah di bumi ini dan pada diri kamu melainkan ianya telah termaktub (di sisi Allah SWT) sebelum kamu biarkannya (terjadi), sesungguhnya bagi Allah ianya begitu mudah"
Dari ayat ini jelas bahawa baik dan buruk Qada' Qadar itu adalah ketetapan Allah SWT. Tiada makhluq yang berkongsi sama di dalam hal ini.
Ini pula diterangkan dengan jelas dari hadith Rasulullah s.a.w.:
"Ketahuilah sekiranya jika ummah ini bersepakat untuk memberi sesuatu kebaikan kpd kamu, mereka tidak mampu berbuat demikian melainkan (jika ianya berlaku) ianya telah tertulis di sisi Allah (bahawa ia akan berlaku) ke atas kamu, dan jika ummah ini bersepakat untuk memberi sesuatu kemudharatan kpd kamu, mereka tidak mampu berbuat demikian melainkan (jika ianya berlaku) ianya telah tertulis di sisi Allah (bahawa ia akan berlaku) ke atas kamu"[Hadith riwayat al-Tirmizi]
Sekarang, Rasulullah s.a.w. sendiri telah menegaskan bahawa jika seluruh ummah manusia bersekongkol untuk mengenakan sesuatu terhadap kita, baik mahupun buruk, ia tidak akan berlaku melainkan dgn izin Allah SWT. Kalau begitu, apatah lagi hanya batu yang dijadikan cincin. Seseorang yang beraqal waras sewajarnya tidak akan mempunyai pegangan begitu.
Saya rasa, itu sahaja buat masa ini. WAllahu A'lam.
WallAhu Waliyut Tawfiq. SubhanaKAllahumma wa bihamdiKa Ashhadu An La Ilaha illa Anta AstaghfiruKa wa Atubu Ilaik
ABU 'ABDILLAH AL-FADHLANI
08/07/03
|
|